CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 17-5-2012 04:17 PM | Show all posts
Sedih gak.... fareez dah nak hepi hepi faiz lak berduka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 04:26 PM | Show all posts
sedihnya...moga LEA panjang umo...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 04:44 PM | Show all posts
semoga faiz pun akan mencapai kebahagiaan bersama Lea
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 06:07 PM | Show all posts
semoga lea cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 08:44 PM | Show all posts
Plot asal citernya sebenarnya sad ending... but not so sad for Emalin....

La ni cheq rasa nak tukar pada happy ending... tapi idea takmoh mai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:39 PM | Show all posts
Plot asal citernya sebenarnya sad ending... but not so sad for Emalin....

La ni cheq rasa nak  ...
Nicki_Meow Post at 17-5-2012 20:44


ok, buat cam ni, lea mati, emalin happy with faiz, then faiz mati jumpa lea kt syurga...kira sad then happy
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2012 09:48 AM | Show all posts
Reply 466# sarizu
Ahahaha...

Tapi cheq pun tetiba rasa tak sampai hati nak buat sad ending.

Takpelah... kasi cheq bertapa dulu barang sehari dua....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:51 AM | Show all posts
Reply 467# Nicki_Meow


    Tak mauuuu LEA matii..sian Faiz..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2012 10:17 AM | Show all posts
Reply 468# freddianza

Dak aih... tak mati... tak mati...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:25 PM | Show all posts
Reply  sarizu
Ahahaha...

Tapi cheq pun tetiba rasa tak sampai hati nak buat sad ending.

Tak ...
Nicki_Meow Post at 18-5-2012 09:48


okeh, tarik nafas dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:37 PM | Show all posts
apa kata post 2 ending...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 02:55 PM | Show all posts
Reply 471# awanjingga

Motipppppp?






Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 09:47 AM | Show all posts
Reply  awanjingga

Motipppppp?
Nicki_Meow Post at 18-5-2012 14:55



    kan nicky nk buat sad ending..truskan aja utk puaskn ati nicky

n happy ending utk puaskan hati kitorg ni ...ok gitu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2012 12:39 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 56

Matanya memerhatikan keliling. Kosong. Tiada apa-apa. Suasana sunyi.

Dia juga diam. Dia cuba mengingati sesuatu tetapi otaknya tidak mahu memberika kerjasama. Akhirnya dia berdiri kaku.

“HEI!” Entah bila dan bagaimana, perempuan itu ada di depannya.

Perempuan itu menyeringai menampakkan barisan gigi. Matanya pula merenung tajam.

Dia semakin kalut. Dia cuba sedaya upaya untuk lari tapi tubuhnya seperti terpaku di bumi.

Sebilah pisau yang berada di tangan perempuan itu menggerunkannya. Pisau itu bersinar bila terpantul dengan cahaya. Nafasnya mula laju, peluh mula dingin mula terasa.

Perempuan itu semakin dekat.

“Ja…ngan”

Pisau di angkat tinggi… dia cuba menjerit tapi suaranya tidak keluar.

“Mati!” Serentak itu pisau di jatuhkan.

Dengan pantas matanya terbuka. Ketakutan masih menguasai diri. Mimpi ngeri itu seperti benar-benar berlaku. Perutnya terasa pedih dan ngilu.

Aku hidup lagi?

Hanya nafasnya turun naik mengesahkan yang dia masih hidup.

Lea memerhatikan sekeliling. Hanya cahaya lampu malap kelihatan di satu sudut. Dia cuba menggerakkan tangannya, tapi dia tidak mampu. Terasa seperti lumpuh seluruh badan. Di kerahkan otaknya berfikir, di mana dia kala ini.

“Fa..iz…” Dia cuba mengeluarkan suara, tapi tekaknya terasa terlalu kering. Suaminya kelihatan lena di sofá, tidak jauh dari katilnya.

“Fa..iz” Lea mencuba lagi, lebih kepada berbisik. Kesakitan yang semakin mencucuk di perutnya membuatkan dia semakin lemah.

Allah...Allah...

Hanya itu yang mampu di sebut dalam hati.

Matanya mula tertutup kembali.

******************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 02:25 PM | Show all posts
yes, lea dh sedar

patutnya faiz tidur ats kusi tepi katil lea jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2012 02:33 PM | Show all posts
“Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam” Mereka berjabat tangan.

“Saya Inspektor Zaidi” Dia memperkenalkan diri. Faiz hanya mengangguk.

“Sila duduk” Faiz menurut.

“Saya yang mengendalikan kes Puan Adalea” Sekali lagi Inspektor Zaidi berkata. Faiz masih diam.

“Puan Adalea macam mana sekarang?”

“Dia belum sedar lagi” Inspektor Zaidi mengangguk.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab Encik Faiz sudi datang ke sini, walaupun keadaan isteri Encik Faiz masih tiada perubahan” Faiz mengangguk lagi, sambil di perhatikan oleh Inspektor Zaidi.

