CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Video penuh - Saiful diliwat dalam keadaan bersujud - Anwar rakus dan cepat

[Copy link]
Post time 25-2-2015 12:32 PM | Show all posts
den carik balik video saipul sumpah laknat, dio xdo plak cakap dipakso @ diperkosa.
dio cumo cakap anwar masuk an zakar ke dalam lubang dubur eh..
lopeh tu, shapie ckp tadi tuduhan kes 377b bukan 377c..
makno eh dengan rela la kn??
sobab kalo 377c paksa...
jadi.... persoalan eh..... camnia...
den bukan peguam @ hakim, jadi x bapo paham...
andai kato... Lelaki A & lelaki B melakukan homoseks secaro suko samo suko..
Then lelaki A buek report bawah akta 377B, so hanyo lelaki B yang akan didapati bersalah & akan dipenjaro la kn?
lelaki A yg buek report xkn dikonokn sebarang tindakan...
tolong botolkn pemahaman den ni kalo salah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2015 01:17 PM | Show all posts
oghang_kito replied at 25-2-2015 12:32 PM
den carik balik video saipul sumpah laknat, dio xdo plak cakap dipakso @ diperkosa.
dio cumo cakap  ...

utk makluman ko....dimahkamah sumpah laknat sepol tu tidak diterima sebagai bahan bukti..tu antara sepol dgn tuhannya.

cubo baco penjelasan AG ni plak.

AG perjelas kenapa dakwa Anwar Seksyen 377B

13 Februari 2015

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services




[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dan dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Kanun Keseksaan memperuntukkan dua keadaan bagi seseorang boleh didakwa bagi meliwat; Seksyen 377B yang menetapkan "dengan atau tanpa kebenaran" bukannya intipati dan Seksyen 377C adalah perbuatan meliwat dilakukan tanpa kebenaran atau paksaan terhadap orang lain.

"Ciri penting lain adalah hukuman iaitu undang-undang mengenakan hukuman minimum lima tahun di bawah Seksyen 377C," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, seksyen 337B tidak menetapkan tempoh penjara minimun.

Beliau berkata Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B berdasarkan budi bicara pihak pendakwaan seperti termaktub dalam  Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Pendakwa Raya menggunakan budi bicara itu dengan mengambil kira fakta dan keadaan setiap kes dan pastinya bukan secara suka-suka," katanya.

Abdul Gani berkata, oleh itu, adalah tidak wajar bagi Presiden Majlis Peguam Christopher Leong untuk menyatakan Ketua Pembangkang itu sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C.  

"Dilihat seolah-olah Presiden Majlis Peguam mencadangkan supaya beliau (Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat dan akan mendedahkan Anwar Ibrahim kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun," katanya.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Peguam Negara dalam kenyataan itu turut menjelaskan persepsi pihak tertentu bahawa Anwar telah didakwa dan disabitkan bagi 'victimless offence' atau 'kesalahan tanpa mangsa' yang jelas tidak disokong.
   
"Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah individu yang menderita. Beliau telah memberikan keterangan bersumpah di dalam mahkamah berhubung perbuatan yang dialaminya untuk direkodkan," katanya.

Berhubung kenapa Mohd Saiful tidak didakwa bagi bersubahat, Abdul Gani menjelaskan kes itu sama seperti kes rasuah, iaitu dalam kebanyakan kes rasuah, penerima didakwa manakala pemberi digunakan sebagai saksi terhadap penerima.

Beliau turut menafikan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa Anwar, jarang digunakan.

Katanya berdasarkan statistik Jabatan Peguam Negara dan  polis, sebanyak 171 kes telah didakwa mengikut seksyen itu dari 2010 hingga 1014, dengan 34 kes didakwa di bawahnya pada tahun lepas.
Sementara sebanyak 489 kes didakwa mengikut Seksyen 337C dalam tempoh lima tahun lepas.

Beliau berkata, Anwar telah diberikan hak untuk mendapat perbicaraan adil dan diberikan semua peluang untuk melaksanakan hak perlembagaannya di mahkamah sepanjang prosiding selama enam tahun setengah. - Bernama




Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 02:25 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-2-2015 01:17 PM
utk makluman ko....dimahkamah sumpah laknat sepol tu tidak diterima sebagai bahan bukti..tu antara ...

ok.. paham...
makno eh boto la apo yg den ckp td kn??
samo mcm situasi yg den bori td...
Lelaki A & Lelaki B buek homoseks suko samo suko...
Then Lelaki A buek report ckp diliwat oleh lelaki B...
hanyo lelaki B akan didakwa, lelaki A xkn ado sebarang tindakan walaupun suko samo suko...
Boto kan??? kan??

