CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
 Author| Post time 2-4-2013 05:41 PM | Show all posts
wardah75 posted on 2-4-2013 05:18 PM
huh ! akhirnya

mcm marah je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2013 05:42 PM | Show all posts
suria74 posted on 2-4-2013 05:12 PM
Yessssssssssssssssss........berakhirnya satu penantian......tqvm tj......nah

tq kembali...
nah kiss   
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nak lg! nak lg! dh lama x ada n3,buatlah n3 byk sikit ari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:00 AM | Show all posts
jgn lupa sambung lagi taw....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 07:19 AM | Show all posts
panjang lagi ke cite ni TJ2?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:10 PM | Show all posts
Bestnya ada sambungan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2013 09:38 AM | Show all posts
Salam TJ2

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Selamat pagi kepada TJ2 dikasihi
Harapnya sihat dan ceria di pagi ini
Bersama tugas yang menanti

Ku belek-belek hingga  subuh hari
Dalam laci almari manakah TJ2 sembunyi
Semalam terus menyepi
Hatiku terasa sunyi

Perit sungguh penantian ini
Bulan depan TJ2 bercuti lagi
Anganku jua sudah berkali
Menanti TJ2 kembali di sini

Have a good day TJ2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:58 AM | Show all posts
tq TT....jangan lupa hapdate n3 lagi k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mana n3 bru? x sabar nak tau kesah selanjutnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 04:53 PM | Show all posts

Langkah diatur pantas seiring dengan hati yang mendongkol panas. Dari tadi rasa sakit hatinya masih belum berkurangan. Dengan jalan yang sesak di sana sini, nak dapat parking yang susah bagai nak gila. Semua makin menambah rasa yang bergumpal di dada.


Masuk ke dalam Acme Bar & Coffee, mata Datin Aina meliar ke serata sudut. Cuba mencari kelibat Irina yang berjanji untuk bertemunya di sini. Dia merengus bila lihat Irina sedang enak menjamah makanan. Boleh pula dia makan sedap-sedap time orang tengah meradang macam ni!

Irina hampir tercekik Chicken Fajitas Salad saat Datin Aina menghempas kuat beg tangan di atas meja.Terkulat-kulat Irina memandang. Tidak mengerti mengapa maksunya ini bertindak begitu. Gelas air suam dicapai dan diteguk bagi membolehkan kepingan ayam yang dikunyah tadi meluncur laju di tekak.

“Apa nama penuh boyfriend  kamu tu, Nana?”

“Kenapa, maksu?”

Datin Aina tepuk dahi. Geram dengan Irina tiba-tiba. Cubalah jawab je bila orang bertanya?

“Jangan banyak tanya boleh? Apa nama penuh Ameer?” Kata Datin Aina dengan gigi yang digetap kuat. Perbualan mereka terhenti seketika bila seorang pelayan datang dan mengambil pesanan.

“Ameer Luthfy bin Tan Sri Rashdan. Emosi la, Maksu ni.Tanya sikit pun nak marah.” Getus Irina perlahan. Mungkin terasa hati dengan bentakan Datin Aina sebentar tadi.

Tiba-tiba sekeping kad dihulur padanya. Irina terpinga-pinga namun tetap meringankan tangan menyambut huluran Datin Aina. Sampul keemasan itu di buka. Dadanya mula berdetak kencang bila terlihat ukiran nama yang tertulis cantik di tengah-tengah kad itu.

“Kad apa ni, Maksu?”

Dia masih cuba bertanya untuk menyedapkan hati sendiri. Kot-kot maksu jawab kad sambut harijadi ke, kad berkhatan ke. Mana nak tau, kan? Tapi, ada ke orang berkhatan buat kad macam ni?

Last edited by TJ2 on 4-4-2013 05:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 04:56 PM | Show all posts

Kad berwarna putih gading itu di terbalikkan. Nak cari apa pun tak tahu. Yang pasti, dia tidak yakin untuk membuka kad itu dan membaca apa yang tertera. Takut tidak cukup bersedia!


“Bacalah isi kad tu kalau nak tau…”

Irina mencebik. Tak membantu betul maksu ni! Tak tahu ke orang tengah berdebar tahap nak meletup dada! Lambat-lambat kad itu dibuka dan ternyata sangkaannya memang benar.

“Mana maksu dapat kad kahwin diorang ni?”

“Terjumpa Delia dekat rumah kawan maksu tadi. Berlagak nak mampos!”

