CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 13-6-2007 05:14 PM | Show all posts
                                Siti keen to have children                                                                         By JOE LEE


KUALA LUMPUR: Pop queen Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, who is often asked if she is pregnant, is seeing specialists.
Almost a year after her extravagant wedding to businessman Datuk KhalidMuahamad Jiwa, Siti said she is seeking expert advice and 搇eaving therest to fate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2007 05:15 PM | Show all posts
                                Seperti Yang Dijangka
June 10th, 2007
                                                                        Setelahmerangkul banyak piala Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun-tahunyang lalu, akhirnya, untuk kali pertama Datuk Siti Nurhaliza bolehmengucapkan terima kasih dengan satu pembaharuan.
Ketika menyampaikan ucapan penghargaannya yang pertama pada acaraitu kelmarin, Siti dengan tersipu-sipu menambah: Kepada..rakan cetakdan media elektronik dan..suami saya..- rangkaian kata-kata yangdisambut dengan sorakan dan gelak ketawa oleh para penonton. Sayalihat, suami beliau, Datuk K, yang menemaninya sepanjang majlis, hanyatersenyum simpul.
Ucapan Siti seterusnya, semasa menerima dua lagi piala APM,bagaimanapun tidak mampu mendapat reaksi yang sama daripada penonton.Seperti ucapan terima kasihnya, ketiga-tiga kemenangan Siti dalamkategori Artis Wanita Paling Popular, Lagu Terbaik, dan Artis WanitaTerbaik memang dijangkakan.
Begitu juga kemenangkan Mawi -yang kelihatan segak dengan jaket danseluar serba putih. Beliau merangkul piala APM dalam kategori ArtisLelaki Paling Popular dan Lagu Paling Popular.
Dari segi nilai hiburan, apa yang ditawarkan APM tahun ketujuh iniadalah memboasankan dah 慿alah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 05:16 PM | Show all posts
                                Lapan anugerah milik Malaysia
June 12th, 2007
                                                                        Oleh Farihad Shalla Mahmud


Siti Nurhaliza, M Nasir, Mawi, terus cipta kejayaan pada Anugerah Planet Muzik
BUKAN lagi milik karyawan Indonesia. Sebaliknya Anugerah PlanetMuzik 2007 (APM 2007) yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura,Jumaat lalu menyaksikan Malaysia mendominasi lapan daripada 12 anugerahdipertandingkan.
Jika sebelum ini Malaysia hanya mampu berbangga dengan anugerahPaling Popular, kali ini situasi amat berbeza. Malam itu, karyawantanah air meraih empat kategori terbaik dan membolot semua kategoripopular. Datuk Siti Nurhaliza yang sebelum ini cukup sinonim dengangelaran Paling Popular selama enam tahun berturut-turut, tahun initerus mengekalkan gelaran sama. Paling manis, Siti turut dinobatkansebagai Artis Wanita Terbaik, merampas takhta yang pernah disandangJaclyn Victor tahun lalu.
Isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa itu turut melakar sejarahperibadi apabila lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia memenangi kategoriLagu Terbaik.
Komposer, penyanyi, pelakon dan pengarah tersohor, M Nasirmeneruskan kecemerlangan Siti apabila diumumkan sebagai Artis LelakiTerbaik manakala Noryn Aziz pula mengungguli kategori Artis Baru WanitaTerbaik. Tahun ini rezeki terus berpihak kepada Mawi apabila lagunyanyiannya, Kian ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Lukhman S, Kianmemenangi kategori Lagu Paling Popular, mengulangi kejayaan sama musimlalu. Mawi juga muncul sebagai Artis Lelaki Paling Popular, sekali gusmenewaskan Irwansyah, Taufik Batisah termasuk sifu M.Nasir dalamkategori itu.
Paling mengejutkan, kumpulan yang semakin meningkat naik diMalaysia, Sofaz mengungguli kategori Kumpulan Paling Popular. Satukeputusan di luar jangkaan kerana nama lain bertanding dalam kategoriini bukan calang-calang.
Artis berkumpulan nyata menjadi penyelamat maruah Indonesia apabilamereka mengungguli gelaran Terbaik iaitu Letto yang memenangi kategoriDuo/Kumpulan Baru Terbaik, Dewa 19 (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Samsonsyang memenangi anugerah Album Terbaik.
Acara hasil kerjasama MediaCorp Radio Warna 94.2fm, Ria 89.7fm danBeyond DBB Malaysia/Beyond Event turut memberi pengiktirafan kepadaKrisdayanti apabila dia dipilih sebagai penerima Anugerah Khas PlanetMuzik, manakala penyanyi lagi Hijau, Zainal Abidin menjadi penerimapertama Anugerah Cinta Planet Muzik atau sumbangan beliau menerusi lagunyanyiannya.
Bagi kategori yang dikhaskan untuk penggiat seni Singapura, bekasjuara Singapore Idol, Taufik Batisah mendominasi tiga daripada limaanugerah yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik (Usah Lepaskan), ArtisPaling Popular, Lagu Paling Popular (tempat kedua). Satu-satunya calontunggal Singapura yang memenangi anugerah Terbaik ialah Imran Ajmainmenerusi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik.
Barangkali, inilah keputusan yang amat ditunggu-tunggu selepasbeberapa tahun terpaksa tunduk dengan penguasaan artis dari Indonesiadalam anugerah yang menghimpunkan penggiat seni dari tiga negara ini.
Sewajarnya karyawan muzik Malaysia patut berbangga dengan pencapaianini kerana ketika di awal pencalonan di buka, Malaysia hanya menghantar66 penyertaan berbanding Indonesia sebanyak 247 penyertaan dan 120pencalonan dari Singapura.\


