|
Reply 478# asyriqa
Salam kaka Asy... lama tak nampak online?
Ye... lepas ni boleh bunuh setan kat tepi pantai..... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Dah sedar pun Lea.... So tamat spekulasi ttg panggilan manja - "abang".
auntieagony Post at 19-5-2012 17:42
W/salam...
Tulah auntie... pusing pusing pun end up panggil abang jugeeekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
nicki bebeh.. kaka ada jep...kaka agak kebizian skrg... cuma touch n go n baca laju2 jah... tak sempat nak komen la laling... ari neh baru la ada free sket.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sarizu
Sakit badanlah kak... dah 2,3 hari tido atas kusi > Faiz yg cakap
Nicki_Meow Post at 19-5-2012 18:07
kem salam |
|
|
|
|
|
|
|
finally Lea sedar then finally Nadia kena tahan kat wad psaiktri, akhirnya teka teki teka tekuk panggilan utk faiz dah pun ada, ala shomelnya lea dgn faiz yg kantoi, cubalah sesabor sikit nie kat sepital pun nak wat adegan bunoh setan bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.. sambung lagi...
(sikit lagi nak habis... sikit lagi.... ) |
|
|
|
|
|
|
|
Part 2 - Episode 57
Suasana di Hospital Kuala Lumpur itu sibuk seperti kebiasaannya. Inspektor Zaidi yang sedang bersandar di tepi kereta tersenyum memandang Faiz yang sedang berjalan ke arahnya. Lelaki itu kelihatan lebih ceria berbanding kali terakhir mereka berjumpa. Faiz juga menghadiahkan senyuman ketika sudah berhampiran dengan tempat di mana Inspektor Zaidi berdiri.
“Assalamualaikum” Mereka berjabat tangan.
“Waalaikummusalam” Faiz menjawab.
“Puan Adalea apa khabar?”
“Getting better” Faiz menjawab.
“Thanks for inviting” Faiz berkata lagi.
“No problem, come” Inspektor Zaidi mengajak lalu mereka berjalan ke arah Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur.
************************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Dr. Sazlina Ahmad, Pakar Psikiatri di Unit Jabatan Psikiatri memberikan senyuman kepada dua orang tetamu di hadapannya. Kedatangan mereka sudah di ketahui sejak awal. Dan, Dr. Sazlina juga sudah sedia maklum dengan tujuan kedatangan tetamunya. Ini adalah mengenai kes Nadia Razali yang telah di tahan kerana cubaan membunuh.
“Jemput duduk Inspektor, Encik Faiz” Dr. Sazlina menjemput. Inspektor Zaidi dan Faiz menurut.
“Jadi, Inspektor nak tahu perkembangan Nadia Razali? Dr. Sazlina bertanya, tidak mahu membuang masa dengan berkias. Inspektor Zaidi mengangguk sambil tersenyum.
“Nadia Razali memang sah mempunyai gangguan psikosis” Dr. Sazlina berkata lagi.
“Di sebabkan dia pernah di dera masa kanak-kanak?”
“Mengikut hasil pemantauan saya, ya” Inspektor Zaidi mengangguk. Faiz hanya diam.
“Ibunya adalah mangsa keganasan rumah tangga. Nadia juga menjadi mangsa dera dan rogol. Mengikut kajian, trauma akibat di dera ketika zaman kanak-kanak adalah antara faktor yang menyumbang kepada gangguan psikologi dan sakit mental, selain faktor genetik”
“Inspektor tahu yang ibu Nadia bukan pembunuh sebenar bapanya?” Dr. Sazlina bertanya lagi. Dahi Zaidi berkerut, lalu menggeleng.
“Hasil temubual saya dengan Nadia, dia yang membunuh bapanya sendiri. Bukan ibunya. Tapi ibu Nadia memaksa dia berjanji supaya tidak memberitahu sesiapa pun mengenai kejadian itu”
“Nadia bunuh bapa dia?” Dr. Sazlina mengangguk, mengiyakan.
