CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 16-12-2015 06:30 AM | Show all posts
Aku rasa sebab ko gila pop corn tu pun sebab jin tu kan...


xtau la nak kata... syaitan ni keje dia memang la bisik benda2 xbaik suh kita buat. tapi bezanya tarikan tu kuaaaaattttttt sangat susah nak resist. moga kau terlindung la daripada benda2 camni yer.

tima kasih doakan aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2015 06:37 AM | Show all posts
Saya sama macam KK. Macam banyak sama. Introvert. Saya x suka ramai org. Meluat. Saya selalu rasa saya ni xde gangguan. To kekadang mcm ada. Pernah berubat. Tapi still sama. Ingat nak pergi DS. Tapi entahla.

Bila baca kisah KK. Rasa macam 'ada jugak orang macam aku".

Semalam aku tengok rakaman Halaqah TV9 pasal saka. Ust Hanafiah tu kata memang ada orang yang sampai jadi bipolar dan skizo sebab ada jin kat dia. Kau pegi la berubat ya. Benda ni bukan boleh hilang dengan sekali cabut je. Aku aritu nak tunggu dia react pun sampai dekat sepuluh kali pegi. Jangan kata la nak buang kan. Dan jangan sebarang2 gi berubat... doa minta Allah tunjukkan mana yang baik untuk kau ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 06:42 AM | Show all posts
aLieNzDaToR replied at 15-12-2015 03:01 PM
Saja nak kongsi buku Dialog Bersama Jin Muslim. Tapi dalam bahasa indonesia. Sangat berguna utk tau  ...

Dah download. Tima kasih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 06:47 AM | Show all posts
At least itu yang jadik kat makcik aku.. masa dia tak kawin macam2 dia kena.. nampak antu la.. benda bergayut depan rumah lah.. benda busuk dlm rumah lah, etc.. berubat dah mcm2.. last2 kawin.. Alhamdulillah dah takde.

Iee seramnya. Nasib baik aku takde sampai camtu. Paling2 pun bau busuk kat umah ni sebab angin tiup bau sampah dari tong alam flora kat luar nun. Haaa kan... baru cakap dia datang dah

InsyaAllah, kalau sampai jodoh yang sesuai, aku kawen. Tima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 07:06 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 15-12-2015 04:30 PM
sekali baca pasal ayah tt ni, macam tersama lak ngan abah aku. cepat melenting, kuat membebel, bil ...

Memang nyakitkan hati kan. Ayah aku kurang sket nak membebel depan kitorang melainkan dia dah tak tahan. Tapi masa muda memang kuat naik tangan. Ko bayang la aku bangun pepagi seblum subuh dah nampak mak kene lempang. Tak hancur mood aku satu hari tu?

Dah kenapa kita ngumpat bapak semasing kat sini... haha

Tapi ayah aku sebenarnya penyayang sangat. Kalau time dia tak marah tu, dia sangatlah lembut, ramah dan bertolak ansur. Kalo tak, takkan kekecik dulu aku rapat ngan dia. Waktu ayah gi keje kat oversea kitorang nangis2 sampai kene selimut ngan kain pelikat dia baru bleh tido. So pada aku, ayah aku ni dah jadi bipolar. Kejap dia, kejap hantu. Huhu.....

Bila benci sangat ngan ayah, aku gi la tengok gambar2 family kitorang, tengok doll yang dia hadiahkan masa kecik, so aku akan ingat yang sebenarnya ayah sayangkan aku. Dan skarang aku dah tau kenapa dia jadi camtu.

La ni mak aku je la ikhtiar diam2 kasi ayah minum air doa. Cuba la cadangkan mak kau buat camtu jugak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 07:11 AM | Show all posts
Hatida replied at 15-12-2015 04:43 PM
uik?? dah abis ke kelip? cerita awak yang dikosngsikan ni ada sedikit persamaan dengan saya. mungkin ...

Tima kasih sudi folo sampai abis. Kalau rasa cam sama, cuba la cek. Jangan biar dia bahagia duduk ngan family kau.
all da best to u 2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2015 07:28 AM | Show all posts
jacxk84 replied at 15-12-2015 05:06 PM
fuhhh abis jugak merempit ...mmg best bagi aku sebagai pembaca...tapi bagi TT sebagai yg menanggung. ...

Yay sampai garisan penamat!
Tima kasih sudi bertamu ke gobok buruk aku. Aku pun xtau cemana aku lalui kehidupan camtu. Allah yang tolong. Banyak situasi yang aku dah overwhelmed, rasa nak bunuh diri mahupun bunuh orang. Masa tu la Allah bawak aku keluar dari rumah, gi jenjalan sana-sini, tengok tempat baru yang aku tak pernah sampai... Alhamdulillah.

