CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2008 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 16-6-2008 11:33 AM
ya boleh... silakan...
nak minum apa?

syukran-syukran....
jus manggo ader??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 16-6-2008 11:33 AM
ya boleh... silakan...
nak minum apa?

syukran-syukran...
jus maggo ader??
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:16 PM | Show all posts

Reply #462 lemons's post

amboi...tetamu demand.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:47 PM | Show all posts

Reply #458 ustaz's post

kos pakej Mawardah ni berape...kira murah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 16-6-2008 03:03
Pertama kali saya ke tanah suci adalah dengan De Mawardah...
Alhamdulillah, kami tiada masalah langsung...
semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Sekiranya anda ingin menunaikan ibadah umra ...



pakej saya ni DE MAWARDAH lah yang uruskan..

even at the back of my passport pun ada pelekat DE MAWARDAH ni..

kata HAJJAH LATIFAH org DE MAWARDAH diaorg uruskan bahagian tiket..

masalah saya ni kerana tiket lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 16-6-2008 05:47
kos pakej Mawardah ni berape...kira murah ke?


masa mak saya tanya utk bulan 3 depa cakap about RM 3880..

since cuti sekolah (peak times) harga berubah..

ada yang kena bayar rm5400..

murah ke tu?

saya risik dari jemaah lain rata2 bayar sekitar rm4700 onwards..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2008 02:26 PM | Show all posts
pada pendpt saya pakej murah atau mahal ni....dia ikut
jumlah hari
hotel..jauh/dekat
airlines yg digunakan

kdg2 harga murah..sebab hotel jauh wp jumlah hari byk...
lepas tu naik Biman..murah sket...(agaknye la..)
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:26 PM | Show all posts
syukur alhamdullilah......  kerana pagi tadi saya dah pun confirm memilih Rayhar Tavel sebagai pengendali pakej haji saya nanti. Insyallah. Borang Pendaftran Jemaah Haji di rayhar tavels  dan juga Borang Pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji oleh PJH 1429 telah pun saya hantar. maka berakhirlah pencarian Pengelola Jemaah haji oleh saya dan juga suami. sabtu lepas 14 hb. jun saya telah mendengar taklimat harga dari pengarah urusan Rayhar di tempat saya. Pengarah urusan sendiri yang menghadirkan diri untuk memberi taklimat.

segala maklumat terkini.. kawasan letaknya hotel dan kawasan persekitaran di Makkah dan juga Madinah semuanya di pertontonkan kan kepada bakal jemaah. Begitu juga dengan gambar keadaan bilik.  Pendapat peribadi saya ..... saya rasa cara sebegini ada lah lebih baik dari.

Buat  masa ini rasa rasanya..... cuma rayhar travels sahaja yang memberikan taklimat harga pakej sebelum bakal  jemaah memilih untuk mendaftar dgn mereka. Syabas kepada team rayhar travels kerana mempunyai pendekatan yang hebat dalam menjual pakej haji mereka. Untuk mendaftar...  mereka cuma meminta bayaran rm1000 sahaja dan bakinya dijelas kan lebihkurang 3 minggu sebelum waktu berlepas.

Kepada kawan2 seforum yang mempunyai pengalaman dgn Rayhar travels ini.......... mohon diharap dapat memberi sedikir sebyk info kepada saya ini ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 03:27 PM | Show all posts

Reply #465 nashra's post

Simpati juga kakak membaca pengalaman yang nashra alami.  Walau bagaimanapun  kesukaran yang dialami dalam perjalanan menuju ke rumah Allah, pasti ada ganjarannya.

Kadang-kadang sukar nak menentukan samada sesebuah travel agent tu bagus dalam  mengurus dan mengendalikan jemaahnya.  Kadang-kadang dari tanah air semuanya o.k. bila di dalam perjalanan tiada siapa yang menyelia, terutama bagi yang transit tu, pandai-pandai sendirilah.  kalau yang muda-muda ini o.k. jugalah , tapi bagi warga emas tu kesian juga kalau tak ada yang membantu.