INFO
Senarai Pemenang APM 2007

Artis Lelaki Baru Terbaik: Imran Ajmain
Artis Wanita Baru Terbaik: Noryn Aziz
Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Letto
Artis Lelaki Terbaik: M. Nasir
Artis Wanita Terbaik: Datuk Siti Nurhaliza
Duo/Kumpulan Terbaik: Dewa 19
Lagu Terbaik: Biarlah Rahsia
Album Terbaik: Naluri Lelaki (Samsons)
Artis Lelaki Paling Popular: Mawi
Artis Wanita Paling Popular: Datuk Siti Nurhaliza
Kumpulan Paling Popular: Sofaz
Lagu Paling Popular: Kian

sumber: berita harian
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 03:00 PM | Show all posts
The Tailor抯 Day
By ESTHER CHANDRAN
Photos by SAMUEL ONG

                       
Smart: SitiNurhaliza(left) andZiana inLord抯 Tailor抯Power Suit forPowerfulWomen.
IT was broad daylight outside the Ritz Carlton Kuala Lumpur but withinits walls, a group of guests were dressed in stylish tuxedos andevening gowns.
They were attending the Lord抯 Tailor抯 33rd anniversary celebration.
The meaningful event on June 6 showed off this longstanding tailoringhouse抯 distinct cut as 16 male celebrities came handsomely dressed inmaster tailor Robert Loh抯 signature fit and style.
In the room were Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Arash, Ebi, AshrafSinclair, Awal, Vince, Rashidi Ishak, Aman, Dafi, Shawal, Steve Yap,Alan Yun, John Wong, Dylan and Andrew Tan.
For the team at Lord抯 Tailor, it was more than an anniversary, as they also celebrated the upcoming Father抯 Day.
The male celebrities looked smashing but the spotlight was on femalecelebrities like Datuk Siti Nurhaliza and Ziana Zain when they walkedin wearing crisp suits, introducing Lord抯 Tailor抯 Power Suit forPowerful Women.
                       
Looking goodFrom left) Aman,Yun and Yap in suitsby Lord抯 Tailor.
Director Lee Lee Loh said the Lord抯 Tailor brand wassynonymous with suits for men but it was taking a step to showcasefashionable suits for women.
She said celebrities were invited to be a part of the anniversarycelebrations to prove that Lord抯 Tailor remained relevant and stillcatered to the need of the ever changing fashion world, particularlythe younger generation.
Later, Siti rendered Aku Cinta Padamu, Can抰 Take My Eyes Off You and performed a duet with Tan, singing Yue Liang Dai Biao  Wo De Xin before calling on a few entertainment journalists to join her on stage to sing Teman Tapi Mesra, Pupus and Pudar.
She also performed with Ziana.
Lord抯 Tailor抯 fame can be traced back to 1975 when Kuala Lumpur hosted the fight between Muhammad Ali and Joe Bugner.
After the staff at Hilton Hotel recommended Ali to the tailor for a suit, business was brisk due to the publicity gained.

source: the star online

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 05:54 PM | Show all posts
Video Menanti Pasti jalani penggambaran di Jakarta

[size=-2]
HEDY mengawasi sudut penggambaran video klip lakonan Siti.


