CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
Post time 12-7-2010 11:24 AM | Show all posts
best cite nie..simple tapi menarik..time baca tadi (merempit sb br msk) geram nyer ngan sally..alih2 kena langgar lega..ingat dh ok lokman plak msk daun..cehh..izz x bt ape2 ke?mana satu pilihan..bujang atau duda anak 1..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 11:30 AM | Show all posts
salam liya....
thanks for the n3.....
nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 11:38 AM | Show all posts
yg pasti umo intan sama ngan sy
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 12:11 PM | Show all posts
best citer liya
cian intan
serba salah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 12:22 PM | Show all posts
Agaknya ramai forumer yg dok cyber putrajaya alamanda n seri kembangan.. Suka sgt tulis area putrajaya tu... N cyber... N alamanda... N so on.. I wish i ada skill mcm kak aina emir, dia slalu tulis dgn gambaran sebenar lokasi n keadaan tempat... Jadi lebih feel bila baca.. Pasal intan tu liya tgh tulis tapi kat words x bawak sini... Skrg kat klia hantar ipar g umrah... Bestnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 12:27 PM | Show all posts
nak lg.... nak lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2010 01:07 PM | Show all posts
thanks liya 4 da n3.  nanti tepek la lagi byk2 tau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 01:22 PM | Show all posts
Agaknya ramai forumer yg dok cyber putrajaya alamanda n seri kembangan.. Suka sgt tulis area putraja ...
liya71a Post at 12-7-2010 12:22


paling best sally dok kat cyberia tu.....
hehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 01:40 PM | Show all posts
NAK LAGI.. CEPAT LA SIKIT..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 01:41 PM | Show all posts
Reply 468# sheely


    sally ke sheely yg dok cyberjaya tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 01:46 PM | Show all posts
Reply 470# cerry_ice

