CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 30-3-2013 06:48 PM | Show all posts
Salam TJ2 Dan peminat cerita ini...

Ada banyak sebab kenapa seseorang tiba2 saja berhenti menulis. Dahulu TJ2 pernah kehilangan or corrupt pen-drive  dimana masalah yg sering dihadapi ramai kalau tiada back-up...kehilangan idea secara tiba2 Dan mungkin juga masa yg terhad kerana urusan keluarga spt kematian, kenduri kawin kerja yg menanti dipejabat Dan sebagainya. Apakah skrg TJ2 berada di dalam salah satu keadaan ini?

Sebagai pembaca yg Sudah sebati dgn cerita ini tentu sambungannya amat dinantikan Dan apabila penulis menyepi berbagai soalan timbul Dari dlm diri saya Dan para pembaca lain khususnya...oleh itu saya merasakan TJ2 mesti peka dgn kemahuan pembaca.

I am sure TJ2 you have your own reason for keeping quiet but please don't put on hold for too long....a note to myself as a writer too.  Pleasant weekend...take care wherever you are. Last edited by sanaa1 on 30-3-2013 06:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2013 09:41 AM | Show all posts
wow...bnyknye notice msk. tkejut bila buka.
sorry banyak2
bcuti seminggu.
mak buat kenduri kahwin sbb tu tak update langsung.
ari ni TJ update okeh...

p/s awl bln 5 nanti TJ cuti seminggu lagi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 10:44 AM | Show all posts
TJ2 posted on 1-4-2013 09:41 AM
wow...bnyknye notice msk. tkejut bila buka.
sorry banyak2
bcuti seminggu.

setia menunggu...

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
TJ2 posted on 1-4-2013 09:41 AM
wow...bnyknye notice msk. tkejut bila buka.
sorry banyak2
bcuti seminggu.

ok tj..take ur time k..update byk2 smpai kmi termuntah..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 05:20 PM | Show all posts
maaf semua...
tak sempat nak update sebab kekangan masa dan tugasan yang menimbun...
maaf sangat-sangat
jangan marahkan saya ye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 10:35 PM | Show all posts
OH TJ,

MLM POM BZ GAK KE?

DEMI ANK2 AKU SOKONG DZARIF & AZREEN....LGPON DELL MASIH ADA CINTA YG MENDLM NGAN ADAM....CUMA PERSOALNNYA...NAPA DELL LEH X CAM ADAM AKA BEKS SUAMINYA SENDIRI? ADAKH ADAM MASA LALU TIDK BRJMBG & KINI DIA BERJAMBG...@ DAH ADA JANGGUT?....@ LAIN2 PERKARA WAT DELL X CAM ADAM?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2013 09:53 AM | Show all posts
Salam TJ2

harapnya hari ini adalah sambungannya...mengharap sgt nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 10:53 AM | Show all posts
sellie003 posted on 1-4-2013 10:35 PM
OH TJ,

MLM POM BZ GAK KE?

kaka sellie,

mlm mmg xleh nk pegang lappy.
ank iols tu asik bkepit je.
even ayah dia ada pun...
tdo nk peluk...
kalo iols bgn, auto dia bgn gak...
sense dia cukup kuat kalo iols xde kt sblh...

utk pertanyaan kaka,
jwpn akan ada nanti
tungguuuuu.........sabo ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2013 11:07 AM | Show all posts
TJ2 posted on 2-4-2013 10:53 AM
kaka sellie,

mlm mmg xleh nk pegang lappy.

...dah berlaki rupanya ko ya...igt single mingle lagi...x leh nak wat apa ler kan...huhu...

Ok...sabar nunggu...tp, jgn lama sgt...akak pueh rempit baca citer ko nih..bila terstop...macm alahai...x puas lak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 11:57 AM | Show all posts
sellie003 posted on 2-4-2013 11:07 AM
...dah berlaki rupanya ko ya...igt single mingle lagi...x leh nak wat apa ler kan...huhu ...

kena pakse kawen ni...haha



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 12:06 PM | Show all posts
TJ2 posted on 2-4-2013 11:57 AM
kena pakse kawen ni...haha

....pakse kawin?...ahaks...ada macm ala2 novel tak?....gaduh2 pastu berbaik2, loving2...

