|
TRIUMPH IN THE SKIES starting 29 march @ TV3
[Copy link]
|
|
mana dia tukang crita nih.. hari ni tgk 1/2 jam terakhir jer |
|
|
|
|
|
|
|
selasa - 16 mei
dah sampai kat rome, sam & bell jalan2. diorg sampai ke cafe yg diorg pernah sampai dulu masa mula2 kenal. budak2 tu pun ada lagi & diorg ajak minum. diorg kata, tak sangka bell & sam masih lagi bersama walaupun dah bertahun. budak2 tu suruh bell & sam main yg letak buah kat dahi tu. buah tu jatuh lagi & bell & sam kena kissing. waktu nak kiss tu.. sam teringatkan zoe, bell pulak teringatkan vincent.
sam & bell slow talk.. & baru diorg sedar perasaan diorg yg sebenar. bell suruh sam jgn lepaskan zoe. sam cuba call zoe. waktu tu zoe tgh melukis. rupanya zoe pun ada kat italy. waktu sam tgh cakap2 dgn zoe, terdengar bunyi loceng. sam terkejut sbb dari tmpt dia pun ada bunyi loceng tu. bila sam tanya zoe kata mana, zoe tak nak cakap & cepat2 kata ada hal.
sam kata kat bell & diorg sama2 cari zoe tapi tak jumpa. bell suggest sam carik kat rumah mak sam, & bell balik hotel. sam pegi rumah cammy. kat atas meja ada byk lukisan zoe. tgh belek2, sam terjumpa ubat zoe. sam call paul. paul dah risau ingatkan zoe sakit. baru sam tau yg jantung zoe bermasalah. sam hantar sms kat zoe, suruh call. tapi zoe tak reply. zoe tgh tolong ally buat cookies, nak bawak ke rumah anak yatim.
zoe kata kat ally, dia pun nak ikut sama. waktu nak keluar, tengok2 sam dah tunggu kat depan pintu luar. sam tegur ally & terperanjat tengok zoe ada. zoe kata kat sam, yg nampak sgt diorg takde jodoh. sbbnya sorang kat atas, sorang kat bawah. tapi sam ingatkan yg zoe dah keluar. sam ajak zoe jalan2.
sam kata kat zoe, nak zoe balik kat dia. tapi zoe tak nak. sam kata dia dah tau yg dia cintakan zoe. zoe kata, dia teringat apa yg ally kata. selain bercinta, byk lagi perkara yg boleh dibuat. asalkan boleh buat orang lain happy. & zoe kata, dulu masa sam ada masalah dgn mata, zoe nak sll ada dgn sam. & zoe tak nak sam nak ada dgn dia sbb tau zoe sakit. & zoe lebih rasa tenang bila dah lepaskan perasaan yg dia ada pada sam dulu. & zoe cuma nak jadi kawan je pada sam.
sam kata dia terpaksa terima sbb dia hormat keputusan zoe. tapi dia tetap nak jaga zoe.
bila sam balik hotel, tengok bell ada kat lobi. sam tegur apasal tak rest sbb esok dah nak balik. bell kata dia nak tunggu sam. & bell suruh sam jgn lepaskan zoe. tapi sam kata, dia hormati keputusan zoe.
kat flight nak balik.. bell terkejut bila nampak zoe. kat pantry, zoe datang sbb nak mintak air utk makan ubat. bell kata kat zoe, apapun keputusan yg zoe buat, bell akan tetap sokong zoe. masa hantar air ke kokpit, bell kasi tau sam yg zoe pun balik sekali.
turun je dari flight, sam & bell jalan sama2. sam nak hantar bell balik. tapi bell tak nak. bell kata, biarkan dia belajar buat semua benda tu sendiri. bell suruh sam tunggu zoe. zoe keluar, & sam hantar zoe balik.
