teky posted on 9-7-2013 08:21 AM
naper xamek adi putra...
pahrin.. sendu lagi la FF
aiols pikir heols tuh bz yang amat kot, plus banyak tawaran berlakon dia tak putus2 tuh...end up org nampak jugak hasil lakonan heols tu kann, bukan setakat tayang badan semata
adeqo posted on 9-7-2013 01:53 PM
Klakor glerrrr kannnnn... Nk gelak terguling2 aku menengokye... Part yg menari yg tak leh bla tu.. ...
Memang sesuai watak superhero Melayu tu untuk Pahrin....................
Selamba badak je si badan sasa tu menari-nari.
Kalau bagi kat Adi Puter or Mat Aeron, tak mungkin timbul kelakonya tu.
NAT_11 posted on 9-7-2013 03:34 PM
Memang sesuai watak superhero Melayu tu untuk Pahrin....................
Selamba badak je si ...
Mat aeron tak sesuai jd superhero melayu ... Muke cina ciplak... Adi puter plak terlalu romantis......soh pahrin je la yg sesuai... Nmpk begitu muke melayu... Innocent gler muke menari.. Wlupun nmpk kaku gler menari... Yg pntg duet masyuk...
Terpikir klu retis yg jd duta produk ni brape income dia bleh dpt eak??? Byk kerrrr???
maxim posted on 9-7-2013 05:46 PM
time mak pahrin tgh sihat dulu die penah cite..die gi dok umah pahrin, asik kene kemaskan cek bersep ...
motip mak dia cite psl cek dia kat media???
anyway bru bace kat gua.com.my.. jgn tergelak bace statement tajuk ni..
Seluar Fahrin Ahmad Terkoyak Gara-Gara Nak Jadi Hero
Duta Alicafe Tongkat Ali, Fahrin Ahmad mengakui terkejut apabila diminta untuk menari dalam iklan televisyen terbaru bagi jenama kopi keluaran Power Root itu. Menurut Fahrin, walaupun tidak pandai menari, namun hos program ‘Sehati Berdansa’ ini sanggup menyahut cabaran semata-mata mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai duta jenama tersebut.
“Sewaktu mula-mula ditawarkan menjadi duta, mereka tidak beritahu yang saya kena menari. Bila dapat tahu kena menari untuk iklan komersial, saya memang terperanjat. Walaupun pernah menjadi pengacara program tarian, namun saya memang tak pandai menari langsung.
Walau bagaimanapun, saya sahut cabaran ini kerana saya rasa konsepnya sangat menarik. Saya suka dan seronok kerana ia satu pengalaman yang baru dan berbeza buat saya,” ujar Fahrin sambil berkongsi cabaran ketika menjalani penggambaran iklan tersebut.
“Saya hanya berlatih menari selama dua jam sahaja. Kami jalani penggambaran selama dua hari di mana setengah hari hanya untuk babak menari. Selain cabaran menari, saya perlu ikut langkah penari profesional, saya juga terpaksa tukar baju banyak kali sepanjang penggambaran. Bukan itu saja, saya juga terpaksa melalui pengalaman di mana seluar saya terkoyak ketika melakukan aksi lompat. Banyak kali juga seluar saya kena jahit dan ditukar.
Tidak dinafikan bila tengok balik iklan ini, saya tergelak sendiri. Namun, secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya dan saya pasti, ia dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk menonton iklan ini,” ujar Fahrin teruja membawa karakter ikon Power Root, Pendekar Aliman.
“Akhirnya cita-cita saya dari kecil untuk menjadi ‘superhero’ sudah tercapai. Saya suka kerana selain menyeronokkan, watak Aliman juga membawa mesej yang positif apabila menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat.”
Berkongsi mengenai bulan Ramadhan, Fahrin memberitahu menerima banyak tawaran namun terpaksa menolaknya. Menurut Fahrin, sempena Ramadhan ini, dia mahu berehat memandangkan dari suku akhir tahun lepas dia tidak berhenti dari menerima tawaran.
Sebelum mengakhiri perbualan, GUA juga sempat bertanyakan kepada duta Shell dan Garnier Men ini mengenai soal cintanya dan Fahrin menjawab masih belum mempunyai pasangan lagi.
“Saya tidak berkesempatan untuk mencari pasangan lagi kerana kesibukan bekerja. Keluarga ada juga bertanya mengenai soal ini namun tidak memaksa kerana mereka faham keadaan saya,” ujar Fahrin yang bakal pulang beraya di Johor Bharu.
kredit : gua.com
tak menahan statement dia.. berlatih 2 jam.. mana tak kaku kayu balak bebenor...
mohon maaf ye en. fahrin melahar plak skit.. tak tahan,, kelakar terguling2 aku bace statement ni.. tak cukup ngan iklan ye lagi..
fifie_olin posted on 9-7-2013 08:33 AM
linda ni x kawen pon x pe kot...dh la kaya...nmpk happeing je life dia...just kekadang mesti dia rs ...
aku pun rasa lebih enjoy dgn duit
w/pun sunyi, tp at least x sakit hati sbb lelaki
dgn duit yg byk, LO bleh gi vacation, tengok negara orang, budaya orang
cth mcm si maya karin tu..wahh sume tempat2 best dia dah pegi..panjant gunung kat nepal, pi mexico, argentina etc etc
aku heran bila ada ummah2 mulayu berkerak yg suke mencerca LO sbg andartu
heyy w/pun sheols andartu, tp bila sheols running her business, dia bagi gak peluang pekerjaan kat org lain esp melayu gak
means dia bagi org lain rezeki/makan jugak
hanya ummah mulayu yg caprut pemikiran sempit jah yg low class adja yg suke mencerca LO
Ai simpati pada yg belum kawin2 lagi.....xmahu mengutuk kerana itu semua kerja Allah.
Adik ai pun 2 org lg masih belum bertemu jodoh walaupun dan senja......sian diaorg.
Tapi setiap sesuatu yg berlaku itu mesti ada hikmahnya....moga mereka bahagia walaupun belum bertemu pasangan...
cmf_premierleag posted on 11-7-2013 08:42 AM
aku pun rasa lebih enjoy dgn duit
w/pun sunyi, tp at least x sakit hati sbb lelaki
dgn duit yg b ...
SILAPnya terletak di bahu LO juga.
Orang memang benci dengan mereka yang suka bermegah-megah. Bukan jeles
dengan kekayaan dia. Benci kerana dia bermegah-megah - AKU KAYOOO, AKU
KAYOOOOO dah jutawan!!!!
Ramai je retis yang kayoo, mungkin dah capai taraf jutawan.
Tapi takda sibuk menayang cerita..... SAYA JUTAWAN berkat segala usaha saya.
Lepas tu sibuk cakap, SAYA SUNYI DI RUMAH BESAUuuuuuu......................
Memang mengundang kutukanla. Last edited by NAT_11 on 11-7-2013 12:20 PM