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 01:32 PM | Show all posts
TJ...xdok update lagi ke??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 04:10 PM | Show all posts
Bab25

“Tak sangka ada orang sanggup beli rumah you, kan. RM 3.6juta tu! Dah taraf  jutawan you sekarangni!”

Senyuman terukir manis. Tubuh yang sedikit tidak selesa dibetulkan. Datin Aina pandang Khadeeja yang duduk elok di kerusi rotan berhadapan dengannya.

“Rezeki I kot. Kalau ikutkan hati, sayang nak jual. Tapi sejak Dato’ takde, I tak boleh nak duduk rumah tu lagi. Sana sini macam ternampak kelibat arwah. I jadi sedih sangat. Sebab tu decide nak jual. Tapi tak sangka mudah dapat pembeli…and I should say thanks to your husband. He’s doing a very good job!”

Benar katanya. Azman, suami Khadeeja berjaya mendapatkan pembeli dalam masa yang cukup singkat. Malah pembeli itu langsung tidak meminta harga diturunkan. Terus setuju tanpa banyak soal. Mesti orang kaya yang dah tak tahu nak buat apa dengan duit yang ada! Kalau tahu, dari awal-awal dia letak harga lagi tinggi dari RM3.6 juta tu! Boleh sampai ke tua enjoy!

“Azman memang bagus dalam kerja dia. Lagi pun you sendiri tau dia memang pandai bercakap. Really a sweet talker. Mungkin sebab tu dia senang dapat buyer.

Maybe…tapiAzman ada beritahu you tak siapa owner baru rumah tu?”

Bibir sengaja dijuihkan ke depan. Seolah-olah menuding ke rumah besar berhadapan dengan rumah Khadeeja ini. Dari hari pertama rumah itu dijual, dia tidak pernah tahu siapa pemilik barunya. Tanya pada Azman, lelaki separuh abad itu cuma senyum. Paling-paling Azman akan kata Private and Confidential.

Malas dia nak bertanya lagi. Yang penting duit dia terima tanpa kurang sesen pun. Lain-lain dia dah tak peduli dan dia memang tidak mahu ada sebarang kaitan lagi dengan rumah arwah Abas atau pun sesiapa yang ada pertalian dengan arwah suaminya itu. Terutamanya Delia!

Last edited by TJ2 on 2-4-2013 04:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 04:13 PM | Show all posts

Delia pasti meraung jika tahu rumah dua tingkat rekaan ala Mediteranean itu sudah berpindah milik. Padan muka budak perempuan tu! Datin Aina kulum senyuman. Mujur Abas tidak letakkan nama Delia pada geran hak milik rumah itu. Pelik tapi dia gembira. Setidak-tidaknya, hal itu memudahkan setiap rancangannya.


“Takde pula. I pun tak pernah terfikir nak bertanya. Kenapa, Datin?”

Nothing. Just asking...”

You tak tahu ke siapa yang beli rumah tu?” Tanya Khadeeja. Meminta kepastian. Tapi dari airmuka Datin Aina, dia pasti seratus peratus perempuan sombong ini memang tidak tahu siapa pembeli rumah arwah Dato’ Abas.
            
“Tak. Azman kata that guy is a very low profile person. Tak nak reveal apa-apa sebab nak jaga privacy kononnya!” Datin Aina mencebik. “Ingat I nak mengorat dia kot!”

Bunyi ketawa kedengaran bersabung. Sesekali ada juga seronoknya berbual dengan Datin Aina ini! Desis hati Khadeeja. Dia pandang Datin Aina yang sedang menghirup air rakus. Kan dah haus! Gelak lagi kuat-kuat.

Selama berjiran dengan Datin Aina, mereka memang kerap berbual. Perempuan bertubuh genit ini agak berlagak namun tidak pula lokek untuk menegurnya. Cuma Khadeeja akan berasa sedikit kurang selesa kerana Datin Aina gemar bergosip dan bergebang. Betul atau tidak, tak siapa tahu!