zoe jumpa pemain piano tu & kasi coklat. pemain piano tu tegur zoe kata yg zoe makin nampak happy. tgh zoe jalan2, nampak sam & isaac dgn sekumpulan budak2. isaac kata, diorg tgh buat program juruterbang muda. so nak bawak budak2 tu jalan2 tengok airport. zoe kasi budak2 tu coklat. sam tengok.. & kata, dulu kata sayang nak makan kat coklat tu? zoe kata, dulu dia mintak sam sll belikan dia coklat bila balik sbb nak sam selalu ingatkan dia. tapi skrg, dah tak perlu lagi. sam kata, asalkan mmg dah ada kat hati, ingatan tu tetap ada. zoe kasi kat sam & isaac coklat tu jugak sorang satu.
lepas habis program dgn budak2 tu, sam & isaac jalan2. diorg nak pegi makan. tiba2 ternampak zoe. sam kata kat isaac, dia tak jadi nak makan dgn isaac. isaac dah usik, tau yg sam nak ajak zoe makan. sam ajak zoe, & zoe ajak isaac sekali. katanya, lebih ramai lebih meriah. isaac dah senyum2. tiba2 ada donald & zita pulak. terus zoe pun ajak donald & zita join sama. masa nak pegi kat cafe, zoe bisik kat donald, dah check ke mail box? zita ada kirim surat cinta.
tgh jalan tu mcm ada pakcik ni nak kasi kueh kat penumpang2 lain. zoe pegi datang kat pakcik tu rupanya anak pakcik tu kawan donald.zoe ajak pakcik tu pegi ofis & suruh yg lain pegi dulu. donald pun ikut zoe. pakcik tu dulu jual kueh manis waktu kat airport lama. dia buat kueh tu utk sorang kawan. tapi bila sampai kawan tu dah takde. tu yg dia sayang nak buang kueh tu, & cuba nak kasi kueh tu kat org lain.
balik rumah, philip tgh cuba buat menu baru. makanan jepun. philip suruh cammy, sam & isaac rasa. sam cakap pasal pakcik yg jual kueh manis tu. cammy pun kata kueh yg pakcik tu jual mmg sedap. tapi philip mcm tak setuju. sam mintak tolong cammy.
donald pulak balik rumah ayah dia & bawak sekali kueh manis tu. tgh cakap2 dgn mak dia, ayah donald turun dgn pakcik tat. ayah donald mcm perli, baru nak balik? mak donald kata, donald bukan sll balik.. & terus ajak diorg makan. donald kata dia bawak kueh manis. ayah donald kata, mcm suruh bawak ke dapur. donald & org2 lain ingatkan ayah donald suruh buang kueh tu. maid kat situ tanya ayah donald, dari dibuang, boleh tak dia makan kueh tu? ayah donald kata, sapa suruh buang? dia cuma kata, kueh tu boleh dibuat utk makan lewat malam nanti.
esoknya philip datang ofis cammy & marah pandai2 buat itu ini. cammy buat mcm tak reti. tak lama tu sam datang dgn pakcik kueh manis tu. philip pulak terus discuss dgn pakcik tu. cammy & sam dah senyum2 je.
donald, zita, paul & ada lagi budak2 tu tgh minum. taylor lalu & kata kat zita.. ajak makan sama waktu b'day zita. rupanya lagi 2 hari b'day zita. donald kata dia dah plan utk zita & nak ada dgn zita. zita usik donald, mcmn donald yakin yg zita mmg free hari tu?
balik rumah, donald sibuk nak gubah lagu utk zita. & mintak chris kasi pandangan. chris kata, tunggu la lepas dia balik dari main bola. tiba2 hp donald bunyi. & dpt call yg ayah dia kena strok. terus donald pegi hospital. ayah donald tak keluar lagi dari bilik pembedahan. donald tanya pakcik tat.
