CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dutchy

[GAME] ♥♥ Meh2 kiter berpantun♥♥

[Copy link]
Post time 26-6-2007 10:18 AM | Show all posts
Kalau panas bukalah baju
    Pasang aircond panas pun hilang
Kalau SMS tandanya rindu
    Apakah miss call tandanya sayang ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 10:36 AM | Show all posts

Reply #462 Hang's post

dok tepi pantai main layang-layang
sambil melihat anak-anak carik siput
kalau dok buat miss call bukan tandanya sayang
tu tanda kredit tinggai ciput
   
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 12:03 PM | Show all posts
singa mengaum tidak bergigi
tinggai gusi macam mana nak ratah kenari
adik abang bertembung lagi
mai la kita pi sokong Kenari

tinggai gusi macam mana nak ratah
kenari pun patuk berulang kali
tanpa penyokong siapalah kedah
tanpa kedah FAM seronok lagi...

kenari pun patuk berulang kali
menangislah singa sakit tidak terperi
tak payah banyak 3-1 pun jadi
janji menang peminat pun happy

kami kenari tatap semangat
walaupun akhbar liputannya ada had
bangunlah wira kedah kuatkan tekad
tebus kembali dendam kesumat

anak kedah pejuang sejati
tak kan gentar berperang psikologi
teruskan merobek gawang singa sakit gigi
berjuanglah sehingga wisel penamat berbunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 12:33 PM | Show all posts
Menjolok buah menggunakan galah,
Terjolok pulak sarangnya lebah,
Pasukan Kenari pantang mengalah,
Walau sakit, jatuh dan rebah.

Cinta sejati tidak berubah,
Walau gila terkena sihir,
Walau sakit, jatuh dan rebah,
Berjuang hingga peluh terakhir.

Dari Kodiang pi ke Jerlun,
Tersesat sampai ke Simpang Kuala,
Ku laungkan Pulun Kedah Pulun,
Moga berjaya menjulang Piala!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 02:51 PM | Show all posts

lima enam ekoq kucing belang
     manakan sama kucing berlari
dari jauh kami datang
     nak tengok singa mengkedarah kenari

Sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam ketayap
suruh ligan singa ligan
   sampai kenari patah sayap

kalau melaka kotanya roboh
   Papan di Jawa kami dirikan
rempoh..........perlih rempoh........!!
   biaq kenari duduk tertekan.....!


Kupeluk sudah kucium sudah
  Cuma nikah yang belum lagi
Liga super sudah, Piala Malaysia pun sudah.
  Cuma Piala FA yang belum lagi....!!


   
   
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 04:13 PM | Show all posts
Burung Belatuk Burung Kedidi,
Terbang tinggi membelah angkasa,
Negeri Kedah Semangat Padi,
Tidak bermegah, walaupun perkasa.

Ibu sibuk menghidang laksa,
Adik asyik bermain teng - teng,
Tidak bermegah walaupun perkasa,
Kenari jangan dipandang enteng!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2007 11:13 AM | Show all posts
haji man perlis mari..
dok pikiaq mcm2 strategi..
dlm media kata x buat apa2 lagi..
last2 piala FA kedah bwk lari..

hj azraai tenang saja..
pemain muda pilihan hati..
semangat dijadikan baja..
KEDAH sentiasa dekat dihati..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 11:16 AM | Show all posts
gendang gendut tali kecapi
   sudah gaharu  cendana pula
menang piala suka hati
   +1000 kedit jangan lupa pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2007 11:18 AM | Show all posts

Reply #468 Hang's post

nie pantun play safe ka nie....?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 11:18 AM | Show all posts
dari changloon ke batu kwn..
cari tiket tp dah abes..
semangat tinggi nak tengok kedah lwn..
pagaq stadium dikopek abes..

kedah p bersama doa..
penyokong p gheja nak sorak..
abes satu kedah semua berdoa..
perlis kalah kencing terberak..

dulu teka teki
la ni berpantun..
kedah pergi mcm lelaki sejati..
berjuanglah sehabis pulun..
INSYAALLAH perlis kita balun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 11:43 AM | Show all posts
pulun kedah pulun
jangan biaq perlih menang
ayuh kedah perlih kita balun
lama dok tunggu tepi padang

pulun kedah pulun
pulun sampai habih
perlis kita balun
biaq depa letih

pulun kedah pulun
batu kawan darulaman
perlih kita balun
singa utara kita tawan

pulun kedah pulun
malam esok buat ombak
chipita bunyamin kerumun
simakunda viktor tajak

pulun kedah pulun
piala FA kita bawa balik
semua piala kita hayun
walaupun perlih ibarat adik

pulun kedah pulun
bukan wang jadi ukuran
wira kedah ayuhlah bangun
kita berjuang habis habisan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 05:26 PM | Show all posts

simukonda oghangnya kecik
dari zambia dia mai...
di atas padang memang licik..
defender kedah mesti mamai.....