Dan, dia sendiri tidak pernah memanjangkan cerita-cerita yang tak diketahui kebenaran itu kepada orang lain. Paling kuat pun dia cuma beritahu Azman dan Qistina. Lebih dari itu dia tidak berani. Nanti tak pasal-pasal dia kena saman sebab memfitnah! Tak ke naya?

Loceng pintu berdenting. Siapa pula yang datang petang-petang ni? Panjang lehernya mengintai namun Khadeeja gagal untuk melihat siapa yang ada di balik pagar.

“Bibik…” Jerit Khadeeja. Namun kelibat bibik langsung tidak kelihatan. Mahu tak mahu Khadeeja terpaksa bangun bila loceng berdenting sekali lagi. Rasa mendongkol disimpan jauh bila mengenangkan bibik mungkin sedang bersolat.

“Takpe mama! Biar Nina buka.”

Qistina kelihatan berlari-lari menuruni anak tangga. Anakgadis tunggalnya ini tampak manis dengan dress labuh berwarna ungu separas buku lali.

“Hati-hati turun tangga tu. Tak lari orang yang dikejar tu.”

Last edited by TJ2 on 2-4-2013 04:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 04:17 PM | Show all posts

Anaknya itu kelihatan senyum manja sambil berlari ke muka pintu. Khadeeja hanya ternganga. Umur dah nak masuk dua puluh lapan tahun tapi perangai masih macam budak-budak! Dahlah lasak mengalahkan lelaki. Betul-betul mengikut perangai abang-abang dia!


You memang expecting someone ke, Deeja?”

Kepala dipalingkan kepada Datin Aina yang ada dibelakangnya dan seraya itu Khadeeja geleng kepala. Pantas dia kembali mengambil tempat di hadapan Datin Aina.

“Taklah. Kawan Nina agaknya. Anak dara tu pun bukan main excited nak buka pintu.”

“Bakal menantu you kot?”Tebak Datin Aina tiba-tiba. Punah harapannya nak bermenantukan anak dara Khadeeja ini.

“Tapi kalau betul…”

“Mama…”

Kata-kata itu tergantung bila Qistina terpancul di muka pintu. Jelas wajah kegembiraan anaknya. Dah macam orang kena loteri sejuta!

“Kenapa, Nina?”

“Lia datang nak jumpa mama ni…” Ujar Qistina laju sambil menjeling wajah Datin Aina yang jelas kelihatan berubah.

“Jumpa je la. Apa masalahnya pun?”

Walau apa masalah Delia dan Datin Aina, Khadeeja tidak pernah mahu untuk masuk campur. Apatah  untuk membenci. Lebih-lebih lagi dia mengenali Delia semenjak gadis itu kecil. Tidak pula kelihatan seperti yang diceritakan Datin Aina. Entahlah!

Qistana hilang dan seketika kemudian tersembul di pintu bersama Delia yang ringkas dengan jeans biru dan T Shirt longgar berlengan tiga suku. Namun masih tampak cantik. Di sisi Delia ada seorang wanita separuh usia yang anggun. Berpalazo hitam dan mengenakan blouse jalur-jalur.

“Assalammualaikum Auntie.” Ujar Delia pada Khadeeja sebelum pandang Datin Aina yang mencuka. Skru muka ketat sangat kot sampai tak boleh nak senyum. “Tak sangka pula jumpa mama dekat sini.”

Mahu tak mahu Datin Aina terpaksa menyambut salaman Delia. Berpura-pura untuk memaniskan muka. Manakala Delia menahan senyum bila melihat reaksi wajah Datin Aina. Betul-betul pandai berlakon mama Aina ni!

“Auntie…” Ujar Delia pada Puan Sri Ezzah yang rapat disisi. “Yang ni Auntie Deeja, mama pada Qistina. Yang rambut kuning tu pula mama Aina, mak tiri Lia.”

Last edited by TJ2 on 2-4-2013 04:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 04:21 PM | Show all posts

Sengaja Delia tekan perkataan ‘mak tiri’ itu. Jelas Datin Aina kelihatan tidak selesa dengan kehadirannya di situ. Tapi Delia sedikit pun tak peduli. Sejak tahu apa perasaan sebenar Datin Aina padanya, Delia sudah tidak mampu untuk berbaik dengan wanita itu. Biarlah…dari dia jadi hipokrit!