“Saya nak tanya Encik Faiz beberapa soalan dan saya harap Encik Faiz dapat memberi kerjasama” Faiz mengangguk seperti tadi.

“Dah berapa lama Nadia bekerja dengan Encik Faiz?” Faiz mengerutkan kening.

“Dah lama. Dia dah bekerja dengan Halim Travel sebelum saya ambil alih syarikat tu lagi”

“Dah berapa lama Encik Faiz ambil alih syarikat tu?”

“Tiga tahun, more or less” Inspektor Zaidi mengangguk sambil menulis sesuatu.

“Pernah Encik Faiz menyiasat latar belakang pekerja-pekerja di situ?” Faiz hanya menggelengkan kepala. Memang dia tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. Semuanya kelihatan elok sejak hari pertama dia di Halim Travel & Tours.

“Encik Faiz ada hubungan dengan Nadia?”

“Hubungan? Hubungan apa?”

“Hubungan selain dari majikan dan pekerja”

“Maksud Inspektor?” Kening Faiz berkerut lagi.

Inspektor Zaid memerhatikan Faiz di hadapannya beberapa saat, sebelum menjawab soalan.

“Encik Faiz ada hubungan lebih dari seorang kawan dengan Nadia?” Kali ini, Inspektor Zaidi menukar struktur soalannya, tapi masih berhemah.

“Kalau Inspektor maksudkan yang saya ada hubungan sulit or whatever nonsense you would like to call it, the answer is no. Tak ada!” Faiz mula berang dengan soalan dari Inspektor Zaidi.

Inspektor Zaidi hanya tersenyum sambil menarik nafas.

“Tapi, dari apa yang kami dapati, sepertinya Encik Faiz ada hubungan dengan Nadia” Tidak berniat membuat provokasi, tapi Inspektor Zaidi sekadar mahu melihat reaksi Faiz.

Faiz diam, keningnya berkerut lagi. Dia terasa Inspektor Zaidi sengaja memancing kemarahannya.

“Ini gambar-gambar yang kami dapat dari rumah dan komputer riba kepunyaan Nadia” Inspektor Zaidi membuka fail. Gambar-gambar yang berada di dalamnya di letakan satu demi satu di atas meja.

Faiz melihat gambar-gambar itu satu persatu. Kebanyakkannya adalah gambar-gambar dia dan Lea. Ada juga beberapa gambar Dani dan Mariam bersama mereka. Terdapat juga gambar-gambar Lea yang sudah dipangkah dengan marker berwarna merah. Dan juga, gambar-gambar Shafiq bersama Lea. Gambar-gambar itu yang telah di letakkan di atas mejanya di pejabat.

“Dan ini..” Inspektor Zaidi memusingkan komputer riba, dan menunjukkan sebuah laman web.

Faiz lebih terkejut apabila melihat gambar-gambarnya dilaman web itu bersama Nadia. Yang paling mengejutkan, ada juga gambar-gambar dirinya kelihatan sedang berpelukan ghairah dengan Nadia.

“No, no, no. It can’t be. Saya tak pernah sekalipun bergambar dengan Nadia macam ni” Faiz menggelengkan kepala.

“Kami rasa, gambar-gambar dalam laman web ni telah di ubahsuai” Inspektor Zaidi menerangkan. Faiz terdiam lagi.

“Apa sebenarnya terjadi pada Nadia?” Faiz bertanya.

“Nadia berkemungkinan besar mengidap penyakit psikosis. Dalam bahasa yang lebih mudah, dia sakit jiwa” Faiz menarik nafas.

“Tapi, dia nampak normal. Selama ni, dia tak pernah nampak tanda-tanda yang dia bermasalah” Inspektor Zaidi hanya mengangukkan kepala.

‘Tak silap saya, Puan Adalea pernah menerima ugutan bunuh sebelum ni?” Faiz mengangguk.

“Kami dah buat laporan polis, tapi tak dapat apa-apa hasil sebab tak ada bukti” Faiz menerangkan.

“Nadia yang buat semua tu?” Faiz bertanya meminta kepastian.

“Mungkin” Faiz mengeluh.

“Siasatan kami mendapati, Nadia adalah bekas mangsa dera dan pernah di rogol semasa kanak-kanak oleh bapanya sendiri. Ibunya telah di tahan atas tuduhan membunuh bapanya, tapi meninggal dalam tahanan, sebelum sempat di bicarakan” Faiz terdiam.

“Apa akan jadi pada Nadia sekarang?”

“Dia akan di letakkan di bawah pemerhatian psikiatri selama 30 hari untuk pemantauan. Jika dia memang di dapati kurang siuman, dia tidak akan di tahan untuk cubaan membunuh, sebaliknya akan di hantar ke hospital sakit jiwa yang akan di tentukan oleh mahkamah nanti”

“Maknanya dia boleh terlepas dari hukuman?”

