CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 19-11-2010 11:15 PM | Show all posts
ala, sket nyer fazs... letak ler byk sket n3....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 03:29 PM | Show all posts
x de n3 baru dari faszz..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 03:48 PM | Show all posts
lor..fazs..bz ke?xpe..nti xbz letak n3 baru k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 11:32 PM | Show all posts
best citer nie...n3 lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:24 AM | Show all posts
maaf semua.. kekangan waktu... hehehe
************************************************************************

Kerusi pejabat yang empuk tidak mampu melembut kan hati Shah. Api cemburu sedang bergolak. Walaupun dia percaya Lisa setia tetapi itu tidak cukup untuk menyangkal apa yang dilihat di Pavilion tempoh hari.

Jelas dan nyata. Tanpa disedari, dia menjauhi Lisa untuk memadamkan api cemburu nya. Kerja pejabat sudah mula berkocak, seiring dengan kocakan fikiran nya.

Lisa hanya duduk dari jauh melihat Kira riang bermain, hajat di hati nak juga ikut serta tapi di tegah pula oleh Mak Yah. Bersungguh Mak Yah menegah Lisa.  

Lina dengan perut memboyut sedang asyik dengan buku nya, Mak Yah pula bersama Mak Som, sibuk bergosip. Bosan dengan keadaan itu, Lisa mula menapak. Perlahan2 melalui gigi pantai seperti dahulu.

Langkah ku bukan sendirian, si kecil itu pun mengikut perlahan dari belakang. Melihat keriangan di wajah nya aku semakin tenang. Biar apa yang berlaku antara aku dan Shah, demi Kira, aku akan pertahankan ikatan ini.

‘SHAH…kenapa lah kau dingin pada ku. Sepuluh patah di tanya, sepatah di jawab. Semakin hari kau semakin menjauh.. di saat hati ku mula terbuka buat mu Shah..’

“mama..jom kita buat macam tu nak..?”Kira menunjuk kearah pelancong yang sedang asyik menanam badan mereka di dalam pasir.

“ok sayang..kita pegi ambik penyodok kat nenek ok” pantas dia mengangguk, melompat2 riang.

“are u ok..?” aku bertanya, kelakar nya melihat Kira yang hanya nampak paras bahu. Dia menangguk.

“ok, mama buat macam ni, best..” suka betul dia bermemek muka.

“tak nak la mama… malu orang tengok mama baring..”

Ingatan kembali kepada kedinginan Shah, rumah tangga ku di uji. Di meja makan dia seakan tidak mengizinkan aku melayaninya, setiap saat kami hanya membisu tanpa gurauan mesra lagi. Jauh sekali jika dia ingin merenung ku seperti dahulu. Shah yang ku kenali tidak lagi seperti dulu.

Lisa menemani Kira menonton televisyen, sambil itu dia juga ingin menanti kepulangan Shah. Sejak berperang dingin, Shah tidak makan malam bersama mereka. Dia hanya akan pulang sebaik Lisa tidor. Namun insan yang di tunggu, lena yang tiba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:25 AM | Show all posts
Lisa meneliti helaian demi helaian laporan kewangan butik nya. Tangan nya laju mencatit apa yang tertera di minda nya. Setiap saat yang ada begitu berharga kini, kerna masa hidup nya terpaksa di kendali kan dengan baik. Rumah tangga dan bisnes, dua2 penting.

Soal pembelian barangan stok aku pula Intan yang urus kan. Aku hanya memantau secara berkala, lagipun Intan hanya perlu mengambil kerna barang2 itu aku order melalui email atau telefon. Pembayaran pula aku lakukan secara online. Mudah kepada pekerja ku, urusan kami kini semakin banyak. Amaun yang terlibat juga besar, berbahaya buat mereka.
“Assalammualaikum”

“waalaikumsalam.” Aku tersenyum, entah angina pa yang membawa jejaka ini ke sini.

“boleh I masuk?”

“mari la duduk..” aku bersopan, segera aku ke pantry bancuh kan Nescafe 3 in 1.

“u sihat? Apa citer sekarang?” Reza tersengih2. Pelik yer..

“I datang ada hajat” kata2 nya terhenti, Intan masuk menyemak harga dress dengan ku.