Hingga ke saat ini dia masih lagi terbayang-bayang senyuman Delia.Terasa seolah-olah senyuman itu menyindirnya secara halus. Lebih menyakitkan hati bila perempuan tua bergaya yang datang bersama Delia itu langsung tidak termakan kata-katanya. Semuanya nak disanggah! Budget bagus sangat!

Matanya memandang Irina yang tampak bersahaja membaca kad jemputan itu. Nampak seperti langsung tidak terusik. Malah masih selamba menyudu makanan.

“…tapi kenapa Nana nampak relax je. Nama Ameer yang ada kat dalam kad tu nama boyfriend Nana,kan?”

Irina angguk dan kembali menyuap salad ke mulut. Dikunyah berhati-hati supaya lumat dan tidak tercekik lagi.

“Nana dah tau pasal ni…”

“Apa? Siapa beritahu Nana?”

One of my friend dah dapat kad ni dari Ameer.”

Salad terus disuap. Sedap dan mengenyangkan! Irina tahu Datin Aina sedang memandangnya dengan pelik. Mungkin tidak percaya dia boleh jadi setenang ini menghadapi perkahwinan lelaki yang amat dicintai.

Are you ok, Nana?You look weird.”

Don’t worry,Maksu. I’m two hundred percent alright. Apa maksu ingat Nana nak menangis meraung-raung ke bila tahu diorang ni nak kahwin?” Irina tertawa besar bila Datin Aina kelihatan terangguk-angguk. “By the way maksu, crying won’t change anything!”

But I thought you love him!”

Yes, Maksu! I do love him!” Sungguh! Dia memang cintakan Ameer sepenuh hati. Cinta yang mungkin tak mampu dibayangkan oleh orang lain. Tapi apa yang dia boleh buat bila Ameer tidak memilihnya?

Last edited by TJ2 on 4-4-2013 05:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 04:58 PM | Show all posts

“Jadi takkan Nana tak marah bila Delia rampas Ameer? Bukan hari tu kata sanggup buat apa saja untuk dapatkan Ameer?”


Chill la, Auntie. Jangan emo-emo.” Pasti maksu pelik dengan sikapnya hari ini. Irina senyum sendiri dan sambung kata-kata. “Diorang baru nak kahwin. Lagipun, yang dah kahwin berpuluh tahun pun boleh cerai.”

Dahi Datin Aina tampak berkerut-kerut. Nyata masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Irina. Dah tua-tua ni, lambat sikit nak pick up! Hehehe

“Tak fahamlah aku dengan kamu ni!”

Irina tertawa kuat sehingga membuatkan beberapa pelanggan lain tertoleh-toleh. Mungkin mereka mahu tahu apa yang bisa buatkan dia ketawa sebegini. Sewaktu pelayan sebentar tadi menghantar pesanan Datin Aina, Irina masih lagi tidak henti-henti tertawa. Sebiji macam orang kena sampuk!

“Kenapa ketawa sampai tak ingat dunia ni?”

Geram pula rasanya dengan Irina yang dari tadi asyik bergelak ketawa. Serasanya isu yang dibincangkan tadi mengenai perkahwinan Ameer dan Delia. Bukan kisah Pak Pandir atau pun si Lebai Malang!

“Nana lucu tengok muka maksu! Emo tak sudah-sudah.  Dahi pula berkerut-kerut dari tadi. Nanti tak pasal-pasal kena cucuk botox lagi tau!”

“Maksu ni risaukan Nana. Kan si Ameer tu dah diambil Delia. Maksu tak nak Nana meroyan tak pasal-pasal.”

“Nana oklah, Maksu. Jangan risau!”

Berkali-kali Irina berkata begitu tapi Datin Aina masih belum mampu untuk mempercayainya. Irina di hadapannya ini dirasakan terlalu pelik. Tidak seperti Irina yang biasa berkongsi idea dengannya. Mana perginya Irina yang itu?

“Nana macam lain hari ni…”

“Nana macam baik sangat hari ni kan, Maksu!” Irina sengih bila Datin Aina angguk. “Sebab tu Nana tak kisah Ameer nak kahwin dengan Delia. Kahwinlah! Takpe! Berbahagialah selagi boleh sebab bila Nana dah tak baik lagi nanti…Nana akan ambil balik semua hak Nana. Nana akan pastikan takde satu pun yang tertinggal!”

Seraya itu dia menepuk kuat sudut meja di sebelah kanannya. Tindakan spontan itu nyaris-nyaris buatkan Datin Aina terbalik kebelakang kerana terlalu terperanjat. Laju wanita genit itu mengurut dada. Kuss semangat!