“Lia tak pernah cerita pun ada mak tiri?”

Delia hanya mampu sengih sumbang. Ikut hati nak saja dia cakap kuat-kuat apa perlunya ada ibu tiri seperti Datin Aina! Buat sakit jiwa ada la!

“Auntie, mama…kenalkan ni Puan Sri Ezzah. Ibu Ameer.”

Bulat mata Datin Aina. Telinga memang cukup sensitif bila nama Ameer disebut-sebut. Tidak kisahlah Ameer mana pun! Kerana nama itu mengingatkannya pada Irina.

“Ameer mana?” Spontan kata-kata terluah dari bibir Datin Aina. Delia senyum kerana dia sudah menyangkakan soalan itu.

“Ameer Luthfy…” Itu sahaja jawapannya. Biar Datin Aina tercari-cari dan tertanya-tanya siapakah Ameer Luthfy.

“Lama Lia tak datang sini. Mana anak-anak?”

Pantas Khadeeja mencelah bila suasana dirasakan semakin kurang enak. Sebelum ada yang bergusti, baik dia menyampuk. Lagipun dia memang sukakan anak-anak Delia walaupun baru pernah sekali bersua. Comel dan keletah!

“Ada dengan Ameer kat depan tu.”

“La…kenapa tak suruh diorang masuk? Lia pergilah diorang.”

Delia geleng tanda tidak mengapa. Dia bukan mahu berlama-lama di sini. Cuma kebetulan datang membersihkan rumah ayah.

“Lia bukan nak lama pun. Just nak bagi ni pada Auntie.” Sekeping kad bersampul keemasan diserah pada Khadeeja dan sekeping lagi pada Datin Aina. “Dan yang ni untuk mama. Mujur Lia ada bawak lebih.”

“Kad apa ni?” Sampul dibuka lalu dibaca dan Datin Aina tersenyum sinis. Laku betul budak Delia ni! “Kahwin ke? Bila? Tak sangka ada yang sudi jadi bapak ekspress ye.”

“Dah jodoh! Jemputlah datang 19/11 nanti.”

Datin Aina mendengus kuat. Jodoh kepala hotak kau la!

“I nak tanya you la…” Puan Sri Ezzah yang duduk di sisi Delia dipandang. “You tau ke sejarah hidup Delia ni sebelum sudi terima dia jadi menantu?”

“Maksud Datin???”

Sekarang semua mata terarah pada Datin Aina yang kelihatan selamba menyilang kaki. Wanita itu sedang tersenyum sinis.

Last edited by TJ2 on 2-4-2013 04:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2013 04:23 PM | Show all posts

“I dah agak budak perempuan ni tak cerita apa-apa pada you.” Datin Aina jeling Delia tajam. “Dia ni tak sesuai jadi menantu you. Even arwah ayah dia sendiri dah tak mengaku anak. Malu dengan budak yang tak pernah kahwin tapi ada anak…”


“Ya Allah, Mama! Berapa kali Lia nak cakap Lia dah pernah kahwin?”

“Jadi mana laki kau?” Bentak Datin Aina. Dia tertawa sinis bila Delia terdiam. Dia tahu anak Abas ini tidak pernah punya jawapan bila ditanya soalan itu. Dari dulu sampai sekarang! Pandangan dialih pada wanita anggun di sisi Delia.

“Puan Sri nak bermenantukan perempuan macam ni? Perempuan takde maruah malah pernah pijak maruah keluarganya sendiri! Tak malu ke kalau nanti ada yang bertanya pasal dua budak kecik tu? You bukan orang biasa-biasa, Puan Sri!”

Suasana jadi hening. Lama Puan Sri Ezzah terdiam mengumpul bicara. Saat itu dia sudah tahu kenapa Delia tidak pernah langsung bercerita apa-apa berkenaan wanita ini. Ah! Delia memang tidak pernah bercerita tentang hal keluarganya pada sesiapa.

Hanya hari ini baru dia tahu serba sedikit mengenai Delia. Itu pun Ameer yang bercerita. Nak dengar dari mulut Delia sendiri memanglah payah. Dalam mimpi pun tak mungkin!

