|
UsuFie posted on 27-5-2013 11:36 AM
haa..tulah..ingat arjun rampal tadi..
mmg kaka peminat arjun rampal pung
masa dulu la
skrg dah tak tgk Bollywood, hero heroin baru tak kenal
|
|
|
|
|
|
|
|
fizamn posted on 27-5-2013 11:43 AM
ini namanye mendera perasaan... huhuhuhuhuhuhu best nye cite nie... saya suka sgt!!!!! sometimes ken ...
tenkiu
bukan tak nak sambung selalu tp tak de masa lah dik
kdg kdg ide pun tersumbat
|
|
|
|
|
|
|
|
juanaperez posted on 27-5-2013 01:12 PM
ada bang arjun..jadi Silent Reader.
Last Saturday ada Arjun Rampal..hehehhe
berlakun citer apa?
lama wooo tak tgk citer lakunan dia
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka nak gi bercuti
sori ya, tak ada sambungan smp habis cuti sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 29-5-2013 11:37 PM
kaka nak gi bercuti
sori ya, tak ada sambungan smp habis cuti sekolah
selamat bercuti...semoga lepas balik bercuti idea mencurah curah
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka..selamat bercuti....
nnt balik sambung sampai habes k...
|
|
|
|
|
|
|
|
mana ni akak tak sambung2 lg... cuti sekolah dah habis... |
|
|
|
|
|
|
|
ovina posted on 18-6-2013 04:21 PM
mana ni akak tak sambung2 lg... cuti sekolah dah habis...
tu la ... ari2 ai bukak cari sebab nak tengok kaka juna da continue cite ni ke x... sobbbssss
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak smiley dah balik malaysia ka
hari2 masuk tgk kut ada n3 baru |
|
|
|
|
|
|
|
aisey....calling for akak ...sambunglaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
sapp73 posted on 30-5-2013 12:44 PM
selamat bercuti...semoga lepas balik bercuti idea mencurah curah
dah balik cuti tp idea tersekat
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung sikit dulu
kalau tak siap sebelum Ramadhan ni, tunggu Ramadhan tahun depan ekk
.............
Bab 36
Elly mengatur langkah dengan sopan ke pelamin kecil yang di hias dengan kuntuman ros putih dan jingga. Baju kurung tradisional dari Italian syifon dengan sulaman mutiara beralun lembut. Pengapitnya membetulkan selendang French lace di bahunya. Semua mata tertumpu pada nya dan berbisik bisik memuji kecantikannya. Inilah hari paling istimewa dalam hidup ku! Dia menjeling dari bucu mata ke arah pengantin lelaki yang duduk bersila di depan jurunikah. Berbaju Melayu putih susu dan bersamping songket hijau lumut, Redza kelihatan gagah dan kacak bak pahlawan Melayu. Semua di sekeliling kelihatan kabur seolah imbasan cahaya matahari pagi tertumpu pada Redza seorang.
“ Aku nikahkan engkau, Redza Fahmy bin Aminudin dengan Elly Fennyza binti Effendy dengan maskahwin RM80 tunai” suara kadi terang dan jelas.
“ Aku terima nikahnya Elly Fen…. Elly Fen… Elephant…..Elephant”
“ Ehemm..ehemmm….He he he”
“ Ha ha ha… “
“ Elephant? Memang macam gajah pun”
Bisikan suara sumbang dan delak tawa mencacatkan majlis yang sempurna. Suasana berubah menjadi hiruk pikuk. Muka Elly merah menyala menahan malu. Tubuhnya menggeletar. Jeritan kuat kedengaran bergema di susuli bunyi tembakan. Baju Melayu putih Redza tercemar oleh setompok darah merah di dadanya.
“ ARGHHHHHHHHH!”
Elly terjaga. Rupanya jeritan tadi keluar dari bibirnya sendiri. Peluh merenik di celah anak rambut. What a nightmare! Nasib baiklah ia cuma mimpi. Minta selisih peristiwa dalam mimpi tadi betul betul berlaku.
