Wanita nafi dakwaan ada hubungan istimewa dengan Nubhan
Kuala Lumpur: Wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga hingga membawa perceraian penyanyi Nubhan dan isterinya menafikan tuduhan berkenaan.
Sharifah Mastura Syed Sepian, 51, yang juga dikenali sebagai Kak Yang berkata, dia dan Nubhan bersahabat sejak 23 tahun lalu dan turut mengenali rapat Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menurutnya, hubungan dia dan Nubhan seperti satu keluarga kerana mereka tinggal satu kampung, malah menjadi pembantunya sebaik penyanyi itu selesai menyertai program Akademi Fantasia.
"Selepas berumah tangga pun, dia memperkenalkan Hidayah kepada saya dan keluarga. Dari situ, saya dan Hidayah jadi rapat seperti kakak dan sahabat.
"Namun pada 15 Oktober lalu, saya dan anak-anak terkejut apabila muncul cerita tidak benar apabila ada individu yang cuba melaga-lagakan kami dengan menyebarkan gambar serta fitnah terhadap saya.
"Di sini, ingin saya tegaskan bahawa semua fitnah yang mengatakan saya dan Nubhan ada hubungan istimewa tidak benar dan fitnah semata-mata," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Rentetan fitnah yang mencalarkan nama baiknya, anak Sharifah yang juga pelakon iklan, Nur Qistina Syahirah, 25, atau Kiki membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 17 Oktober lalu.
Katanya, anaknya membuat laporan polis selepas mendapati gambarnya serta anak-anak disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sekali gus menjadi mangsa kecaman.
"Antara kecaman yang diterima adalah komen dan mesej berbaur lucah serta penghinaan. Sedikit sebanyak ini mencalarkan nama baik kami sekeluarga dan emosi anak-anak yang masih belajar," katanya.
Pada masa sama, Sharifah berharap kemelut rumah tangga Nubhan serta Hidayah dapat diselesaikan segera dan mencari jalan damai.
"Saya harap kedua-duanya dapat mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka memandangkan anak-anak pun masih kecil. Sebagai orang yang rapat, saya harap mereka kembali bersatu sebagai suami isteri," katanya.
Sementara itu, Kiki berkata, laporan polis dibuat bagi menghentikan penyebaran gambar ibunya dan keluarga.
"Sebagai anak, saya memang rasa sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Pertama sekali, gambar yang disebarkan tu jelas nampak muka.
"Kalau orang kongsi main-main mungkin saya tak ambil kisah, tapi ini jelas memfitnah. Saya tahu perkara sebenar, jadi bila orang luar yang tak tahu apa-apa sebarkan benda salah, saya memang tak boleh terima.
"Kami buat laporan polis supaya orang tak boleh sewenang-wenangnya buat begitu lagi," katanya.
Menganggap Nubhan dan Hidayah seperti abang dan kakaknya, Kiki meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya memang sangat terkilan, sebab dua-dua (Nubhan dan isteri) saya anggap macam abang dan kakak sendiri sebab ikhlas sayang mereka macam keluarga," katanya.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian Nubhan dan Hidayah.
Pada 16 Oktober lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang untuk memfailkan pengesahan lafaz talak pertama yang dibuat pada 2017, pengesahan rujuk yang berlaku selepas itu dan pengesahan lafaz talak yang berlaku sekali lagi pada 26 Ogos lalu.
Disiarkan pada: October 19, 2025 @ 8:42pm
Sumber:
https://www.hmetro.com.my/amp/rap/rapextra/2025/10/1277682/wanita-nafi-dakwaan-ada-hubungan-istimewa-dengan-nubhan