Edited by dammerung at 30-7-2020 03:07 PM
Kes 6/2020 – Nostalgia Zaman Kanak-Kanak
Bahagian I : Taman Permainan
Setiapkali hujan, sekiranya di rumah, Rezal akanmelepak di beranda ditemani seteko kopi panas. Jutaan titisan air bersertaderuan angin, kilat dan guruh yang singgah sekali-sekala sememangnya menenangkan. Tetapi bukan sebab itu dia melayan blues ketika hujan.
Sering kali anak dan isteri bertanya, apa menarik sangat merenung taman permainan di tengah kompleks apartment ketika hujan. Ada kala tabiat itu menjadi sendaan keluarga, hanya sekadar dibalas dengan senyuman.
Melihat taman permainan dibasahi hujan, mengimbau memori zaman kanak-kanak, terutamanya kejadian yang terjadi pada bulanSeptember 1992.
September 1992, Rezal berumur 11 tahun dan tinggal di sebuah pekan kecil. Rumahnya terletak di kawasan perumahan rakyat dimana beberapa unit dijadikan kuarters pekerja JKR.
Sebuah taman permainan terletak lebih kurang 10 meter dari pintu rumah merupakan satu-satunya fasiliti riadah kanak-kanak terdapatdi kawasan itu. Maka dengan itu, kawasan perumahan Rezal meriah dengan kehadiran budak-budak dari kampong berhampiran dan juga kuarters-kuarters badankerajaan lain turut datang bermain.
Ayah Rezal merupakan kakitangan JKR, manakala ibu adalah surirumah tangga. Rezal merupakan anak terakhir dari tiga beradik, dan mempunyai sepasang saudara tua, dipanggil Along dan Angah, ketika itu sudah bersekolah menengah.
Musim hujan datang agak awal pada tahun 1992. Hampir dua minggu hujan turun setiap petang dan berlarutan hingga lewat malam.
Masih segar di ingatan Rezal, pada harikejadian, dia berlari pulang dari sekolah terletak setengah kilometer darirumah. Langit amat gelap dan angin kencang, sehingga menerbangkan payung geraijual daging burger di hentian bas sekolah.
Selagi boleh dia tak mahu ditimpa hujan kerana itu akan menyebabkan dia terpaksa menghabiskan seluruh petang dengan mencuci kasut sekolah.
Tiba di rumah, tukar pakaian, makan tengahari,buat apa yang patut dan kemudian tercongok depan TV, menunggu siri kartun kegemarannya ke udara. Leteran ibu dari dapur untuk menutup TV kerana kilat sambung-menyambung tak diendahkan. Sudahlah dua minggu tak dapat keluar bermain kerana hujan, sekurang-kurangnya dapat menonton Tomato Man pun jadi lah.
“Ibu nak pergi ambik Along dengan Angah kat busstop, jangan main-main kat luar, TUTUP TV!” arah ibu tergesa-gesa di muka pinturumah sambil cuba mengepit payung di bawah ketiak.
Sebaik ibu keluar, Rezal melompat baring ke ataskusyen sofa rotan. Dia tersenyum sendirian menikmati keselesaan bersendirian dirumah tanpa sesiapa menganggu.
Video muzik lagu-lagu patriotik mula bermain diskrin TV, menandakan program TV pada hari itu akan bermula. Rezal yang sudah beribu kali menonton pembuka program rancangan itu turut menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia.
Separuh lagu, skrin tiba-tba gelap dituruti lampu siling. Satu rumah bergelap. Bengang. Rezal bersilang tangan dengan mulutmuncung, berharap bekalan elektrik akan kembali sebentar lagi.
“Takda api?” tanya ibu yang pulang hampir setengah jam kemudian, bersama Along dan Angah. Rezal tidak menjawab, hanya mengeluh dan pergi ke bilik yang dikongsi bersama Angah.