So every Gayboy out there.. watchout!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 02:30 PM | Show all posts
oghang_kito replied at 25-2-2015 02:25 PM
ok.. paham...
makno eh boto la apo yg den ckp td kn??
samo mcm situasi yg den bori td...

you sebagai gay tionghua

samada you suka atau tidak

meliwat dubur diharamkan
oleh agama rasmi malaysia

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 02:30 PM | Show all posts
oghang_kito replied at 25-2-2015 02:25 PM
ok.. paham...
makno eh boto la apo yg den ckp td kn??
samo mcm situasi yg den bori td...

bukan Gay boy diluar sana watch out....yg berzina dgn budak bawah umur pun better watch out..krn walaupun masa berzina tu suka sama suka...tapi kalau selepas kejadian zina suka sama suka tu..sekiranya budak perempuan bawah umur tu buat laporan polis atas desakan ibu bapa contohnya..atau apa2 sahaja alasan budak perempuan tu...lelaki tu saja yg akan dihukum.

so...lobih paham tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 02:53 PM | Show all posts
Kau dok mention undang undang England. Pelik, punya mengaku Islam, Public holiday punya banyak utk sambut hari kebesaran Islam. Benda mcm ni pun ssh nak fikir ka. Zaman khalifah dulu, org kapir guna undang-undang kita. Kita ni nama je Islam, kehidupan kita tak melambangkan pun. Kes Liwat tu pun ada dalam jenayah Syariah. Bukan tak boleh bawa kat syariah court, tapi nak buat mcm mana, kita ni nama je negara Islam, undang undang Islam UMNO/BN kata itu undang-undang PAS. Sekurang kurangnya PAS tu Islam lah jgk nak mengetengahkan undang-undang Islam. Yg ni tidak, dok bangga dgn perlembagaan yg England bagi. Yang berdarah biru ni pulak, dok angguk manjang. Tak rasa malu ka dgn org kapir? Bukan kat Malaysia ni aku ckp, nu! kat england tu. Depa dok gelak tgk bodohnya org Islam Malaysia.

EH kalau kita punya undang undang Islam jumud sangat, kau tgk punya byk ahli ahli sejarah Islam yg banyak merata seluruh dunia. Kenapa dok nak tegakkan parti yg tegakkan hukum kafir? Inilah padahnya bila perjanjian kemerdekaan yg dibuat tidak digariskan sekali dgn syariat Islam. Padahal kita Malaysia, ada hukum qanun di Melaka dulu. Punya gah masa tu. Cukup ka kita bangga dgn sejarah semata?

Confirm, ada jgk yg butthurt aku ckp mcm ni sbb :

1. Dorang anggap aku macai PAS.
2. Dorang marah sbb dorang macai BN/UMNO.
3. Dorang anggap undang-undang Islam itu undang-undang PAS utk pancing undi.
4. Dorang anggap hudud itu tak perikemanusiaan. Potong sana sini.

Kena ingat ni,  Nabi pernah pesan. Bukan aku nak cakap aku alim, tapi kena ingat je benda ni.

Dari Abdullah ibn ‘Amru ibn Al-‘As ra katanya : Saya dengar Rasulullah saw bersabda : "Bahawasanya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya dari manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan pula." Muttafaqun Alaih.

Korang nilai lah sendiri, mcm mana pemimpin kita. Bila aku cakap pemimpin kita, maksudnya SEMUA. Tak terkecuali siapa pun parti mana. Khusus Perdana Menteri. Sebab apa? Sebab dia ketua bagi rakyat. So dia punya ilmu dunia dan akhirat, keluarga, peribadi semua akan kita nilai untuk kita simpulkan sebenarnya dia ni layak ke tak jadi pemimpin. Kalau aku mention pasal Rasulullah S.A.W, kau ingat isteri baginda tak pakai tudung ke Siti Khadijah tu? Simple kan kau nak buat comparison mcm mana? "Itu Nabi, Najib bukan nabi". Okay, aku amik yg akhir zaman punya, Tu Dr Morsi. Tgk isteri dia, isteri Erdogan, isteri Sultan Brunei. Tu baru betul nama pemimpin Negara Islam. Kita ni negara Islam apa? Islam Liberal ka? Pandai pandai korang lah nak fikir mcm mana, nak bash aku blk nnt mcm mana. Suka hati. Imam Ghazali kata, bila org tak boleh terima nasihat ni, hati dia gelap dengan dosa. Itu Imam Ghazali cakaplah. Aku quote kan aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
zangetsu.ken replied at 25-2-2015 02:53 PM
Kau dok mention undang undang England. Pelik, punya mengaku Islam, Public holiday punya banyak utk s ...