So aku paham sangat situasi orang yang bunuh keluarga sendiri ni. Syukur aku tak pernah sampai lakukannya. Alhamdulillah. So hati2 ngan syaitan ya. Moga Allah pelihara kau dan keluarga kau daripada jadi cam aku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 07:34 AM | Show all posts
aerolz replied at 15-12-2015 06:26 PM
Tq share story. Setelah SR dari awal sehingga akhir cerita,

Banyak nak cakap, tp rasanya semua t ...

Tima kasih @aerolz. Kalau aku dah tau pun, apa salahnya ko tulis kat sini untuk readers yang lain

InsyaAllah, aku cuba kuatkan diri. Moga Allah pelihara kau dan keluarga kau juga. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2015 07:55 AM | Show all posts
sofiazara replied at 15-12-2015 01:19 PM
wakakakakaaa

takpela kelipkertas...

Rasanya profile pic ko tu bukan animated kan? Tah apesal mata aku nampak dia gerak2...

Aku manusia biasa cam ko jugak... buat baik dan buat salah. Ada jin ke tidak, yang pasti hubungan kita dengan Allah kene repair. Sebab nanti lepas mati jin saka sume ni takde dah... Yang ada cuma kita dengan Allah. Kot kita ada jin pun takleh la jadikan alasan jin tu buat kita malas solat, puasa, begitu-begini. Still kena lawan. Tunggang terbalik pun, kene lawan.

Soal jodoh tu serah pada Allah je. Kalau Dia takdirkan kahwin, ada jin pun kita akan kahwin. Just prepare to be a good wife, a good mom. Nak dapat orang baik, kita dulu kene baik... btol tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 08:12 AM | Show all posts
Delores replied at 15-12-2015 01:07 PM
Salam KK,

Seronok baca pengalaman KK. Pandai olah plot menjadikan cerita KK menarik untuk dibaca  ...

Ini menarik. Ko kene bukak thread baru nih. Mesti abg momod suker

Tapi, aku dapat rasa seolah2 benda ni protect aku.. bila aku marah dan kecewa dgn sesapa, maka benda ni akan bertindak bagi pihak aku. ada beberapa insiden yg berlaku pada org lain, yg aku dapat rasa kerana aku betul2 marah dan sakit hati atau kecewa dengan individu tersebut. Tapi tak perlulah elaborate yang ni sebab aku pon tatau entah2 mainan syaitan semua ni. Dahmemang kebetulan nasib tidak menyebelahi individu itu kan nak buat camana, bukan ada kena mengena dengan aku, nanti jatuh syirik pulak.

Tet! Aku pun alami camtu jugak. Cuma aku maleh nak tulis kat sini sebab selama ni aku anggap Allah yang protect aku. Tapi, takkan la Allah tolong balas dendam kat orang yang nyakiti aku plak kan?

Yang selalu kene masa sekolah dulu, angah la sebab dia suka nyakitkan ati aku. Huhu. Tapi masa tu aku tak sedar pun. Aku sedih lagi ade bila tengok dia ditimpa musibah. Sampai aku doa kat Allah mintak lindungi angah sebab aku tak pernah niat pun nak balas dendam kat dia. Just sakit ati je. Biasa la kan adik-beradik gaduh. Pastu dia kene. Sian angah

Latest yang berlaku kat opis ni, ada sorang ketua dept sound aku kat depan2 meeting. Kebetulan weekend tu dia eksiden dan kaki dia patah. Bertongkat pastu datang opis. Kebetulan.......................................

Aku jadi skeri sangat..... aku takut sangat kalau kemalangan tu sebab aku. Ya Allah.... aku sampai tak berani nak tegur chief dept tu bila dia masuk opis. Buat cam tak nampak jer padahal aku sian sangat ngan dia.

Bukan tu jer, benda ni pun tak suka aku rapat dan mesra ngan orang. Bila aku gelak sakan ngan memember, tetiba dalam hati aku terdetik, ''Aih.... suka sangat ni?''

Japgi siap la. Ada je isu berbangkit sampai kitorang jadi bergeser. Lastly aku jadi takut nak masuk dalam crowd. Senyum2 je dari jauh tengok diorang gelak. Gila kan mende ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:04 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 16-12-2015 07:06 AM
Memang nyakitkan hati kan. Ayah aku kurang sket nak membebel depan kitorang melainkan dia dah tak  ...

bagus gak cadangan ko ek. mintak la sesape yang pandai buatkan air doa tok abah aku minum. kalau bukan sbb jin pun, biar tok lembutkan hati dia kan. anyway, all the best tok ko klip. moga dapat jodoh yang baik2, insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:54 AM | Show all posts
Edited by Delores at 16-12-2015 09:57 AM
Kelipkertas replied at 16-12-2015 08:12 AM
Ini menarik. Ko kene bukak thread baru nih. Mesti abg momod suker

yeahh finally aku jumpa jugak org yang senasib/sealiran dengan aku hahhaa. Kalau aku cerita kat orang lain pasal insiden berkaitan 'benda tu protect aku' kau tak rasa org akan cakap aku gila? hahaha.

