|
Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]
[Copy link]
|
|
Cerita 10
Haha nih disebabkan duk tersebut hantu bangsa cina semua nih kan. teringat pulak cerita hantu apek kat hospital yang pernah diceritakan oleh mummy aku dulu. Nih zaman dia baru keja awal-awal 60's dulu. dah beranak sorang ke dua dah. Zaman tu HKB ada wad expat, wad local, wad bersalin, wad kusta. Penah jugak dia cerita kena standby bertugas kat istana time Sultan n family tak sihat. Takpe tu kesah lain, aku pun tak berapa ingat sangat.
Kejadiannya time Mummy kena jaga syif malam. Wad sakit apa aku pun lupa jugak. tapi rekabentuk bangunan hospital haruslah ikut zaman kan. pintu masuk ke wad pun tak macam sekarang, elok berkatup. zaman-zaman dulu until 80's pon tak silap aku masih ada lagi pintu berkepak macam kita biasa tengok kat bar dalam movie koboi tu.
Eh, memang pintu koboi pun nama dia. Aku baru gugel nih hehe
So memang kau boleh nampak jelah pemandangan kat luar dari dalam wad, dan maybe bayang-bayang katil jelah kot dari luar time sambil lalu.
Biasanya Mummy cakap yang duty sama satu syif adalah 2-3 orang misi lagi, selain dari doktor. Meja untuk diorang pulak biasanya kat pintu masuk wad tuh. Nak tidor selalunya kat meja tulah, beralas lengan dan ambil turn jugak.
Time kawan Mummy tido, dia pun bangun dan pegi buat ward round. Tengok apa patut, tukar apa patut. Dah habis satu wad dia pusing, jadi nak patah balik ke meja dia lah pulak. Dia jalan pelan-pelan je sambil pandang kiri-kanan katil-katil patients semua tuh. Sekali dia terpandang la ke depan, ke arah pintu koboi. Masa tu dia cakap kul 3 pagi.
Sekonyong-konyong jugak la dia ternampak ada satu wajah apek yang kesayuan di depannya. di balik pintu koboi tuh. pintu koboi tu pulak kalau tak silap paras dada je jadi Mummy nampak terang dan nyata wajah si apek yang kesayuan, pucat putih ada uban sikit dan berkelubung merah.
Tapi diam membisu jelah, mummy pun tak perasan apa lagi dah. Dia pikir apek tuh dari wad lain kot.
"Tapi kenapa Apek ni bangun berjalan pulak time-time macam nih?" fikir Mummy sambil berjalan melangkah pelan-pelan nak sampai ke mejanya. Kawan dia pun elok lagi tidor kat situ. Si apek pun macam tak berganjak jugak duk je pandang mummy di sebalik pintu koboi.
Bila Mummy dah sampai kat meja tu baru dia nampak clear sikit pemandangan si apek tuh. Macam terkaku pulak bila dah tersedar.
Apek tu takde kaki.
Bukan takde kaki tu sebab tempang ok. Langsung takde kaki. Ibaratnya apek tu terapung jah. Nampak bahagian badan atas saja kat atas pintu koboi tuh. Bahagian bawah langsung takde. Mummy punya terkejut tapi tak boleh menjerit, terkaku. Dia berpaling ke arah kawannya yang tengah tido tuh tapi tak mampu. Bila dia pandang balik ke arah pintu koboi tuh semula, apek tuh dah hilang.
*************************************************************************************************
Bila dan subuh diorang dah bertukar syif, baru mummy boleh bukak cerita kat kawan-kawan yang lain hal kejadian yang baru jadi kat dia lewat malam tuh. Diorang cakap tu penampakan roh apek yang mati bunuh diri kat wad mana tah. Dia gantung diri pakai kain selimut wad, selimut warna merah. Biasa jugak lah buat penampilan kat wad-wad secara randomn. happened to be that night mak aku yang bernasib baik
|
|
|
|
|
|
|
|
haiyakkkk...apek ohhh apek. Hidup susah mati pun susah lorrrr
Tq for citer baru tt...nah munga |
|
|
|
|
|
|
|
alelelerrr macehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
selingan sikit. nilah rupa ofis aku dan ini lorong ke bilik belakang.
time balik bila dah tutup lampu selalu terasa angker jah dekat pintu tuh.