Pas dah laksanakan undang2 hudud di Kelantan kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 03:10 PM | Show all posts
zangetsu.ken replied at 25-2-2015 02:53 PM
Kau dok mention undang undang England. Pelik, punya mengaku Islam, Public holiday punya banyak utk s ...

Dik..itu undang2 yg dipersetujui oleh dtk nenek kita dulu..termasuk datuk nenek kamu...undang2 yg dikatakan undang2 england tu terpakai krn kita dulu ditakluki oleh british dik..cuba org islam sendiri kuat, ada senjata ampuh...kita sendiri yg perintah dik..tak harap pun org luar datang perintah kita dgn membawa undang2 mereka disini...so..silap sapa sebenarnya dik?.

lagi pun..utk mengubal satu undang2 baru dik..memerlukan sokongan 2/3 diparlimen dik..boleh buat hukum hudud..perlembagaan tak halang..tapi nak buat sesuatu undang2 tu mesti ada 2/3..so...nak tanya adik...ada ke 2/3 tu?..tu mukadimah dulu dik..nanti saya tanya yg lain plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 03:15 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-2-2015 02:30 PM
you sebagai gay tionghua

samada you suka atau tidak

ko paham x persoalan kek situ....
boto dlm agamo rasmi malaysia haramkan meliwat...
tapi kalo suko samo suko...
kok x paham ckp n9, bahasa malaysia eh...
SUKA SAMA SUKA....
kalo dlm agamo, adakah yg peliwat sahaja patut di hukum @ kedua-duanya sekali patut di hukum??
den bukan persoalkan haram ko halal...
den bukan persoalkan kreadibility mahkamah terhadap jatuhkan hukuman...
den persoalkan akta tu...
paham?? paham ko tak???
copek bona nk bongih ko ni jang....
cubo la perbincangan ilmiah sikit...
hadoi....


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:18 PM | Show all posts
oghang_kito replied at 25-2-2015 03:15 PM
ko paham x persoalan kek situ....
boto dlm agamo rasmi malaysia haramkan meliwat...
tapi kalo su ...

jika asas perundangan malaysia
tidak digabungkan antara common law
england dan islam,

anwar pasti dibebaskan

B atau C, meliwat
tetap dilaknat Allah

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:24 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-2-2015 02:30 PM
bukan Gay boy diluar sana watch out....yg berzina dgn budak bawah umur pun better watch out..krn w ...

kes bawah umur den paham....
den cumo mintak penorangan kes 377B...
timo kasih la sobab bori den paham...
nampak bona yg kito kono semak balik akta tu...
samo dengan akta rasuah tu...

den bagi ko contoh....
ko pegawai kerajaan...
den kontraktor...
den nk projek den rasuah ko 10juta, maso bagi rasuah den rakam pakai camera tersembunyi...
den dapek projek...
projek siap...
sumo bejalan dengan baik...
den hepy, ko pun hepy...
tapi den sajo yo suko2 buek report koba ko mkn rasuah...
xdo sakit ati xdo apo, sajo yo....
ko akan didakwa, den hidup sonang lenang suko2 mcm xdo apo belaku...
ko yo masuk penjaro... den tidak... sobab??
kes itu sama seperti kes rasuah, iaitu dalam kebanyakan kes rasuah, penerima didakwa manakala pemberi digunakan sebagai saksi terhadap penerima.
jadi,  ko ghaso kito patut ko tidak kito semak balik akta tu??


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:30 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-2-2015 03:18 PM
jika asas perundangan malaysia
tidak digabungkan antara common law
england dan islam,

aduhai... ko ni po payah na nk paham ni..
ni bukan cito anwar ngan sepul yo...
ni untuk maso dopan...
Ali ngan abu buek homoseks suko samo suko...
Ali buek report...
Abu masuk penjaro...
Ali hidup bebas...
patut ko tidak akta ni disemak balik ko raso???
sonang yo soklan eh...

