CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2008 10:36 PM | Show all posts
Pop Quiz: Apakah hukumnya seorang wanita mengerjakan solat Jumaat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 11:30 PM | Show all posts

Reply #476 IDB's post

Insyallah di Adam Plaza. Menurut taklimat hari tu jauhnya kira kira 100 meter dari pengkarangan lama masjidil haram. Hotel Qamar Mawaddah (ghazzah) pun sama jaraknya tapi untuk penerbangan akhir sahaja. maka saya pilih lah Adam Plaza. Tahun ni Rayhar Travels  4 hotel. yang satu tu boleh menempatkan 900 orang jemaah. Maaf dah lupa nama hotel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 11:34 PM | Show all posts

Reply #481 ustaz's post

hukum solat jumaat bagi wanita adalah harus tetapi apabila seorang wanita itu solat jumaat maka tak perlu lagi solat zuhur. Ni baru je belajar ahad lepas. Betul tak ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 06:27 AM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 16-6-2008 11:34 PM
hukum solat jumaat bagi wanita adalah harus tetapi apabila seorang wanita itu solat jumaat maka tak perlu lagi solat zuhur. Ni baru je belajar ahad lepas. Betul tak ustaz.


Jawapan itu boleh dikembangkan lagi... siapa boleh kembangkan lagi, sila, sila... jgn malu2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 06:56 AM | Show all posts

Reply #484 ustaz's post

Apa yg jad faham ialah pompuan tak digalakkan solat jumaat kat masjid bcoz nak bagi laluan kat orang lelaki . Tapi dengar katanya musim bukan haji nih tak begitu sesak di masjid dimana tak der lah sampai kena solat kat luar masjid. Jika begitulah keadaannya, apa salahnya solat jumaat kat masjid.

p/s- jika salah tlg betulkan.

[ Last edited by  jadree00 at 17-6-2008 06:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #478 Rosputih's post

terpesona dengan gambar tu..rindu padaNya tidak berkesudahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2008 09:07 AM | Show all posts
SALAM SEMUA....

Ade yang bertanya kan mcmmana nak uruskan umrah sendiri ..maknanya nak apply visa umrah sendiri..

Suami ME ,memang ade bizz kat sana...jadi setiap kali dia nak pergi..sertakan beberapa surat yang menunjukkan bekerja di sana...jika tiada masalah dapat 3bulan visa pekerja...

baru2 ni husband ME mohon visa umrah...dapat sebulan..dan tolong applykan untuk sepupu ME 2 orang...diorang dapat 3 bulan visa....

Lepas dapat visa..biasanya husband beli tiket macam biasa..tidak guna travel agent...mudah aje..cuma masa nak apply visa tu...agak makan masa jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 09:10 AM | Show all posts
Selalunya husband ME akan pergi bukan puasa dan balik sebelum raya...selepas raya dalam 3 minggu pergi semula.....

sebab bizz tu berjalan during musim haji......

ME x pernah pergi lagi...sebab tgh berkira2 nak bawak anak yang kecik lagi ni...diorang pon kalau

buat haji sendiri2 aje....penginapan pula..memang dah sewa apartment kenalan saudi...so ulang alik
aje la ke JEDDAH......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 09:16 AM | Show all posts
ustaz..
pahala solat di masjidil haram dan juga masjid nabawi adalah 100,000 ganda. Apakah di kira solat berjemaah atau solat di dalam masjid sahaja. Maksud saya apakah orang yang bersolat di luar masjid ( dataran masjid ) mendapat 100,000 pahala yang sama seperti yang bersolat di dalam masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by jadree00 at 17-6-2008 06:56 AM
Apa yg jad faham ialah pompuan tak digalakkan solat jumaat kat masjid bcoz nak bagi laluan kat orang lelaki . Tapi dengar katanya musim bukan haji nih tak begitu sesak di masjid dimana tak der la ...


Setuju dengan jad.

Di Malaysia memang kita tak nampak  ada wanita yang solat Jumaat di masjid dan mungkin kalau ada pun di masjid-masjid tertentu sahaja.  Saya teringat semasa di tahun 70an dahulu ketika saya masih anak dara lagi saya bersolat Jumaat di Masjid Negara.  Mungkin ketika itu kami memang solat Zohor setiap hari di Masjid Negara kerana pejabat kami berhampiran di situ dan bila hari Jumaat pula kami akan bersolat Jumaat. Dahulu di pejabat-pejabat tiada ruang  disediakan untuk solat tidak seperti sekarang kebanyakaan pejabat ada ruang untuk solat atau disediakan surau khas.

Saya masih ingat lagi ketika itu ramai juga wanita kebanyakannya masih  muda, mungkin pekerja pejabat  yang  bersolat   Jumaat termasuklah isteri allahyarham Tun atau Tan Sri Syed Nasir.  Selalunya beliau akan datang menghampiri waktu dengan pakaian serba putih dan ditangannya ada tasbih bulat yang bila dipicit akan berbunyi.  Pada ketika itu kakak masih bodoh lagi dan tak tau apalah benda di tangannya yang berbunyi 'tik-tik' tu.  Rupanya bunyi tasbih  yang bila ditekan akan berbunyi bagi mengira bilangan zikir.  Tak tahulah samada ruangan untuk  wanita di tingkat atas itu masih ada lagi disediakan pada hari-hari Jumaat pada masakini.

Selepas itu kakak juga pernah beberapa kali solat Jumaat di Masjid India kerana berpindah ke pejabat  lain yang berhampiran dengan masjid ini. Memang ada ruangan untuk wanita.  Bacaan khutbahnya dalam bahasa India dan memang kami tidak memahami . Selepas itu bila dilhat keadaan telah mula tidak selesa, kami tidak lagi ke masjid ini dam mencari-cari sudut-sudut  yang sesuai di pejabat untuk solat.