“Saya ni orang biasa, Datin. Malah tak punya apa-apa kelebihan berbanding orang lain.” Puan Sri Ezzah kelihatan menarik nafas. “Saya tahu Delia tidak sempurna. Tapi saya sendiri pun sama walaupun puas berusaha untuk jadi sempurna. Jadi, siapalah saya untuk menilai dan menghukum dia?”

Datin Aina tampak terkedu. Mungkin tidak menyangka itu jawapan yang bakal keluar dari mulut Puan Sri Ezzah.

“You…”

“Yup…saya tahu semua cerita lampau Delia. Malah dua anak kecil yang disebut-sebut tadi, sebenarnya membesar depan mata saya sendiri. They just such an adorable kids and I’m so proud to have them in our life”  Puan Sri Ezzah berhenti seketika dan kelihatan mengambil nafas. “Walau apa pun salah Delia dulu, saya tidak pernah kisah. Cukuplah jika Delia sudah berubah dan berusaha ke arah yang lebih baik!”

“You jangan tertipu dengan angelic face dia tu! I tak nak you menyesal nanti. Kalau nak tau boyfriend anak sedara I pun dia nak kebas.”

Last edited by TJ2 on 2-4-2013 04:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 04:25 PM | Show all posts

Kepala digeleng perlahan sambil bibirnya mengucapkan istighfar berkali-kali. Entah apa yang buatkan mama Aina benci sangat padanya sehingga sanggup mereka cerita sebegitu. Delia sendiri tidak faham. Rasanya dia tidak pernah memusuhi wanita ini. Suatu masa dahulu, dia pernah ikhlas untuk menerima mama Aina bergandingan dengan ayah.


“Datin… Delia ini adalah pilihan anak saya. Kalau anak saya tidak pernah ambil kisah tentang buruk baik dia, kenapa perlu saya?”

“Suka hati you la tapi jangan menyesal nanti!” kata Datin Aina kasar. Mungkin geram bila setiap kata-katanya disanggah oleh Puan Sri Ezzah. Dah kena mandrem ke hape? Pantas dia bangun dan menarik beg tangan Hermes yang ada di atas meja. Tanpa salaman wanita genit itu terus berlalu dengan wajah tegang.

“Datin…Datin…” Panggil Khadeeja namun Datin Aina terus menonong pergi. Langsung tidak mahu menyahut atau menoleh pada Khadeeja.

Delia dan Qistina sama-sama berpandangan sebelum saling berbalas senyuman. Seolah tidak terkesan dengan percakaran sebentar tadi. Mereka sudah sama-sama maklum dengan perangai sebenar Datin Aina. Namun bila lihat airmuka Khadeeja yang keruh, pantas Delia bersuara. Dia tidak mahu Khadeeja kurang senang dengannya.

Auntie, sorry…”

Senyuman diukir cantik. Khadeeja renung Delia yang ada dihadapannya ini. Masih manis seperti dahulu. Malah semakin cantik. Dalam hatinya, tidak pernah sekelumit pun terbit rasa kurang senang biar pun Datin Aina telah menyogoknya dengan pelbagai cerita kurang enak.

It’s ok.Auntie pun tak sangka mama Aina kamu boleh emosi macam ni. Tengah period  kot.”

Khadeeja cuba berlawak untuk mengembalikan suasana. Cuba untuk menghidupkan suasana yang terasa suram.

“Agaknyalah. Tu yang hangin satu badan!”

“Eh! Bukan mama Aina kau tu dah menopause ke?”

Ternyata pertanyaan Qistina itu berjaya membuatkan semua tersenyum dan menghilangkan aura kelabu Datin Aina. Delia kerling Puan SriEzzah di sisi. Kelihatan wanita sedang merenungnya dengan pandangan yang menusuk jiwa. Alahai…confirm lepas ni kena berborak panjang dengan auntie! Malasnya…


*******************************

Last edited by TJ2 on 2-4-2013 05:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 05:12 PM | Show all posts
Yessssssssssssssssss........berakhirnya satu penantian......tqvm tj......nah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 05:18 PM | Show all posts
huh ! akhirnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067300 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list