Rumah didiami Rezal adalah semi-detached berbentuk L dimana dua koridor bercantum pada ruang tamu. Satu koridor membawa kepada duabilik tidur dan satu lagi ke ruang makan dan dapur. Ayah dan ibu berpindah keluar bilik ketika Along masuk Tingkatan Tiga, supaya dapat belajar dengan selesa untuk SRP. Manakala dua anak bujang, Angah dan Rezal mendiami bilik kedua bersebelahan bilik air. Sebelum itu, Rezal dan kedua saudara tuanya berkongsi bilik dengan dia dan Angah akan tidur di ruang tamu setiap malam.Ayah dan ibu pula menukar ruang makan menjadi tempat tidur mereka.
Rezal berlutut atas katil sambil menopang dagu di tingkap, melihat taman permainan yang lengang ditimpa hujan. Pandangan tertumpu ke arah buaian. Disalah satu kaki tiang tumbuh selonggok jarum mas yangtelah dihakmilik oleh dia dan Angah. Pada waktu itu, mencari jarum mas menjadi kegilaan ramai. Kata Angah, kena biar tumbuh lagi besar, nanti boleh jual dengan harga juta-juta ringgit. Rezal tersenyum sendirian memikirkan apa dia mahu beli nanti dengan duit berjuta hasil jual jarum mas itu, basikal Le Run, konsol SEGA, makan KFC tiap-tiap hari...
Lamunan terhenti apabila seorang kanak-kanak dirasakan berbangsa Cina keluar dari permainan panjat-panjat berbentuk piramid.Tanpa menghiraukan ribut, budak perempuan itu selamba bermain-main sendirian. Dari bentuk badan, boleh jadi sebaya atau beza setahun dua dengan Rezal.
Walaupun di pekan juga ada kaum Cina dan India,tetapi dari segi penempatan, semua tinggal di dalam komuniti masing-masing. Kalau tengok budak berhujan main di taman permainan seorang diri pun sudah pelik, apatah lagi budak Cina.
“HOI, KO TENGOK APE TU!” sergah Angah.
“Tengok budak Cine tu” kata Rezal.
“Mane?” tanya Angah semula
Rezal melihat semula ke taman permainan, budak Cina itu hilang dari pandangan.
“Aik, mana pula pergi budak tu?”
“Hantu kot” usik Angah.
“Hantu? Hantu mane ade keluar sesiang?” balas Rezal lagi.
Berkat didikan ayah dan ibu tidak mendedahkan anak-anak dengan perkara-perkara tahyul membuatkan pemahaman Rezal tentang makhlus halus terhad kepada apa pernah didengar dari rakan-rakan sebaya, yang menurut Rezal pada ketika itu tak menakutkan langsung.
Rezal hanya sedar matahari dah terbenam apabila sayup-sayup mendengar azan Maghrib di sebalik deruan hujan dan nyanyian katak. Semasa makan malam, ayah mengatakan satu Malaysia ‘takda api’. Menurut teman ayah yang bekerja di LLN, mungkin sampai hujung minggu terpaksa bergelap.
Dalam hati Rezal menyumpah seranah agensi elektrik negara itu. Di zaman itu, ada dua benda paling dibencinya, nyamuk dan terputus bekalan elektrik. Rezal dan Angah boleh menghabiskan masa berjam-jam memaki hamun, sumpah seranah dan segala bentuk penyeksaan bakal dikenakanterhadap pekerja LLN cuma gara-gara bekalan elektrik terputus.
Tak sedar bila tertidur, Rezal terbangun tengah malam untuk buang air kecil. Pulang dari bilik air, dia cuba menghidupkan kipas meja, masih tak ada elektrik. Dah jadi satu masalah pula nak sambung tidur kerana dah terbiasa didodoi dengan bunyi kipas. Rezal baring merenung silingyang samar-samar diterangi cahaya bulan.
Keheningan di luar menandakan hujan sudah lama berhenti.Dengkuran Angah dan bau asap dari ubat nyamuk Fumakilla menemani Rezal pada pagi itu.
Bunyi ayunan buaian kedengaran. Pada mulanyamalas hendak ambil tahu, namun apabila memikirkan semua orang sepatutnya sedang lena tidur di rumah masing-masing, Rezal curiga gerangan siapa bermain di tamanmalam-malam buta.