“ Elly! Kenapa menjerit tadi? Terkejut semua orang.” Mak Zah menguak pintu bilik tidur yang tak berkunci.
“ Elly… Elly mimpi buruk Mak Zah. Eee… takutlah.” Elly memeluk bantal peluknya erat.
Hmmph! Ini mesti terlepas solat Subuh lagi, dengus Mak Zah. Apa lah nak jadi dengan si Elly? Dah besar panjang, mumaiyiz, akil baligh pun nak kena orang kejutkan untuk solat lagi.
“ Bangunlah cepat. Pergi mandi, lepas itu breakfast. Mak Zah buat nasi lemak. Mak Andam dah nak datang kejap lagi. Bila dia mula mekap, dah tak boleh makan sampai selesai nikah.“
Elly menarik nafas panjang dan memfokuskan mata pada jam dinding. Alamak! Sudah pukul 7.30 pagi. Cuma tiga jam lagi sebelum memegang gelaran isteri, Puan Elly Fennyza isteri kepada Encik Redza Fahmy. Perasaannya bergelodak. Tentu ada yang terluka. Hati siapa yang telah aku robekkan? Ahh, peduli kan lah, ini semua ketentuan Illahi. Bukan aku seorang saja berkongsi suami di dunia ini. May the best woman win.
Elly melangkah ke bilik air. Bahagian bawah perutnya ada sedikit rasa ngilu tapi itu perkara biasa kata Nenda Suri bagi gadis yang mengambil Jamu Perawan Sakti. Jamu yang tidak di jual di mana mana kedai akan memastikan “kehebatannya”. Redza memberi jaminan yang dia tidak akan menyentuh aku tapi aku akan pastikan dia tergoda. Cermin di bilik air di tatap. Susuk tubuhnya tak banyak berubah, kehamilannya tidak begitu ketara. Elly menyanyi kecil sambil merendam badan dalam tab mandi yang di penuhi air suam dan haruman mandian Chanel no 5. Dia membelai kulitnya lembut dan berseri hasil mandi lulur dan mandi bunga. Hampir setengah jam dia melamun dan mengulit diri dalam bilik air, di temani muzik kegemaran dari iPod untuk menenangkan tubuh dan minda.
Selesai bersarapan, dia menadah muka untuk di mekap oleh Baby Belle , jurusolek terkenal di kalangan The Rich and Famous. Elly tidak memberi sebarang komen, dia cuma merehatkan minda sambil membaca mesej berderet di handphone. Kebanyakannya ucapan tahniah dari kawan kawan tapi mesej dari Nurul membuat dia kecewa. Nurul akan sampai lebih kurang pukul 12 tengahari nanti kerana ada urusan penting di butik. Hawau punya BFF! Mana sempat nak tengok aku nikah? Tapi gasaklah, ini hari yang paling bermakna dalam hidup aku, aku tak akan biarkan sesiapa atau apa apa merosakkannya. Don’t worry, be happy! Itulah mantra yang di ulang.
Perutnya mula memulas sebaik Baby Belle siap menata rias wajahnya. Ketika dia meneliti imbasan wajah di cermin, terasa perit di bahagian ari ari.
“ Kenapa ni Elly? Baby dah mekap sikit punya cantik macam Fazura, dia boleh buat muka kerepot pulak. Apa yang tak kena? ” Lelaki lembut itu bersuara. Banyak cekadak betul minah ni. Kalau engkau bukan anak Tan Sri, aku tak hadap nak ambil job ini. Susah payah aku buat contouring, shading dan segala mak nenek punya teknik, nak slim kan muka kau, rungut Baby Belle.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Tak… tak… mekap okay, tapi perut saya sakit. Adoiii mak!” Elly menekan perut.
“ Itulah, makan nasi lemak tak hengat dunia. Mana ada pengantin makan heavy breakfast? Nanti bila orang nak sarung cincin, you sibuk nak melabur. Kalau nak pergi toilet, baik pergi sekarang. Ada lagi masa. Bila dah pakai baju dengan tudung, leceh nak buka balik.” bebel lelaki separa perempuan yang bertubuh tinggi lampai macam model. Kalau dari jarak 20 kaki mungkin ada yang terkesima dengan rupa Baharin bin Basiron tapi bila makin dekat… auuwww, tertipu noks.
