CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: t@t

Evo X PDRM

[Copy link]
Post time 16-4-2009 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 15-4-2009 11:33
satu utk toss


i lap u zek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2009 08:05 PM | Show all posts

Aussie Police

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:42 AM | Show all posts
kepada peminat2 ebo jom survey2 rega ebo second kat sini

http://mob.gtnet.co.jp/gt/used/k ... KAKU1=&KAKAKU2=
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 12:12 PM | Show all posts

Reply #463 zzcbr's post

nak english version tekan mana ni zek?

kan silap picit kan lain lak jadi nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 12:21 PM | Show all posts
putehhh.....tp byak sst ler...aku nak cari manual

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 12:25 PM | Show all posts
dpt yg ni pon syukur dah....





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 12:28 PM | Show all posts

Balas #465 t@t\ catat

aku tengah tunggu yg ebo x sst kaler silver...hari tu ada sebijik...kejap aje dah kena sambar
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 21-4-2009 01:12 PM
nak english version tekan mana ni zek?

kan silap picit kan lain lak jadi nya...


main picit2 aje lah tat...untung kalu terpicit site maria ofis gtnet ni kat yokohama, kira tak berapa jauhlah dari umah...kalu kau dah siap pilih, sila PM kat aku utk buat booking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2009 08:28 AM | Show all posts
EVO X RM159,000, Honda ST1300 pula RM49,888



KERETA polis peronda berprestasi tinggi, Mitsubishi Evolution X yang memantapkan lagi tugasan polis membanteras jenayah.

KUALA LUMPUR - Kos sebenar bagi kereta peronda berprestasi tinggi Mitsubishi Evolution X (Manual) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharga RM159,000 seunit dan setiap satu dilengkapi aksesori tambahan bernilai RM8,000.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tambahan itu bagi menjadikan kenderaan itu sesuai dijadikan kereta peronda.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP - Segambut) yang ingin tahu kos bagi setiap daripada 25 buah kereta itu.

Jelas Hishammuddin, kos asal kenderaan berprestasi tinggi berkenaan ialah RM151,000 seunit dan perolehan itu dilaksanakan secara rundingan terus dengan Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Katanya, kerajaan juga telah membeli 400 buah motosikal peronda Honda ST1300 dengan harga RM49,888 sebuah.




http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 08:33 AM | Show all posts

Balas #469 t@t\ catat

25 bijik evo banyak tuh....aku rasa dia bubuh NOS siap2 tuh [email protected] aksesori
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 08:46 AM | Show all posts

Balas #470 mycos79\ catat

btw bila kete2 polis msia nak letak kamera dlm kete erk? mcm kat us tu....baru la best...kalau ada kes, rakaman dlm video dlm kete tu digunakan utk jadi bahan bukti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 08:48 AM | Show all posts

Balas #471 t@t\ catat

mungkin gak dia pasang kamera ....tapi tak best kalau terlepas kat utube....kang tak pasai jd glemer
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:09 AM | Show all posts
kalau laa aku leh beli ngan harga rm159k untuk ebo X tu.....sanggup aku makan magi selama 5 bulan utk kmpul duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by mikasa at 18-6-2009 09:09
kalau laa aku leh beli ngan harga rm159k untuk ebo X tu.....sanggup aku makan magi selama 5 bulan utk kmpul duit



aku sanggup jual ketiga tiga bijik kereta aku dengan harga murid .......






gomen beli tanpa tax.............

tunggu derang lelong nanti.... open tender ( kalau sempat sama kita)
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 09:56 AM | Show all posts
Lancer GT / Evo X ni mamat Bosnia yg reka bentuk dia
Omer Halilhod瀒ć nama dia..........Muslim nih



[ Last edited by  penyo at 18-6-2009 09:57 ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 12:06 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2009 11:31 PM | Show all posts
polis beli dgn evo x  harga 159,000....
lancer dlm 120,000...ker 112k lupa la pulak...

huu....sapa kat sini mau sambar evo x dulu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 12:14 AM | Show all posts
ari tuh nampak keta polis lance ni jalan2 kt bangsar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 12:51 AM | Show all posts
jumaat lepas dalam kul 1 aku jumpa keter ni park tepi gerai kat bandar sri damansara.aku tengok ada sorang je dalam kete ni masa diaorg belah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 11:13 PM | Show all posts
MPV Elit PDRM (EVO-X)

Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd  mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10)  ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima  EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin.  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard.  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.


Kerja-kerja pemasangan aksesori tambahan PDRM di Bengkel Pasukan Gerakan Khas


Evo-X, Kod enjin- 4B11 MIVEC, jenis enjin - DOHC 16 valve Mivec Intercoler Turbocharged


Juruteknik membuat kerja-kerja pemasangan set radio Motorola XTL 5000


Pendawaian baru untuk sistem C4i


Pandangan Evo-X dari belakang


Pandangan hadapan Evo-X


Pandangan Evo-X dari sisi. Pelekat adalah mengikut rekabentuk baru dari Cawangan Penyelidik/Pembangunan PDRM dan kenderaan ini juga dikenali sebagai Helang Lebuhraya Polis


YAB Perdana Menteri mendengar taklimat berkaitan penggunaan Sistem C4i


YAB Perdana Menteri sambil diiringi YDH Ketua Polis Negara memandu uji Evo-X di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063041 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list