|
[merged] AFC Asian Cup 2007[FINAL:IRAQ 1 SAUDI 0]
[Copy link]
|
|
Azizon akui ada masalah komunikasi
DENGAN nada yang agak keberatan penjaga gol, Azizon Kadir tampil mengakui kesilapannya ketika beberapa kali berada di posisi kurang tepat |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu belasahan seterusnya
Oleh Lukman Salleh
Malaysia tidak layak beraksi di Piala Asia, anak buah Norizan tak menyengat langsung
RUMUSAN kekalahan besar 5-1 Malaysia kepada China malam tadi cukup mudah dibuat iaitu Malaysia sebenar tidak layak beraksi dalam pentas Piala Asia.
Banyak sekali kepincangan dan kelemahan pemain kebangsaan, seolah-olah membayangkan mereka baru hendak bermain bola sepak dengan asas permainan seperti kawalan bola, hantaran dan penyudah depan gawang yang porak peranda.
Sebagai pasukan layak beraksi dalam Piala Asia atas tiket tuan rumah dan ranking dunia paling rendah antara 16 pasukan yang bertanding, sesungguhnya anak buah Norizan Bakar tiada sengat dan tidak langsung menggerunkan lawan.
Dengan baki dua perlawanan untuk diharungi lagi dalam Kumpulan C iaitu menentang Uzbekistan Sabtu ini diikuti pasukan pilihan Iran, Rabu depan, hakikat bahawa Malaysia bakal menjadi pasukan belasahan tempat semakin menjadi realiti.
Bagi Norizan, apa yang terdaya dilakukan sekarang ialah kembali menyuntik semangat dan menaikkan moral pemain dan mengelakkan daripada terus diaibkan.
揝udah tentu moral pemain agak menurun dengan kekalahan besar ini tetapi saya mahu mereka melupakan apa yang berlaku dan menumpukan kepada perlawanan berikutnya kerana saingan kita masih ada dan belum berakhir.
揗emang ia satu permulaan yang buruk dan bukan yang kita cari-cari tetapi kita perlu mengakui hakikat China lebih handal dari segi fizikal dan skil, selain perancangan permainan kita untuk mengekang hantaran tinggi tidak berhasil.
揅hina berhasil untuk mengawal bola dan menggunakan kedua-dua sayap untuk melancarkan serangan dan ini menyebabkan pemain kita hilang tumpuan sehingga wujud ruang kosong yang digunakan sepenuhnya oleh China.
揇alam keadaan terdesak ini, pemain hilang tumpuan sebagai satu pasukan dan apabila ada individu melakukan kesilapan ia memberi tambah memberi tekanan kepada pemain lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Iran bangkit babak kedua atasi Uzbekistan
Oleh Hamdan Saaid
JUARA Piala Asia tiga kali, Iran mempamerkan semangat jitu apabila bangkit pada babak kedua untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Uzbekistan dalam aksi Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Iran menduduki tangga kedua kumpulan di belakang China, yang juga mengutip tiga mata, tetapi unggul menerusi perbezaan jaringan selepas membelasah Malaysia 5-1 malam kelmarin.
Sekalipun menguasai saingan babak awal, Iran dikejutkan dengan gol pembukaan Uzbekistan pada minit ke-16, terima kasih kepada pemain pertahanannya Rahman Rezaei yang menjaringkan gol sendiri.
Ketika dicabar penyerang lawan, Ulugbek Bakaev, dalam usaha menyelamatkan keadaan hasil hantaran lambung dari jarak jauh ketua pasukan Uzbekistan, Server Djeparov, Rahman tertanduk bola masuk ke dalam gol sendiri ketika penjaga golnya, Hassan Rodbarian sudah tertewas.
Iran menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi pemain pertahanan, Seyed Jalal Hosseini yang menanduk masuk sepakan sudut ketua pasukannya, Mehdi Mahdavikia.
Tatkala Uzbekistan kelihatan berpuas hati untuk berkongsi satu mata, Iran berjaya merobekkan benteng pertahanan lawan lima minit kemudian dengan bekas pemain Bayern Munich, Ali Karimi menjadi punca gol itu.
Hantaran leret Ali ke tengah kotak penalti disambut pemain gantian Javad Kazemian yang mudah menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Pavel Bugalo dari jarak dekat bagi memastikan kemenangan dan mengelakkan kejutan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lega! Reaksi Zhu selepas 慿enduri sakan抂/b]
PERMULAAN cemerlang China dalam kejohanan Piala Asia dengan membelasah Malaysia 5-1 dalam Kumpulan C mengurangkan sedikit tekanan ke atas jurulatihnya, Zhu Guanghu yang dikritik hebat sebelum pertandingan.
China yang meniti persediaan Piala Asia penuh bermasalah dengan beberapa siri kekalahan dalam perlawanan persahabatan hingga membangkitkan laungan supaya Zhu dipecat, tampak kembali menemui sentuhan dan berada pada landasan untuk mara ke suku akhir dari Kumpulan C.
Tetapi Zhu tidak mahu mendabik dada atau terlalu yakin dengan kemenangan besar ini kerana masih ada baki dua perlawanan lebih sukar menentang Iran dan Uzbekistan menanti.
揑ni hanya kemenangan pertama dan walaupun ia menyuntik semangat pasukan, masih ada dua perlawanan penting harus diharungi, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #362 conan's post
betul, tapi tgk la member dlm team dia lak........... cuba team dia badan spesen jer...... |
|
|
|
|
|
|
|
China resah lawan Iran
JURULATIH China, Zhu Guanghu mula mempersiapkan barisannya bagi memburu tempat ke suku akhir menentang Iran, Ahad ini.
Namun beliau menyedari Iran bukan lawan semudah Malaysia.
