CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gasing

All About Sabah Part III

 Close [Copy link]
Post time 14-3-2009 03:26 PM | Show all posts
ada tak info pasal kereta sewa di sekitar Kota Kinabalu?

Thanks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 03:33 PM | Show all posts
panjang dah thread ni, tak larat nak belek2 ...27hb ni dewi wil touch sabah for the 1st time... ..excitednya.tak sabar nak pegi..siap dah beli video camera lagi tu..so, i've decided to stay kat tune hotel since that tempat kursus dewi tu dekat jer kat hotel tu (ni apa yg customer sabah yg singgah kat kedai dewi cakap)..

dewi ada 3 hari utk stay kat area tu due to my kursus 28-29hb. so, dewi ada masa terluang 29hb(after 3pm) till 31hb (ambik flght ptg balik kuching)..now, dewi tak tau lagi apa aktiviti yg dewi nak buat nanti..harap2 mep sabah akan membantu..so, forumer..ada suggestion?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by strawberry27 at 14-3-2009 15:26
ada tak info pasal kereta sewa di sekitar Kota Kinabalu?

Thanks...


i booking dgn BIMAZ tour..myvi manual RM130...hope condition ok la....pa2 pun nt saya komen lpas balik dari trip k..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 05:23 PM | Show all posts

Reply #483 matbuq's post

aku pun booking dgn bimaz, thanks kpd hani sebab cepat respon dan service pun bagus. tapi keter kancil sewa kami tu ada masalah, belah kiri dia berbunyik klongklongklong esp bila tekan brek, aku pk masalah brek kot... kuat sampai org tepi2 jalan dan di kedai pun tgk. cuak gilos kami masa sampai gunung dan juga di ranau pun berbunyi klongklongklong. masa drive balik kk pun dia berbunyik kuat juga sampai org dlm lori depan (yg duduk belakang lori) semua pandang keter kami. harap2 keter tu dah hantar servis supaya org seterusnya dpt pakai dgn hati tenang dan aman.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 05:29 PM | Show all posts

Reply #481 strawberry27's post

ada bnyk company keter sewa... yg saya tau ada website ialah bimaz, zaratech, hertz. kdg kdg hotel pun ada sewa juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 05:56 PM | Show all posts
alamak......google photo kedai seafood kat SALUT tu.....nape sume photo kedai Cina ja??
Menu pun da tulis mandarin...confius la... HALAL ka tak seafood kt Salut nie??

spa2 boleh tolong advice kedai seafood yg HALAL & Sedap....Luar sikit dari Town KK pun tak apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2009 11:56 PM | Show all posts
kedai Salut tu mmg chinese punya..,mmg selalu lalu kat situ, tapi x pernah nk singgah makan..x selera rs..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:01 AM | Show all posts

Balas #487 ungu_violet191\ catat

Agaknya Chinese Restaurant tapi 'serve no p*rk' kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 10:51 AM | Show all posts

sambung... KK part 3 - zen garden resort

sambung...

lepas hujan reda, terus berjalan balik ke hotel. kat hotel garden tu, jumpa dua ekor anak lipas atas lantai. jijik juga tgk lantai dia kat tepi2 ada bnyk stain yg tidak dibersihkan dgn betul2.

besok pagi check out dan bayar. lepas ambik kereta dari bimaz (deliver ke hotel), terus ke gunung. ikut jalan pantai, lalu kawasan UMS dan 1Borneo, ambik turning masuk tamparuli, tgk jambatan gantung di sini. kami bertiga je so kancil tu cukup power naik gunung, bila naik slope curam, pakai gear 3 boleh naik dgn baik. singgah kejap kat viewing point tepi jalan, tgk lembah di bahu gunung kinabalu. gunung pula telah dilitupi awan, cuma nampak waterfall kecik sana sini. lepas tu sambung drive ke hotel Zen Garden Resort. sampai kundasang pukul 11am (kami start drive pukul 9am sebab singgah di McD di kawasan UMS makan bekpas).

sampai kundasang je kereta tiba tiba berbunyi di bahagian tayar sebelah kiri depan. cuak gilos siot, jantung mcm nak lompat keluar dada. bunyi mcm tong tong tong, serious gabra gilos. sampai kat hotel terus parking dan cari nomo untuk call bimaz. kemudian masuk kereta dan cuba drive lagi, eh, dah tada bunyi, bunyi dah hilang dan kembali normal. tapi sms hani anyway, supaya dia leh standby.

check in kat hotel zen garden kul 12pm. ada org dlm bilik baru check out, kami masuk je perasan yg comforter dan bedsheet tidak ditukar, cuma dikemaskan. bilik bersih tapi bila kami check bedsheet dan comforter, nampak kotoran dan tanda tanda "itu" kat tgh tgh bedsheet. geli siot, terus kasi F kat hotel ni saat itu juga dan terus minta reception suruh org tukar seluruh bedsheet set dan comforter.

sib baik staff kat sini friendly dan helfpul, drg dtg tukar bedsheet then dia bukak sheet tu dan TRANGGGG... LAGI JIJIK punya "kerja" ada pada bed cover kat bawah. bed cover dia tompok2 besar mcm darah or something, mcm ada org projek kat situ, geli dan jijik terus! suruh dia buang cover tu dan ganti dgn bedsheet bersih baru. kalau org lain maybe drg dah check out terus tapi banyak hotel yg fullhouse kat sini sebab long weekend.

