CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 2-4-2010 05:56 PM | Show all posts
insyallah mudah2an di permudahkan dari awal hingga akhir.....selamat berangkat sis....
salam semua..

hanni..terima kasih.memang ramai yg suruh cari buah zuriat tu.tq ye..doakan saya dan suami dipermudahkan..

di kesempatan ni,saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua kerana  ...
freshoren Post at 2-4-2010 16:53
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2010 10:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 3-4-2010 23:27

Salam semua

Sambung balik

17hb Mac

Acara bebas hari ni sebab kami baru sampai, jadi saya & kawan cadang masuk raudah dalam pukul 10.30 pagi. Kawasan masjid yang kami masuki tak boleh tembus ke raudah jadi kami kena keluar masuk pintu lain, alhamdulillah sebaik sampai kawasan dataran tak payah beratur sebab masa tu tak ramai sangat jemaah tapi tiba tiba kami ditahan setapak je lagi nak sampai kekarpet hijau. Petugas tu kata “ibu sabar ya” kami pun oklah tunggu, tapi sebaik jemaah turki sampai di rempuhnya tepi kami, saya pun katalah kat petugas tu macam mana, dia pun lepaskan kami. Dapat lah solat sunat itupun dirempuh rempuh dek jemaah lain. Nak berdoa pun tak sempat kat situ, jadi saya & kawan beralih ke ruang lain alhamdulillah dapat lak berdoa kat situ dengan aman sikit. Setelah itu kami keluar ikut laluan exit, tapi selipar kami letak di dataran kat luar raudah, terpaksalah kami pusing balik nak masuk ke ruang nak ke raudah. Saya suruh kawan tu tunggu kat satu tempat, saya yang berjalan laju sebab masa tu raudah dah nak ditutup untuk persediaan solat zuhur. Yang kelakarnya dari jauh saya nampak pencuci masjid dah kaut kasut kami masuk plastic besar sebab nak clearkan tempat tu apalagi saya pun berlari sambil teriak “ibu …ibu….. itu kasut kami” he he, lelah dibuatnya tak pernah berlari sekuat tu dengan jubah bagai.

Kami berada di masjid hingga solat zuhur. Nak dijadikan cerita, kami masuk masjid ikut pintu lain keluar pintu lain. Landmark kami payung yang banyak memanjang, tiba tiba keluar masjid semua payung dah dibuka, alamak dah jadi keliru sepatutnya jalan ke kanan tapi kami jalan kekiri. Jalan punya jalan rasanya dah sesat, tak bawak kad hotel pulak, tanya orang (rasa2nya macam polis) tapi dia pun tak sure kat mana sebab hotel kami hotel baru tak ramai orang tau. Jalan lagi jumpa kedai tanya pelayan kedai dia kata "masyaallah malaysia" mana kad hotel saya kata tak ada kad tapi yang saya tau Hotel kami berhampiran Movenpick, dia kata sebelah sana Haram. Kalau saya sorang tak takut sangat tapi sebab bawak kawan takut dia jadi panic. Jadi saya kata tak apa kita masuk dataran masjid balik lepas tu focus balik kat payung. Alhamdulillah jumpa juga gate yang mula2 kami lalu untuk ke dataran masjid. Dah cakap kat kawan kalau tak jumpa juga kita masuk balik masjid solat minta petunjuk. Moral of the story lain kali kalau nak keluar bawak kad hotel he he. Masa jemaah lain tanya kenapa boleh sesat saya kata saya macam tak cam sangat sebab walau dah 4 kali berada di Madinah saya selalu tinggal area belah Starbuck, kali ni pula duduk penjuru lain itu yang rasa lost je he he.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 11:31 PM | Show all posts
Dapat sms dari freshoren, beliau kirim salam pada semua. Rombongan Freshoren telah sampai di Jeddah sekarang dalam perjalanan ke Madinah. Semoga rombongan tersebut selamat tiba di Madinah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 11:38 PM | Show all posts
Aily
TQ kerana sudi berkongsi pengalaman "lost" tu .....Nak tanya kalaulah...masa kita keluar tu, selipar kita dah kena kaut...macamana nak ambil balik ?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 11:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 4-4-2010 21:01

Gambar sekitar Masjid Nabawi (Gambar ini semua ditangkap selepas solat Asar pada 18hb Mac) tolong abaikan date yg tertera di gambar