Last edited by TJ2 on 4-4-2013 05:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 05:01 PM | Show all posts

“Buat terkejut maksu je! Kalau maksu ada sakit jantung, sure dah K.O tau tak!” Marah Datin Aina sungguh-sungguh.  Geram betul dia pada Irina yang ada di hadapannya ini. Besar kecik besar kecik je dia nampak Irina waktu ini!


“Aiyo maksu! Kan dari tadi lagi Nana dah cakap relax. Jangan emosi sangat!” Tukas Irina kembali. Maksu yang emosi lepas tu nak marah-marah dia pula! Apa pun tak boleh!

Masing-masing terdiam. Mungkin cuba untuk menenangkan perasaan. Penat nak gaduh-gaduh. Buang tenaga dan air liur.

“Maksu…maksu jangan risaukan Nana. I’m totally fine! Sekarang ni, kita biarkan je Delia tu. Biar dia happy. Sampai masa, Nana akan buat dia lagi sakit dari apa yang Nana rasa!” Irina berkata selepas hampir 10 minit berdiam diri.

Mereka berpandangan sebelum Datin Aina angguk dan kembali tunduk menyuap Pan Seared Seabass. Sedap menjilat jari!

“Maksu…”

“Hurm…” Jawabnya tanpa mengangkat muka. Masih leka menikmati keenakkan potongan siakap yang dipanggang rangup. Memang syok habis!

“Maksu marah Nana ke?” Irina bertanya bila Datin Aina seperti tidak mahu memandangnya.

“Tak la…”

“Habis tu kenapa macam nak tak nak je cakap dengan Nana?”

“La…tadi Nana juga yang suruh maksu relax, kan?” Irina hanya angguk. Datin Aina kembali bersuara. “Ni maksu tengah relax la. Menikmati makanan!”

“Hampeh la, maksu ni!”

Irina tepuk tangan Datin Aina yang ada di atas meja. Adik bongsu papanya itu tersengih cantik. Mana tak cantik. Sana sini dah diubah! Vitamin C la, cucuk botox la, whitening gigi la! Macam-macam. Pokok pangkalnya duit! Ada duit semua boleh buat!

“Nana, betul ke dahi maksu ni ada kedut-kedut?” Irina mengangguk polos mengiakan. Dahi Datin Aina dikerling sedikit. Maksunya itu kelihatan mengusap dahi berkali-kali. “Nanti teman maksu di cucuk botox ek?”

Irina ternganga. Namun tetap angguk kerana dia juga ingin menyuntik vitamin c dan sekurangnya kesibukkan boleh buat dia lupa tentang Ameer untuk seketika…

Last edited by TJ2 on 4-4-2013 05:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 05:04 PM | Show all posts
ada entry baru....tq tj
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 05:19 PM | Show all posts
cucuklah selagi blh.......kemudiah hari baru tahu kesan sampingan....
masa tu terlambat sudah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:48 PM | Show all posts
Bab26

Delia mendengus kasar. Penat, rimas dan panas. Masuk kali ini dah 265 kali dia asyik keluar masuk fitting room untuk bertukar baju. Muka pembantu butik yang tadi manis sudah pun bertukar kelat. Mungkin letih melihat gelagatnya yang dari tadi gigih bersalin baju.

“Yang ni ok tak?”

Usai berpusing 360 darjah, Delia terus bertanya pada Ameer yang sedang duduk di sofa di sudut kanan butik pengantin itu. Lelaki itu kelihatan berkerut-kerut.

“Cuba you pusing lagi sekali…”

“Apa lagi ni? Penatlah.” Rungut Delia sambil bercekak pinggang. Namun Ameer hanya memandang dengan senyuman.

“Pusing je la, sayang.”

Bibir dicebik tanda protes. Sayang mak yang! Kena sepak kang melayang! Mahu tak mahu dia terpaksa juga berpusing. Kalau tak sampai bila pun benda ni tak selesai! Ameer tiba-tiba tertawa kuat hinggakan Delia terpinga sendiri.

“Kenapa ketawa tiba-tiba ni?” Baju yang tersarung ditubuh dibelek kembali. Ada yang tak kena ke hinggakan Ameer tertawa begitu. Tapi semuanya tampak cantik terletak di tubuhnya. Delia kerut dahi. “You ni kenapa?”

Ameer bangun dari kerusi dan melangkah mendekati Delia yang sedang bercekak pinggang. Wajah perempuan muda itu jelas kelihatan masam.