“ I bukan sakit nak melabur lah. Mungkin sebab nervous kot” Elly menggigit bibir bawah. Ini lain macam punya sakit. Apa yang terjadi pada aku? Overdose makan jamu?
“ Kalau sakit perut sebab nervous tu biasa lah. Perempuan terlebih emosi bila nak kahwin. Nak masuk fasa baru dalam kehidupan, kan? Tunggu kejap, I turun bawah cari ubat” Baby Belle keluar dan kembali segera dengan segelas air dan sebutir kapsul separa kuning separa biru.
Elly menelan Ponstan dengan beberapa teguk air. Tak sampai beberapa minit sakit perutnya pun hilang. Alhamdulillah. Baju sutera syifon putih bertatah mutiara dan taburan kristal Swarovski di sarung ke tubuh. Potongan ala jubah A line menutup segala kelebihan yang ada. Rambutnya di sanggul dan di tutup dengan selendang satin lembut. Tidak mendedah aurat tapi pada masa yang sama tampak vogue dan stylish. Thanks to Yuyu for the suggestion. Untung dapat kawan yang kerja di butik Muslimah.
“ Okay darling! Siap! Elly nampak macam Kimora Lee versi Muslimah. Fabulosity!” Baby Belle menepuk tangan dengan penuh teruja. Menjadi juga hasil tangannya kali ini. Puan Sri Lily dan beberapa saudara dan kawan rapat yang mula memenuhi bilik juga memberi pandangan positif. Baby Belle menarik nafas lega. Lepas ini dapat banyak lagi job lah nampak nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 37
Nurul melipat selimut dan mengangkut bantal yang di tinggal di sofa ke bilik. Adik aku Zahid ni kena virus malas! Ingat dia Tuan Besar dan aku babu dia? Kalau tak di latih dari sekarang nanti bila dah kahwin, jawatan akan berpindah pada isteri dia pula. Itu pun kalau ada yang nak kahwin dengan budak manja ni. Nurul mengomel dalam hati sambil membuat kopi. Dia berlari anak ke depan dan menyelak sikit langsir bila loceng pintu depan berdenting. Matanya di pincingkan, macam kenal saja wanita yang sedang memicit loceng di tembok tepi pintu pagar. Makcik Ila ! Pintu segera di buka.
“ Assalamualaikum” Wanita berjubah biru gelap dan bertudung labuh memberi salam.
“ Waalaikumsalam, jemput masuk makcik. Lamanya kita tak jumpa. Makcik sihat?” Tangan Puan Fazilah di salam dan di kucup. Aroma makanan dalam plastic yang di jinjit menusuk hidung. Kecur airliur pagi pagi ni.
“ Alhamdulillah. Makcik sibuk dengan projek di Kedah sebab itu lama tak jumpa. Redza yang bagi alamat Yuyu. Makcik beli Nasi Lemak Antarabangsa tadi. Jom kita sarapan sama sama.”
Yessss! Baik betul mak mertua tiri aku ni. Tak payah aku keluar cari sarapan. Nurul pantas mengeluarkan pinggan, sudu garfu dan teko berisi kopi panas. Zahid keluar dari bilik dengan pakaian pejabat dan terus menuju meja makan.
“ Wah! Nasi lemak sambal sotong! Kerang pun ada. Alhamdulillah! Ingatkan kena makan roti bakar cicah kopi. Nasib baik Makcik datang” Zahid tersengih sambil menarik kerusi.
"Makcik rindu kat Yuyu dan Zahid. Dah lama tak jumpa kamu berdua. Zahid kerja di mana?”