“Mengikut rekod, ketika kejadian itu berlaku, Nadia hanya berumur sembilan tahun. Kalau mengikut logik, tiada siapa yang percaya kanak-kanak berumur sembilan tahun mampu membunuh seseorang yang dua kali ganda daripada umurnya” Dr. Sazlina menambah.
“Jadi, dia memang gila?” Faiz pula bertanya.
“Sakit jiwa…ya” Sekali lagi Dr. Sazlina mengiyakan.
“Tapi doktor, Nadia tak pernah pun tunjuk tanda-tanda yang dia gi… sakit jiwa?” Faiz bertanya lagi.
“Tak pernah tunjuk ataupun Encik Faiz tak perasan?” Tak perasan adalah jawapan yang lebih tepat tapi Faiz memilih untuk mendiamkan diri.
“Anti-sosial, kemurungan, mudah marah, berhalusinasi adalah antara tanda-tanda seseorang mengalami sakit jiwa. Ada Encik Faiz perasan yang Nadia berkelakuan begitu?”
Sekali lagi Faiz menggeleng.
“Selepas kematian ibunya, Nadia selalu berhalusinasi yang ibunya masih hidup. Sebab dia tidak mendapat kasih sayang dan terasa di sisihkan. Jadi, mindanya mula membentuk satu watak yang mampu memberi Nadia apa yang dia perlukan, iaitu watak ibunya” Dr. Sazlina menarik nafas, memandang Inspektor Zaidi dan Faiz di hadapannya.
“Kemudian, Nadia mula mempunyai sifat membenci lelaki. Terlalu benci hingga watak ibunya di gantikan dengan watak baru, yang lebih agresif dan bersifat lebih protective. Nadia hidup dengan watak kedua ini sehinggalah….” Dr. Sazlina memandang wajah Faiz.
“Dia jatuh cinta dengan seseorang…” Faiz menarik nafas.
“Perasaan itu menyebabkan watak keduanya mati, di gantikan dengan watak orang yang dia sukai. Dia berhalusinasi bahawa orang yang dia sukai itu adalah teman lelakinya atau suaminya. Sebab itu, walaupun mungkin Encik Faiz tak perasan, Nadia sebenarnya memberi perhatian lebih kepada Encik Faiz” Faiz tidak menjawab, hanya keningnya saja yang berkerut.
“Bila Encik Faiz mempunyai teman wanita dan seterusnya berkahwin, watak kedua ini muncul semula. Bersifat untuk melindungi Nadia. Tapi menjadi terlalu agresif sehingga dia sanggup melakukan apa saja supaya Encik Faiz ‘kembali’ kepadanya” Dr. Sazlina mengangkat dua jari telunjuknya dan di gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali apabila menyebut perkataan kembali.
“Sebab itu dia cuba bunuh isteri saya?” Faiz menyoal.
“Ya. Sebab dia menganggap isteri Encik Faiz telah merampas Encik Faiz dari dia” Dr. Sazlina berkata lagi. Faiz terdiam lagi.
“Ini adalah salinan laporan perubatan Nadia Razali. Saya akan syorkan kepada mahkamah supaya Nadia tidak dikenakan hukuman di bawah Seksyen 307. Adalah lebih baik sekiranya dia di hantar ke pusat rawatan pesakit mental” Sekeping fail di hulurkan kepada Inspektor Zaidi. Kening Faiz berkerut lagi.
“Tiada siapa sedar yang Nadia perlu dapatkan bantuan sejak dulu lagi. Nadia sendiri tak sedar yang dia perlukan bantuan” Sambung Dr. Sazlina. Faiz menarik nafas.
“Sebenarnya, banyak lagi orang-orang macam Nadia ni di luar sana, Inspektor, Encik Faiz. Tekanan hidup, tekanan kerja juga salah satu penyumbang kepada masalah jiwa. Cuma ramai yang takut atau malu untuk mendapatkan bantuan. Mungkin sebab dalam masyarakat kita, penyakit psikosis atau sakit jiwa masih taboo. Masyarakat lebih suka menganggap mereka ini gila dan akhirnya di sisihkan. Jadi, mereka yang bermasalah ini lebih suka mendiamkan diri daripada dianggap gila”
Inspektor Zaidi dan Faiz mengganggukkan kepala. Dr. Sazlina tersenyum.