Chipeta berkepala botak...
walaupun tak secun pah amani
kalau dia tanduk di dalam kotak
keeper takut campoq ngeri

azlan ismail dari kelantan
dah lama tak jaring gol
dia gelecek kiri gelecek kanan
semua player kedah dok dalam gol

azmizi azmi dari liga simpanan
kita ketengahkan pemain muda
dia bawa bola naik ke depan
pertahan kedah naik gubra

permata zambia kabwe kamuzati
dia kawal bahagian pertahanan
walaupun kedah serang separuh mati
dia cantas mana buleh lawan...!

penjaga gol mesti la sin kuat...
piala malaysia dia dah pegang
dia tangkap bola pantas dan lekat
penyerang kedah tak larat bengang

Rahman dagu cikgu bola
dulu jadi jurulatih malaysia
malam ni nak pegang piala
bersama dengan singa utara
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 06:51 PM | Show all posts
wahhhhh...semangat betui depa ni pantun..banyak rangkap lak...ciplak ka apa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 07:00 PM | Show all posts
hari-hari pi sungai petani,
singgah sebentaq di pulau pinang,
aku bengang hari ini,
makan nasi tak kenyang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by MsCinderella at 30-6-2007 06:51 PM
wahhhhh...semangat betui depa ni pantun..banyak rangkap lak...ciplak ka apa....


takkan baca ja.....
" NO FREE READING " untuk momod...
kalau dah baca tu bayaq +500 kedit...!

atas tuduhan menciplak...
tunggu saman yang akan difailkan selepas kes altantunya..
saman malu sebanyak juta-juta kedit...!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 08:30 PM | Show all posts
assalamualaikum pembuka bicara,
buat tatapan peminat semua,
bukan mencaci atau mencela,
tapi sekadar hiburan semua,

ibarat sebuah daerah di sebelah utara,
itulah perlis diberi nama,
depa megah depa dok kata depa la juara,
MB depa punya dok cerita,
pemain semua bagus2 dok ada,

langkah sikit sampai kodiang kita jumpa jelapang padi,
bukan nak sombong bukan nak bongkak hati,
Kalo nak kenal itulah kedah negeri kami,
MB kami cukup steady,
tak megah & tak bangga diri,

30hb jun semua dok susah hati,
sebab 2 pasukan bertemu lagi,
cuma bukan bukit jalil gelanggang kali ni,
stadium negeri batu kawan pula menjadi gelanggang penentu juara kali ni,

biru kuning warna kegemaran,
itulah singa utara diberi gelaran,
depa kata depa tak heran,
nak jumpa anak2 muda kedah depa kata depa blh makan,

ni pula cerita negeri jiran,
kenari padi diberi gelaran,
depa main semangat berpasukan,
mai semua negri kami tekan,

episod bermula jam 8.45 malam tadi,
pasukan perlis membuat sepak mula
kedah terpaksa betahan sesekali,
tapi perlis main handuh abis semua,

pakat berlari atas ke bawah ke kanan ke kiri,
perlis dok cari gol nak bagi team juara kali ni,
perlis kononnya nak boh gol yang dijaga oleh helmi,
nasib baik helmi ni main steady sj mlm td,

counter attack itulah kekuatan semangat anak muda,
tak pernah kenal penat lelah,
mat sobri dok garu kepala,
dok tggu gol dari pasukan kedah,

90min telah tamat.
game terpaksa di heret ke masa tambahan,
kalo masing2 main selamat,
memang bola tak boleh dijaringkan,

penalti di ambil oleh simukonda kali ni,
gol kami dijaga oleh helmi,
sepak terus niat di hati,
nasib baik kaki helmi jadi penyelamat sepakan penalti,

jaringan kedah yang terakhir semuanya menanti,
sabree abu dok cuak hati,
tay sing kiat sedia menanti,
nasib baik bola terlepas dr tangan dia malam tadi,

sang kenari tetap terbang tinggi,
sang singa terus menggigit jari,
piala malaysia piala liga super kami tetap menanti,
supaya kami kedah bergelar juara 3 piala kali ni,

buat sang singa jgn bersusah hati,
tahun depan cuba lagI,
agak2 nak rembat pemain lagi,
pi la cari kat kelantan lagi,

buat sang kenari,
teruskan rentak kecemerlangan ini,
kedah pantang kalah perlu disemat dlm diri,
itulah bekalan paling beerti,

tangan disusun 10 jari,
maaf kepada yang terasa hati,
bukan nak menghina atau mengkeji,
cuma nak happykan diri.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2007 09:34 PM | Show all posts

Reply #476 jj's post

pandai jugak hang pantun no JJ ingat hang pandai donlod citer belu jek
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by gambiaq at 1-7-2007 09:34 PM
pandai jugak hang pantun no JJ ingat hang pandai donlod citer belu jek


donlod belu pun bg kat hang jugak.... opsss...!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 10:29 AM | Show all posts

Reply #476 jj's post

ni hang cilok pantun sapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 1-7-2007 10:10 PM


donlod belu pun bg kat hang jugak.... opsss...!


tak nak bg sikit kee ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.325384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list