揇alam kumpulan kami, Iran pasukan paling kuat. Mereka mempunyai ramai pemain yang berpengalaman beraksi di Piala Dunia tahun lalu.
揊aktor pengalaman menjadi senjata penting buat Iran kerana dalam kejohanan besar seperti Piala Asia, aspek itu mampu membantu pasukan bermain dengan cemerlang, |
|
|
|
|
|
|
|
betul la aku rase..pemilihan pemain yg xkena..pemain dari Perak, Kedah, Perlis mane???sedangkan team2 ni yg meningkat naik skang..
drp amik pemain2 selangor smpai 7-8 org tu wat ape? di mana slangor skang ni kat liga Mesia?
mmg terok giler Mesia main malam tuh..huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #115 lipans's post
memang handal..
handal berangan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase diorang ni dh ter'under estimate' china ni..jd ter'over konfiden'
silap percaturan la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aisey.. time lwn iran sure msia dah out pun dari race for KO stage.. sah2 main cam siot je.. abih le kena titik.. |
|
|
|
|
|
|
|
buang karan je!!
dah la tak payah lawan ngan sape2 laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg aku tak paham ialah main bola ni macam bekerja kan...bila kita bekerja sudah tentu kita mempunyai kepakaran dalam bidang yg diceburi...bila kita buat benda yg sama setiap hari skil dan kemampuan tu akan meningkat kalau menurun tu memang le masalah...gaji tak naik pangkat tak naik...contoh lah kan...tu yg tak paham sangat main bola training hari-hari still macam tu tak der perubahan...ade satu caller tu dalam radio KLFM kata kita tau menghukum dan komplen aje kita tak main mana kita tau...tu pun mangkuk...kita komplen sebab kita sayangkan permainan bolasepak ni dan sayangkan nama Malaysia dari dimalukan...walaupun x main kita didedahkan dengan banyak permainan bolasepak yg berkualiti dalam dunia ni....lepas kalah dengan China malas nak gi stadium sokong tapi bila member offer nak bagi tiket free Malaysia lawan Iran nampak gaya kena pergi juga le heheheheheheheh... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak berlari daripada bermain
PELBAGAI alasan terutamanya selepas tewas perlawanan membabitkan skuad kebangsaan bukan saja memualkan peminat bola sepak tanah air malah 'Raja Bola', Datuk Ghani Minhat yang turut mengakui aspek terbabit kini sudah 'tidak laku'.
Ghani berkata, faktor kelebihan fizikal yang dijadikan alasan pemain dan jurulatih negara sepatutnya tidak boleh diterima kerana pada pandangannya, pemain Malaysia hanya banyak 'berlari' daripada bermain bola sepak.
揚emain China menguasai bola hampir keseluruhan permainan dan faktor itu menyebabkan mereka bila-bila masa boleh mencipta peluang menjaringkan gol. Sekiranya tidak menyerang, mereka akan melakukan hantaran sesama sendiri biarpun dalam kawasan sendiri.
揟api apa yang dilakukan pemain negara? Mereka lebih banyak berlari untuk mengejar bola dan faktor itu menyebabkan pemain kita tidak mampu melaksanakan apapun strategi pasukan.
揔eputusan itu bukan kekalahan, tapi dibelasah teruk. Jika persatuan atau jurulatih tetap menganggap pemain masih menimba pengalaman selepas kekalahan ini, ia pasti mengejutkan. Ini bukan masanya untuk belajar atau mengutip pengalaman kerana Piala Asia adalah kejohanan besar, jika bukan di sini, di mana lagi,? |
|
|
|
|
|
|
|
gua tak sabo nak tgok msia kena belasah lg....dpt 10-0 pun okla....
pastu kasi bubar.... |
|
|
|
|
|
|
|
ngeriiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................
Malaysia bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi kena belajar
Oleh Lokman Zainal Abidin
BERGELAR pemain bola sepak kebangsaan bukan pasport untuk mendabik dada dan berdasarkan kekalahan mengaibkan kepada China malam kelmarin, kelemahan jelas ketara dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari.
揗ereka (pemain) kena banyak belajar lagi sebelum mampu mengibar cabaran yang sebenar. Mereka perlu berbincang sesama sendiri bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi pemain lawan terutamanya yang mempunyai saiz fizikal jauh lebih besar.
揔etika bertemu China, apa yang saya perhatikan ialah, pemain kita seolah-olah membenarkan lawan membuat hantaran lintang tinggi ke depan gawang dan keadaan itu akan memberikan kelebihan buat mereka kerana saiz penyerang mereka yang tinggi.
揝epatutnya, apabila kita menyedari lawan mempunyai saiz fizikal yang jauh lebih baik, kita perlu menghalang mereka daripada membuat hantaran lintang sedemikian. Apa yang berlaku malam semalam (kelmarin) amat mengecewakan.
揕awan mempunyai saiz fizikal yang jauh lebih baik tetapi kita pula seolah-olah bermain mengikut rentak mereka dan akhirnya, kita yang kecewa, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo kalah...sebat je players.
korang tak sedar ke yang korang tu memikul jutaan harapan rakyat Malaysia
ubat terbaik...kalo kalah lagi, tutup je FAM.
bangunan wisma tu buat tempat kemasyarakatan...
ada jugak pekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pisang69 at 12-7-2007 12:24 PM
gua tak sabo nak tgok msia kena belasah lg....dpt 10-0 pun okla....
pastu kasi bubar....
setujuuuu....... alang2 malu bior dapt kemaluan besar terus.............. at least pasnih nama M'sia terpahat jugak dalam sejarah piala asia..........
harimau malaya bertukar menjadi harimau sarkas........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|