pakcik tat kata, perniagaan diorg mmg tgh teruk skrg. bank pun dah tak nak kasi pinjaman. & syarikat tu tgh byk hutang. rupanya benda tu dah lama. donald terkejut dgr. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #463 divasweet_77's post
sesama diva |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #460 ahlam_nabiha's post
kesian kan ahlam. yg si zoe lak selamba je kata, dah tak perlu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin zoe ingat sam tu still ade perasaan kat bell,
tats y die nak berkwn je dgn sam.. die tak mahu ganggu hubungan sam n bell |
|
|
|
|
|
|
|
errk.. kuih manis tu kuih yg mana ye....?? |
|
|
|
|
|
|
|
lor sam nanti tak bersama ke dgn belle...sam & zoe ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #467 captain_f4's post
kepten.. kueh koci kot ehehe
takde pun tunjuk yg msg vincent antar tu. vincent antar ke mana agaknya ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #468 errasazza's post
erra.. a'a.. sam & zoe :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #470 silencez's post
kesian la belle kalau cam tu dah la vincent dah tak de...tp suka jugak kat zoe tu kalu erra jadi sam pun konpius nak pilih yang mana satu sbb 2 org ni terlalu istimewa...memg susah la cuma watak zoe tu terlalu kebudak-budakan ckit...tp kadangkala best jugak...camana ya sam..konpius betulla...pilih erra lagi baikkan...tak gitu silencez |
|
|
|
|
|
|
|
rabu - 17 mei
ayah donald dah selamat. & pesan kat donald, yg donald muda lagi. ayah donald suruh donald buat apa yg donald suka. tapi donald dah decide nak berenti jadi pilot & tolong ayah dia.
kat rumah, donald sedih lagi. masa kemas2 barang, chris pun ada. chris bagi semangat kat donald. waktu tgh diorg cakap2, zita masuk senyap2. & waktu nak sampai ke bilik donald, zita terdengar donald kata kat chris, `dlm ramai2 gf dia, zita la yg paling mencabar' .. lebih kurang camtu hehe. chris pulak dok usik2 pasal love letter yg zita kasi. terus zita masuk & ambik surat tu & koyak.
kat rumah ruby, ada roy, paul, isaac, zoe & vicky. masing2 takut nak pujuk zita. ruby suruh zoe, tapi zoe kata waktu mcm ni dia tak reti dah nak kata apa. diorg suruh isaac. sbb diorg kata, zita sll lepaskan geram kat isaac. isaac naik bilik zita & tengok zita tengah berkemas. zita nak pindah balik ke rumah mak. diorg yg lain suruh isaac hantar zita.
kat rumah tina lak.. taylor tgh borak2 dgn tina. tgh makan @ minum something. tina kata dulu dia belajar masak @ buat tu utk suami dia. dia teringin nak jadi isteri yg baik. tapi skrg mcm dah tak guna. taylor kata, ada masa lagi. & taylor keluarkan cincin. lamar tina. tapi tina tolak. tina kata, skrg dia dah rasa yg dia tak perlukan sapa2. lagipun zita dah ada donald. tiba2 ada call. zoe kot call tanya zita dah sampai ke belum. & sempat kasi tau kat tina yg zita & donald dah takde apa2.
dlm kete, isaac & zita tak byk cakap. isaac brek mengejut sbb traffic light. beg zita terbukak & music box yg isaac kasi terkeluar & terus bunyi. zita cuba nak ambik tapi isaac kata, biarkan je lah. lagipun dah nak sampai.
dah kat rumah, tina suruh zita duduk dgn taylor dulu. waktu tina kat dapur, taylor tanya zita.. luahkanlah.. jgn pendam dlm hati. zita kata takde apa2. taylor tanya zita, nak tak dia kenakan donald kat tmpt keje? zita kata, taylor bukan mcm tu orangnya. taylor jawab, tengok orang jugak. & dia sanggup buat apa je utk zita sbb dia dah anggap zita mcm anak dia. zita peluk taylor & nangis. waktu tu tina ternampak.
masa taylor nak balik, tina hantar sampai bawah. taylor kata, ada apa2 ke nak cakap? kalau takde, tak payah la hantar dia lagi. tina mintak maaf kat taylor. & tina kata, bila dia tengok zita mcm tu, baru dia sedar yg sbnrya dia & zita mmg perlukan taylor. taylor dah anggap zita mcm anak dia. & tina setuju terima lamaran taylor.