Bila difikir-fikrkan kembali, kakak sendiri rasa lucu, pelik,  kenapalah kakak dulu boleh pergi  ke masjid untuk solat Jumaat.  Kalau Masjid Negara itu kira masih o.k. lagi tapi sampai solat di Masjid India.  Mungkin  masa itu di tahun  1970an keadaannya  mengizinkan tambahan pula ramai juga wanita yang berbuat demikian.

Bila berkunjung ke Makkah pula, kalau hari Jumaat, kakak tak mau lepas peluang solat Jumaat di Masjidil Haram,  memang perlu  ke masjid seawal jam 10.00 pagi. bagi mengelakkan  kesesakan  untuk masuk ke masjid.  Tapi kalau di musim-musim sesak seperti di akhir Ramadan atau di musim haji, suami juga tidak membenarkan kerana solat Jumaat tidak wajib bagi wanita dan kakak akan  solat sohor di tempat penginapan sahaja.

Kalau ustaz dapat menghuraikan dengan lebih lanjut lagi mengenai solat Jumaat bagi wanita ini  alangkah baiknya.

[ Last edited by  Rosputih at 17-6-2008 05:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by alamaktuan at 17-6-2008 09:07 AM
SALAM SEMUA....

Ade yang bertanya kan mcmmana nak uruskan umrah sendiri ..maknanya nak apply visa umrah sendiri..

Suami ME ,memang ade bizz kat sana...jadi setiap kali dia nak pergi..sertak ...



alamak tuan....tu kalau yg bekerja di sana, tp masa kat Jeddah tu ada tak dia tanya mahram kita?
lg satu kalau x salah saya, kalau mohon visa  ziarah..selalunya dia minta surat sokongan sedara kita di sana..(kalau x salah pembacaan saya laa..)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #490 Rosputih's post

kak ros.....sama la kita....masa tu tgh sembang2 ngan rumet pasal solat jumaat masa kt Madinah, ....dia tanak pegi pada mulanya....saya ckp, saya nk pegi..sebab nak rasai solat jumaat..lgpun tak berpeluang nk rasa kt m'sia.....bila dia dgr mcm tu..terus dia pun ikut sekali..wp x paham khutbah dia...tp pada part2 kesayuan khutbah dia bikin wooo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 17-6-2008 10:02 AM


Setuju dengan jad.

Di Malaysia memang kita tak nampak  ada wanita yang solat Jumaat di masjid dan mungkin kalau ada pun di masjid-masjid tertentu sahaja.  Saya teringat semasa di tahun 70a ...


Sebagai pengkongsian ilmu yg dipetik dr internet


HUKUM SOLATJUMAAT BAGI MUSLIMAT


Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipanmenunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannyadiberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim danberkemampuan untuk menunaikannya.

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkanyang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أوصبي، أو مريض

Maksudnya;
揓umaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkanempat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orangsakit擺/i]

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداًومريضاً

Maksudnya;
揃arangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah diamenunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orangyang sakit擺/i]

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaatbersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solatzohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan.

Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjiddan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW.

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkanmenunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkandiri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh 慉tiyyah Saqqar didalam kitab 揂l-Fatawa minAhsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 11:47 AM | Show all posts
Markah penuh utk Hj Rezeki!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #493 rezeki's post

Terima kasih Haji Rezeki. Boleh dijadikan panduan kepada semua muslimah terutama kepada kakak yang sangat dangkal ilmu agamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:05 PM | Show all posts
Untuk mereka2 yang belum pernah solat jumaat di masjidilharam. Keadaannya akan lebih sesak dari hari2 biasa kerana penduduk2 luar bandar akan datang utk solat jumaat di sana. Jadinya anda kena datang awal utk mendapatkan tempat. Pada musim haji dulu 10.30am pun masjid dah penuh. Mujur saya dapat tempat di tempat saie baru. Keadaan lebih teruk apabila lepas solat. Jadinya dinasihatkan duduk dulu di masjid sehingga keadaan reda, barulah keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by alamaktuan at 17-6-2008 01:07
SALAM SEMUA....

Ade yang bertanya kan mcmmana nak uruskan umrah sendiri ..maknanya nak apply visa umrah sendiri..

Suami ME ,memang ade bizz kat sana...jadi setiap kali dia nak pergi..sertak ...


itu umrah visa..

sama ke dgn tourist visa?

sebab setahu saya bila apply umrah visa ni mereka nak tau siapa muhassasah kita di sana..sebab tu kita kena ada agent menguruskan..

dan lagi, kalau buat umrah visa, perjalanan kita terhad..tak boleh sembarangan keluar dari area tertentu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:13 PM | Show all posts

Reply #478 Rosputih's post

terima kasih kak atas gambar 2 keping tu..

memang saya tersenyum sendiri kat depan laptop ni bila tengok gambar2 tersebut..

rasa baru semlm je saya di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 07:12 PM | Show all posts
nashra...

kebetulan HB ME ade sahabat di arab saudi..so dia yang uruskan mengenai surat yang di perlukan olehkedutaan di sini...

HB ME ni ...main belasah aje cuba jaya....alhamdulillah dapat dia buat HAJI dengan selamatnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by alamaktuan at 17-6-2008 11:12
nashra...

kebetulan HB ME ade sahabat di arab saudi..so dia yang uruskan mengenai surat yang di perlukan olehkedutaan di sini...

HB ME ni ...main belasah aje cuba jaya....alhamdulillah dapa ...


alhamdulillah..

rezeki dia..

senang aje bila ada kawan kat sana..

nanti senang lah you nak bawa satu family kelak..org kat sana boleh tolong..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.117210 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list