Rezal meninjau dari rekahan sisip tingkap. Cahaya bulan menerobos dari awan yang berarak membuka langit, jelas menampakkan kelibat seseorang bermain buaian. Kelihatan susuk tubuh kanak-kanak rancak berayun sehingga hendak tercabut tiang besi buaian.
Kanak-kanak itu berhenti sambil menguis-nguis kaki ke tanah. Kedua tangan masih memegang rantai besi buaian. Wajah kanak-kanak misteri masih dilindungi kegelapan malam. Tak lama selepas itu, diabangkit dari buian dan lari hilang dari pandangan.
Tiba-tiba muncul kelibat ramai kanak-kanak daricelah tangga gelongsor, dari bawah jongkang-jongkit, dan apa-apa celah permainan di taman tersebut dan kesemua mereka bermain-main seperti Rezal dan rakan-rakan bermain setiap petang.
Bezanya sekumpulan kanak-kanak itu bermain dengan senyap. Hanya bunyi geseran besi peralatan permainan yang kedengaran.
Tak kiralah macam mana penuh bulan pada pagiitu, Rezal masih tidak dapat melihat jelas wajah-wajah kanak-kanak misteri, seolah-olah setiap dari mereka memakai topeng hitam.
Hampir satu jam kemudian, kesemua kanak-kanak misteri berkumpul di tengah taman permainan dan berbondong-bondong menuju ke hujung taman dimana kerja-kerja pemasangan pembetung sedang dijalankan.
Rezal kembali terbaring. Matanya segar dan minda ligat memikirkan kejadian baru dilihatnya, sehinggalah azan Subuh.
Keesokan hari, dia kelesuan kerana tak cukuptidur. Kejadian malam tadi masih bermain di fikiran namun tak diceritakan ke sesiapa. Apa-apa pun dia tak sabar nak tunggu selesai waktu persekolahan.
Sebaik loceng berbunyi, Rezal bergegas pulang, tetapirumah bukan destinasinya. Dia masuk ke perkarangan taman permainan yang sepi lalu memeriksa peralatan permainan sekiranya ada tanda-tanda peninggalan kumpulan kanak-kanak misteri, tapi hampa kerana tiada apa yang aneh.
Jarum mas di kaki tiang buaian dah penyek,seperti dipijak-pijak. Rezal yakin tiada siapa rakan sebaya mahupun budak-budakdi kawasan sekeliling merosakkan pelaburan masa depannya itu. Kerana dari biliknya sahaja dia boleh lihat seluruh taman permainan dan sejak bermula musim hujan, tiada siapa bermain kecuali kanak-kanak Cina petang kelmarin dan sekumpulan kanak-kanak...
Rezal berpaling ke hujung taman permainan.Bongkah-bongkah pembetung masih kemas tersusun di kelilingi tanah merah. Dia menghampiri tapak pembinaan dan melihat lubang galian pembetung yang masih berlumpur. Pandangannya dilarikan sepanjang pembetung sehingga ke hujung dimana terdapat pohon gergasi terdampar.
Pokok ditumbangkan pemaju kerana berada dilaluan pembinaan, dan sepatutnya di uruskan pembuangannya oleh syarikat pembinaan. Musim hujan berpanjangan mengendalakan aktiviti, dan pohon yang sebelum itu disenangi kehadiran kerana meredupkan taman permainan akhirnya terpaksa dikorbankan atas nama pemodenan.
Terlupa Rezal akan tanah masih lembap. Dia mengeluh panjang melihat kasut sekolah berselut tanah liat merah. Tatkala itu terlihat tapak-tapak kaki berselerakan di lumpur. Tapak-tapak kaki menuju kearah pohon gergasi.
Rezal mengekor tapak kaki dan ia terhenti diceracak akar-akar yang terdedah. Ketika sedang memeriksa pokok tersebut, Rezal terjumpa sesuatu terselit di antara akar.