“Kalau dia didapati kurang siuman, ya”

“But she tried to kill my wife!” Suara Faiz mulai tinggi.

“Sabar Encik Faiz. Saya faham. Tapi pihak kami hanya menjalankan tugas. Mahkamah yang akan menentukan sama ada Nadia bersalah atau tidak” Faiz menarik nafas lalu diam tidak berkata apa-apa.

“Kes ini masih dalam siasatan kami. Jadi kami harap, Encik Faiz dapat memberi kerjasama sepenuhnya”

Faiz mengangguk, menelan air liur.

“Baiklah Encik Faiz, terima kasih sekali lagi kerana datang. Kami hargai kerjasama Encik Faiz. Kalau ada apa-apa, kami akan hubungi Encik Faiz lagi” Kata Inspektor Zaidi lagi.

“Sama-sama” Faiz bangun, berjabat tangan dengan Inspektor Zaidi. Dia seperti ingin mengatakan sesuatu tapi tidak terkeluar pula. Akhirnya, dia melangkah keluar sambil di perhatikan oleh Inspektor Zaidi.
*****************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2012 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 20-5-2012 07:25

Faiz dalam perjalanan dari Balai Polis Putrajaya menuju ke hospital. Keretanya di pandu perlahan. Serabut otaknya kala ini. Dia tak sangka yang Nadia segila itu. Selama ini, dia tidak pernah melihat Nadia menunjukkan apa-apa tanda yang dia bermasalah.

Emalin! Tiba-tiba dia berasa bersalah. Teringat yang dia pernah memaki dan mengugut gadis itu.

Faiz menarik nafas.

Banyak yang difikirkan hingga otaknya terasa penat. Dalam masa yang sama, dia berharap yang Lea sudah pun terjaga. Sudah hampir seminggu, Hospital Putrajaya menjadi rumah keduanya.

Keretanya di parkir di tempat letak kereta. Dia melangkah perlahan, otaknya masih memikirkan banyak perkara.

“Assalamualaikum” Faiz memberi salam setelah pintu wad di tolak.

Tak ada orang?

Selalunya, sama ada Farina ataupun Puan Arifah akan menemani Lea sekiranya dia tak ada.

Faiz berjalan perlahan ke arah katil. Lea masih lagi terbaring seperti pagi tadi.

Saat ini, Faiz tak tahu lagi apa yang perlu di buat. Dia duduk disamping Lea. Kedua-dua sikunya di letakkan di atas katil manakala tangannya menampung kepalanya yang tertunduk. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan hatinya yang semakin galau.

“Lea… Please wake up. Faiz sayangkan Lea. Faiz nak tengok Lea bangun, nak tengok Lea senyum, nak tengok Lea ketawa macam dulu. Please..sayang. I love you so much”

“Lea, I need you…” Faiz memejamkan mata. Setitis air matanya jatuh walaupun di tahan sedaya upayanya.

“Abang…”

Abang?

Dia terasa ada jemari lembut menyapu air matanya. Dia membuka mata.

“Abang nangis eh?” Lea mengusik. Faiz tergamam menatap wajah pucat isterinya. Walaupun tergamam, hatinya tak henti-henti memanjatkan syukur kepada Ilahi.

“Macho...Macho macam ni menangis? Tak malu… Macam budak kecik”

Faiz menarik nafas. Dia terdiam.

Seminit.... dua minit...

“Bila… Lea… sedar?” Seperti susah untuk Faiz menuturkan kata-kata itu.

“Pagi tadi. Masa abang tak ada”

Faiz meraih tangan Lea lalu di kucup lembut. Dia mengelus lembut pipi Lea, menzahirkan rasa kasihnya tanpa kata-kata. Pandangan mereka bertaut.

“Abang.. ”

Abang lagi… That’s sounds nice…

“Ya?”  

“Lea pun sayangkan abang. Lea minta maaf kalau Lea menyusahkan abang. Lea…”

“Sshhhh….” Faiz mengucup bibir isterinya. Lama.

“Ehem…Assalamualaikum” Farina memberi salam. Taufiq, Datuk Halim dan Datin Rohani juga ada bersama.

Faiz menoleh dan muka Lea yang pucat menjadi merah membahang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 05:27 PM | Show all posts
oowhhhh so suweeetttt... sian pengantin baru... kena cepat sembuh lea woiii... faiz dah tak sabo nak ajak lea bercanda di pasiran pantaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 05:42 PM | Show all posts
Salam.

Dah sedar pun Lea.... So tamat spekulasi ttg panggilan manja - "abang".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2012 06:07 PM | Show all posts
Reply 475# sarizu

Sakit badanlah kak... dah 2,3 hari tido atas kusi  > Faiz yg cakap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.061339 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list