CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: IF YOU SEE SOMEONE WITHOUT A SMILE, GIVE 'EM YOURS

 Close [Copy link]
Post time 25-2-2025 10:42 PM | Show all posts

Hahaha
Kita dh hadap muka dewi 19 epi kot


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 10:47 PM | Show all posts
Tashu replied at 25-2-2025 08:21 PM
Yeker, tp meter tunjuk mcm lambat agi nk mencapai next level

Bior lambat asal dapat
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:48 PM | Show all posts
Wanita warga emas hampir pengsan mengaku salah curi di majlis kahwin; dihukum penjara 2 tahun, denda RM3,000


[size=14.399999618530273px]Tuan Maimun dihukum penjara 24 bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Pasir Mas, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

[size=14.399999618530273px]

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas yang didakwa terbabit kes curi pada majlis kahwin, hampir pengsan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dalam bangunan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM2,500 pada awal bulan ini.
Tertuduh yang juga seorang penjual kuih, Tuan Maimun Che Tuan, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.



Susulan keadaannya itu, sidang mahkamah terpaksa ditangguhkan selama 10 minit untuk memberi ruang tertuduh kembali tenang sebelum Mohd Fauzan menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini dan denda RM3,000 terhadap wanita berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan curi dalam bangunan, iaitu wang RM2,500 milik seorang wanita berusia 59 tahun di Kampung Tasek Berangan, di sini, sekitar jam 12.42 tengah hari 1 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, hendaklah dihukum penjara dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan.
Kertas pertuduhan itu turut menyebut sebelum ini, tertuduh mempunyai dua rekod sabitan lampau mengikut Seksyen 380 kanun sama membabitkan kesalahan mencuri dalam bangunan, iaitu di Bachok yang mana dia dihukum penjara selama 24 bulan dari tarikh tangkapan pada 9 April 2003, dan di Besut, Terengganu, membabitkan penjara 10 bulan dari tarikh hukuman pada 20 April 2011.
Mengikut fakta kes, mangsa telah menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi 1 Februari lalu dan meletak beg tangan miliknya di atas almari di bahagian dapur.



Bagaimanapun ketika mahu pulang, mangsa mendapati beg tangannya yang mengandungi wang RM2,500, telah hilang.
Mangsa kemudian memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang wanita (tertuduh) dilihat mengambil beg tangan itu sekitar jam 12.42 tengah hari 1 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengambil wang RM2,500 dan meninggalkan beg tangan itu di atas almari pinggan mangkuk berhampiran tandas di dapur.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas sebelum tertuduh ditangkap sekitar jam 2.35 petang 16 Februari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Amira Mat.

Nur Amira memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh adalah seorang warga emas dan menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol serta masalah usus.

Beliau berkata, wanita itu mempunyai enam anak yang tinggal berasingan dan turut memberi bantuan kewangan kepadanya.
Bagaimanapun, Syazalia memohon hukuman berat kerana tertuduh mencuri harta milik mangsa sebanyak RM2,500.
"Tertuduh juga mempunyai rekod kesalahan lampau dan tidak insaf, selain mengambil kira hukuman untuk pengajaran serta kepentingan awam," katanya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd Fauzan berkata, kes wanita itu mendapat perhatian umum (tular).
"Justeru, mahkamah mengambil kira pelbagai faktor untuk menjatuhkan hukuman, iaitu kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh," katanya.


[size=14.399999618530273px]








https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1365532/wanita-warga-emas-hampir-pengsan-mengaku-salah-curi-di-majlis-kahwin


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:49 PM | Show all posts
kan dah kena
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:49 PM | Show all posts
2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:51 PM | Show all posts
Suspek kes cabul budak di masjid dituduh esok


[size=14.399999618530273px]Keratan berita disiarkan BH Online

[size=14.399999618530273px]

HULU SELANGOR: Suspek kes cabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, di sini akan dituduh di mahkamah esok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pertuduhan terhadap lelaki berusia 19 tahun itu akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang, jam 9 pagi.