roy kemas barang. nak pindah dari rumah donald. sblm pegi, ada roy nak pulangkan brg kat donald. donald kata, tak payah. sbb kat rumah dia ada byk lagi. tapi roy tak nak. dia kata kalau dia nak dia boleh beli sendiri. roy kata, dulu org semua kata dia bertuah. & bila dia dpt kenal diorg, baru dia rasa bertuah sgt. sbb dpt kawan baik. tapi bila dah jadi mcm ni.. chris pandang je. lepas roy pegi, chris pujuk donald, kata satu hari nanti diorg mesti akan faham.
esoknya donald datang nak kemaskan barang. terjumpa chris. & donald kasi buku2 kat chris sbb dia dah tak guna lagi. waktu jalan2 kat airport.. donald terserempak dgn zita, isaac & roy. tapi diorg tak pandang dia pun. tak lama tu donald terlanggar org & habis buku2 yg donald pegang terjatuh. kebetulan zoe ada kat situ & tolong donald. zoe ternampak ada gambar tercicir. gambar donald, chris, isaac, roy & zita pakai uniform. cepat2 donald ambik & pegi.
balik tu zoe cerita kat paul & ruby. zoe kata, mungkin sbnrnya donald tak mcm yg diorg sangka. ruby nak keluar. zoe pun kata dia nak keluar sbb mak sam jemput makan kat rumah. paul & ruby mcm terkejut & tanya zoe dah ok ke dgn sam? zoe kata, diorg masih kawan baik.
elok je zoe sampai, cammy dah siap2 nak keluar dgn philip. dia kata terlupa ada dinner kat luar. cammy suruh sam cepat turun sbb zoe dah sampai. bila diorg pegi, sam kata biar dia masakkan utk zoe. zoe bersin. sam nak ambikkan baju utk zoe. tapi zoe kata biar dia ambik sendiri. bila zoe masuk bilik sam, kat atas meja ada byk buku pasal sakit zoe. zoe turun & tanya pasal buku tu. sam kata, dia ada kawan yg jadi doktor. & kawan tu yg kasi buku tu kat dia.
zoe pegi hospita nak buat check up. tengok2 sam dah tunggu kat depan bilik doktor. sam kata dia nak tunggu sama2 dgn zoe. doktor kata kat zoe yg penyakit dia makin teruk & mintak zoe masuk wad sementara tunggu ada penderma jantung. tapi zoe tak nak sbb byk lagi benda yg dia tak buat. bila sam tau, sam pun bising kat zoe. zoe kata, dari dia duduk je kat hospital tak buat apa.. baik sementar tunggu jantung baru, dia buat apa2 yg patut.
henry kata kat sam, dia nak sediakan satu ruangan khas utk vincent dlm magazine bulanan. henry mintak sam tanyakan bell. bell kata ok. & nanti dia akan kasi sam maklumat pasal vincent & gambar vincent.
ruby ajak bell pindah ke rumah ruby balik. bell pun setuju. bell carik barang. & ruby hulurkan satu kotak. bila bukak kotak tu, bell dah sedih. dlm tu byk patung2 yg vincent beli utk bell rasanya.
malam tu kat rumah. bell tgh kemas2. masa kat meja komputer, baru sedar tak plug in. bila sambungkan je, ada mesej masuk. rupanya dari vincent. vincent kata, dia cuba call hp bell. tapi tak dpt. tu yg dia tinggalkan msg kat situ. sam kata, dulu bell penah kata yg sam kutip rantai bell sampai 3 kali, & sbb tu bell rasa sam jodoh bell. tapi sbnrnya jodoh bell bukan dgn sam. tapi dgn vincent. sbbnya vincent yg pulangkan gelang tu kat bell cuma sekli & lepas tu gelang tu dah tak tercicir lagi. vincent suruh bell tunggu dia balik. sbb byk benda yg dia nak cakap kat bell. vincent mintak bell kasi peluang lagi. vincent kata, walau diorg dulu jumpa kejap je tapi semua tu ikhlas. & vincent kata dia sayang kat bell. bell dah nangis2 dengar sambil panggil2 vincent.
