CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 27-9-2010 10:27 PM | Show all posts
Bongkah garam yg memagor teman tu br je cayor, ini yg telepeh nih, yg lain2 tuh....dema tengah t ...
salikin Post at 26-9-2010 10:52



syeikh, kalo guna guli..
bila lempor2 tekena tempias plak pd brg2 letrik...
hancur le tv plasma, ekon, blender teman..
usahkan hantu orang pun larik..
dh tak kena gaya plak medium tu..
tp ok gak guna guli tu..
dpd guna bola snooker..
lg besor gedabak...
bila jenjalan tepijak bola tu..
dah salahkan bola tu bermomok plak...
sian bola tu dilabel sbagai khurafat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 10:39 PM | Show all posts
jgn lupa bhawa berusaha utk mengubati penyakit..
juga merupakan satu ibadah...
yg mana ianya mesti selaras dengan hukum syarak...
berpandukan Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..
jgn telalu cepat menjatuhkan hukum..
org itu kafir, org ini syirik..
sbgai renungan dlm Sahih Bukhari no 5752 yg bererti :
“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya “
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 11:30 PM | Show all posts
Reply 422# blastoff


Harun din ada sixth sense yang Nabi pun tak dak !   Sebab tu dia boleh tahu jin tipu ka atau jin cakap betul ! Nabi pun perlu bergantung kat wahyu Allah untuk tahu perkara yang ghaib, tapi harun din yang tak terima wahyu Allah tapi boleh pulak tahu perkara ghaib itu ini , ish ish dahsyat nya dia mengalahkan ashaari muhammad pulak !  Pengikut pun sama ramai wooo .

Banyak orang India beragama hindu dan orang china beragama buddha suka bergantung pada tukang tilik untuk meramal nasib mereka, banyak ramalan tukang tilik tu yang betul kan, kalau tidak tak adalah profesyen tukang tilik boleh flourish dalam masyarakat manusia .

Isu nya adalah adakah perbuatan itu di redhai Allah walaupun ramalan itu betul sekalipun ?


Jadi pada pandangan incik golongan manusia yang mana diredhai oleh Allah? {:1_125:}
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 11:47 PM | Show all posts
syeikh, kalo guna guli..
bila lempor2 tekena tempias plak pd brg2 letrik...
hancur le tv pla ...
ana_una Post at 27-9-2010 22:27


Tu la sbb dema pakai garam/lada hitam takla terok nk menyapu.....kena pakai gula tak ke satu romah penuh dgn semut gatai.... yg penting selain daripada Allah SWT tidak dapat memberi bekas. Banyak tok bohmau2 yg pakai medium nih mengapa Harun Din yang menjadi sasaran?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:34 AM | Show all posts
semuanya akan berubah klu masyarakat diberikan penerangan/dakwah secara berterusan. insyaallah masa itu akan sampai.  hari ini klu kita dengar ada 'ustaz' sambil berdoa sambil asapkan rumah dgn kemenyan org akan rasa semacam.  tapi dulu2 (sebelum penerangan/dakwah dipergiatkan) ianya adalah pemandangan biasa di kalangan org melayu menyimpan kemenyan & pembakar kemenyan di dlm bilik2 mrk. itulah pentingnya peranan dakwah.  

begitu juga mandi bunga. satu pemandangan biasa semasa zmn 80-an dulu. tapi kini org sudah sedar ianya langsung tiada sandarannya dlm Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 07:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 07:55
Jadi kau mengaku kau buruk sangka kat Harun Din, lepas tu kau kiaskan aku buruk sangka kat kau pulak?

Hakikat dari apa yang kau tulis menunjukkan kau telah menghukum Harun Din dengan label sampai kepada label ahli sihir.
mnm77 Post at 27-9-2010 14:43


saya tak kata pun saya buruk sangka kat harun din    , itu tuduhan kau pada saya dan bukan pengakuan saya sendiri .   

