|
KPH VILLA - 102 - Kelab Peminat Hafiz no 1!! Single terbaru Hafiz Sinar Cinta &a
[Copy link]
|
|
cikgushafi Latihan terus demi AJL.... 1d
 |
|
|
|
|
|
|
|
Showcase Hafiz Suip & Friends Kembali Hangatkan Hard Rock Café Kuala Lumpur

by Budiey
— 8 Jan, 2015
Setelah kejayaan mengadakan persembahan di Hard Rock Café, Melaka pada tahun lalu, Hafiz & Friends Showcase kini kembali menggabungkan tiga rakan seperjuangan, Hafiz Suip, Akim Ahmad dan Hazama bergabung dan berkongsi pentas. Kali ini di Hard Rock Café, Kuala Lumpur! Ya, pasti ramai yang tertunggu dengan persembahan ketiga pelantun vokal mantap dari pasukan Akademi Fantasia ini.

Satu Majlis Sidang Media Hafiz & Friends Showcase yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pastinya di sana nanti Budiey akan temui Hafiz Suip, Akim Ahmad dan Hazama yang akan berkongsi rasa dan cerita persiapan mereka untuk showcase mereka kali ini serta kehadiran Faizul Sany yang akan turut membuat persembahan istimewa. Pergh! Tak sabar nak rakam video temubual dan persembahan mereka dan korang boleh tonton di saluran Youtube Budiey.com. Jom subscribe: www.youtube.com/budiey27
~~~ budiey.com ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
officialhafizfc Hafiz and Friends kembali lagi ... get your tickets now!! #hafizsuip #hazama #akimahmad #arilpilus #faizulsany #firmanaf2014
#hafizfc #25012015
By @zalli272 "LETS ROCK KL !!! #astrotalent #malaysiansinger #hafiz&friends #hardrockKL @officialhafizfc @gafim_mers @akademifantasia" via @PhotoRepost_app 11h
 |
|
|
|
|
|
|
|
officialhafizfc Hi semua Hafiz Fans !!! Alhamdulillah @hafizsuip sekali lagi tercalon dlm pencalonan awal kategori #PenyanyiLelakiPopular Jom semua kita gerak gempur undi the one & only #HafizSuip Dapatkan surat khabar #BeritaHarian sebab dalam tu ada borang penyertaan. Beli & undi sebanyak yang termampu️ Jom vote vote vote!! kita usaha sampai #HafizSuip tercalon sebagai calon Top 5 Undian pencalonan awal ni start 8 Januari 2015 dan akan tutup pada 3 Februari 2015.
Kategori E - Penyanyi Lelaki Popular
No 16. - Hafiz
Jangan salah vote pulak yer Hantar borang anda ke :- ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 2014, PETI SURAT 10049, PEJABAT POS BESAR, 50818 KUALA LUMPUR
#HafizSuip #Matahari #ABPBH2014 #PenyanyiLelakiPopular #AJL29 #AME2015 15h

|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz AF bertunang 27 Februari ini
12/01/2015 6:01pm
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
[email protected]
KUALA LUMPUR - Penyanyi Mohd. Hafiz Mohd. Suip bakal melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada 27 Februari ini.
Hafiz, 25, berkata, sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah gadis pilihannya di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.
"Saya mengaku akan melangsungkan pertunangan pada bulan hadapan. Cuma saya boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan berusia awal 20-an.
"Saya tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti bakal tunang saya itu memandangkan perlu menjaga privasi dia memandangkan ketika ini dia masih belajar lagi," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di sini hari ini.
Ketika ditanya tentang perkenalan mereka berdua, penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano itu memberitahu mereka sudah lama berkenalan sejak lima tahun lalu, iaitu ketika dia belum lagi bergelar seorang artis.
Ujarnya, sepanjang perkenalan dia tidak tahu gadis berkenaan menaruh hati kepadanya sehinggalah mereka menjalinkan ikatan percintaan pada awal tahun 2013.
"Kalau ditanya apa yang membuatkan saya tertarik dengannya, saya lihat dia seorang yang sangat lemah lembut dan begitu menghormati orang tua.
"Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang berakhir pada pertengahan 2016," ujarnya.
Mengenai majlis pertunangan pula, Hafiz memberitahu majlis berkenaan akan berlangsung di Hotel Pullman, Kuching. - KOSMO!
~~~ kosmo.com.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Pilih Gadis Senegeri, Hafiz Suip Bertunang Februari Depan
Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 6:42 PM
Oleh: KEMALIA OTHMAN
[email protected]

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip bakal melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya yang merupakan seorang pelajar dikenali sebagai Effy pada 27 Februari ini.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip 25, berkata, majlis pertunangan tersebut akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching Sarawak.
"Saya akan melangsungkan pertunangan pada bulan hadapan. Cuma saya boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan berusia awal 20-an.
"Saya tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti bakal tunang saya itu memandangkan perlu menjaga privasi dia kerana ketika ini dia masih belajar lagi," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui semasa majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di sini, pada Isnin.
Katanya, Majlis merisik telah diadakan di rumah wanita tersebut di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lalu.
Hafiz turut memberitahu dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2016 selepas wanita tersebut tamat pengajian di sebuah universiti swasta.
Ketika ditanya tentang perkenalan mereka berdua, Hafiz memberitahu mereka sudah lama berkenalan sejak lima tahun lalu, iaitu ketika dia belum lagi bergelar seorang artis.
Katanya, sepanjang perkenalan dia tidak tahu gadis berkenaan menaruh hati kepadanya sehinggalah mereka menjalinkan ikatan percintaan pada awal tahun 2013.
"Kalau ditanya apa yang membuatkan saya tertarik dengannya, saya lihat dia seorang yang sangat lemah-lembut dan begitu menghormati orang tua.
"Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang berakhir pada pertengahan 2016," ujarnya.
~~~ mstar.com.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
officialhlive Selepas kejayaan dan sambutan memberangsangkan di hard rock cafe melaka tahun lepas, Hafiz & friends showcase bakal kembali! #hlive #hliveupdate 3h

|
|
|
|
|
|
|
|
From Ig Cikgu Shafi, looks like Matahari ada koir backup kat finale kelak.
Can't wait   |
|
|
|
|
|
|
|
astrogempak Saksikan Jelajah Hafiz @ Jakarta, jam 10.30 malam ini di saluran Astro RIA & Maya HD. 4h
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|