Kau punya cerita lebih dasat dari aku.. sampai accident yer? uikss ngeri tuuu! Aku pulak dulu penah berkahwin dengan seorang yang agak berjaya dlm bisnes/kerja dia dengan umur kami yang masih muda masa tu (kami sebaya). Famili dia pon prominent so mak Datin ni banyak nak control hidup anak sulung dia tu. Ada beberapa insiden yang menyebabkan aku makan hati dgn famili mertua aku so aku n my ex asyik gado memanjang. Sampailah ke satu tahap bila mak Datin ni ada buat mak aku kecik hati sikit masa mak abah aku visit pak mertua aku yg sakit kat spital. dipendekkan cerita aku bercerai after 2 tahun kahwin n hanya setahun tinggal sama. Memang aku geram dan meluat dengan ex aku masa tu. Natijahnya, lepas divorce aku perati tengok bisnes dia terus merudum .. dari banyak duit dia berhutang merata2 nak meneruskan hidup dia .. dari situ ada rasa 'haa rasakan' yg datang dalam diri aku. Astagfirullah. Sampai sekarang aku tengok dia masih belum stabil cuma tak seteruk masa mula2 kitaorg divorce.

Ada jugak kes aku mengamuk dengan tokey satu kedai dobi sebab baju aku koyak n lepas tu sehelai lagi baju aku hangit. Memang aku gaduh jugak dengan tokey tu and terus aku tak antar baju kat dia. tup tup tak lama lepas tu kedai dobi dia melingkup. Aku lalu depan kedai dobi tu dah tada dah. Pon sama ada kata kata 'padan muka kau' dalam diri aku.

Kes dengan sorang staff kat opis pon ada, sebab dia kurang ajar dengan aku n aku memang sakit hati last2 dia kena terminate. Ada lagi beberapa kes tapi ada yg aku dah tak ingat.

Maybe org akan kata 'ahh kebetulan jer tuuu' tapi terlampau banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup aku n ada satu naluri yg bgtau aku mengenai benda2 mcm ni. Sebab tu aku sedaya upaya tanak benci sangat dengan orang.

KK, aku memang jenis panas baran. Sangat panas baran. Aku boleh jadi 'raksasa' kalau marahkan orang. orang2 yg dekat dengan aku mmg tahu dah benda ni.
ada yang kata aku ni ada pendamping sebab tu aku jadi mcm ni. Dulu muda2 lagilah, solat ntah ke mana peel pon macam2, lagi senang 'raksasa' aku nak muncul. Aku penah sound sorang budak pompuan di Carrefour lepas dia gelakkan aku masa aku terkedek2 angkat kotak nak naik tangga. Aku lepaskan kotak tu and aku terus tengking dia tanya 'Apa masalah kau?' and bla bla bla aku meroyan masa tu sampai budak tu terkulat2 kat situ. Terkejut kot hahahah. Now umur dah meningkat and solat pon agak terjaga .. aku punya raksasa dah mengecut sikit. Tapi still ada baran tu sebab kalau gaduh2 ker kalau tak dikontrol aku boleh jadi histeria menjerit2. Aku rasa tu jer cara aku buat aku lega n puas.

And sama macam KK and sorang forumer tadi, ABAH aku pon adalah sorang yang sgt panas baran!!! Zaman kecik2 dulu mmg penampar tu makanan mak aku. aku selalu nampak derang gaduh. Samapi satu tahap abah aku tahan marah, instead of tampar mak aku dia terus tampar muka dia sendiri. Berkali2 pulak tu. Cumanya semakin dia tua ni ada kurang lah kata mak aku.. cuma kadang2 tu ada jugak.

Jadinya apa ni? kenapa Abah aku, bapa kau, bapa forumer sorang lagi macam ni yer? ada kaitan ker? AKu ni jadi mcm ni gabungan keturunan mak aku n abah aku ker? skeri hikhik.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:21 PM | Show all posts


ala...dah tamat ke?aku lak yg rasa sedih....
bukan sedih apa...sedih sbb mambang tu ada lg menepek kat ko...
why la ust bagi penutup macam tu..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 03:58 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 14-12-2015 02:04 PM
Kalau la laki soleh tu boleh beli kat Giant ke... best jugak.