Ain tak suka tutup pintu, sebab dia cakap terasa ada yang mengintai kat cermin pintu
Aku pulak sama je serabutnya whether pintu tu tutup ke terbukak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kejadian yg berlaku kat hospitallah yg buat tempat tu angker..
time 3 pagi memang time makhluk ni suka berjimba
kebetulan baru habis baca antologi cerpen Hospital..
boleh la MizzNaza join antologi cerpen tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
huuu tapi dah tak berapa ingat pulak cerita-cerita hospital lain...
tukang cerita nya pun dah takde
|
|
|
|
|
|
|
|
MizzNaza replied at 23-8-2016 04:05 PM
selingan sikit. nilah rupa ofis aku dan ini lorong ke bilik belakang.
time balik bila dah tutup la ...
Oh my... dapat kurasakan vibes yang tak senonoh disitu. Mungkin juga sebab aku tak suka ruang yang sempit... |
|
|
|
|
|
|
|
itulah pemandangan wajib nak dihadap tiapkali nak kena tutup lampu apa segala semua before balik.
imagine jelah dah tutup lampu semua dah gelap tinggal 1 lampu depan ni je yang menyala suram
situ semua bergelap
aku slalu solat maghrib dalam bilik kecik before the door dulu
biasa jugak la terasa-rasa jah macam ada kelibat yang bercatwalk di runway sempit itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Penampakan dekat hospital ni memang biasa. Teringat pula kawan Ibu cerita yang wad diraja yang kosong akan kedengaran riuh sebelum ada kerabat masuk. Jadi diorang akan standby jelah bila dengar bising2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm kaum kerabat nih kan memang sesuatu eh?
kalau kat area rumah aku dulu ada dua kali kejadian tak silap
burung hantu muncul sebelum ada yang meninggal
bermalam-malam jugak la berbunyi "uuk uukk" dia tuh
tak ingat yang mana satu tapi ada satu kejadian tuh dia boleh terbang rendah je
potong depan mummy aku yang tengah berjalan balik dari masjid lepas isyak
memang lintang pukang mak aji lari masuk rumah
katanya burung hantu warna putih
ni kejadian sebelum dua kerabat sultan meninggal, diorang adik beradik perempuan
pangkat mak sepupu sultan tak silap
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu sangat... kalau yang ada lukisan potret tu pun ngeri juga. Aku pandang sipi2 jer, karang dia kenyit mata kejung pulak Aku kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
itu kat rumah sedara kitorang.. memang penuh ceruk dinding tergantung potret ahli keluarga yang dah meninggal
memang tak berani nak tengok
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita 11
Ini pulak kisah yang diceritakan oleh kakak aku time dia muda belia dulu. Baru abis study balik dari NZ, dia stay umah kakak sulung kitorang kat Jalan Enggang, Keramat. Yang sulung Kak Da, yang kena nih Kak Ta. Kak Da time tu dah kawen dan menyewa kat situ, belum ada anak lagi.
Kak Ta cakap masa tuh dia jet lag, jadi jadual hidup tuh agak tingtong la jugak. Tapi takdelah teruk sangat pun. Still terkedepan 2-3 jam je dan selalu jugaklah dia terjaga tetengah malam jam 3-4 pagi. Bila terjaga tu dia takde buat apa sangat, kalau tak membaca novel kat katil dia pegi dapur buat air minum.
Ada sekali tuh dia cakap tengah duk buat air, tiba-tiba terdengar bunyi derap kaki macam orang berkawad betul-betul tepi tingkap dapur. Dia lari masuk bilik, tertidor dalam ketakutan.
