Originally posted by germocks at 14-4-2008 08:40 PM
pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang jua............
Gunung Merapi Puncak singgalang
Tempat kami bertanam huma
harimau mati tinggalkan belang
manusia mati tinggalkan nama
Originally posted by jusoren12 at 21-5-2008 08:15 AM
ramai yg datang dari tanah seberang
ingin berkenalan dengan saudara semua
kalau bahagia dapat dibeli dengan wang
adakah pasti hidup aman sejahtera?
dua tiga tucen berlari
mana nak sama si tucen oren
dua tiga buleh dicari
mana nak sama jusoren...
Originally posted by jusoren12 at 20-6-2008 05:47 PM
esok kena bangun pagi
rasa lenguh bila berdiri
jusoren dtg bertandang lagi
tuan rumah pula menghilang diri
Puas sudah kutanam kopi,
Oren juga ditanam orang;
Puas sudah kuhidang kopi,
Jusoren juga diminum orang
Originally posted by MsCinderella at 2-8-2008 05:09 PM
pergi ke pasar cik mimi
minum petang dgn cucur tauhu
sunyi saja rasa hati ini
jiwa menangis siapa la yg tahu
baju tebal dari baldu
suruh pakai tapi tak mahu
sunyi hatimu kerana merindu
orang disana buat tak tahu