I ketawa sebabyou pusing lembik macam tak makan. Padahal tadi I dah bawak you makan nasi kerabu dekat Hayaki. Melantak tak ingat dunia. Takkan masih takde tenaga lagi kot?”

Delia makin mencebik. Geram dengan Ameer yang sedang sengih-sengih di hadapannya. Ingat handsome sangat ke sengih macam tu? Macam Mr Bean je!

Suka hati je mengata orang, kan?”

“La…dah memang you yang pusing macam tak makan seminggu…”

“Orang dah penat la. Dekat 345 kali tukar baju tau!”

“Membohong!” Ujar Ameer dengan mata yang sengaja dijegil besar. Delia hanya selamba. Ameer senyum. “Baru 15 kali I suruh you tukar baju…”

“Ha! Kan banyak tu. Habis tenaga orang tau!”

Last edited by TJ2 on 5-4-2013 05:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 04:50 PM | Show all posts

Sekali lagi tawa Ameer pecah. Lucu dengan kata-kata Delia. Tapi jauh di dalam hati dia bahagia bila Delia jadi semakin dekat dan manja dengannya. Hubungan mereka nyata lebih mesra sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah!


“Yela…nanti I bawakyou pergi makan lagi. Top up balik tenaga you tu. Kali ni you nak makan apa pula?”

You belanja?”Tanya Delia. Ameer angguk pantas. “Wuhuuu…” Delia bertepuk tangan dan bersorak keriangan. Ameer yang ini memang dia suka! Selalu lembut dan memanjakannya. Tak macam Ameer yang kat office! Ameer yang itu suka marah-marah dan cepat naik angin. Pantang silap, terus nak mengamuk satu pejabat.

Pelik tapi benar. Namun itulah Ameer. Di pejabat Delia tetap dilayan sama seperti staff-staff Akram yang lain. Tiada istilah pilih kasih walaupun semua orang tahu tentang hubungan mereka. Kalau orang lain kena maki bila buat silap, Delia pun tidak terkecuali. Ameer tetap Lion King bila di pejabat!

“Intan payung…” Panggilan Ameer itu melenyapkan semua bayangan yang hadir di mata Delia. “You nak makan apa nanti?”

“Kalau kita pergi makan dekat my favourite place, ok tak?”

“Dekat mana?”

“Seksyen 9. Belakang Concorde, Shah Alam tu. Dekat je dengan rumah ayah. Chinese muslim food. Sedap tau!”

Terliur Delia bila teringatkan ketam telur masin signature dish restoran Al Munawwarah itu. Memang menjilat jari! Lagipun susah nak cari restoran cina yang halal dan sedap.

“Ala…pada yousemua makanan pun sedap. Tak pernah tak habis kalau makan.”

“Ni macam ada bunyi-bunyi nak kata orang kuat makan je?”

Pantas Ameer angkat kedua tangan separas telinga. Dari tadi bibir lelaki itu tidak lekang dengan senyuman manis. Boleh kena kencing manis kalau terjangkit!

You yang cakap! I tak cakap apa-apa!”

Seraya itu Delia memeluk tubuh dan menayang muka cemberut. Konon-konon merajuk! Bibir pula sengaja dimuncungkan. Tubuh dipalingkan ke kiri menghadap ke susunan baju yang cantik bergantungan. Rambang mata sekejap! Kalau ikut Delia, semua baju dekat butik ini dia berkenan. Semuanya menepati kehendaknya. Tapi, Ameer ni yang cerewet ya amat! Ada je yang tak kena di mata dia. Payah betul kalau nak kahwin dengan jenis orang yang detail oriented ni!

Last edited by TJ2 on 5-4-2013 05:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:51 PM | Show all posts

Delia tergamam bila bahunya ditarik. Leka tengok baju sampai lupa pula dia sedang merajuk. Dan bila Ameer pegang kedua belah tangannya, Delia sudah terlopong sambil menelan air liur. Cuba tarik tapi tidak berjaya. Seolah-olah melekat! Mamat ni pakai gam ke?


You ni manja, kan?” Ujar Ameer bersahaja. Delia hanya diam menghela nafas yang terasa sesak. Rimas bila Ameer begini. “Kadang-kadang I nampak you kuat merajuk. Mengalahkan Dani dan Dania…”

“Kenapa pun kalau I kuat merajuk?” Potong Delia pantas. Geram pula bila dibandingkan dengan anak-anak kecilnya.

“Takde apa tapi I suka…” Jawab Ameer sambil senyum. “Cute kalau you merajuk.”

“Tak merajuk pun I memang cute!”