The next day tu dia cakap, dia duk sorang jelah kat rumah sambil tunggu Kak Da and husband balik dari keja. Dah hilang sikit ngeri dari bunyi pelik kat tepi tingkap dapur malam sebelumnya tu. Bila bosan tengok tv, dia baca majalah dan terbaring kat hall depan tv. Lepas tu nampak ada bola tennis kat tepi rak tv, jadi bosan-bosan dia main lantun bola tenis ke dinding.
Kak Da balik kemudian tuh, diorang borak kejap. Sambil Kak Ta bercerita benda hal yang terjadi malam sebelum tu sambil duk terbaring dan duk melantun-lantun bola tennis tu ke dinding. Kak Da cakap memang bunyi macam tu biasa je jadi, tak tahulah mana datangnya tapi rasanya kawasan perumahan tu ada keras sikit la kot.
Malam lepas dinner dan tengok tv, diorang masuk tido. Kak Ta cakap kebiasaan dia tido berpeluk ngan teddy bear yang sedia ada dalam bilik tuh. Memang Kak Da punya. Tengah malam tuh macam biasa jugak la dia terjaga. Sayup-sayup dia dengar macam ada bunyi bola melantun kat luar. Dia abaikan sebab ingatkan benda tu bunyi kat luar rumah. Tapi lama kelamaan dia macam terasa bunyi tu kat dalam rumah je. macam dekat hall depan tv.
Bila Kak Ta bangun dari katil pun dia baru tersedar, teddy bear yang dipeluk sebelum tido dah takde. Nak kata jatuh tepi katil pun takda jugak. Heran la jugak kata dia, tapi dia abaikan sebab nak cari punca bunyi bola melantun tu kot ada sesiapa yang terjaga kat luar ke apa.
Dia bukak pintu sikit, cukuplah nak intai asal nampak sudah. Dan-dan nampak teddy bear yang dia buat tido tuh tersandar kat dinding dekat tv. yang bunyi bola melantun pun memang dia tau la mana datangnya. bola tu memang duk melantun ke dinding pun kat tepi bear.
Tapi ia melantun sendiri. non stop.
|
|
|
|
|
|
|
|
wooohooo scary mary ni beb...kalau aku, mau keras kejung dah kat situ. Siap ajak teddy bear main bola lantun lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayup sayup je kan view bilik belakang ofis ko tu. Ofis aku lebih kurang jugak cuma takde lorong sempit gitu. Byk ruang liku liku di antara bilik ke bilik.
Suatu hari aku kena balik lewat, takde lah lewat sangatpun aku target kul 7 aku boleh baliklah. Semua org dah balik kul 6, aku sorang stay. Mcm biasa buat keje aku dlm bilik aku. Ruang belakang dah suram sb lampu bilik dia org masing2 off bila balik. Sedang aku leka buat keje, ada bunyi mcm gelas berlaga kat pantry. Tapi aku sedapkan hati, takde apa2 kot. Sambung keje tak lama pastu pintu bilik mana pulak kat belakang tu berdentum. Aku terkujat, otomatik tgn kemas brg, off laptop, capai handbag & lari keluar ofis. Masa lari ke pintu dpn sempat aku toleh ke ruang bilik-bilik belakang tu, takde apapun cuma rasa suram & creepy sikit. Sampai skrg aku taknak stay back sorang2 kalau takde org lain kat ofis.
|
|
|
|
|
|
|
|
melantun dan terapung macam ada yang menangkap sekali tau?
lupa nak tulis dalam cerita
|
|
|
|
|
|
|
|
benda alah tu memang. dia seboleh-bolehnya nak kita acknowledge dia punya presence kan
usik sikit-sikit takde respon, memang la dia main hentam pintu
|
|
|
|
|
|
|
|
oh memang cuak la tengok benda tu melantun sendiri dah tu, siap teddy bear ada kat luar sekali
teringat cerita misteri rumah tua..lakonan noor kumalasari tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
seram gak citer penampakkan apek x der kaki tu nok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|