"Pada 21 Februari lalu, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya IDCC Selangor, hari ini.
"Kertas siasatan mendapat arahan tuduh ke atas suspek mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Hussein berkata, sabit kesalahan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.
Terdahulu, media melaporkan suspek ditahan kerana disyaki mencabul budak perempuan yang sedang bersolat Subuh.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang sujud di belakang barisan jemaah wanita.
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu tersebar di media sosial, memaparkan kejadian berkenaan.
Suspek kemudian direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1365779/suspek-kes-cabul-budak-di-masjid-dituduh-esok


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2025 10:51 PM | Show all posts
Tashu replied at 25-2-2025 08:22 PM
Yeker, tp time xdo gu xleh nk wat apa gak mek.
1 lg time berebut nk post tu kawe sgt2 x suko.
Kala ...

Masuk pkl 4am tentu ada gu Porem tentu x sangkut




Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:53 PM | Show all posts
Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam


[size=14.399999618530273px]Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam, di Ibu Pejabat Parti Komunis Vietnam hari ini. - Foto BERNAMA

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

HANOI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di sini, menandakan permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
Kunjungan hormat itu diadakan sejam sejurus ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi malam ini.
Ia adalah lawatan kedua beliau ke Vietnam sejak memegang jawatan Perdana Menteri.
Anwar dan Lam menghabiskan kira-kira 30 minit membincangkan pelbagai isu berkaitan hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dengan Vietnam.

Lam sebelum ini mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada November tahun lepas, kunjungan pertama beliau sejak dipilih sebagai ketua Parti Komunis Vietnam pada Ogos 2024.


Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Sosialis Vietnam Luong Cuong dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, esok.

Kenyataan itu menjelaskan pertemuan berkenaan akan memberi peluang kepada kedua-dua negara merangka hala tuju yang jelas dalam memperkukuh kerjasama dua hala di bawah kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif.
Selain Lam, Anwar turut dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor-Leste Jose


Ramos-Horta di hotel penginapan kedua-dua pemimpin itu di Hanoi malam ini.
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, yang dianjurkan kerajaan Vietnam, esok.
Bercakap kepada media Malaysia, Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai berkata sebagai Pengerusi ASEAN, ucaptama Perdana Menteri pada forum itu akan menekankan usaha untuk memperkukuh kumpulan serantau itu dalam menangani beberapa isu utama.
"Ucaptama Perdana Menteri secara umum akan mengetengahkan usaha untuk memperkukuh ASEAN dalam menghadapi persaingan kuasa besar, memajukan agenda ekonomi digital ASEAN, memacu inisiatif hijau, serta mengutamakan pembangunan mampan bagi menjamin masa depan negara anggota ASEAN," katanya.
Anwar dijadualkan pulang ke tanah air esok selepas menghadiri forum berkenaan




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1365777/anwar-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-lam-jose-ramos-horta-di


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 10:53 PM | Show all posts
nona84 replied at 25-2-2025 10:48 PM
Wanita warga emas hampir pengsan mengaku salah curi di majlis kahwin; dihukum penjara 2 tahun, denda ...

Adudu... mokcik ni pun
X pasal2 ddk rumah xde dapur
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:54 PM | Show all posts
Bekas pengurus kilang simen disyaki minta suapan RM100,000 ditahan


[size=14.399999618530273px]SPRM menahan seorang bekas pengurus kilang simen selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000 petang semalam. - Foto NSTP/AHMAD HASBI

[size=14.399999618530273px]

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengurus kilang simen di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000, petang semalam.
Suspek berusia 50-an ditahan kira-kira jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini.
Sumber berkata, suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai balasan mempercepatkan bayaran kerja pembersihan dan membaik pulih serta mendapatkan projek di kilang tempatnya bekerja.
"Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2018 hingga 2020 dengan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah syarikat kejuruteraan melalui pendepositan wang ke dalam akaun miliknya.

