CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 2-2-2016 01:50 PM | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 2-2-2016 01:51 PM
GhostWalking replied at 2-2-2016 01:15 PM
orang2 kedah memang pandai bersawah.benda lain pun boleh tahan jugak pandainya:

Tuanku Haji Abd ...

Estate sangatla kita kan...Antu. lupa nak mentioned ka doktor perempuan melayu pertama asal dari kedah jugak.... Dr Salma. I ingat sbb baru saja baca pasal dia
Dr Salma, doktor wanita Melayu pertama meninggal dunia                                                                                                                                                                                                               
Published: 21 July 2014 11:32 AM  
               
                                                                                                                                                                                                Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail (gambar), meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 6.15 petang semalam.
        Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.
        Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.
                                                                                                                                                                                       
                                                                        Dr Ridzwan berkata, jenazah akan disempurnakan di No 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, hari ini.        Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.
        Anak kelahiran Alor Setar itu pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Kedah dan Selangor pada 1950-an dan 1960-an.
        Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.wsY7XL5o.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 01:57 PM | Show all posts

Saja nak paste gambaq semalam kat blog jinggo..blog ni kena block jd rasa ramai tak boleh nak masuk


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:00 PM | Show all posts
Awat muka orang nak kena buang ni senyum sentiasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 02:49 PM | Show all posts
PKR sokong Mukhriz
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam kenyataannya berkata bahawa pendirian tersebut diambil ekoran tiada alasan munasabah untuk menggantikan Mukhriz dengan calon lain. - Foto TRP/Mokhsin Zamani



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 2 Februari:
PKR akan terus menyokong kepimpinan negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam kenyataannya berkata bahawa pendirian tersebut diambil ekoran tiada alasan munasabah untuk menggantikan Mukhriz dengan calon lain.
“Sebarang keputusan untuk mengeluarkan penyandang jawatan Menteri Besar bagi mana-mana negeri mestilah diasaskan dengan alasan yang munasabah.
“Dalam kes negeri Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Mukhriz selaku Menteri Besar selain dari politik persaingan dalaman Umno.
“Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran yang sedia ada. Parti Keadilan Rakyat menghormati proses Perlembagaan dalam menentukan calon menteri besar yang dapat kepercayaan majoriti ahli ahli undangan negeri,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Kedah kini sudah menghampiri tempoh dua minggu berhadapan dengan kemelut pertukaran MB.
Namun, sehingga ke hari ini, masih tiada jalan penyelesaian yang kelihatan setelah 14 Ketua Bahagian Umno Kedah merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan pertukaran tampuk kepimpinan Mukhriz.
Sebelum ini PKR pernah melakukan pertukaran MB di negeri Selangor dengan mewujudkan Langkah Kajang.
Langkah Kajang itu menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim ditukarkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor sekitar September 2014.
Pertukaran Khalid itu dibuat membabitkan krisis penstrukturan air di Selangor.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 02:50 PM | Show all posts
Adakah 19 ADUN BN berkata benar? – Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena hadir bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, ketika menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak semalam. - Foto TRP/Adib Hakim



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 2 Februari:
Pas melihat bahawa Kedah kini berada di ambang ‘kerajaan tandas’ susulan kemelut pertukaran Menteri Besar di negeri itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kejujuran seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam, wajar dipertikai.
“Persoalannya apakah mereka berkata benar dihadapan Jemaah Pemangku Sultan yang mereka hilang kepercayaan kepada Mukhriz tanpa dipaksa oleh Najib atau mana mana pihak? Bukankah sebelum ini ada sebahagian ADUN Umno membuat kenyataan yang tak bersetuju dengan tindakan menggulingkan Mukhriz yang dilancarkan oleh Putrajaya? Ada di kalangan mereka yang buat pengakuan terbuka mereka tak tahu apa-apa tentang sidang media pada 20 Januari yang lalu seolahnya mereka diperangkap oleh komplot untuk menggulingkan Mukhriz.