Setelah diperiksa, objek diselaputi lumpur kering itu berbentuk rumah kayu yang dipacak atas sebatang tiang kayu. Rezal merasakani tu adalah rumah burung dan dicat warna merah. Dari keusangan, ibarat ia sudah menjadi sebahagian dari pokok dalam tempoh masa lama.
Guruh berdentum di langit. Rezal segera meletakkan kembali rumah burung dan pulang ke rumah.
Gelap. Masih tiada bekalan elektrik. Diamelewati bilik Along yang sentiasa tertutup dan di bilik Angah sedang bermaingitar kapok.
“Angah tadi aku pergi kat pokok besar tu” kataRezal kepada abangnya yang masih terkial-kial cuba bermain lagi Fantasia Bulan Madu.
“Aku jumpa rumah burung kat akar pokok tu”
Angah berhenti bermain.
“Warna merah ke?” tanya Angah.
“Ha’ah Ngah, ape tu eh?”
Menurut Angah, kawasan perumahan mereka ini asalnyapusat kota lama pekan itu. Taman permainan depan rumah dahulu adalah deretan kedai dimiliki komuniti Cina dan menjadi tempat membeli-belah penduduk Melayu dari kampong-kampong berhampiran.
Ada urban lejen mengatakan beberapa keluarga Cina di bunuh dengan kejam oleh askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua danabu-abu mangsa di semadikan di tokong dulu dibina bawah pokok besar itu.
Lepas British datang semula, kesemua pendudukCina dipindahkan ke Kampong Baru, sekarang jadi pusat kota pekan tersebut.
“Kau ada pegang ke tokong kayu tu?” tanya Angah.
“Kenape?” Rezal dah mula rasa tak sedap hati denganpertanyaan Angah.
“Kalau kau pegang, habisla hantu Cina tu datangcarik kau malam ni” kata-kata Angah membuatkan Rezal hampir menangis.
Kalau sebelum ini dia tak kisah hantu jembalang,kini dia mula faham kenapa ramai seram dengan makhluk halus. Kerana ini juga,dia tak menceritakan tentang penampakkan kanak-kanak bermain pagi buta kepada Angah. Kalau dia tahu, entah apa pula sakatan dikenakan terhadapnya.
Semua ahli keluarga sudah nyenyak tidur, tetapi mata Rezal masih terbuntang. Pujukan supaya Angah menemaninya malam itu sekadar janji tinggal janji. Rasa seperti nak sahaja dihempuk kepala abangnya yang sedang nyenyak tidur dengan gitar kapok.
Setelah beberapa jam bergolek-golek atas katil, Rezal yakin Angah hanya menyakat. Keheningan di luar berterusan sejak hujanberhenti sebelum semua masuk tidur menandakan tiada apa akan berlaku.
Ketawa kecil membuatkan tubuh Rezal kejung. Ketawa kecil jelas milik kanak-kanak kedengaran jelas betul-betul di luar tingkap bilik.
Dalam ketakutan, muncul perasaan ingin tahu meluap-luap. Mata merenung kepada rekahan tingkap. Akhirnya dia tewas kepada perasaan curiga yang tak dapat dibendung lagi.
Perlahan dia mendekatkan mata ke rekahan. Di luarRezal melihat sebaris kanak-kanak berdiri sebelah menyebelah. Semua kanak-kanak mungkin sebaya dengannya berkaki ayam, ada lelaki dan perempuan. Semua mempunyai iras Cina dimana mata tertutup rapat kerana sedang tersenyum lebar, kepada Rezal, seperi tahu dia sedang menghendap di sebalik tingkap.
Mereka melambai tangan, seperti mengucapkanselamat tinggal. Setelah itu berlari menuju ke arah pohon gergasi.
Rezal terkulai di katil, tak sedarkan diri sehinggadikejutkan Angah ketika azan Subuh. Pada hari itu, Rezal pulang disambut denganhiruk-pikuk di hujung taman permainan. Dilihat beberapa pekerja dengan mesingergaji sedang meleraikan pokok kepada beberapa bahagian.
Malam itu dan malam-malam berikutnya Rezal tidak lagi menerima tetamu Cina misteri.
Selesai Bahagian I.
|