"Suspek juga disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM450 hingga RM550 melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya," katanya hari ini.
Menurutnya, perintah reman enam hari sehingga 2 Mac ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.





https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1365767/bekas-pengurus-kilang-simen-disyaki-minta-suapan-rm100000-ditahan


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:56 PM | Show all posts
tari replied at 25-2-2025 10:53 PM
Adudu... mokcik ni pun
X pasal2 ddk rumah xde dapur

tulah

dah lah ada penyakit pulak tu

tidur atas lantai simen ke ada katil
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:57 PM | Show all posts

Laifbeginfoti kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:58 PM | Show all posts
Tashu replied at 25-2-2025 08:24 PM
Makjan dh hepi2 dgn laki baru.
Tunggu masa nk meneran je tu

Kihkih... makjan skrg laris eh
Kalah anakdara
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 11:00 PM | Show all posts
tari replied at 25-2-2025 10:53 PM
Adudu... mokcik ni pun
X pasal2 ddk rumah xde dapur

tulah

dah lah ada penyakit pulak tu

tidur atas lantai simen ke ada katil
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nantuk suda

Gd nite
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 12:15 AM | Show all posts
gudnite tari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 12:16 AM | Show all posts
Permohonan Ismanira, Zaim Ikhwan batalkan pertuduhan abai Zayn Rayyan tak berasas - Pendakwaan


[size=14.399999618530273px]Zaim Ikhwan dan Ismanira hadir di Mahkamah Tinggi Shah , hari ini. - NSTP/FAIZ ANUAR

[size=14.399999618530273px]

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka, adalah bersifat akademik kerana perbicaraan sedang berlangsung dengan 20 saksi pendakwaan telahpun dipanggil.
Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, berkata tindakan pemohon, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, memfailkan permohonan notis usul bagi pembatalan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu adalah tidak berasas serta tidak mempunyai merit.
Pasangan suami isteri itu selaku pemohon, memfailkan notis usul di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad bahawa pertuduhan yang dihadapi mereka adalah cacat kerana tidak mendedahkan sebarang kesalahan bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.
"Isu dibangkitkan pembelaan hari ini ialah pertuduhan cacat di mana menurut peguam, pertuduhan dihadapi kedua-dua pemohon (Zaim Ikhwan dan Ismanira) adalah kabur, cacat serta tidak menyatakan bagaimana cara ia dilakukan.

"Berdasarkan hujahan bertulis kami, pertuduhan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001... menerusi seksyen ini, apa yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan ialah elemen-elemen di mana mangsa seorang kanak-kanak bawah umur 18 tahun, tertuduh iaitu pemohon mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa, dan tertuduh mengabaikan mangsa yang menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal serta emosi," katanya.
Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan juga memasukkan perkataan 'likely' (mungkin) dan dalam seksyen itu sendiri, pihaknya memasukkan perkataan berkenaan iaitu 'telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal'.
"Oleh itu, pendakwaan sudah memenuhi peruntukan Seksyen 152 dan 153 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) di mana elemen dalam pertuduhan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 ini telah dimasukkan.
"Tujuan pertuduhan ke atas tertuduh ialah bagi memaklumkan dan memberi notis kepada mereka apa kesalahan dilakukan, untuk mereka membuat pembelaan.
"Untuk makluman mahkamah, kes ini sudah berjalan di Mahkamah Sesyen (Petaling Jaya) dan telah memanggil 20 saksi, setakat ini. Perbicaraan akan bersambung pada Mac ini dan akan panggil lagi 10 saksi pendakwaan," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan saksi pendakwaan yang dipanggil hingga kini sudah disoal balas oleh barisan peguam pemohon.
"Jika pertuduhan terhadap pemohon-pemohon ini adalah kabur dan cacat seperti isu dibangkitkan, bagaimana mereka boleh menyoal balas saksi pendakwaan.
"Selain itu, jika mereka boleh menyoal balas saksi pendakwaan, maka pertuduhan terhadap mereka adalah jelas dan tidak cacat," katanya.
Raja Zaizul Faridah berkata, elemen dalam pertuduhan bukan bergantung pada butiran secara terperinci, namun ia akan dibuktikan melalui keterangan saksi pendakwaan.