Tapi kalau menggunakan travel agent yang dah established, sekurang-kurangnya rasa keyakinan tu lebih  berbanding  menggunakan travel agent yang tidak ternama.  Kalau timbul masalah, sekiranya yang pergi tu warga-warga emas, memanglah tak dapat dibayangkan jika keadaan seperti  ini  berlaku, kalau tiada di kalangan mereka yang faham dan tahu bagaimana cara nak  menyelesaikan masalah itu.

kalau dah stranded 6 hari di Bangkok tu memang sesuatu yang tak seharusnnya berlaku.  Sesabar mana sekalipun, tiada siapa  yang tak akan  rasa kesal, kecewa dan marah kalau kejadian seperti ini berlaku ke atas diri kita sendiri.

Walau banyak rintangan yang nashra hadapi, syukur Alhamdullillah, nadra telah dapat juga menjejakkan kaki ke tanah suci dan telah dapat  melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna serta telah  selamat kembali ke tanah air.

Tentunya bila berada di Masjidll Haram, menghadap Kaabah, mendengar dan mengimbas kembali merdunya bacaan Ayat-ayat  Al Quran oleh imam-imam,  dapat  merasai betapa nikmatnya  kurniaan Allah kepada hamba-hambanya,  tentunya segala perasaan yang bersarang dalam hati sebelum itu terlerai begitu sahaja walaupun perasaan itu tentu akan  kembali semula apabila dikenang dan difikir-fikirkan kembali selepas itu.

Anggaplah setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. Allah swt mengasihi setiap umat yang sentiasa mengingatiNya dan orang-orang yang sabar dan redha menerima  pelbagai ujian dalam  usaha kita semua ingin  mempertiingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa.  Perkara telahpun berlaku dan anggaplah segala yang berlaku walaupun berpunca dari  kesilapan manusia, ianya sebagai ujian Allah untuk menguji kesabaran hambanya dan nashra telah melangkaui ujian itu.

Kakak doakan semoga Allah swt sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada nashra di samping menjemput kembali  nashra bagi mengubat kerinduan kepada tanah suci Makkah serta  semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan. Ameen.

[ Last edited by  Rosputih at 16-6-2008 03:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 16-6-2008 07:26
syukur alhamdullilah......  kerana pagi tadi saya dah pun confirm memilih Rayhar Tavel sebagai pengendali pakej haji saya nanti. Insyallah. Borang Pendaftran Jemaah Haji di rayhar tavels  dan jug ...


semasa saya di tanah suci, ramai jemaah guna rayhar..bag diaorg kaler purple..

masa saya tunggu flight from KLIA, jemaah rayhar ni siap pakai bunga matahari lagi, ada tag nama, lepas tu agent diaorg sangat2 menjaga jemaah...

suka saya tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:09 PM | Show all posts
nak tanya sket... kalau guna TH Travels sendiri gi haji camaner?

ada sesaper ader experience gi haji ngan TH travels?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 16-6-2008 07:27
Simpati juga kakak membaca pengalaman yang nashra alami.  Walau bagaimanapun  kesukaran yang dialami dalam perjalanan menuju ke rumah Allah, pasti ada ganjarannya.

Kadang-kadang sukar nak mene ...



terima kasih kak atas ingatan akak tu..

Insya-Allah, saya memang menanti peluang utk ke sana lagi..

minta Allah sihatkan tubuh badan saya dan murahkan rezeki agar saya boleh lagi ke sana..

saya bentangkan apa yang saya lalui utk org lain jadikan panduan..

bukan sebab nak pergi umrah saya cari yang murah, nak pergi melancong saya cari yang mahal..

tak de pun saya minta kurang harga pakej tu..berapa diberitahu itu lah yang saya bayar, malahan ada penambahan lagi saya tak merungut..

yang saya kesalkan apa yang mereka janjikan mereka tak tepati..

dlm group saya yang stranded ni rata2 dari mereka bukan berpendapatan besar, ada tu pula tiada pendapatan tetap..

kalau kena masuk pakej mahal baru layanan bagus sampai bila pun mereka2 ni tak berpeluang..org kaya2 aje la yang merasa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by Ser3ndIpIty at 16-6-2008 04:09 PM
nak tanya sket... kalau guna TH Travels sendiri gi haji camaner?

ada sesaper ader experience gi haji ngan TH travels?


TH Travel pakej adalah yang termahal sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 05:44 PM | Show all posts

Reply #472 nashra's post

ketetapan harga pakej berbanding layanan serta servis yang diberikan samada setimbal atau tidak sukar untuk diukur nashra.  

