CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ryo_takahashi1

All about Proton Exora V2

[Copy link]
Post time 16-4-2009 07:58 AM | Show all posts


vs



cam transformers prime
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 16-4-2009 07:49
Mewah...




wrong ISO, too much noise, wrong shutter speed.. wakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:09 AM | Show all posts
Cita rasa dua benua

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
[email protected]


Nampaknya Proton Exora benar-benar mengotakan apa yang ada pada taglinenya - Anda Pasti Terpegun. Exora tampil dengan reka bentuk seakan-akan gabungan cita rasa jentera Eropah dan Asia.



JARAK sesi pandu uji kali ini tidak jauh, hanya sekitar 35 kilometer. Bermula dari Cyberview Lodge, Cyberjaya, perjalanan menyusuri lebuh raya ke Putrajaya, sebelum mendaki laluan berbukit menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Di dalam kenderaan ini, semua mata dan telinga menjadi peka. Mahu menilai sebagus mana buatannya, selain cuba mencari apa jua kekurangan yang boleh dijadikan bahan untuk diperhalusi dan ditambah baik pada kemudian hari.

Akhirnya, majoriti yang berpeluang memegang stereng berwarna kelabu itu harus bersetuju. Ini merupakan satu kenderaan yang mampu menepati sebahagian besar ekspektasi pengguna yang tidak pernah adil.

Setelah sekian lama bereksperimentasi dengan produk untuk segmen sedan dan kompak, pengeluar kereta tempatan, Proton cuba keluar dari zon selesa itu dengan memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV).




Ramai yang tidak sabar menanti produk daripada Proton itu. Kini, segala persoalan dan skeptikal terjawab. Malam semalam, MPV pertama binaan sepenuhnya Proton dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang cukup meriah di Kuala Lumpur Convention Centre.

Memilih nama Exora yang bunyinya sedikit feminin melalui satu pertandingan khas, MPV itu sememangnya menjadi medan ujian buat Proton.

Apa lagi kalau bukan untuk membuktikan kemampuannya menghasilkan satu produk yang berdaya saing. Bukan setakat dalam negara, malah melangkaui sempadan geografi Asia Tenggara.

Ini ditegaskan lagi oleh Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang menyifatkan pasaran domestik buat Proton meliputi negara-negara di rantau ASEAN.

Inisiatif memperkenalkan Exora dilihat tepat pada hari ini kerana MPV menjadi segmen yang paling pantas berkembang dengan angka jualan mencecah 60,000 unit setahun.

SYED ZAINAL yakin Exora menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menukar sedan kepada MPV.


Walaupun banyak pihak beranggapan Proton sepatutnya menghasilkan model MPV sejak dahulu lagi, perlu diingatkan bahawa Proton membina model-model barunya daripada satu lakaran kasar.

Ia bukannya mengambil satu kenderaan yang sudah siap dan dipasang dengan beberapa komponen buatan tempatan serta ditampal dengan lencana Proton.

"Mungkin ada yang beranggapan Exora akan gagal seperti model Proton Juara. Tetapi, insya-Allah Exora akan diterima baik kerana ia dibina dengan penuh ketelitian dan mengambil kira segala aspek yang dimahukan daripada sebuah MPV," kata Syed Zainal.

Exora yang dihasilkan dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan platform serba baru dengan pelaburan melebihi RM480 juta itu sememangnya layak menerima pujian.

EXORA dijangka mampu menarik minat pembeli tempatan sebelum melebarkan pasarannya ke Asia Tenggara dan negara-negara Asia Barat dan Eropah.


Penampilan fizikalnya seakan-akan memiliki gabungan reka bentuk MPV dari Eropah dan Asia. Ia menyatukan cita rasa mereka yang gemarkan jentera continental atau dari Jepun.

Bahagian hadapannya nampak kemas dengan sepasang lampu utama yang menirus. Gril radiator yang nipis dipadankan bersama bumper yang lengkap dengan lampu kabus.

Sementara tarikan utama bahagian belakang Exora banyak tertumpu kepada rekaan perumah lampu LED yang mencecah ke bahagian bumbung.

Biarpun tidak menggunakan pintu jenis gelongsor, penumpang masih boleh keluar masuk dengan mudah kerana bukaan pintunya yang luas. Dari arah sisi, kita akan dapat melihat garis konturnya yang kemas, di samping rekaan bumbung yang mendatar.