Ada je calon datang tapi tak s ...

InsyaAllah saya doakan. Ya memang kena memilih calon suami. Kerana itu kena pilih dan cari di tempat yg sesuai.
Dah usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah utk tunjukkan samada sesuai atau tidak dgn awak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2015 08:57 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 16-12-2015 09:04 AM
bagus gak cadangan ko ek. mintak la sesape yang pandai buatkan air doa tok abah aku minum. kalau b ...

Air doa tu kau @ mak buat sniri pun boleh... Bacakan al-Fatihah, surah Toha ayat 1-5 dan surah al-Hasyr ayat 21. Kalau tak, mintak la imam masjid berdekatan rumah ko ke, atau gi DS je minta tolong ust2 bacakan kat air.


@evilcooler & taiko2 share la jugak cemana nak buat air doa nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2015 09:14 AM | Show all posts
Delores replied at 16-12-2015 09:54 AM
yeahh finally aku jumpa jugak org yang senasib/sealiran dengan aku hahhaa. Kalau aku cerita kat or ...

Sabar kak... baran tu xbaik ntuk jantung kau. Hehee...

Aku dulu baran gak. Kalau tak keluar vavi kat mulut, tak pecah barang, memang tak sejuk la. Tapi aku sedar sampai bila aku nak jadi camtu kan... sian kawan2 aku. Sian orang sekeliling. Sian aku jugak la laptop ngan tipon asyik nak ganti baru jer.

Paling sentap bila mak pernah mengelak daripada jalan sebelah aku. Muka dia tunduk je ketakutan. Ko bayangkan kak kalau mak sniri takut ngan aku sampai camtu. Tak makan dalam ker...

Lagipun, orang yang perangai buruk ni nanti kat akhirat kita muflis. Penat je solat, puasa bebanyak tapi sudahnya orang claim pahala tu...sebab kita sakitkan ati diorang kat dunia. Huhu...

Sejak tu aku slow2 ubah sikap. Nak tahan marah tu pun sakit tau. Rasa cam nak pecah urat2 darah dalam badan ni bila aku tahan marah. Menggigil, meremang segala bulu bila marah tu tak dapat keluar. Alhamdulillah lepas aku duduk ngan kengkawan tarikat, tengok camner cantiknya pergaulan diorang ikut sunnah Rasulullah SAW, baran aku ilang sniri. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

So aku buat kesimpulan, 'komplikasi' gangguan ni boleh dirawat ngan Tasawuf. Patutlah Syaikh Hamza Yusuf cakap Tasawuf tu sains.

So... keadaan ko camne kak? Takde masalah kesihatan yang timbul ke? Ko takde cuba gi buang benda tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2015 09:26 AM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 16-12-2015 03:21 PM
ala...dah tamat ke?aku lak yg rasa sedih....
bukan sedih apa...sedih sbb mambang tu ada lg mene ...

Akak C, sbenarnya aku sniri yang tutup 'sesi' tu. Ust suh aku solat hajat je. Aku yang ambik ngan konotasi negatif. Haha. Dah 2minggu stop ni hidup aku normal balik. Maleh pulak nak berubat lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2015 09:32 AM | Show all posts
evilcooler replied at 16-12-2015 03:58 PM
InsyaAllah saya doakan. Ya memang kena memilih calon suami. Kerana itu kena pilih dan cari di temp ...

Tima kasih taiko.

Pagi ni dengan selamba+seramnya aku guna baju kebal ayah buat kain lap dapur. Tak pe kan? Harap takde apa jadi kat aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 17-12-2015 09:26 AM
Akak C, sbenarnya aku sniri yang tutup 'sesi' tu. Ust suh aku solat hajat je. Aku yang ambik ngan  ...


Yeke..takpela ko yg mengalami,tentu ko lebih paham decision nape nak tamatkan dulu...
Hehe..aku ni kalo ustaz or setazah mmg pandangan lain sket..mcm kagum benor,so kalo dgr cite lain sikit mulala aku tak pueh hati..ntah apa kena nye pun tak tau...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2015 10:14 AM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 17-12-2015 09:37 AM
Yeke..takpela ko yg mengalami,tentu ko lebih paham decision nape nak tamatkan dulu...
Hehe..aku ...

Haha sebab tu la aku keluar dari line agama ni dan jadi manusia biasa je.

Bebaru ni gi aku gi DS minta ust bacakan air doa untuk Yun. Jumpa ust tinggi lampai tu apa tah namanya... lupa. Dia bakar2 aku suh berubat. Huhu sabo je la. Dah la aku tengah lampu merah, seminggu tak solat. Kang ada jugak tingkap berlubang kene kaki ngan 'dia' ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.127033 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list