Kakak faham apa yang tersirat di dalam hati nashra.  Memang patut  nashra memberitahu cerita sebenar, agar menjadi pedoman dan ingatan kepada yang lain.   Kita semua tak dapat nak mempastikan samada perkara sedemikian  tidak akan berulang lagi  atau  akan melibatkan lain-lain agent pula  di masa-masa akan datang.

Masalah yang timbul pada pendapat kakak  bukanlah kerana  harga pakej tetapi  mungkin kerana pengurusan yang tak berapa cekap ketika pengendalian pakej yang nashra ikuti ketika itu yang menyebabkan timbulnya masalah. (mohon maaf  kepada pengendali yang berkenaan dengan apa yang kakak katakan)

Memang benar selalunya harga pakej bergantung kepada jumlah hari, airline negara mana, dan tempat penginapan bertaraf berapa bintang dan samada jauh atau dekat dengan Masjidil Haram.  

Ada agent yang kakak pernah berbual dengannya berkata  mereka tidak mengenakan caj tambahan yang terlalu tinggi atau  menawarkan harga  yang berpatutan kerana ingin memberi peluang lebih ramai orang ke tanah suci.  Tapi itu dua tiga tahun yang lalu, sekarang tentunya  harga pakej  akan naik mendadak.

Bagi diri kakak sendiri, kakak inginkan  kesederhanaan, kakak berusaha mencari  pakej yang menawarkan harga yang terendah, yang ada buat promosi. Kakak akan menyemak pelbagai perkara  seberapa yang boleh, tapi tidaklah  menempah pakej yang sampai  akan menyusahkan diri kita sendiri kelak.

Seperti kata bayangan rindu, rasa lega kerana telah berakhirnya pememilihan travel agent yang akan mengendalikan pakej hajinya.  Kakak dapat rasakan kelegannya itu kerana begitu juga dengan  kakak yang menjalani kehidupan sederhana, memilih  dan membanding-bandingkan pakej yang ditawarkan oleh agent untuk mengerjakan umrah memeningkan kepala juga dan kebiasaannya suami mengikut saja pilihan yang dibuat. Lainlah bagi  mereka yang memilih pakej mewah yang tidak perlu memikiirkan itu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 05:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum  Haji Rezeki dan Ustaz,

Mohon maaf kerana hari ini berkhemah di laman rumah ustaz  pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 06:06 PM | Show all posts

Reply #468 bayangan_rindu's post

saya pun nak tahu jugak...mana-mana pergi ramai cakap service travel agent ni bagus.Di Mekah,menginap dihotel mana dan berapa km dari MasjidilHaram?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 16-6-2008 09:44
ketetapan harga pakej berbanding layanan serta servis yang diberikan samada setimbal atau tidak sukar untuk diukur nashra.  

Kakak faham apa yang tersirat di dalam hati nashra.  Memang patut   ...


tu la kak..

dah nasib saya, memang ini bahagian saya dan rakan2 jemaah lain yang senasib dgn saya tu..

tapi kan kak, sungguh pun begitu bila kaki ni jejak di JEDDAH sungguh la bersyukur, gembira sangat..

apatah lagi bila berada di MADINAH and MEKAH..

2 kali saya sempat bersolat jumaat..itu la pengalaman pertama saya mengerjakan solat jumaat..

beruntung jadi wanita yang tinggal di MADINAH dan MEKAH..masa bersolat di masjid bila2 masa aje..

saya masih rindukan tanah suci...apatah lagi bila tengok gambar2..

dalam masjid pula tak pernah rasa haus sebab bekalan air zam zam sentiasa ada..kata mak dia puas minum air zam zam kali ni sebab larangan tak ketat nak bawa masuk botol kosong berbanding dulu..mungkin sebab construction work..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:31 PM | Show all posts


Bagi mengubat kerinduan nashra dengan Baitullah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:37 PM | Show all posts

Reply #477 nashra's post

Sungguh bertuah kerana  nashra dapat mengerjakan solat Jumaat dua kali di tanah suci, tambahan menurut nashra ianya adalah  merupakan solat Jumaat  pertama kalinya buat nashra.  Tidak semua yang menjejakkan kaki ke tanah suci memperolehi peluang sebegitu.  Syukurilah nikmat Allah yang  diberikan kepada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:44 PM | Show all posts


Unutk mengimbas kembali kenangan nashra kepada Masjid Nabawi dan Makam  Kekasih Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.305727 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list