Ini sekali gus memberikan ruang cukup luas kepada mereka yang duduk di baris tempat duduk ketiga dan walaupun untuk mereka yang berketinggian melebihi 180 sentimeter.
EXORA tidak berkompromi dengan keluasan kabin untuk keselesaan penumpangnya.



Ruang kabin Exora jelas membuktikan bahawa kualiti tidak diberi sebarang kompromi. Tidak ada lagi plastik murah di bahagian papan pemuka, corong pendingin hawa, panel sisi atau sterengnya.

Malah, material berwarna kelabu itu hadir bersama tekstur. Ia sesuatu yang baru untuk model keluaran Proton. Konsol tengah dipasang dengan unit audio berjenama Clarion, di samping tombol kawalan pendingin hawa.

Kualiti tempat duduknya juga memuaskan. Bagi memberikan ruang kargo yang luas, kerusi ini boleh dilipat dengan mudah. Cukup sekadar menarik tali di bahagian atas tempat duduknya, ruang ini boleh diratakan melalui enam konfigurasi, bergantung kepada keperluan.

Exora digerakkan oleh unit enjin berkapasiti 1.6 liter yang dihasilkan sendiri oleh pihak Proton. Enjin Campro CPS (Cam Profile Switching) yang dilengkapi dengan sistem VIM (Variable Intake Manifold) itu juga digunakan pada model sedan Proton seperti Gen2 CPS serta Waja CPS.
PAPAN muka yang kemas menggunakan warna latar hitam dan kelabu.



Inilah topik yang sering menjadi perbahasan. Adakah enjin tersebut cukup berkuasa untuk membawa beban tujuh orang penumpang sambil mendaki bukit, misalnya. Secara ringkasnya, saya boleh katakan bahawa enjin itu perlu bekerja keras untuk mencapai momentumnya.

Pendek kata, ia akan berada dalam gear ketiga agak lama bersama dengan deruman enjin yang dapat didengar agak jelas dari dalam kabin. Namun, sebaik sahaja enjin ini mula memasuki lengkuk kuasanya, bunyi keras enjin akan hilang dan jentera akan dapat berfungsi secara efisien.

Malah pada kelajuan 100 km/j, jarum rpm akan berlegar pada angka 3,000 rpm. Bagaimanapun, kuasa torknya perlu diperbaiki. Dengan kapasiti seramai enam orang, Exora terasa sedikit berat apabila hendak bergerak dari titik pegun.

Memandangkan sebuah MPV harus dipandu dalam keadaan rileks, jadi enjin Exora boleh dikatakan agak memuaskan. Saya sebenarnya tidak sabar menunggu varian Exora yang akan dilengkapi dengan enjin Campro CPS turbo.
KERUSI belakang boleh dilipat untuk menambah keluasan kargo.



Kolaborasi antara enjin dengan transmisi automatik empat kelajuan itu juga cukup baik. Anda boleh mengharapkan pemanduan yang lancar, di samping keselesaan dan tahap NVH yang begitu memuaskan.

Proton mendakwa Exora mampu bergerak sejauh 100 kilometer dengan hanya 7.2 liter petrol. Tetapi, harus diingat bahawa ia dilakukan dalam kondisi terkawal, iaitu sekitar kelajuan 90 kilometer sejam.

Bersaing dengan model seperti Nissan Grand Livina, Toyota Avanza, Naza Citra II Rondo dan Hyundai Matrix, Proton menyasarkan jualan sebanyak 2,500 unit Exora sebulan. MPV itu juga bakal membuat penampilan di Indonesia pada bulan Julai nanti, selain menjengah ke pasaran Thailand dan Asia Barat.

Exora ditawarkan dengan enam varian warna termasuklah hitam, putih, perak, biru dan coklat. Buat masa ini, anda boleh memilih Exora daripada varian Medium-Line dan High-Line bertransmisi automatik sahaja.
SKRIN lengkap dengan slot USB.



Pengumuman yang baru dibuat semalam semasa pelancarannya varianMedium-Line dijual pada harga RM69,998 di atas jalan manakala High-Line pula RM75,988.

Model High-Line hadir bersama tempat duduk kulit, sistem navigasi, cruise control dan skrin LCD, di samping pelbagai penambahan aksesori lain.