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2010 11:53 PM | Show all posts
Aily
TQ kerana sudi berkongsi pengalaman "lost" tu .....Nak tanya kalaulah...masa kita keluar tu, selipar kita dah kena kaut...macamana nak ambil balik ?????
qurota Post at 3-4-2010 23:38


He he jawap nya cari lah kat tong luar kalau nasib baik adalah kalau tidak balik berkaki ayam. Walaupun selipar kami tu dalam bekas selipar tapi sebabkan mereka nak clearkan tempat tu di kautnya jugak he he. Seelok2nya sebelum masuk raudah letak selipar kat tempat lain dalam masjid (tapi pastikan kita ingat letak kat kotak no. berapa).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2010 12:06 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 01:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum...
Kak Aily..
Best seronokmya baca Cerita Umrah Kak Aily...
Buat teringat semula kenangan kenangan Umrah..
Semua kenangan Umrah tu Azie mengalami sama..
Selipar..beratur beratur nak pi Raudah...
Bila dilepaskan...pecut 100 meter..he..he.. Allahuakbar..
Menitis airmata bila melihat Makam Rasulullah..
Masyallah..
Kami rindu pada Mu Rasulullah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2010 02:23 PM | Show all posts
470# aily

Insya Allah....
selepas Allah kurniakan sakit tahun lepas...mmg minta doa sgt Allah panjang umor nk buat haji tahun ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 02:25 PM | Show all posts
480# Hanni

Saya kursus haji di Kepala Batas, Penang.....
Alhamdulilah tahun ni terpilih.....

sapa2 yg daftar tahun ni turn 2031.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 03:18 PM | Show all posts
491# Mas916

Assalamualaikum Mas...

sapa2 yg daftar tahun ni turn 2031.


Tu diaaa...Mak oiii lamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 04:07 PM | Show all posts
492# aziefa

wa'alaikumusalam...

a'aa..lama menunggu.....sapa2 yg lom daftar elok la pakat daftar s'rang.  
ank2 buah saya pakat dok kira taim tu umo derang dh berapa...
yelah 20 tahun kena Q.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 04:27 PM | Show all posts
493# Mas916

Tulaa..
Eloklah mendaftar sekarang..
Ada duit RM1500 kat Tabung Haji..mendaftar aje..
Insyallah by the time 2031 duit dah mencukupi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by transporter at 4-4-2010 18:24

Salam.
Hari ni, 4hb April klau kita tengok website
Wawasan Sentosa Money Changer punya site,
SR100 = RM88.50

Check site Wawasan kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 08:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 4-4-2010 21:08

Salam semua

Sambung lagi

18hb Mac

Hari ni kami membuat ziarah luar, solat di Masjid Quba, Qiblatain, Masjid Nabi (nama sebenar tak berapa ingat) Jabal Uhud & Kebun Kurma. Ada jemaah minta untuk pergi ke Bukit Magnet jadi driver minta sedikit bayaran, kami bagi SR10 seorang.

Di sekitar Masjid Quba banyak perniaga jual kurma & pelbagai jualan. Barang kat sini lagi murah dari Kebun Kurma. Kurma Ajwa boleh di dapati pada harga SR60 (yg besar) kalau pandai tawar boleh dapat dengan harga SR50. Tapi di Kebun Kurma sebut harga je SR80.

Sedikit gambar di sekitar Masjid Quba (tolong abaikan date yg tertera di gambar)

?t=1270386394

?t=1270386332



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 08:39 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2010 08:44 PM | Show all posts


Coklat/Kacang ni di dalam kedai sekitar Masjid Quba







Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 10:59 PM | Show all posts
Dapat sms dari freshoren, beliau kirim salam pada semua. Rombongan Freshoren telah sampai di Jeddah sekarang dalam perjalanan ke Madinah. Semoga rombongan tersebut selamat tiba di Madinah
aily Post at 3-4-2010 23:31



W/salam...freshoren..n terima kasih kak aily...rindu pulak kat tanah haram bila tengok pic2 kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 11:01 PM | Show all posts
499# jellybee [/b


Tetiba teringin nak makan kurma lak....sib baik ada lagi....hmmmmn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 11:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 4-4-2010 23:29
kak aily...
suami x ikut gi skali arituh ye?
sbb ternampak akak tulis xde mahram..


Salam Hanni

Memang suami tak ikut sekali sebab kali ni akak bawak kawan jadi suami bagi izin akak pergi bersama kumpulan wanita (dah masuk kategori warga emas )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059574 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list