Statement takmenahan! Delia sendiri mahu tergelak tapi cuba dikawal. Tengah merajuk kan! Mana boleh tiba-tiba ketawa! Tapi Ameer sudah ketawa berdekah-dekah. Mujur hanya mereka yang ada di butik Qudyn hari itu. Andai ada tetamu lain, pasti mereka pelik melihat gelagat Ameer yang asyik tertawa. Hari ketawa sedunia gamaknya! Putus urat kentut tau la!

“Perasan!!!”

“Tapi I memang cute, kan?”

Pertanyaan Delia itu buat Ameer geleng kepala. Tawanya masih lagi bersisa. Sejak akhir-akhir ini banyak betul dia tertawa. Ada sahaja telatah Delia dan anak-anak yang bisa buatkan dia ketawa riang dan buatkan dia lupa segala masalah yang menghantui di pejabat.

“Ye…you la yang paling cute, paling cantik dan paling anggun dalam dunia ni! Top model pun kalah!”

Kali ini Delia pula yang tertawa besar. Tak dapat lagi menahan rasa lucu bila Ameer mengatakan model terkenal kalah dengannya. Tak logik betul! Dari segi ketinggian pun dia dah kalah banyak. Dia ni rendang je! Ala-ala petite model gitu! Hahaha

“Tau tak pe...”

Last edited by TJ2 on 5-4-2013 05:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:53 PM | Show all posts

Dah lama tau! Jawab Ameer dalam hati. Dari dulu dia memang akui Delia ini cantik dan manis orangnya. Tapi bukan itu faktor utama dia sukakan Delia. Dia terjatuh hati pada Delia kerana sikap wanita muda ini. Sempoi dan selamba. Kena marah atau tak,tetap selamba. Macam tak berperasaan pun ada.


Bukan mudah untuk dia menemui perempuan begini. Ini adalah satu-satunya wanita yang boleh blend in dalam hidupnya dengan senang. Hinggakan dia sendiri tidak sedar bila dia mula menerima Delia tanpa sebarang rasa benci lagi.

Sedangkan Irina dulu, dengan susah payah dia cuba untuk menerima gadis itu dalam hidupnya. Berusaha untuk menyayangi. Malangnya sedikit pun tidak berjaya. Rasa sayang sebagai teman memang ada tetapi rasa itu tidak mampu untuk berkembang sehingga menjadi cinta. Lebih-lebih lagi dia tidak gemar dengan sikap Irina yang suka mengongkong. Ah! Kalau dah tak suka, memang semua perkara nampak buruk.

You…” Panggil Delia perlahan.

“Ada apa?”

“Sampai bila I nak pakai baju ni? You tak decide apa-apa pun dari tadi! Penat ok!”

Ameer tepuk dahi dah kembali tertawa. Benar kata Delia. Dari awal masuk ke butik hingga ke saat ini, dia belum berjaya untuk memilih persalinan yang sesuai untuk majlis mereka nanti. Semuanya tidak kena dimatanya. Ada yang terlalu seksi, ada yang terlalu jarang dan ada yang warna terlalu menonjol!

“You pusing lagi sekali…”

Tanpa banyak soal Delia berpusing 360 darjah lagi. Pantas Ameer menggeleng tanda dia tidak menyukai baju itu. Delia mengeluh halus. Entah sampai bila baru nak habis sesi tukar baju ni?

“Apa lagi yang tak kena?”

“Entah! Tadi nampak macam cantik tapi bila pakai…macam tak sesuai dengan you. Pergilah tukar lain.”

Delia ternganga. Rasa nak pitam pun dah ada. Berapa kali mau tukar daa?

Nak tukar baju mana lagi ni?”

“Masuk je la fitting room tu. Nanti I suruh orang hantar baju.”

Tubuh Delia ditolak menghala ke bilik persalinan. Delia melangkah dengan berat hati. Letih ho!

“Kalau baju lepas ni pun you tak berkenan, I dah tak sanggup! Dah give up tau tak!” Delia berhenti mencari nafas. “Tak pun you sendiri je la pakai baju-baju tu semua! Ok apa?”

Sempat lagi Delia menjerit sebelum melangkah masuk ke fitting room. Dia betul-betul sudah tak sanggup untuk terusan bersalin baju. Di luar, Ameer hanya sengih dan angkat bahu bila pembantu butik itu menjelingnya tajam. Tak puas hati la tu! Getus hati Ameer sendiri…

Last edited by TJ2 on 5-4-2013 04:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 05:14 PM | Show all posts
ngada-ngada betul ameer nih...belum apa2 nk bemanja2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list