GELARAN isteri bukan satu escapism untuk Datuk Siti Nurhaliza duduk bersenang lenang.

Terbaru, penyanyi itu sekali lagi menggunakan khidmat pengarah Indonesia bagi menyempurnakan pembikinan klip video terbarunya.

Lagu Menanti Pasti ciptaan Ajai bersama Abie, adalah salah sebuah laguyang dimuatkan dalam album Kayangan The Soundtrack terbitan Wake TheBaby Records dan Raden Pictures Sdn Bhd, edaran Maestro Records. Iamemuatkan sejumlah lagu untuk filem Kayangan lakonan Nurfazura danTeuku Zacky yang bakal menemui penonton di pawagam tempatan Ogos ini.

[size=-2]AJAI bersama Tunku Mimi,
Aneke dan Miler.


SelainSiti, penyanyi lain yang turut terbabit dalam album berkenaan ialahAjai, Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Wahman, Ning Baizura, Siti Sarah,Zahif AF, Farah AF, Shazzy, Sad Angry Babies dan Syed Azmir.

Memilih sebuah villa, Morocan House beralamat di Jalan Indera 5,Menteng, Jakarta, sebagai lokasinya, klip video berkenaan menyaksikanSiti sekali bagai berada di alam fantasi. Ia hasil kerja pengarah, HedySuriawan. Inilah kali pertama penyanyi Bukan Cinta Biasa itubekerjasama dengan Hedy.

Sebelum ini, Siti pernah menggunakan khidmat Rizal Manthovani dan LasjaFauzia menghasilkan klip videonya seperti Bicara Manis Menghiris Kalbu,Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Nirmala dan Seindah Biasa.

Diakui antara formula beliau terus mempertahankan namanya di tanggateratas ialah sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminatnya, Sititidak menolak permintaan penerbit album Kayangan The Soundtrack yangmahu menggunakan khidmat Hedy Suriawan.

揃ekerjasama dengan produksi Malaysia atau Indonesia tidak jauh berbezacuma mereka bekerja agak pantas. Industri pembikinan klip video direpublik ini terlalu luas,
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 07:56 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza nafi dipukul suamiKUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2007 06:04 AM | Show all posts
Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diujiOleh: NIEZAM ABDULLAH
RAMAI peminat yang terkejut dan ramai juga yang tertanya-tanya.Benarkah dakwaan mengatakan Datuk Siti Nurhaliza, 28, dipukul olehsuaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 48?
Khidmat pesanan ringkas (SMS) mula tersebar pada petang Jumaat 13Julai lalu mengatakan penyanyi kebanggaan negara itu terlantar dihospital akibat kejadian tersebut.
Percaya atau tidak sekiranya benar Siti dimasukkan ke hospital,tidak kiralah atas apa kejadian sekalipun tentunya berita itu akantersebar dengan cepat termasuklah menyatakan lokasi sebenar di mana diaditempatkan.
Malangnya pada hari dakwaan itu tersebar, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh manakah benarnya desas-desus itu.
Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila Siti sendiri membuatkenyataan mengatakan dia sihat dan bahagia di samping suami tercinta.
憫Itu semua fitnah untuk menjatuhkan Siti,拻 kata wanita itu mengulas kejadian berkenaan.
Hakikat yang perlu kita semua terima rumah tangga penyanyi itu diuji lagi.
Benarlah kata orang, bukannya mudah menjadi seorang Siti Nurhaliza.
Walaupun mampu menguntum senyuman pada setiap masa namun di dalam hatinya menangis pilu tiada siapa yang tahu.

