|
Qusyairi masih tekun mengadap komputer riba. Malam kian larut namun Qusyairi belum mampu melelapkan matanya. Lalu, komputer ribanya menjadi sasaran. Hendak meneruskan kerja, sudah tiada apa lagi yang perlu dilakukan setakat ini selain menunggu hari mensyuarat dengan Sales Group pada minggu depan. Jadi, buat masa ini, dia punya masa terluang. Seperti biasa, lagu dendangan Kumpulan Wings tetap menjadi pilihan.
Laman-laman sesawang kegemarannya dibuka lalu dia menjamu mata membaca pelbagai cerita dan informasi. Sesekali, Qusyairi menggeliat, menggerakkan jari dan bahu. Terlalu lama duduk dalam posisi yang sama, boleh mengakibatkan tekanan pada urat saraf. Terlalu lama memegang tetikus dengan cara yang salah juga boleh mengakibatkan sakit pada bahagian pergelangan tangan dan jari telunjuk. Sudah pelbagai kes yang melibatkan bahagian ini dikenal pasti. Ianya dipanggil Carpal Tunnel Syndrome. Jika terlalu serius, penyakit ini boleh mengakibatkan lumpuh kepada pengidapnya.
Qusyairi akhirnya menyandarkan tubuh pada kerusi. Sedikit hampa. 'Dan Sebenarnya' masih belum ada sambungan terkini. Bukan lagu Yuna, tapi Novel Online yang dia baca dari Forum Cari. Walaupun tertarik dengan jalan ceritanya yang melibatkan ilmu hitam dan gangguan jin, sehingga kini Qusyairi masih kurang pasti mengapa pengarang cerita itu menggunakan 'Dan Sebenarnya' sebagai tajuk cerita.
Agaknya, pengarang cerita itu peminat tegar Yuna…mungkin...
Ilmu Hitam…gangguan Jin….hhhmmm…
Sekali lagi, persoalan mengenai Amariya datang menjengah minda. Amariya itu dunia apa? Jin? Makhluk halus? Jika benar, adakah dia sebenarnya kerasukan?
Tapi, kalau dia kerasukan…bagaimana dengan Megatron? Megatron juga telah ke Amariya, bukan? Adakah Megatron juga kerasukan? Bolehkah kucing terkena gangguan jin?
“Sewel.” Qusyairi tepuk dahi sendiri. Semakin difikirkan, semakin terasa seperti hilang akal.
Qusyairi mengeluh perlahan. Pernah dia cuba untuk tidak memikirkan perkara ini. Namun, sekuat mana dia cuba untuk membuang ingatan pada Amariya, semakin jelas pula wajah itu hadir depan mata.
Kertas bersaiz A4 segera dikeluarkan dari selitan celah-celah buku di atas meja. Kertas yang terlukis wajah gadis Amariya itu direnung. Lukisan wajah gadis Amariya itu masih belum sempurna. Hati dan akal kini bertembung. Akal menyuruh melupakan saja. Ini perkara sia-sia. Masakan wujud gadis itu di alam nyata namun hati pula tidak mahu. Hati rasa rindu.
Lantas, sebatang pensil dicapai lalu Qusyairi mula melukis lagi. Yang benar-benar menarik perhatiannya pada gadis itu adalah mata. Mata yang tajam bak helang...
Lagu Misteri Mimpi Syakilla berlagu di bibir seiring dengan suara Awie.
Hati juga berharap, pautan itu muncul agar dia dapat ke Amariya sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 3-11-2014 05:10 PM
Memang terasa macam ke laut aje cerita ni....
mmg sgt pon.. hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Qusyairi akhirnya menyandarkan tubuh pada kerusi. Sedikit hampa. 'Dan Sebenarnya' masih belum ada sambungan terkini. Bukan lagu Yuna, tapi Novel Online yang dia baca dari Forum Cari. Walaupun tertarik dengan jalan ceritanya yang melibatkan ilmu hitam dan gangguan jin, sehingga kini Qusyairi masih kurang pasti mengapa pengarang cerita itu menggunakan 'Dan Sebenarnya' sebagai tajuk cerita.
sempatttttttttt.....
eh nak tanya.. Tron ada instagram tak? ke pesbuk ke? Last edited by cmf_conan on 4-11-2014 03:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 4-11-2014 03:56 PM
sempatttttttttt.....
eh nak tanya.. Tron ada instagram tak? ke pesbuk ke?