tiba2 dgr suara kat belakang.. suara vincent kata kt bell, jgn nangis. bell toleh & nampak vincent kat belakang. vincent kata dia tak boleh pegi sbb bell tak lepaskan dia pegi. bell mintak vincent jgn tinggalkan dia lagi. vincent janji takkan tinggalkan bell.
zoe call bell ajak bell tengok san yi. tapi bell kata dia sibuk. & cepat2 nak matikan line. zoe pegi tengok san yi sorang2. mak san yi kata, dia lupa nak bawak magazine baby utk bell. sbb hari tu bell ada tanya. mak san yi tak tau yg vincent dah mati.
zoe terserempak dgn sam kat airport & kata risaukan bell. zoe suruh sam call bell & ajak makan sama. sam call tapi bell kata dia sibuk & tak boleh join. zoe ajak sam pegi rumah bell. malam tu sam & zoe datang rumah bell. bell kata, kawan dia baru kasi tau yg mlm tu diorg tak boleh keluar. bell ke dapur sediakan air utk sam & zoe. zoe ikut bell ke dapur & cerita pasal san yi. tapi bell mcm tak minat sgt.
zoe tegur msg yg bell letak kat freezer. ada msg yg kata bell akan balik lambat.. ada magazine baru atas meja. zoe tanya bell, bell kata, sbb dia sll lupa. tu yg dia letak kat situ utk ingatkan dia.
sam pulak pelik sbb kat atas meja tu ada makana sedangkan bell kata kawan dia baru kasi tau tak boleh keluar. & ada magazine utk lelaki jugak. bell ambikkan album gambar vincent & kasi kat sam. bell kata kawan dia nak sampai kejap lagi. gaya cakap mcm cepat2 suruh diorg balik. dlm lif, zoe kata kat sam yg dia pelik tengok bell.
esoknya waktu kat tmpt keje. sama nampak bell duduk sorang2.. & mcm cakap dgn org. tapi takde sapa kat depan bell. terus sam slowly duduk kat depan bell. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya zoe just nak berkawan ngan sam maybe dia rasa masa untuk dia hidup tak lama dan dia ada banyak benda dia nak buat yang maybe dia tak sempat nak buat dan maybe jugak itu sebab dia refuse untuk stay kat hospital walaupun dr dah cakap keadaan dia makin serious. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #474 divasweet_77's post
mungkin jugak kan diva. sbb dah tau penyakit dia makin teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #471 errasazza's post
erra.. pakcik tu dah tak confuse dah :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #408 captain_f4's post
kepten.. dah terjawab akhirnya - pasal msg tu :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
oooooooo...tapi belle memg kesian la ...dah gila bayang kat vincent..cinta sam dan zoe dah terjawab...memg sam cinta kan zoe...bknnya belle...x kisah la yg mana satu sam nak dua-dua pun erra suka sbb belle tu cantik zoe tu comelll...dan kisah zita plak erra suka kat issac tu..cool je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #475 silencez's post
aku rasa pun macm tu jugak.. dan maybe dia tanak sam terlalu attached kat dia so bila dia mati nanti mesti sam akan sedih sangat.. anyway.. aku memang suka si Sam ngan Zoe dari mula lagi.. maybe sebab Sam jenis yang serious dan Zoe is the opposite of Sam..
Aku memang minat si Francis Ng ni walaupun dia slalu berlakon jadik jahat.. atau pun jadik bongok |
|
|
|
|
|
|
|
haha rasenyer tak dapat lagi tgk citer sampai abis. nampaknyer kena baca synopsis citer nih kat sini thank silencez. |
|
|
|
|
|
|
| |
|