"Mahkamah Sesyen juga sudah memutuskan pertuduhan dihadapi mereka tidak cacat dan setakat ini, tiada rayuan dibuat terhadap keputusan itu... hanya permohonan di hadapan Yang Arif (Roszianayati).
"Selain itu, pihak pendakwaan mempunyai kuasa penuh menuduh pemohon dan di mana pertuduhan itu dibuat asalkan memenuhi peruntukan seksyen KTJ... masa, tarikh, tempat kesalahan sudah dinyatakan dengan jelas dalam pertuduhan ini," katanya.
Terdahulu pada prosiding hari ini, peguam, Marcus Lee yang mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira, berhujah pendakwaan sepatutnya menyatakan cara jenayah itu dilakukan dalam pertuduhan, supaya pembelaan dapat dibuat secara lebih efektif.
"Jika pendakwaan meminda pertuduhan dengan meletakkan cara pengabaian dilakukan, maka kedua-dua pemohon dapat memberi arahan kepada peguam untuk mengemukakan pembelaan dengan lebih berkesan.



"Bagaimanapun, ketika ini kami terpaksa 'main' teka untuk mengemukakan pembelaan," katanya.
Selepas mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak, Roszianayati menetapkan 4 Mac depan untuk keputusan notis terbabit.
Pada 3 Februari lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh, memutuskan pertuduhan pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu adalah tidak cacat dan mengikut undang-undang diperuntukkan.
Syahliza membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan bahawa pertuduhan dihadapi pasangan suami isteri itu adalah cacat kerana tidak memperincikan kesalahan dilakukan.

Pada 13 Jun tahun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini, antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga jam 9.55 malam 6 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1365564/permohonan-ismanira-zaim-ikhwan-batalkan-pertuduhan-abai-zayn-rayyan


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 12:18 AM | Show all posts
TERKINI: Penolong jurutera universiti awam direman 7 hari, bantu siasatan salah guna kuasa


[size=14.399999618530273px]Penolong jurutera sebuah universiti awam di Johor Bahru, direman tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung salah guna kuasa. - Foto Ihsan SPRM


JOHOR BAHRU: Penolong jurutera sebuah universiti awam di sini, yang ditahan semalam kerana dipercayai menyalah guna kuasa dalam sebuah projek menaik taraf infrastruktur di institusi itu, direman tujuh hari bermula hari ini hingga 3 Mac depan.
Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Permohonan itu susulan Ops Steel dilaksanakan SPRM bagi menyiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, penolong jurutera sebuah universiti awam dilaporkan ditahan semalam, kerana dipercayai menyalah guna kuasanya dalam sebuah projek binaan menaik taraf infrastruktur di institusi itu.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di Pejabat SPRM Johor.
Dia dipercayai menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan sistem mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai lebih RM13 juta.

Sumber berkata, lelaki itu dipercayai melupuskan sisa binaan projek berkenaan sehingga menyebabkan universiti mengalami kerugian dianggar sehingga RM500,000.










https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1365523/terkini-penolong-jurutera-universiti-awam-direman-7-hari-bantu-siasatan




Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 12:20 AM | Show all posts
Warga emas dipenjara enam bulan kerana berita palsu mengenai keputusan Majlis Mesyuarat Raja-Raja


[size=14.399999618530273px]Johari dibawa ke penjara selepas gagal membayar denda RM30,000 dikenakan Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Angkara kandungan bersifat palsu yang dimuat naik ke Facebook, seorang warga emas terpaksa merengkok dalam penjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 yang dikenakan terhadapnya.
Tertuduh, Johari Ismail, 67, disabitkan dengan kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.
Dia melakukan kesalahan itu pada 8 Februari lalu menerusi akaun Facebook miliknya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya, berkata Mahkamah Sesyen Sepang mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
MCMC berkata, Johari ditahan lewat malam tadi sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

Johari dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini.