Oit....Sshhuuhhhhsssss. Diam...diam. Jangan heboh-heboh....
Tetibaaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 07:43 AM
Qusyairi masih tekun mengadap komputer riba. Malam kian larut namun Qusyairi belum mampu melelapkan ...
'Dan
Sebenarnya' masih belum ada
sambungan terkini. Bukan lagu Yuna,
tapi Novel Online yang dia baca dari
Forum Cari. Walaupun tertarik dengan
jalan ceritanya yang melibatkan ilmu
hitam dan gangguan jin, sehingga kini
Qusyairi masih kurang pasti mengapa
pengarang cerita itu menggunakan
'Dan Sebenarnya' sebagai tajuk cerita.
Agaknya, pengarang cerita itu peminat
tegar Yuna…mungkin...
Ilmu Hitam…gangguan
Jin….hhhmmm… <<<<<< motip? hihi
@Ipo .@Ipo @Ipo |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 03:43 PM
Qusyairi masih tekun mengadap komputer riba. Malam kian larut namun Qusyairi belum mampu melelapkan ...
pengarang citer 'Dan sebenarnya...' dah tak dak idea nak letak tajuk. Aku rasa pengarang tu pun dah ke laut macam ko. Atau ko yang terjangkit ke laut macam pengarang tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 03:43 PM
Qusyairi masih tekun mengadap komputer riba. Malam kian larut namun Qusyairi belum mampu melelapkan ...
thorbaek betul @Nicki_Meow & @Ipo ... garapan yg sentiasa buat semua pembaca termasuk momod meroyan tak hingat... |
|
|
|
|
|
|
|
masuk jugak cerita orang lain
wah qi.. ada hari dengan syakilla kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 3-11-2014 04:46 PM
Cerita Putera Atas Bumbung tu cerita hapa? Drama korea ke?
Berharap betul Arania dengan Qi ek. ...
ya la Nicki..korean drama..orang zaman dahulukala tercampak ke dunia moden..dan terjatuh atas atap rumah heroin citer tuh..
ko tengok lah..mungkin ko boleh serap idea sikit..
heroin tu pulak sama paras rupanya dengan kekasih dia pada zaman dia tu dulu..
yang kelakarnya..prince tu terbawa hulubalang dan pengawalnya sekali..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 4-11-2014 10:17 PM
ya la Nicki..korean drama..orang zaman dahulukala tercampak ke dunia moden..dan terjatuh atas atap ...
yg aaron aziz dr zaman hang tuah tercampak kat dunia moden tuh pon tiru citer ni gak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 4-11-2014 10:38 PM
yg aaron aziz dr zaman hang tuah tercampak kat dunia moden tuh pon tiru citer ni gak ke?
ya la kut...aku tengok sikit je citer aaron aziz berlakon tu..memang ada persamaan tapi yang drama korea tu memang kelakar la
try tengok..
|
|
|
|
|
|
|
|
mana nicki.. bila nak update ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 4-11-2014 10:17 PM
ya la Nicki..korean drama..orang zaman dahulukala tercampak ke dunia moden..dan terjatuh atas atap ...
Puncanya sbb wife dia zaman dulu kala tu mati terapung dalam air... dia ngn 3 org pengawal tu tercampak ke zaman milennium yg mn masa tu istana dah di jadikn museum...
Tapi, heroin tu sbnrnya masa silam adalah adik kepada wife dia dn di zmn.moden pon dorg jadik adik beradik....
Mohtip leh hafal jalan cerita |
|
|
|
|
|
|
|
meroyan jee..HAPDET MANA! NAK HAPDET! HIHIHIHI |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|