"Kau memperlihatkan kau tak suka perbuatan yang kau anggap berburuk sangka yang kau rasa saya lakukan , tapi hakikatnya kau sendiri yang buruk sangka kat saya terang-terang " so satu jari telunjuk kau acu kat saya tapi 4 jari lain sedang acu kat kau balik  ... kuang kuang kuang , kerana dalam kau menuduh saya berburuk sangka tapi kau pun buat perkara gitu kat saya kan ..so kau "cakap tak serupa bikin " lah tu .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2010 07:54 AM | Show all posts
saya tak kata pun saya buruk sangka kat harun din    , itu tuduhan kau pada saya dan bukan pen ...
blastoff Post at 28-9-2010 07:44


Memang ko tak kata tapi gaya penulisan dan setiap patah ayat dalam tulisan menunjukkan ko membuat tuduhan melulu kepada Ust Harun Din. Seolah-olah ko ni bengang gila dgn Harun Din. Seolah-olah ko marah gila dgn dia. Seolah-olah ko mempunyai dendam kesumat dgn dia. Itu berdasarkan apa yg ko tulis. Bukannya tuduhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 07:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 08:01
Memang ko tak kata tapi gaya penulisan dan setiap patah ayat dalam tulisan menunjukkan ko membua ...
wan72 Post at 28-9-2010 07:54


tuduhan melulu ? Tuduhan melulu bermakna tanpa bukti bahwa apa yang dibuat tu betul-betul berlaku ....

...mana pulak , saya ambil dari website harun din sendiri siap dengan gambar lagi dan siap dengan pengakuan dia sendiri yang kata jin setuju  pindah sana sini guna frekuensi bla bla bla ..... kemudian saya perjelaskan kesesatan perbuatan harun din tu berdasarkan Quran Sunnah, so semua berbukti sahih laaa .

Kau tak sanggup terima kenyataan maka itu masaalah kau la and not my problem , saya peduli apa .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2010 08:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 08:09
Kalau betul kau tak fokuskan peribadinya, kau TAK PERLU cakap namanya. Cukup sebut perbuatan itu dan bincang kesesatan dari perbuatan tu.
mnm77 Post at 27-9-2010 14:43

apabila saya membincangkan perbuatannya maka tentulah saya perlu menyebut namanya , kalau saya tak sebut nama harun din maka ia tak menjadi perbuatan harun din lah kan , sebaliknya ia menjadi perbuatan manusia kebanyakan secara umum pulak kang , sedangkan hakikatnya yang buat perbuatan tu adalah dia dan bukannya manusia kebanyakan secara umum !  

Kalau perbuatan makan maka boleh lah sebut secara umum kerana semua manusia makan, tapi kalau perbuatan yang tak di buat semua orang maka perlu di sebut nama secara spesifik lah agar manusia lain yang tak melakukan perbuatan tu tak terpalit sama !
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:18 AM | Show all posts
"Kau tak sanggup terima kenyataan maka itu masaalah kau la and not my problem , saya peduli apa"

Ini satu lagi statement yg menunjukkan kesombongan ko. Mungkin dgn ilmu yg ko ada menjadikan ko sombong. Ko tak tau ke penulisan ko menggambarkan peribadi. "Saya peduli apa" menggambarkan menunjukkan ko pentingkan diri sendiri dan sombong. Salah satu dari sifat syaitan. Sepatutnya ko guna ilmu ko untuk tujuan berdakwah dengan cara berhikmah bukannya dengan menimbulkan kecelaruan fikiran orang yg membaca. Ko sepatutnya kena buat pembaca faham masa bila penggunaan garam tu menjadi bidaah dan syirik dan masa bila pula ianya menjadi harus. Para ulama sudah membuat garis panduan tersebut. Cuma orang jahil sahaja tak dapat membezakannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 08:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 08:31
Nampaknya bodoh betul Mufti-Mufti ahli Agama Alim Ulama kat Malaysia ni, depa langsung tak faham dalil Quran Sunnah untuk menyesatkan amalan tu. Kau patut jadi Mufti Besar lah nampaknya!

mnm77 Post at 27-9-2010 14:43


Islam tak memerlukan ulama atau mufti besar untuk mencipta hukum hakam , Agama Islam telah lengkap dan hukum hakam dalam Islam semua telah lengkap dan telah di atur secara exsklusif oleh Allah sendiri melalui RasulNya dan KitabNya !  

Quran 5:3  Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.

Islam berbeza dengan ajaran nenek moyang , ajaran kristian, ajaran ahli sihir , ajaran shinto etc . Manusia hanya di tugaskan MEMAHAMI saja hukum-hakam yang terkandung dalam Quran Sunnah dan BUKAN MENCIPTA hukum hakam yang baru .

Mmpercayai mufti besar atau ulama berkuasa menentukan perbuatan mana haram mana syirik mana halal itu ini serupalah macam memberi kuasa ketuhanan pada ulama dan mufti ! Itu jelas bercanggah dengan ajaran Islam !