* Tempuhi dugaan
Sukar menjadi seorang Siti yang terpaksa menempuh pelbagai dugaansejak mula menjadi artis sehinggalah diijabkabulkan sebagai isterikepada ahli perniagaan itu.
Kami di meja Pancaindera juga tidak terlepas daripada menerima dakwaan tidak berasas sedemikian.
Talian telefon berdering-dering daripada peminat yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.
Mustahil orang secantik dan lemah-lembut seperti Siti hendak dipukuloleh suaminya sebegitu rupa? Tetapi hakikatnya itulah dinamakan fitnah.
Baru saja reda kes seorang remaja, Muhammed Kasheef HarrisSivapatham yang mendakwa dipukul Datuk K pada 17 Mac lalu, tiba-tibatimbul pula fitnah baru yang dilakukan untuk melingkupkan kerjaya Siti.
Kata Siti, pada malam kejadian dia bersama suaminya menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kuala Lumpur.
Malah Siti dan Datuk K sendiri terkejut selain turut menerima pertanyaan serupa daripada saudara-mara dan teman rapat mereka.
Sehari selepas berita palsu itu tersebar, kedua mereka berlepas ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama.
Program Melodi terbitan TV3 Ahad lalu berjaya menghubungi keduapasangan itu secara langsung untuk memuaskan hati orang ramai terhadappersoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka.
憫Kami berada di Bali pada ketika ini dan turut terkejut denganberita itu,拻 kata Siti semasa ditemu bual pengacara Farah Fauzana Ahadlalu.
* Mengambil tindakan
Ternyata kecewa dengan dugaan sedemikian, Siti dan Datuk K tidak adapilihan lain sebaliknya ingin mengambil tindakan terhadap mereka yangmenyebarkan fitnah.
憫Semakin kami diam, semakin menjadi-jadi fitnah terhadap kami.
憫Kami berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapmereka yang cuba menaburkan fitnah tersebut,拻 kata Datuk K dalam satusidang media di Petaling Jaya, Selasa lalu.
Siti pula menganggap dakwaan tersebut yang turut mengatakan keadaandirinya cedera parah merupakan satu fitnah yang paling hebat selepasdia mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.
Fitnah itu memberi kesan yang amat besar terhadap Siti kerana akuinya, banyak hati yang perlu dia jaga.
Sekiranya perkara yang tidak berasas itu terus tersebar pada masaakan datang, tentunya rumah tangga dan kebahagiaan yang diimpikan dalamhidup Siti selama ini tidak akan tercapai.
憫Sepanjang berumah tangga, kami tidak pernah ada masalah dan jugatidak pernah bergaduh. Saya gembira kerana mendapat suami yang memahamitetapi saya benar-benar terkilan terhadap fitnah yang dilemparkan,拻katanya.
Selagi ada umat yang bernama manusia, fitnah itu akan terus berlaku.Itulah hakikat tidak semua manusia yang dapat berkongsi gembira dengankesenangan dan kebahagiaan orang lain.
Maka disebarkan fitnah untuk meruntuhkan kegembiraan dan kebahagiaan itu.
Siti dan Datuk K di antara pasangan yang dilanda ujian tersebut.
Apa yang penting dalam diri setiap manusia itu turut dikurniakan kesabaran.
Dalam menempuh ujian itu, Siti dan Datuk K perlulah banyak bersabar kerana ia sebahagian daripada iman.

sumber: utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 04:09 AM | Show all posts
Musical about P. Ramlee's life By : B. Dharshini
Email to friend        Print article
[table][tr][td]
Datuk Siti Nurhaliza will make her acting debut in 慠emy ...Kisah P. Ramlee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 06:39 PM | Show all posts
Jaga hati Siti Oleh Zul Husni Abdul Hamid

[size=-2]
DITEMUI: Tiara (tengah) bersama barisan pelakon utama
dan tenaga produksi muzikal Remy
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 06:41 PM | Show all posts
Remy
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 03:09 AM | Show all posts
August 07, 2007 23:50 PM                                                     
                 Eight To Compete In RTM's "Idola Patriotik" Contest
               
                KUALA LUMPUR, Aug 7 (Bernama) -- Eight young Malaysians will take partin the final of RTM's patriotic singing contest, "Idola Patriotik2007", to be telecast live from Angkasapuri at 8.30pm on Friday.

Broadcasting deputy director-general (Programmes) Datuk AdilahShek Omar said the contest was organised to provide a platform foryoung people to foster love for the country by singing patriotic songs.

"It is also to add joy and merriment to the country's 50thindependence celebration as well as instil patriotism among the younggeneration," she told reporters here today.

"The patriotic spirit can be nurtured through songs whereunderstanding of the songs can instil love for the country," she added.