“ Belum kerja lagi makcik, saya buat latihan praktikal di Akitek Binajaya selama 6 bulan. Ofis di Jalan Tun Razak. Tempat itu jem teruk Makcik, kenalah keluar awal.” Zahid menyuap nasi lemak ke mulut. Walaupun sambalnya tak power macam sambal Tok Nah tapi masih tahap heaven! Tak sampai lima minit pinggan dah licin.
“ Kenapa Yuyu dan Zahid tak tinggal dengan makcik saja? Rumah makcik kosong, tak ada siapa pun. Zahid boleh bawa kereta spare Makcik. Nak pergi butik Yuyu pun tak jauh. Kalau Yuyu dan Zahid ada, sekurangnya makcik ada teman nak bersembang. ”
“ Banyak masaalah nanti. Yuyu tak nak susahkan makcik. Faham faham sajalah, jadi kes besar kalau Datin tahu kaitan Yuyu dengan makcik. ”
“ Saya pergi dulu ya, makcik. Thanks for breakfast. Kakak jaga diri baik baik, jangan sedih sedih tau. See you later!” Zahid menepuk bahu kakaknya. Kunci pendua dan dompet di masukkan dalam kocek seluar sebelum meninggalkan rumah.
Nurul menguis nasi lemak yang tinggal separuh lagi. Walaupun sedap tapi dia kurang berselera. Kopi di hirup perlahan.
“ Kenapa Yuyu? Tak makan heavy breakfast? Manalah tahu, orang jaga badan sebab dah biasa pakai kebaya” Puan Fazilah berseloroh
“ Tak… eh… bukan. Yuyu suka. Sedaplah nasi lemak ini. Tapi Yuyu dah janji nak pergi makan kenduri rumah Elly waktu lunch nanti. Kalau Yuyu tak pergi, mesti Elly dan keluarga dia pelik. Nanti dia orang suspect something is wrong.” katanya sambil membawa sudu ke mulut.
Puan Fazilah merenung wajah Nurul yang sayu di sebalik senyuman manis. Ya lah, perempuan mana tak sedih di hari perkahwinan suaminya walaupun dia redha. Tambah pula suami yang baru di kahwini tak sampai enam bulan, masih dalam fasa honeymoon.
“ Cekal betul hati Yuyu. Sanggup pergi ke kenduri suami sendiri dengan madu. Makcik kagum dengan Yuyu. Kalau isteri tua yang lain, tentu dah pergi serang” Puan Fazilah teringat kisah lalu bila Datin Wan Hamidah datang ke rumahnya dengan beberapa orang balaci lalu memaki hamun.
“ Mana makcik tahu Yuyu tak bawa senapang nanti? Ha ha! Tak adalah, gurau jer. Nak serang pun tak guna. Menjatuhkan martabat kaum perempuan! Baik lagi makan nasi beriani gam free. Makcik tahu tak Elly sponsor baju Yuyu untuk hari ini dan majlis malam esok. “Nurul menarik sengih walaupun otot muka nya ketat.
Aman dunia kalau semua perempuan Islam macam Yuyu. Tak lah ramai andartu dan janda yang hidup susah dan terbiar. Tak ada istilah perampas atau perempuan tak pandai jaga suami. Tapi lelaki rata rata memilih artis atau perempuan cantik untuk di jadikan isteri kedua, ketiga dan seterus. Kemudian tak berlaku adil pula, itu sebabnya perempuan benci di madu. Puan Fazilah bermonolog dalam hati bila mengenang kisah silamnya. Dia sendiri menjadi “ perampas” satu ketika dulu. Kenapa dia pilih untuk menjadi isteri kedua seorang Datuk yang kaya sedangkan arwah suami sendiri meninggalkan harta yang lebih dari cukup untuknya? Dia sendiri tiada jawapan yang munasabah, cuma semuanya sudah tertulis. Dari awal perkahwinan dengan Datuk Aminudin, Puan Fazila banyak bersabar dan sentiasa beralah dengan kehendak Datin Wan Hamidah. Dia akur yang isteri pertama dan anak anak Datuk Aminudin lebih utama dari dirinya, apatah lagi sekarang bila Datin Wan Hamidah sedang sakit. Jauh sekali Puan Fazila meminta dirinya di beri layanan adil, cukuplah kalau dia mampu menjadi isteri yang patuh dan tidak menbebankan lelaki yang menjadi pelindungnya.