“so..” aku memintanya menyambung.

“I nak kahwin, I nak u buat kan baju I boleh?” aku tergamam. Betul atau tidak apa yang aku dengar.

“serius??”

“yes!” tegas nya.

“reza..u serius ni? Dengan sape?”

“ye la.. berapa kali nak tanya..” Reza geram dengan soalan yang sama di tanya banyak kali. Yang tepat, 2 kali.

“sape?” Lisa masih menggorek rahsia.

“suka hati I la…sape2 pun, yang penting bukan u.” Lisa tak puas hati dengan jawapan itu.

Lisa menghantar Reza di balkoni butik, perbincangan yang ringkas tadi masih lagi tergantung. Matanya ternampak sesusuk tubuh yang dah lama dingin dengan nya kini berjalan ke arah nya. dia memang hensem. Kemeja lengan panjang yang di sensing ke lengan dan slack itu menambah lagi aura nya. lelaki ini memang mampu membuat Lisa lemas dalam oksigen dan bernafas dalam lumpur. Besar nya pengaruh lelaki ini.

“mesra nya” Shah tetap ada gaya walaupun tanpa senyum. Ada nada cemburu.

“biasa aje la.. dari mana tadi?jom lunch” Lisa cuba memujuk, walaupun dia rasa dia yang patut di pujuk tika ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2010 08:28 AM | Show all posts
Mereka pergi ke restoran masakan kampong yang berdekatan, masing2 senyap menghadap rezeki Allah. Masing2 mencari idea untuk memulakan bicara dengan ayat yang paling baik untuk menyampaikan rasa hati yang terbuku.

“Dear…” akhirnya Lisa dulu setelah lama mereka bertentangan.

“I ada buat salah ke? I minta maaf, I tidak sempurna untuk u” lirih suara Lisa bertutur.

Shah terkelu, ayat yang diatur dari tadi hilang tika melihat wajah sayu Lisa di hadapannya. Pantas dia mengajak Lisa beredar, dia mahu berbincang terus dalam suasana yang aman. Mereka tiba di Taman Bandar, hanya enjin yang di matikan, mereka masih di dalam kereta dengan cermin di turun kan sedikit bagi mudah untuk peredaran udara.

Suasana yang sejuk dengan rimbunan pokok besar dan tasik di hadapan melahir kan impak yang berbeza di hati mereka.

“sayang, apa hubungan u dengan Reza”

“kawan” muka Lisa berpaling menghadap Shah yang sedang merenungnya sejak tadi.

“kawan aje? U ada hati dengan dia?”

“kawan aje la..” pada oendapat Lisa, Shah memang cemburu kan dia dan Reza.

“dua kali I nampak u mesra dengan dia. Tak macam kawan pun” tegas ucapannya. Matanya masih mencari anak mata Lisa.

“bila?” Lisa tahu dia di pihak benar, tenungan itu di lawan.

“1st, kat KL  2nd tadi” nada nya makin mengendur.

“tadi dia datang minta tolong, sebagai kawan tak salah kan I tolong. Lagipun dia minta tolong bidang yang I mahir.” Jemari Shah di raih, di genggam lembut.

“tolong ape?”

“jahit baju”

“banyak tukang jahit kenapa cari u?”

“entah la..i tak tahu, yang KL bila pulak?” Lisa cuba mengingati.

“masa u teman I mesyuarat baru2 ni” lirih mata Shah, merenung tepat ke mata Lisa.

“kat pavilion yer?” tanya Lisa mohon kepastian. “u nampak apa sebenarnya? Kan I bagi mesej, I pegi pavilion” Lisa sudah tersenyum meleret. Cemburu mengalahkan Kira tak dapat ais krim.

“apa yang terjadi? U janji dengan dia?” Shah mula menggorek kejadian yang membangkit rasa cemburunya. Lisa dalam ketidakpastian apa di fikiran Shah terus mencerita kan setiap kejadian bermula dari keluar bilik hotel sehingga la dia pulang ke bilik semula. Setiap perkara dan saat yang berlaku.