Quran 5:1  ...Sesungguhnya Allah menetapkan hukum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya.

Quran 5:44
  Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:31 AM | Show all posts
"Kau tak sanggup terima kenyataan maka itu masaalah kau la and not my problem , saya peduli apa"

...
wan72 Post at 28-9-2010 08:18


setuju juga. mengatakan "saya peduli apa" kpd forumner lain kasar sgt bunyinya. harap kita guna bahasa yg lebih baik bila nak menyampaikan ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:32 AM | Show all posts
"Islam tak memerlukan ulama atau mufti besar untuk mencipta hukum hakam , Agama Islam telah lengkap dan hukum hakam dalam Islam semua telah lengkap dan telah di atur secara exsklusif oleh Allah sendiri melalui RasulNya dan KitabNya !  "
.
.
"Mmpercayai mufti besar atau ulama berkuasa menentukan perbuatan mana haram mana syirik mana halal itu ini serupalah macam memberi kuasa ketuhanan pada ulama dan mufti ! Itu jelas bercanggah dengan ajaran Islam !"


Sebenarnya inilah punca utama wujudnya perbezaan pendapat kat sini. Kebanyakan kami berpegang kepada pandangan ulama atau mufti. Ko pula mengganggap ianya bercanggah dengan ajaran Islam. Kalau itulah dasar ko, aku tak boleh kata apa. Sebab isu ini isu pokok bukannya ranting. Berbincang dng ko samalah keadaannya kita berbincang dengan golongan anti hadis. Takkan ada penghujungnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 08:39 AM | Show all posts
"Kau tak sanggup terima kenyataan maka itu masaalah kau la and not my problem , saya peduli apa"

...
wan72 Post at 28-9-2010 08:18


"Saya peduli apa" itu bermaksud saya tak boleh berkompromi langsung dengan manusia seperti kau yang nak meredhai perbuatan khurafat yang dilakukan harun din ittew kerana Allah sendiri memerintahkan agar saya tidak mengabaikan Quran Sunnah dengan menurut hawa nafsu manusia lain yang menyukai kesesatan dan khurafat .  

  Quran  5:48  "Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 08:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 08:56
setuju juga. mengatakan "saya peduli apa" kpd forumner lain kasar sgt bunyinya. harap kita guna  ...
tobby Post at 28-9-2010 08:31


saya tak reti mengampu orang dengan kata-kata yang berbunga-bunga dan saya tak nampak apa perlunya untuk saya berbuat gitu pun .

Bagi saya dalam berdakwah kena direct perjelaskan secara terang agar mesej jadi jelas, berdakwah bukannya menulis madah yang perlu menjaga ayat itu ini , saya kata direct saja asalkan bukan makian maka pada saya tak ada salahnya .

Dengar kasar tapi adakah saya bermaksud kasar ? "Dengar kasar" bunyinya jelas satu andaian dan Allah tak menyuruh kita berandaian dalam membuat keputusan .   

Quran 10:36 Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Quran 6:116 Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:50 AM | Show all posts
saya tak reti mengampu orang dengan kata-kata yang berbunga-bunga, saya kata direct saja asalkan ...
blastoff Post at 28-9-2010 08:45


peduli apa aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 08:57 AM | Show all posts
"Saya peduli apa" itu bermaksud saya tak boleh berkompromi langsung dengan manusia seperti kau y ...
blastoff Post at 28-9-2010 08:39


Masalahnya apabila ko menulis ko cuma ikut apa yang ko faham. Ko langsung tak nak ambil tau apa yg orang lain faham. Alang-alang ko nak masuk dalam dunia penulisan, ko kena ambil kira apa yang pembaca lain faham. Kalau ada yang salah faham ko kena perbetulkan. Silap-silap ko boleh dituduh menyebarkan fitnah atau mungkin dituduh menyebarkan ajaran sesat. Sebab pembaca hanya faham apa yang ko tulis bukannya apa yg ko faham. ko mesti bertanggungjawab dgn apa yg ko tulis. Perkataan yg ko tulis tu menunjukkan ko taknak ambil tanggungjawab tentang kesan dari penulisan ko kepada umat Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 08:58 AM | Show all posts
peduli apa aku.
tobby Post at 28-9-2010 08:50



    bagus , jangan peduli . Let's focus pada topik perbincangan instead
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 09:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 10:57
Oh ye ke? A Mana ada sampai label sesat syirik ahli sihir pun. Itupun kau yang sendiri 'tafsir' ayat aku sebagai syirik percaya ayat Al-Quran beri kesan.
mnm77 Post at 27-9-2010 14:43


Ye lah kan , apa yang kau kata tu tak secanggih apa yang kau kata kat bawah ni , yang bawah ni lagi haru biru ayat literal yang kau guna!  