“ Sampai bila Yuyu dan Redza nak simpan rahsia ini? Macam mana teruk pun reaksi mereka, Elly dan keluarga kena terima hakikat. Yuyu lebih awal berkahwin dengan Redza. Biar Makcik saja bersemuka dengan Puan Sri Lily dan ceritakan apa sebenarnya berlaku.” Nurul menggeleng kepala.
“ Jangan, Makcik! Matilah Yuyu! Parents Elly mesti melenting sebab Yuyu dah banyak kelentong mereka. Silap Yuyu juga sebab tak berterus terang masa mula mula kahwin dulu tapi masa itu Yuyu nak jaga hati Elly. Biarlah things cool down dulu. Yuyu nak ikut cara Makcik, jadi isteri yang low profile, berdikari dan tak menyusahkan sesiapa. Yuyu pun boleh jaga diri sendiri. ”
“ Kes Yuyu dan Makcik berbeza. Makcik kahwin dengan bapa Redza bila kita sama sama tua. Makcik seorang janda kematian suami dan Datuk dah punya anak yang dewasa. Yuyu masih muda dan ini perkahwinan pertama Yuyu. Kalau di takdirkan Yuyu dapat anak, Yuyu tak nak Redza bersama sama membesarkan anak kandung sendiri? Makcik tahu Redza letak syarat yang dia akan ceraikan Elly sebaik saja anak Elly lahir tapi bagaimana kalau dia kasihankan anak Elly dan keluarga mereka menghalang? Lambat laun Yuyu kena berdepan juga dengan Elly.”
Betul juga kata Makcik Ila, kita tak pasti apa yang akan berlaku di masa akan datang. Lama mana rahsia ini boleh di simpan? Redza akan menjadi suami Elly. Elly akan jadi madu aku. Apa nak di kata, pasrah sajalah dengan ketentuan. Dah tertulis jodoh kami - aku, dia, my BFF. Dia merenung jauh sambil memikirkan masaalah masa depan mereka bertiga. Fuh…..Serabut! Baik aku pergi kerja, sekurangnya boleh bersembang dengan pelanggan. Tengok baju baju cantik pun boleh release tension.
“ Sorry Makcik, Yuyu kena pergi kerja. Bukan nak halau Makcik tapi …..”
“ Lupa pula Makcik. Ralit sangat bersembang sampai lupa waktu. Jom , Makcik hantarkan Yuyu. Boleh Makcik singgah tengok kot kot ada baju yang sesuai”
Nurul mengangguk. Ini sudah bagus, tentu ada baju yang menepati citarasa Makcik Ila yang konservatif. Duit masyuk! Belum sempat masuk kereta BMW putih Puan Fazilah, telefon bimbit Nurul berbunyi.
“ Hello, ini Puan Nurul Aishah bt Anuar?” Siapa pula ni, tak bagi salam pun. Mungkin bukan Muslim kot
“ Siapa bercakap?”
“ Oh sorry, lupa nak introduce. Saya Sarjan Andrew dari Balai Polis Bandar Baru Ampang. Suami Puan nama Redza Fahmy bin Aminudin?”
“ Ya. Kenapa?” Darah Nurul berderau
“ Puan kena datang ke Hospital Ampang segera. Suami Puan cedera parah dalam kemalangan”
Telefon bimbit Nurul terjatuh ke lantai kereta.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak cepat habis kena kasi hero mati
amacam? |
|
|
|
|
|
|
|
asyriqa posted on 19-6-2013 05:55 PM
wooooiiitttt juna mana boleh buat hero matiiiii...... tapi reza eksiden kann.... yeay..yeay..y ...
seronok nya dia
kalau boleh kaka taknak kasi sesiapa mati
tp tngk lah camner
|
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaaa stressssss sangat baca sesikit cani |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..tak nakla hero mati...sian yuyu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|