“Bukankah ada ADUN Umno yang membuat pengakuan diburu hampir jatuh laut untuk mendapatkan sesuatu? Bukankah ada ADUN yang menceritakan pada kawan saya yang dia dipanggil oleh Najib dan memaksa untuk tandatangan akuan bersumpah? Bukankah kenyataan ADUN dari MCA yang menyatakan tidak wajar untuk menggulingkan Mukhriz? Ini menunjukan jika mereka benar bebas menentukan pendirian sudah pasti Mukhriz kekal dan Najib tewas petang semalam.
“Adakah mereka menceritakan semua ini kepada Jemaah Pemangku Sultan secara jujur melalui hati nurani dan akal budi mereka? Atau mereka dengan penuh beradab membohongi Jemaah Pemangku Sultan yang mereka hilang kepercayaan pada Mukhriz dengan kerelaan diri sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan daripada itu, beliau berkata keputusan petang ini akan memihak kepada Mukhriz sekali gus menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana ADUN-ADUN pembangkang turut dipanggil oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi mendapatkan penjelasan berhubung kemelut MB tersebut.
“Namun dengan memanggil ADUN pembangkang mengadap pada hari ini seperti dilihat Najib tidak mendapat angka 19 ADUN BN yang menyokongnya. Lojiknya jika Jemaah Pemangku Sultan mendapat perakuan 19 ADUN BN tidak lagi percaya pada Mukhriz tidak ada lagi keperluan untuk memanggil ADUN pembangkang. Kerana bilangan 19 ADUN sudah mencukupi untuk menggugurkan Mukhriz.
“Adakah dengan memanggil ADUN pembangkang menunjukkan bilangan pembangkang 15, Mukhriz 3 dan Najib 18. Adakah ini bermakna harapan hanya ada pada pembangkang untuk kekalkan Mukhriz sebagai MB dan tewaskan Najib pada petang hari ini. Walaupun jumlahnya sama banyak 18-18 tiada masalah untuk kerajaan ini kekal dengan Mukhriz sebagai MB asalkan Najib dan kuncunya kalah. Menghalang Mukhriz disingkir bermakna menewaskan Najib,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Hari ini merupakan hari ke-13 Kedah berhadapan dengan kemelut pertukaran MB.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sumber berkata ada di kalangan 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz disingkirkan, mengubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Hari ini, dijangkakan berlangsung pertemuan di antara 15 ADUN pembangkang pula yang diundang bagi menghadap anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipercayai sama ada mereka bersetuju Mukhriz diganti atau tidak.-TRP

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 02:51 PM | Show all posts
Mukhriz mungkin kekal MB?
Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dilihat mungkin kekal susulan pertemuan 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam. - Foto TRP/Adib Hakim



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 2 Februari:
Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dilihat mungkin kekal susulan pertemuan 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.
Menurut Utusan Malaysia, sumber itu berkata ada di kalangan 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz disingkirkan, mengubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Hari ini, dijangkakan berlangsung pertemuan di antara 15 ADUN pembangkang pula yang diundang bagi menghadap anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipercayai sama ada mereka bersetuju Mukhriz diganti atau tidak.

“Kalau terpaksa panggil ADUN pembangkang menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, maknanya jumlah 19 ADUN bersetuju Mukhriz diganti tidak diperoleh,” kata sumber tersebut.
Sumber itu berkata, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak mempunyai pilihan selain daripada memanggil ADUN Pembangkang menghadap untuk mencapai keputusan.
Menurut sumber itu lagi, Mukhriz dikatakan enggan meletakkan jawatan walaupun diminta berbuat demikian oleh anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Ini adalah kali kedua beliau menolak setelah diminta berbuat demikian pada Jumaat di Kuala Lumpur,” kata sumber tersebut.
Sumber itu juga turut tidak boleh menjangkakan kemungkinan yang akan berlaku kerana ia sukar diramal.
“Malah tidak mustahil juga jika konflik ini berlanjutan sehingga ke sidang DUN bagi membentangkan undi tidak percaya kepada Mukhriz.
“Ini memandangkan dalam keadaan sekarang Mukhriz tidak boleh menjalankan pentadbiran negeri berikutan sekurang-kurangnya 18 ADUN BN termasuk exco kerajaan negeri tidak menyebelahi beliau,’’ kata sumber tersebut.
Kedah mempunyai 36 DUN dengan BN menguasai 21 kerusi, Pas (8 kerusi), Amanah (1 kerusi), PKR (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).
TRP

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Popcorn dah habis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gelak je laa tgk umno x pandai nak tukar mb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 2-2-2016 09:41 AM
Yg pasti almost 98% orang yg i kenal pengundi kedah akan pangkah pembangkang nanti pru regardless  ...