hehehe...sy sheely....keje kat cyberjaya
tp dlm novel kak liya tu sally a.k.a suraya dok kat cyberia....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 02:37 PM | Show all posts
next....next...next.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 03:59 PM | Show all posts
tu la first time g cyberia tu. pak guad dia mcm x tau bahasa melayu je.. myanmar agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 04:20 PM | Show all posts
Pagi yang Dingin, hatiku sayu.
Setibanya aku di KLIA, aku bergegas daftar masuk di kaunter penerbangan MAS ke Kuala Terengganu. Ada masa lagi satu setengah jam, tetapi aku lebih selesa untuk menunggu di pintu berlepas. Suasana masih pagi lagi. Sebentar tadi sudah kedengaran azan Subuh dari iphoneku. Penerbangan pertama yang aku tempah adalah pada jam 7:10pagi. Jadi aku masih ada masa untuk bersolat subuh di dalam balai berlepas.
Usai solat, aku kembali ke pintu berlepas. Kelihatan beberapa orang sudah pun memenuhir barisan hadapan tempat duduk. Dalam satu baris, disebelah hujung sana, terlihat satu kelibat yang iras seseorang yang aku kenali. Perlahan-lahan aku berjalan menghampiri lelaki itu.
‘Eh.. apa dia buat kat sini?’ bisik hatiku.  Memang tidak salah lagi, Fareez yang duduk di hujung sebelah sana.
‘Fareez?’ aku menegurnya, dia berpaling. Memang betul itulah Fareez.
‘Ya! Ha, nasib baik satu flight dengan you’ jawab Fareez sambil tersenyum.
‘Kenapa awak nak pergi ke Kuala Terengganu?’ persoalan penuh di ruangan minda ku.
‘I nak temankan you lah. Hari ni kan Sabtu, tak kerja. Nasib baik ada standby tiket tadi. Dapat lah satu flight dengan you. Sampai hati you tak bagi tau nak balik kampung hari ni..’ Aku terdiam sejenak tanpa persoalan lagi.
Kapalterbang mendarat tepat jam 845pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Aku menunggu bagasi di kaunter bagasi. Sementara itu Fareez pula tiada bagasi, dia sengaja berdiri di sebelahku menemaniku.
‘Lepas ni, boleh tak you tunjukkan I, hotel yang paling dekat dengan Pasar Payang?, I ingat nak jalan kaki je pergi pasar. Saja nak tengok-tengok, aritu memang tak sempat nak beli apa-apa oleh-oleh pun dekat family..’
‘Boleh..jom lah’ aku mengajaknya sambil menarik bag dari conveyer-belt. Fareez segera menolongku. Beg ku tidak lah seberat mana, Cuma berisi beberapa helai pakaian sahaja. Tapi aku malas untuk membawa naik ke bahagian penumpang.
Aku mengambil kupon teksi dan membawa Fareez ke Hotel yang paling dekat sekali dengan pusat bandar Kuala Terengganu MingStar Hotel, yang sangat dekat dengan pelbagai kemudahan. Di hadapan bangunan hotel tersebut, ada satu bangunan Bank Rakyat, dan deretan bank-bank lain seperti Maybank, Tabung Haji, CIMB dan Bank Islam. Hanya berjalan kaki tidak sampai 2km akan tiba di Pasar Payang.
Fareez mengajakku naik ke bilik hotel yang telah ditempah, hanya untuk melihat kondisi bilik tersebut. Aku pun tanpa sebarang soal jawab, hanya bersetuju dengan cadangannya, memandangkan hotel tersebut telah beroperasi lebih dari 30 tahun. Mungkin ketidakselesaan akan timbul pada sesetengah bilik. Bilik air bocor atau tidak boleh pam, Katil patah, atau pun carpet berbau. Perkara yang lazim bagi sebuah hotel yang tidak dijagai dengan baik.
Sebaik pintu bilik tertutup, Fareez terus beredar menuju ke biliknya untuk memeriksa bilik air dan katil. Dia meletakkan beg ke dalam almari, sementara aku memeriksa ruangan pantri. Dengan tidak semena-mena bunyi loceng dari bilik hotel mengejutkan aku. Fareez pula sudah masuk ke dalam bilik air untuk menanggalkan baju dan seluarnya yang agak kotor setelah terpercik jus comlimentary oleh MAS di dalam kapal terbang tadi. Aku pun membuka pintu bilik.
‘Assalamualaikum cik.. saya dari jabatan agama, kami dapat laporan mengatakan ada berlaku perkara yang tidak sopan di bilik ini. Boleh kami periksa bilik?’ tanya seorang lelaki berpakaian muslim dan berkopiah putih. Menyusul di belakangnya 5 orang lelaki lain yang juga berpakaian yang sama. Dia menunjukkan kad kuasa padaku.
‘Waalaikumussalam..’ aku tergamam. Fareez pula keluar dari bilik air dengan bertuala.  Perlahan-lahan aku mengundur ke belakang mencari sofa. Terasa kepalaku berdenyut-denyut. Situasi sebegini seringkali aku baca dalam majalah metro, kes tangkap khalwat. Ohhh Tidak... adakah aku juga terperangkap dalam kemelut khalwat begini. Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini?... Terjelepuk aku diatas sofa bilamana pegawai agama tersebut mengatakan bahawa aku ditangkap khalwat. Sedangkan baru beberapa minit sahaja aku naik ke atas, untuk memeriksa ruangan pantri bilik ini. Ya Allah..ampuni lah dosaku.. Di manakah akan aku letakkan muka ku ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 04:29 PM | Show all posts
komen please... hehehehe... ok tak kena tangkap khalwat, boleh la Fareez ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 04:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by kendOS at 12-7-2010 16:55

jangan2 fareez yg perangkap intan ..
sbb takmo intan tunang ngan luqman ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 04:41 PM | Show all posts
Liya,diorg kena kawen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 04:49 PM | Show all posts
kena tangkap la plak........
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 05:01 PM | Show all posts
la kena tangkap pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 05:17 PM | Show all posts
lor... malu la intan. kena tangkap.. jgn la seday sgt.. sian intan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.095466 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list