“Ada apa-apa lagi yang Inspektor atau Encik Faiz nak tanya?” Dr. Sazlina bertanya. Inspektor Zaidi menggelengkan kepala sekali lagi tetapi Faiz masih mendiamkan diri.
Mereka terdiam seketika. Inspektor Zaidi memandang Faiz beberapa saat dan akhirnya dia memahami sesuatu.
“Thanks Doktor. Kalau ada apa-apa, saya akan hubungi doktor lagi” Inspektor Zaidi bangun. Faiz turut bangun lalu mereka berjabat tangan sekali lagi. Inspektor Zaidi melangkah keluar meninggalkan pejabat Dr. Sazlina.
“Yes?” Dr. Sazlina bertanyakan soalan itu kepada Faiz apabila melihat Faiz tidak berganjak.
“Saya ada beberapa soalan, kalau doktor tak keberatan” Faiz berkata.
Dr. Sazlina memandang jam tangannya beberapa saat.
“Saya ada masa lagi sepuluh minit. Duduklah” Mereka duduk kembali.
“It’s about my wife” Faiz memulakan kata.
“Kenapa?”
“Sejak dia sedar dari pengsan, dia kerap meracau dalam tidur, berlaku hampir setiap malam. Is that normal?”
Dr. Sazlina diam, mengambil masa sebelum menjawab soalan.
“Mungkin emosi isteri Encik Faiz masih terganggu” Faiz mengangguk.
“Ada isteri Encik Faiz berubah sikap?”
“Berubah macam mana tu?” Faiz menyoal kembali.
“Jadi lebih murung, mudah marah…something like that?”
“Tak ada. Dia masih macam biasa. Cuma setiap malam dia kerap terjaga… it’s like she’s having a nightmare” Dr. Sazlina mengangguk lagi.
“Kemungkinan isteri Encik Faiz mengalami trauma, sehingga terbawa-bawa dalam tidur. Mungkin serius, mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan” Faiz mengangguk.
“Saya nasihatkan Encik Faiz supaya berikan sokongan penuh kepada isteri Encik Faiz sampai dia pulih sepenuhnya. Tapi, kalau Encik Faiz betul-betul perlukan bantuan, ini kad saya” Dr. Sazlina menghulurkan sekeping kad perniagaan dan di sambut oleh Faiz.
“Ada apa-apa lagi Encik Faiz?” Dr. Sazlina bertanya.
“Tak.. tak ada. Thanks doktor” Faiz senyum dan bangun dari tempat duduknya.
“No problem” Dr. Sazlina membalas juga tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fatehana
Tak sempat bunuh kak... lepaskan rindu je....
Nicki_Meow Post at 21-5-2012 10:14
alolo siannya |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak penghujung ke citer nie nicki, abis si emalin lak mcm mana?
akak mls nak pikir wat spekulasi sbb nak menghayati aje
cepat2 tepek ok |
|
|
|
|
|
|
|
sabar ana.. gen pong tak sabo nak tunggu cite neh abeh..
nak taw kesudahan.. kalo bleh.. adegan bunoh setan tuh selitkan la skalik.. besh skit..
larikkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
hohoh.. tu la fadhilat lebih tuu jgn ana.. bhaya.. nnt trus bertukar trid nnt kalo dua2 tu taw.. naya trus cite lagu cinta kita tukar jadik cite lagu blue kite
hampunnnnnnnnn... |
|
|
|
|
|
|
|
cite lagu blue kite ...
Bedah~Senget Post at 21-5-2012 11:40
Salam Kak Bed...
Amboi tajuk cerita.... tak menahan
Tak pasal-pasal cerita ni tukar rating jadi 18SX...
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam Kak Bed...
Amboi tajuk cerita.... tak menahan
Tak pasal-pasal cerita ni tukar rating ...
Nicki_Meow Post at 21-5-2012 11:56
bab 18sx bagi ajelah pada si Bedah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|