  
Syaitan ni ada yang takut juga kepada orang-orang tertentu berdasarkan amalan khusus mereka yang sahih dari Al-Quran dan Hadith. Pada saya, sebenarnya kekuatan Al-Quran dan Sunnah itulah yang paling berkesan terhadap Syaitan. Dan tidak syak ayat Al-Quran itu memang berkesan, tapi kalau hati masih belum yakin sempurna atau masih ada noda di dalam diri yang belum dibersihkan, atau kerana terlalu cepat nak sembuh kerana tak sabar (Allah Bersama orang yang sabar), ia sukar nak berkesan sebab Syaitan ni hanya gentar kepada 'hati' manusia yang ada hakikat 'Zikrullah'. Bila manusia yang sedemikian membuat rawatan, maka kesannya berbeza dengan orang yang hanya lafaz di mulut
mnm77 Post at 26-9-2010 08:10


Syaitan takut kat orang yang ada amalan khusus Quran Sunnah ?  Syaitan takut kat hati manusia yang ada zikrullah ?  Kenyataan kau ni jelas bertentangan dengan kandungan ayat Quran .

Tengah manusia dok berzikir dalam hati pun syaitan boleh ganggu dengan mencetuskan ingatan itu ini agar tak khusyuk , jenuh manusia perlu bergelut untuk fokus pada zikir saja , so syaitan takut apa nya?! Lagi kuat zikir lagi syaitan ligat cuba menganggu , lagi hebat dia melakukan serangan bertubi-tubi !

Syaitan takut kat Allah saja la, ni ha ayat Quran bawah ni jelas menyebut perkara itu !  

Quran 8:48 "Dan ketika setan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: ""Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu"". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), setan itu balik ke belakang seraya berkata:  ""Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu;  sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah"". Dan Allah sangat keras siksa-Nya."

Ketenangan yang Allah kurniakan ke dalam hati orang yang kuat berzikir adalah apabila amalan berzikir itu dilakukan dengan IKHLAS kerana Allah maka Allah yang kurniakan nikmat ketenangan itu , bukan tenang kerana syaitan takut .

Dan doa serta amalan orang yang ikhlas bertaqwa di makbulkan oleh Allah lalu Allah yang memberi penjagaan dari gangguan syaitan , jadi tak involve syaitan takut ke tak kat orang tu pun !  

Kau kena refer ayat-ayat Allah dan jangan buat kesimpulan sendiri ikut anggapan kau sendiri yang syaitan takut itu ini . Kau tak dak kuasa nak tentukan syaitan takut apa dia , hanya Allah yang layak menentukannya .  

Kau banyak menurut persangkaan sendiri sedangkan Allah menegaskan dalam Quran bahwa persangkaan ikut minda sendiri yang bercanggah dengan Quran Sunnah adalah batil dan wajib di tolak !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 10:59

Macam cerita wayang demon omputih yang apabila orang tunjuk kayu salib saja demon tu takut sampai mengerekot ...so kepercayaan syaitan takut garam, lada , hati itu ini adalah jelas merupakan adaptasi atau pun hasil ciplak dari filem hollywood yang telah di ubahsuai untuk memenuhi selera sesetengah masyarakat melayu M'sia yang gemar amalkan mende khurafat .

Islam menegaskan syaitan takut pada Allah saja, dulu ketika ada Nabi Sulaiman maka ALLAH telah lemparkan rasa gerun dalam diri syaitan pada Nabi Sulaiman , sebab tu walaupun syaitan merupakan makhluk yang cukup sombong dan degil tapi syaitan tetap memenuhi kehendak dan perintah Nabi Sulaiman tanpa sanggup membangkang walau sedikit pun, kerana Allah yang menundukkan syaitan untuk Nabi Sulaiman sebagai memakbulkan doanya , tapi manusia lain semua tak dapat hak exclusif itu, hanya Nabi Sulaiman sorang saja  .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.308156 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list