|
Fatwa Ulama Warisatul Anbiya terhadap Fahaman Hulul dan Wahdatul Wujud
[Copy link]
|
|
SYARI'AT DAN HAKIKAT KAUM SUFI
Para pemimpin sufi mengatakan, bahwa setiap ayat mempunyai unsur lahir dan bathin. Atau, Islam itu terdiri dari syari'at dan hakikat. Syari'at, bila dibandingkan dengan hakikat, laksana buih. Hakikat merupakan tingkatan paling sempurna, puncak dan sangat tinggi dalam tangga peribadahan Islam.
Cara agar mampu untuk mencapainya adalah dengan memiliki ilmu laduni, kasyaf Rabbani serta Faidh Ar-Rahmani. (lihatlah kitab Al-Fathu Ar-Rabbani dan Al-Faidh Ar-Rahmani, karangan Abdul Ghani An-Nablisi hal. 84,85,86,87. )
Mereka (sufism) telah menyangka Rasulullah Muhammad s.a.w telah menghianati tugas kerasulannya, inilah kenyataannya. Sufism berkeyakinan, Rasulullah hanya menyampaikan yang zhahir saja. Sedang, yang batin beliau beritahukan kepada orang-orang tertentu. Menurut mereka (Sufism), adalah disingkapnya alam ghaib bagi mereka. Caranya, dengan kasyaf (penyingkapan), tajliyat (penampakan) serta melakukan kontak langsung dengan Allah dan Rasulullah -.( Ihya'Ulumuddin, AL-Ghazali, I/19)
Abu Hamid Al Ghazali, seorang yang termasuk tokoh-tokoh ahli tasawuf yang paling besar dan berpengaruh, di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumud Din ketika dia membicarakan tingkatan-tingkatan dalam tauhid, dia mengatakan, “Dalam Tauhid ada empat tingkatan: …
Tingkatan yang kedua: Dengan membenarkan makna lafadz di dalam hati sebagaimana yang dilakukan oleh umumnya kaum muslimin, dan ini adalah keyakinannya orang-orang awam(?! )
Tingkatan yang ketiga: Mempersaksikan makna tersebut dengan jalan Al Kasyf (penyingkapan tabir) melalui perantaraan cahaya Al Haq (Allah ‘Azza wa Jalla ) dan ini adalah tingkatan Al Muqarrabin, yaitu dengan seseorang melihat banyaknya makhluk (di alam semesta), akan tetapi dia melihat semuanya bersumber dari Zat Yang Maha Tunggal lagi Maha Perkasa,
dan tingkatan.
keempat: Dengan tidak menyaksikan di alam semesta ini kecuali satu zat yang esa, dan ini merupakan penyaksian para Shiddiqin, dan diistilahkan oleh orang ahli tasawuf dengan sebutan: Al Fana’ Fit Tauhid (telah melebur dalam tauhid/pengesaan) karena dia tidak melihat kecuali satu, bahkan dia tidak melihat dirinya sendiri… Dan inilah puncak tertinggi dalam tauhid. Jika anda bertanya bagaimana mungkin seseorang tidak melihat kecuali hanya satu saja, padahal dia melihat langit, bumi dan semua benda-benda yang benar-benar nyata, dan itu banyak sekali? dan bagaimana sesuatu yang banyak menjadi hanya satu? Ketahuilah bahwa ini adalah puncak ilmu Mukasyafat (tersingkapnya tabir) (maksudnya adalah cerita bohong orang-orang ahli Tasawuf yang bersumber dari bisikan jiwa dan perasaan mereka, yang sama sekali tidak berdasarkan Al Quran dan As Sunnah, -pen), dan rahasia-rahasia ilmu ini tidak boleh ditulis dalam sebuah kitab, karena orang-orang yang telah mencapai tingkatan Ma’rifah berkata bahwa membocorkan rahasia ketuhanan adalah kekafiran. Sebagaimana seorang manusia dikatakan banyak bila anda melihat rohnya, jasad, sendi-sendi, urat-urat, tulang belulang dan isi perutnya, padahal dari sudut pandang lain dikatakan dia adalah satu manusia.” (Lihat kitab Ihya ‘Ulumud Din 4/241-242).
|
|
|
|
|
|
|
|
dalamnya perbahasan ni......
susah kalau nk hurai dkt orang awam
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 10-12-2012 12:40 PM 
Bermakna kamu nak katakan Nur Muhammad adalah suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia ber ...
Dan yang kamu puja2 itu adalah emas (Nur Muhammad) Bukan puji cincin (Rasulullah). Emas dan cincin tu lain2 ka? Boleh kamu asingkan emas ngan cincin?
Nabi Muhammad SAW dan Nur Muhammad tu orang yang sama la adik... Rohani jasmani hang ja lain2 sebab hang dah kena rasuk jin wahabi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 11-12-2012 05:16 PM 
SYARI'AT DAN HAKIKAT KAUM SUFI
Para pemimpin sufi mengatakan, bahwa setiap ayat mempunyai unsur lah ...