shower head dlm bilik mandi pecah dan air dia berpancuran ke merata bila nak mandi, last last kami mandi tanpa shower head. nak tukar bilik pula ada group pendaki gunung kat bilik2 lain, so terpaksa stay kat sini juga. kalau bukan sebab bedsheet dan cover dia yg kotor tu, kami mmg suka hotel ni sebab dia senyap, privacy dan harga berpatutan (Rm165 including dinner and breakfast for two, satu katil queen dan satu twin - family room). dlm bilik ada kipas, tv (reception buruk, Tv1 and Tv2 je), tempat letak beg dan satu almari serta dresser dan juga cawan, glass dan electric kettle. overall, kami bagi hotel ni 2/5 star. yg selamatkannya ialah staff yg bagus, friendly dan juga harga yg berpatutan serta privacy dan senyap. jalan nak ke kawasan ni pun ada beberapa tempat yg teruk dan tidak berturap, lubang besar, berbonggol bonggo jadi nak negotiate jalan tu kena bawak slow slow dan bawak ke tepi sikit supaya tak terlanggar batu2 besar. ni sejak last september lagi sampai sekarang kerajaan sana masih belum perbaiki! ish teruk betul le!

makanan kat zen, dinner dia not bad. tiga dish, satu ikan sweet n sour, satu mixed vege dan satu chicken sweet and sour. i think tiap tiap malam standard mcm ni sebab pernah terbaca kat blog org lain, drg pun makan benda sama. tapi not bad, quite tasty. harga dlm menu pun not bad, kami order satu fried rice, rm7 tapi tak sedap sgt.

breakfast - standard american breakfast. rm12 kalau tanpa coupon.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by strawberry27 at 15-3-2009 00:01
Agaknya Chinese Restaurant tapi 'serve no p*rk' kot?



Ragu2 gak la even no pork....takut campur arak lak dlm masakan....

So kt KK ni mmg xda kedai seafood malay ek????
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 02:02 PM | Show all posts

Reply #490 matbuq's post

kalau nak seafood bakar/panggang ada la iaitu di belakang pasar filipin (aritu pergi sana, beli sotong, pari2, ini itu, tak sedap pun... kepak ayam juga yg sedap!), nak yg jenis chinese style cooking mcm masak sweet sour, spicy, with gravy, dry, etc etc, banyak tapi chinese shop yg bnyk. tak prasan yg malay kopitiam ada tak serve seafood, tapi economy rice etc mmg ada quite a few, dekat gaya street area dan juga jln pantai pun ada.

[ Last edited by  Paradox11 at 15-3-2009 14:14 ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 02:39 PM | Show all posts

Balas #491 Paradox11\ catat

paradox,

ada jumpa tak kedai jual ketam kulit lembut? bila goreng leh makan ngn kulit2 sekali...kt salut mmg confirm ada tp kedai cina la pulak..kwn saya chinese yg bgto...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by Paradox11 at 15-3-2009 14:02
kalau nak seafood bakar/panggang ada la iaitu di belakang pasar filipin (aritu pergi sana, beli sotong,[B] pari2,[/B] ini itu, tak sedap pun... kepak ayam juga yg sedap!), nak yg jenis chinese style coo ...


Biar betul paradox, ada dijual pari-pari?? tapi x sedap yer???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by matbuq at 15-3-2009 14:39
paradox,

ada jumpa tak kedai jual ketam kulit lembut? bila goreng leh makan ngn kulit2 sekali...kt salut mmg confirm ada tp kedai cina la pulak..kwn saya chinese yg bgto...


another choice gi Kg Nelayan Floating Restaurant
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by h4ni3 at 16-3-2009 09:10


another choice gi Kg Nelayan Floating Restaurant




boleh bgto Kg Nelayan ni area mn?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:47 PM | Show all posts

Balas #495 matbuq\ catat

kg. nelayan bukan kat area bukit padang tu ke?

yang ada culture show tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 02:41 PM | Show all posts
salut tu pekerja dia muslim kan?
gayang lagi bersih than salut...
x apply sijil halal bcoz of these restaurant serve minuman keras...
wallahualam

anyway klau was-was better x pyh makan kan...
http://www.sabah.gov.my/halalsabah/

restoran nelayan n restoran makanan sedap mmg dpt pengiktirafan halal
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:25 PM | Show all posts
matbug,

I dlm 2-3 kali aje pergi ke Bukit Padang ni. Kalau nak gi, dari hotel kena ambil jalan Tuaran, then straight, lepas RTM ada tulis Jalan kolam /Bandar,ada round-about-  u ambil jalan kolam ini (sebelah kanan), then terus....terus sehingga jumpa traffic light (simpang 4), kanan ke Jalan Lintas/Penampang. U ambil straight (ada tulis ke Bkt Padang dan Bundusan). Then u ikut aje signboard ke Tun Fuad Park. kat situ ada park dan water world. Restoren ni kononnya terapung, dikelilingi oleh air.

Untuk lebih yakin lagi, better tenguk kat map or google earth.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:19 PM | Show all posts

Salut Seafood restaurant



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:22 PM | Show all posts
Mengenai makanannya, memang tiada menjual yang haram  iaitu daging khinzir dan hidangan eksotik) melainkan alkohol. arak pun dijual dalam botol. namun jika anda tidak yakin, tak payah la datang sebab apabila kita tidak yakin, benda yang halal pun boleh jatuh haram. apa yang saya lihat, ada juga keluarga muslim yang makan di sini. namun itu semua terpulang kepada anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069318 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list