Betul tu sis...yang 9 orang yang buat perangai tu next pru jangan undi lagi...

Hopefully warga Kedah tak lupe la...takut 2 tahun lagi dah lupe...terus maap kan aja gituw...tiap kali raya kan bermaafan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:02 PM | Show all posts
kecimpret replied at 2-2-2016 02:58 PM
gelak je laa tgk umno x pandai nak tukar mb

ape reason nak tukar pun tak paham..... sbb tgk list mcm takde apa pun
mcm angkara bijan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:03 PM | Show all posts
mm 1: 0 nr
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 2-2-2016 03:02 PM
ape reason nak tukar pun tak paham..... sbb tgk list mcm takde apa pun
mcm angkara bijan je :l ...

dah laa reason x kukuh..x dpt cukup sapot lak..benda x plan btul2 ni laa jadinya..keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:05 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 2-2-2016 02:49 PM
PKR sokong MukhrizPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam kenyataannya berkata ba ...

kak jah duk diam2 sudahlah.. nanti macam meludah ke muka sendiri ajer..

tak ada bedanya langkah kajang dgn kes MB Kedah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 2-2-2016 09:47 AM
aku nak adun pakatan berkecuali...biar padan muka semua org menggelupur.time neh la pakatan leh wa ...

Adun dari PAS mesti ramai sokong MM kalau dilihat dari previous krisis MB di Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:09 PM | Show all posts
kecimpret replied at 2-2-2016 03:05 PM
dah laa reason x kukuh..x dpt cukup sapot lak..benda x plan btul2 ni laa jadinya..keh keh

mukhriz tu kn nmpk baik2 je.... senang kena tekan
beria2 bijan sogok rupanya ahahahah.... dgn mukhriz pun terancam ke apa.... aku tak pollow sgt psl mb kedah ni.....
cuma tak sabar sungguh nak tunggu bijan turun scpt mungkin..... yg umno bodoh seme tu dok hdp bijan yg makin lemah ni wat pe..... I is tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 2-2-2016 02:49 PM
PKR sokong MukhrizPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam kenyataannya berkata ba ...

Yelah tu...tetiba pendirian Kak Jijah sama macam adun2 PAS di Selangor dulu sedangkan beliyau nakkan kerusi MB Selangor.

Kuat kencing kak Jijah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 2-2-2016 03:09 PM
mukhriz tu kn nmpk baik2 je.... senang kena tekan
beria2 bijan sogok rupanya ahahahah.... dgn  ...

bijan kasi derma x cukup le tewww..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:18 PM | Show all posts
kecimpret replied at 2-2-2016 03:12 PM
bijan kasi derma x cukup le tewww..kah kah

sapa suh baik sgt duit derma pulang balik....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:19 PM | Show all posts
Kedah ni tagline dia bukan pulun kedah pulun ke? Mana datang serata rata pulak ni benda baru ni. Penang pulak haria penang haria....kelakarrrr gilerrrrr tagline ni, belah2 utara semua gangster2 ye. Perak pulak kejar yeop kejarrrrr....suka sgt yg ini. Lagi satu orang kata org kedah ni jgn buat main2, hampa pi aloq setaq depa putaq kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orange1 replied at 2-2-2016 03:19 PM
Kedah ni tagline dia bukan pulun kedah pulun ke? Mana datang serata rata pulak ni benda baru ni. Pen ...


Walaupun Spidey tak berapa faham maksud Orange tapi rasa nak gelak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 6373 Replies : 4
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18396 Replies : 22
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 4038 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:39 PM GMT+8 , Processed in 1.971700 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list