B atau C, meliwat
tetap dilaknat Allah


abih kalo kes suko samo suko... yg masuk an zakar dilaknat.... yg menonggeng dengan suko x dilaknat??
jgn copek bongih... agak eh ko tak paham den taip n9 gak eh... maap la yo... den mmg org n9 tulen
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:34 PM | Show all posts
oghang_kito replied at 25-2-2015 03:30 PM
aduhai... ko ni po payah na nk paham ni..
ni bukan cito anwar ngan sepul yo...
ni untuk maso dop ...

yang ekau suko sangat
belit2 pasal
suko mo tak suko,

tak suko mo suko

kau suko meliwat ko apo?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 03:35 PM | Show all posts
Edited by Anak_Nogori at 25-2-2015 03:36 PM
oghang_kito replied at 25-2-2015 03:24 PM
kes bawah umur den paham....
den cumo mintak penorangan kes 377B...
timo kasih la sobab bori den ...

bagi den...nak semak apo pun akta tak ado masalah..samo lah dgn akta2 yg lain tu...selagi akta itu tidak disemak dan diluluskan...selagi tu akta tu terpakai dimana2 dlm negaro ni.

cuma den kadang2 heran jo..pado hal...banyak lagi kes2 lain rakyat marhain yg liwat suko samo suko ni dituduh dibawah seksen 377B ni..berpuluh2 tahun dah....tak plak sibuk nak semak akta ni..totibo kes ketum..kono special sikit lah yo..

tu memang den tak faham..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:37 PM | Show all posts
d'zeck replied at 25-2-2015 03:34 PM
yang ekau suko sangat
belit2 pasal
suko mo tak suko,

aik, den pulak yg bolit d koba eh...
hadoi ai...
bukak minda jang....
den tanyo x ko jawab...
patut ko tidak semak balik akta tu...
sonang yo soklan eh..
xnk jwb xpo la...
payah beburak mo ko ni...


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:40 PM | Show all posts
Bored...
Dah xde cite lain ker??
Next story plzz!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 03:43 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-2-2015 03:35 PM
bagi den...nak semak apo pun akta tak ado masalah..samo lah dgn akta2 yg lain tu...selagi akta itu ...

sobab eh... kes yg lain tu xdo heboh org becakap do...
den pun xponah semak pasal akta tu do...
tp bilo belaku kes anwar ni... ado la kito membaco sikit an??
boto tak??
jadi eh, bilo kito da tau bondo ni...
baru la kito becakap... boto??
kok kito xtau @ xpaham... camno kito nk suruh semak selamo ni...
hadoi... tu yo...
den ckp psl akta, bukan pasal den nk bebas an anwar @ suruh saipul masuk penjaro do...
bilo kito sumo da paham pasal akta tu, jd sebagai sorang yg waras buleh bepikir...
jadi den ghaso sumo patut setuju tuk semak balik akta tu....
boto ko tidak?? atau den salah??

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:46 PM | Show all posts
anak nogori makin tuo makin bodoh,makin tuo makin gemar cerita dubur
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 03:49 PM | Show all posts
ada beza mereka yg berbicara antara mereka yg membenci maksiat dgn mereka yg sekadar membenci sesama manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 03:49 PM | Show all posts
oghang_kito replied at 25-2-2015 03:43 PM
sobab eh... kes yg lain tu xdo heboh org becakap do...
den pun xponah semak pasal akta tu do...
...

kalau tanyo den..camtulah jawap den....

tulah..bilo heboh..baru nak cadang itu cadang ini..bangkit itu bangkit ini...yooolaaa..kes VVIP lah dikatokan...yg lain2 kucing kurap jo..sapa nak amik perhatian..sapo nak heboh2kan kan..

tapi den nak tanyo kek kau gak ni?...kes rasuah..kalau diintip...ada laporan awal...bolehlah SPRM pi hantar 10 pegawainya intip siap cctv bagai.

camno kalau dah berlaku?..ado ko org yg bori rasuah tu nak tampil kodopan report SPRM beritahu si A tu makan rasuah bilo dio tahu yg dio pun akan dipenjaro?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.349893 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list