Air tasik yang tenang menjadi saksi terungkai kisah cemburu Shah dan kedinginan itu. Shah mengakui dia melihat babak lengan Lisa di tarik, dia mengakui cemburu nya. segala2 yang di rasa seminggu kedinginan itu terluah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:30 AM | Show all posts
“I dah cakap pada Reza, jika dia nak apa2 dari I dia perlu melalui suami i. kalau dia datang butik macam tadi, tak kan I nak halau dear..” Lisa mula berdiplomasi. Jemari shah sengaja di lepaskan, cuba memprotes dalam senyap.

“ye ker? U suruh melalui i?” Shah mula tersenyum mengusik.

“u suami I ker?? Kalau yer, ye la tu.. kan I cakap tadi, dia kena melalui suami I” balas Lisa. Shah mengangguk, bukan kerana kemenangan nya. Dia tahu hati Lisa milik nya dan hati nya milik Lisa. Cuma mereka tidak pernah mengungkap ‘cinta’ mereka secara telus.
Bertalu2 pipi Lisa di kucup, seperti mereda kenapa yang di rasa. Belum sempat bibir itu menjamah ke tempah lain cepat Lisa menolak lembut. Masing2 tersengih bahagia.

“I nak..” terus terang nya Shah petang itu. Baru seminggu tak dapat. Lisa menggeleng.

“tak kan kat sini dear.. u nak kena tangkap dengan JAIP ke?” Lisa menjeling.

“who care?” galak Shah membidas.

“berlagak yer anak Datin Yah ni… masuk Utube? Tak kisah juga”

“dengan u, apa saja I tak kisah sayang” kereta sudah pun meluncur laju. Sempat pipi Lisa di cubit manja.

“Dear..u tak masuk pejabat dah?” Lisa pelik bila laluan kereta seperti menghala ke rumah.

“nope” Lisa mula gelihati melihat gelagat Shah. Hajat nya dah sampai la tu, tak menyempat tunggu malam.

“kereta Lisa? Bahaya lah kalau tinggal kat situ” Lisa gusar dengan kawasan yang terlalu terdedah. Maklum lah kawasan bandar.

“ok, kita g butik, then terus balik, I follow u” macam2 akal Shah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2010 08:32 AM | Show all posts
best citer nie...n3 lg...
beena Post at 22-11-2010 23:32



    terima kasih.. selamat membaca.. ada masa singgah la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:32 AM | Show all posts
lor..fazs..bz ke?xpe..nti xbz letak n3 baru k...
naza81 Post at 22-11-2010 15:48



    maaf naza... N3 dah ada.. hv a good time ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:33 AM | Show all posts
x de n3 baru dari faszz..
bb_75 Post at 22-11-2010 15:29



    dah ada... maaf atas kelewatan yang tak di rancang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:35 AM | Show all posts
ala, sket nyer fazs... letak ler byk sket n3....
mawar65 Post at 19-11-2010 23:15



    amboi dia ni...

hehehe ... kena tak? alamak tak kena!!! jauh!!! ish3....

dah ada la... selamat membaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:35 AM | Show all posts
bestnya,masuk berdebuk n3....
akhirnya lisa terima shah...
malangnya si reza dan karina yg tak ret ...
mijot Post at 19-11-2010 21:59



    mijot!!! how r u?? dah ada yang baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:36 AM | Show all posts
karina n reza....
ada je kan..spesis yg mcm ni...
merahsilver Post at 19-11-2010 17:05



    new N3..Reza dah insaf..... Karina..coming soon kita tahu peel dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 08:38 AM | Show all posts
ish! ada je yg ganggu rumahtangga diorg nie...
shahrinas Post at 19-11-2010 15:51



    rumah tangga la katakan.. ye ker?? hehehe  macam tahu sgt je ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 08:40 AM | Show all posts
nasib baik SHAH berfikiran waras...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 09:47 AM | Show all posts
pasangan yg sepadan... dua2 kuat cemburu... next2 fazzs
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:24 AM | Show all posts
seronok gak bila suami cemburu........
tp jgn berlebihan sdh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:26 AM | Show all posts
akhirnya...ada n3 dari fazss..
terima kasih..nanti sambung lagi ya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 03:37 PM | Show all posts
nasib baik SHAH berfikiran waras...
shahrinas Post at 23-11-2010 08:40



    waras2... hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049755 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list