https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1365735/warga-emas-dipenjara-enam-bulan-kerana-berita-palsu-mengenai-keputusan










Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 12:22 AM | Show all posts
Kesesakan mendadak di Klinik Kardiologi HSIS: JKNS nafi berlaku kekurangan MO


[size=14.399999618530273px]Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

[size=14.399999618530273px]

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) menafikan berlaku kekurangan pegawai perubatan (MO) di Klinik Kardiologi, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, berikutan kesesakan mendadak pada minggu lalu.
JKNS dalam satu kenyataan, hari ini, menjelaskan sebagai klinik pakar, perkhidmatan pakar di Klinik Kardiologi HSIS pada prinsipnya membabitkan Pakar Perunding Kardiologi dan Pakar Perubatan Kardiologi, manakala peranan MO adalah penting untuk menyokong perkhidmatan itu.
"Hasil siasatan dalaman oleh pihak HSIS mendapati telah berlaku kesesakan mendadak di Klinik Kardiologi pada minggu itu atas beberapa sebab yang menjejaskan kelancaran perkhidmatan.
"Antaranya ialah telah berlaku limpahan pesakit yang tidak dapat hadir ke temu janji pada Selasa minggu sebelumnya kerana hari kelepasan am sempena Thaipusam.

"Selain itu, ada ketidakpatuhan pesakit terhadap sistem jadual masa berperingkat yang ditetapkan, iaitu sebahagian daripada mereka hadir awal ke klinik tanpa merujuk waktu temu janji, serta ada pesakit yang hadir tanpa temu janji.
"Adalah ditegaskan bahawa tohmahan berlaku kekurangan MO Klinik Kardiologi HSIS adalah tidak benar. Sekiranya berlaku insiden luar jangka, pihak HSIS segera membuat mobilisasi untuk memastikan pesakit menerima perhatian sewajarnya," menurut kenyataan itu.

JKNS menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) mengaku akan keperluan untuk terus menambah baik beberapa aspek perkhidmatan penjagaan jantung, terutama melalui perancangan jangka panjang.
Justeru, katanya, HSIS sudah mengenal pasti beberapa langkah penambahbaikan yang akan diambil segera untuk memastikan kesesakan luar biasa di Klinik Kardiologi hospital itu tidak berulang.
"Antaranya, memperkukuhkan Sistem Temu Janji Berperingkat bagi mengelak pesakit menunggu terlalu lama, dan memperkukuhkan perkhidmatan telekonsultasi bagi pesakit yang stabil.
Selain itu, 'step down care' ke Klinik Kesihatan bagi pesakit yang memenuhi syarat, serta melaksanakan ujian darah di Klinik Kesihatan terpilih bagi mengelak pesakit hadir ke Klinik Kardiologi HSIS hanya untuk ujian darah dan semakan keputusan.
"Seterusnya, menyahpusatkan rawatan ke enam pusat rawatan jantung lain di seluruh negara, bergantung pada keperluan klinikal pesakit berdasarkan penilaian berterusan pakar," katanya.

JKNS turut memohon pesakit dan waris untuk memberi kerjasama dengan mematuhi masa temu janji berperingkat yang ditetapkan.
"Ini untuk memastikan aliran pesakit dapat dikawal dengan lebih teratur dan penyampaian perkhidmatan pesakit luar di Klinik Kardiologi HSIS berjalan secara lebih efektif demi kepentingan semua pesakit," katanya.
Selari dengan hala tuju pendigitalan perkhidmatan kesihatan, aplikasi HSISCare telah dibangunkan khas untuk memudah cara urusan pendaftaran, iaitu secara 'self check-in' bagi temu janji susulan dan memudahkan semakan maklumat peribadi pesakit.
Sejak beroperasi pada November 2024, bilangan penggunanya sudah mencecah 4,000 orang, manakala peluncuran rasmi dijadualkan berlangsung pada 5 Mac depan.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1365743/kesesakan-mendadak-di-klinik-kardiologi-hsis-jkns-nafi-berlaku


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 1.049369 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list