Dah bagi makan barang halal, nak juga makan barang haram..pastu tuduh orang salah sembelih..dah beli kat kedai kapir, memang haram lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal posted on 26-12-2012 02:25 AM 
Dah bagi makan barang halal, nak juga makan barang haram..pastu tuduh orang salah sembelih..dah be ...
.. yang haram disangka halal .. maka itu yang ditelan !
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 27-12-2012 09:07 PM 
... Perbezaan Emas dengan Cincin pun tak tahu
Patutnya aku tanya soalan nih kat hang..sebab asingkan emas ngan cincin..
Takyah lompat2 topik. Isu di sini, Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi bukan sekadar di dalam takdir Allah, bahkan Baginda menyaksikan sendiri kejadian Nabi Adam as kerana Baginda telah sedia wujud pada masa tu.
Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: “ Bilakah Anda telah jadi Nabi ?”. “ Mata ja’alta nabiyyan?” Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) yaitu “Mata shayyarta nabiyyan?”. Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :“ Ja’altu qit'ataz zahab Khotiman”. Yaitu saya telah buat /cipta kan (j’altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan setelah menjadi cincin dan tercipta.
Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(كنت) “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjukkan peristiharan jadi Nabi di dalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah jelas kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw “Bilakah Anda telah menjadi Nabi?”. Terang dan jelas bahawa Sayyidina Umar ada lah Sahabat yg bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum (taqdir) dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yg sudah tersedia ada, juga mustahillah Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yg dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan bahawa baginda saw telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada taqdir Allah ta’ala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 27-12-2012 09:05 PM 
.. yang haram disangka halal .. maka itu yang ditelan !
Bukan sekadar sangka, ada dalam kitab ulama..tolak ulama, kita kafir sebab Nabi SAW suruh ikut ulama..
Mengharamkan yang halal sebab jahil, ambik hujah dr sumber yg salah, dr tok google jer..orang bagi hujah dari kitab ulama yg rojeh, tolak..nak buat macamana, dah minat makan kat kedai cina...
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal posted on 3-1-2013 08:50 AM 
Patutnya aku tanya soalan nih kat hang..sebab asingkan emas ngan cincin..
Takyah lompat2 topik. ...
... rupanya ko memang tak tahu beza antara cincin dan emas !
Emas tidak semestinya cincin dan cincin tidak semestinya emas.
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal posted on 3-1-2013 08:55 AM 
Bukan sekadar sangka, ada dalam kitab ulama..tolak ulama, kita kafir sebab Nabi SAW suruh ikut ula ...
.... rojeh ke rojak ?
Aku tak heran jika ko gemar rojak keling ... yang terikut kefahaman mereka apasal?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 4-1-2013 05:15 PM 
... rupanya ko memang tak tahu beza antara cincin dan emas !
Emas tidak semestinya cincin ...
Apa yang ko merepek ni labu..itulah dia..dr siang2 dah kabo, hang nih memang suka lari topik...ulama ambil contoh cincin dan emas umpama Nur Muhammad dan Nabi Muhammad SAW..orang yg sama. Tp hang asyik nak seleweng, kalu nak cerita cincin suasa, batu cincin, cincin sakti, hang punya pasal..orang suruh ikut ulama ASWJ, nak ikut tok sami, tok wahabi..inilah bukti kefahaman hang yg suka menyeleweng.
Dari Jabir bin Abdullah radhiAllahu anhuma bertanya, "Wahai Rasulullah! Apakah ciptaan pertama dari makhluk Allah sebelum diciptakan segala-galanya?" Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, "Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah menciptakan cahaya (nur) Nabi engkau sebelum Dia menciptakan segala-galanya, lalu Dia menjadikannya sebagai putaran kekuasaanNya terhadap apa yang dikehendaki-Nya.Pada masa itu belum lagi tercipta Luh Mahfuz, Qalam, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Tatkala Allah menghendaki menciptakan ciptaan-Nya yang lain, lalu Allah membahagikan dari cahaya tersebut (cahaya Baginda SAW tadi) kepada empat bahagian (juzuk): Bahagian pertama diciptakan Qalam, bahagian kedua Luh Mahfuz, bahagian ketiga ‘Arasy dan manakala bahagian keempat Allah bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang lain. Lalu Allah menciptakan bahagian pertama tadi malaikat bagi menanggung 'Arasy, bahagian kedua Kursiy, bahagian ketiga malaikat-malaikat lain, manakala bahagian keempat Allah bahagikan lagi kepada empat juzuk yang lain, lalu Allah ciptakan bahagian pertama langit, bahagian kedua lapisan bumi, bahagian ketiga syurga dan neraka, manakala bahagian keempat dibahagikan lagi kepada empat bahagian lain: Lalu Allah menciptakan dari bahagian pertama penglihatan bagi orang-orang mukmin, bahagian kedua hati mereka iaitu mengenali Allah (makrifatullah) dan bahagian ketiga cahaya kalbu mereka iaitu kalimah Tauhid, Lailahaillah Muhammad Rasulullah. (Disebut hadis ini oleh Imam Al-Qostalani dalam kitab "Al-Mawahib", Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Al-Makki dalam "Fatawa Al-Hadithiyah".)"
Last edited by baghal on 9-1-2013 08:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|