"Kami kini sedang bersedia untuk menembusi pasaran United Kingdom dan Eropah," tambah Syed Zainal, optimis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:10 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:15 AM | Show all posts

NAJIB (dua dari kiri), Nadzmi (kiri sekali), Dr. Mahathir dan Syed Zainal Abidin menunjukkan tanda bagus pada pelancaran Proton Exora di Kuala Lumpur malam tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:19 AM | Show all posts

Buah Tangan Anak Malaysia

Tempoh 18 bulan bangunkan Exora

KUALA LUMPUR 15 April – Kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama Proton, Exora dibangunkan hanya dalam tempoh 18 bulan, lebih cepat daripada standard antarabangsa untuk membangunkan kenderaan yang selalunya mengambil masa 24 bulan.

Pengerusi Proton Holding Berhad, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh memberitahu, Exora juga dibangunkan dalam tempoh lebih pendek berbanding semasa syarikat ini mula-mula membangunkan kereta sendiri iaitu Proton Waja yang mengambil tempoh 36 bulan.

“Ini kejayaan Proton kerana bukan saja mampu membangunkan produk dalam tempoh 18 bulan malah jumlah jurutera yang terlibat hanya 250 orang berbanding ketika membangunkan Proton Waja yang melibatkan 1,000 jurutera di samping bantuan pembekal kejuruteraan daripada syarikat kereta di Eropah dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Proton Exora yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Mohd. Nadzmi memberitahu, Exora bukan hanya model terbaru Proton tetapi titik permulaan kepada kemajuan teknologi automotif tempatan dan ia merupakan MPV pertama buatan Malaysia.

Tegasnya, Exora dibangunkan 100 peratus oleh anak Malaysia daripada penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk dan sehingga ke peringkat pemasangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2009 08:27 AM | Show all posts
Exora mampu bergerak sejauh 100 kilometer dengan hanya 7.2 liter petrol. Tetapi, harus diingat bahawa ia dilakukan dalam kondisi terkawal, iaitu sekitar kelajuan 90 kilometer sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:30 AM | Show all posts
overall kira ok la, cuma bagi aku bumper depan nampak bentuk empat segi sikit nampak cam robot..........

tunggu special edition atau second batch mesti lagi cun...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 08:31 AM | Show all posts
tahniah PROTON...teman takkan serik guna keta PROTON...sejak dari zaman SAGA sampai exora...mungkin nasib teman baik sebab keta -keta PROTON yang teman beli guna...tak ada masalah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:33 AM | Show all posts

Balas #469 lampualam\ catat

....proton forever
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:35 AM | Show all posts

Balas #468 jofizo\ catat

nak ganaz buat camnie ler 'Kancil Ganazz'



kereta Kancil yang diubah suai menggunakan enjin turbo, mempunyai enam roda dan diberi nama Ganazz.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:56 AM | Show all posts
Bagi aku semua dah cantik dah...Berbaloi beli cuma kalau ada sapa2 yg ada duit lebih tue baik test dulu betul2 baru beli kalau puashati, kalau tak puashati fikir2 calon2 lain... Aku baca komen wartawan Kosmo tue mcm ngaku sikit enjin underpower kurang tork utk bawak body berat cuma ayat tue kasi cantik ajelah nak sedapkan hati...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:00 AM | Show all posts
Ermm...not bad....cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 16-4-2009 08:27
Exora mampu bergerak sejauh 100 kilometer dengan hanya 7.2 liter petrol. Tetapi, harus diingat bahawa ia dilakukan dalam kondisi terkawal, iaitu sekitar kelajuan 90 kilometer sejam.


Air-con OFF ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:13 AM | Show all posts
hensem lh kete nie..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:15 AM | Show all posts
sian plak sapa yg beli easter tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 09:37 AM | Show all posts

Reply #476 t@t's post

sudah la tat..
usah dikenang kisah yg lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:37 AM | Show all posts
Versi pasar malam ni pun cantek jugak:

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:38 AM | Show all posts
Versi kerja berat pun ada:

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by d-7-0ne at 16-4-2009 06:31

Aku nmpak dlam iklan ada semut angkat daun....


aku rasa semut ni simbolik kepada situasi pikulan atau angkatan yg berat taw... mesti exora ni cam spesis semut yg keberatan nak angkat daun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058331 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list