The eight finalists are Zalina Kassim, 25, Emil Hamlyn ak PaulDiring, 28, Muhaimin Azzahan, 20, Rosmawati Mat Dali, 28, SyaifanaMuhamed Subri, 21, Ahmad Falah Ahmad Bassim, 22, Fadzirul Nidzam Ishak,27, and Farah Nabilla Noor Anuar, 27.

The "Idola Patriotik 2007" singing contest received encouragingresponse with more than 1,000 participants nationwide with 26 selectedfor the semi-final.

Besides a trophy and certificate each for the winners, the firstprize winner will receive RM10,000, the runner-up RM5,000 and the thirdplaced RM3,000. There will also be consolation prizes of RM500 each.

  Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi will give away the prizes.

The audience will also be entertained by artistes like IzwanPilus, Azharina Azhar, Victor Lee, Banumitha, Siti Sarah, Nora and aspecial appearance by Datuk Siti Nurhaliza.

  -- BERNAMA

[ Last edited by  calmille at 8-8-2007 03:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 06:39 PM | Show all posts
Home News in Brief: Foundation抯 charity dinner

Email to friend        Print article

KUALA LUMPUR: The Malaysian Jusco Foundation is organising a dinner toraise funds to build a second Rumah Tunas Harapan for underprivilegedchildren. The dinner will be attended by DeputyInformation Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi as a guest and theentertainers include singer Datuk Siti Nurhaliza and comedians MoeAlkaff and Phua Chu Kang.The dinner on Aug 15 at 7pm will be held atthe Grand Ballroom Sunway Lagoon Resort Hotel with the theme "A JourneyInto The Wild". More information is available at 012-6049233 (Azahary);012-3269737 (Wai Foon) or at 03-7848 3384.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 06:51 AM | Show all posts
Biarlah Siti Nurhaliza berlakon

Kecoh juga satu negara bila penyanyi Datuk Siti Nurhaliza buat keputusan untuk muncul dalam teater My Name Is...Remy. Dalam teater itu, Siti muncul sebagai Azizah, wanita yang dipuja oleh P. Ramlee dalam lagu popularnya.

Banyak yang tak tahu kemunculan Siti hanya dalam beberapa babak saja. Bukan macam yang disangka orang. Macam kecoh benarlah tu bila Siti Nurhaliza berlakon. Siti Nurhaliza membuat kemunculan khas dan bukannya berlakon dalam erti kata berlakon sebenarnya.

Anggapkan hiruk-pikuk ini sebagai promosi awal untuk teater ini. Jangan pula ada yang kecewa selepas ini sudahlah. Kita kena ingat bukan semua orang muncul di atas pentas teater menunjukkan dia berlakon. Tidak semua orang berlakon walaupun dia menganggap sudah berlakon.

Berlakon daripada pengertian yang lebih luas bukanlah muncul dan hilang. Macam dalam filem, banyaknya bukan pelakon tetapi pembaca skrip.

Jadi, kalau nak tengok Siti Nurhaliza di atas pentas datanglah beramai-ramai.

sumber: utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 06:51 AM | Show all posts
Siti tunai haji

PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza akan mengerjakan ibadah haji hujungtahun ini. Itu hampir pasti. Walaupun kenyataan itu tidak keluarsendiri daripada mulut penyanyi itu, ada yang sampaikan kepada Joyahmengenai kesahihannya.

揝iti dan suami akan mengerjakan haji tahun ini setelah berkali-kalimengerjakan umrah,拻 kata sumber berkenaan. Baguslah kalau macam itu.Sudah ada duit buat apa tunggu lagi. Lakukanlah yang wajib, yangdituntut oleh agama.
Ada yang tanya Joyah lepas balik haji dan bergelar hajah nantibagaimana imej Siti. Apakah Siti akan memilih untuk bertudung litup.
Tak salah Joyah Siti pernah berjanji akan mengenakan tudung dikepala sebaik saja dia bergelar hajah. Tentu wajah Siti akan semakinjelita dan berseri-seri lagi. Peminat pun mesti bertambah sayang.


sumber: utusan malaysia online

[ Last edited by  calmille at 12-8-2007 06:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 11:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 02:57 AM | Show all posts
             PM To Officiate At Climax Of 'Gegar U' In Penang
               
                PENANG, Aug 14 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi is expected to officiate at the climax of the "Gegar U" (RumbleU) programme this Saturday at the Penang International Sports Arena.

Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said 14 public higherlearning institutions took part in the programme held at five locationssince May, organised by Yayasan Budi Penyayang and the Higher EducationMinistry, in conjunction with Malaysia's 50th independence celebrations.

He said several activities, including a photography competitiondepicting unity, a unity exhibition, and music and message writingcompetitions, would be held at the coming three-day event beginning onSaturday.

"Some 5,000 students are involved in collecting unity messages tobe handed over to the Prime Minister on the night of Aug 18. We targetto collect one million messages," Koh added at a press conference heretoday.

  "The winner of the message writing competition will receive a Naza Sutera car."

Koh said a concert would also be held on the same night withartistes like Datuk Siti Nurhaliza, Def Gab C and Aznil Nawawiperforming.

Meanwhile, at another function, state Traffic Management,Information and Community Relations Committee chairman, Datuk Dr TengHock Nan said Deputy Chief Minister Datuk Seri Abdul Rashid Abdullahwould launch the state-level Merdeka Month celebrations and "Fly theJalur Gemilang" campaign at the Queensbay Mall in Bayan Lepas thisFriday.

He said to add merriment to the month-long celebrations, variousevents were being organised, including the Rukun Tetangga-level JalurGemilang decoration contest and the Merdeka Quiz by the Mutiara FMradio channel.

The state government had also printed 50,000 Jalur Gemilangvehicle stickers which would be distributed to the public from thisFriday, he added.

  -- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2007 05:50 PM | Show all posts
Siti sedia jadi ibu




Rap
BEGITU pantas masa berlalu, diam tak diam sudahsetahun Datuk Siti Nurhaliza, 28, melayari bahtera rumah tangga bersamasuami, Datuk Khalid Mohd Jiwa, 48, atau Datuk K.
Tidak pernah mungkir janji

BEGITU pantas masa berlalu,diam tak diam sudah setahun Datuk Siti Nurhaliza, 28, melayari bahterarumah tangga bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa, 48, atau Datuk K.

Terasaseperti baru semalam Siti melangsungkan pernikahan di Masjid WilayahPersekutuan yang turut disaksikan seluruh rakyat Malaysia menerusisiaran langsung pada 21 Ogos, tahun lalu diikuti persandingangilang-gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos.

Jikamajlis perkahwinan itu Siti dan Datuk K melantik perancang perkahwinanbagi memastikan majlis berjalan lancar, tentunya majlis ulang tahunpertama perkahwinan mereka, turut diraikan bersama keluarga rakan danpeminat dalam majlis istimewa.

"Alhamdulillah, perkahwinan saya berjalan dengan baik walaupun baru setahun jagung.

Tapi saya sedar masih jauh perjalanan yang harus ditempuh.

Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilindungi dan diberkati.

"Sebagai tanda kesyukuran, saya ingin meraikan ulang tahun pertama perkahwinan ini dengan majlis doa selamat.

Ada juga hasrat buat majlis khas tapi masih difikirkan lagi.

"Insya-Allah,kalau jadi nanti saya tidak akan lupakan pihak media untuk sama-samameraikan hari itu," katanya ketika ditemui selepas menjayakanpersembahan sempena Malam Gala Jusco di Sunway, baru-baru ini.





Apapun, kata Siti, buat masa ini dia dan suami belum ada rezekimenimang cahaya mata, tetapi mereka sekeluarga gembira kerana barumenyambut kehadiran orang baru. Kakak iparnya, Rozie Abdul Razak,melahirkan anak perempuan, Puteri Siti Nurinsyirah Dania, pada 19 Julailalu.




Katanya, kesibukan memenuhi undangan menyanyi dan juga berlakonteater muzikal Remy...Kisah P Ramlee yang akan dipentaskan di IstanaBudaya pada 19 Oktober ini, bukan alasan menangguhkan hasrat mempunyaianak.

"Saya memang sudah bersedia menerima kehadiran anak sebaiksaja berkahwin dan tidak pernah menjadikan kesibukan aktiviti senisebagai alasan untuk menangguhkannya.

"Tapi buat masa ini memangbelum ada rezeki lagi. Lagi pun kalau peringkat awal kehamilan, rasanyabukan satu masalah untuk terus menyanyi atau berlakon teater," katanya.

Mengenaipembabitannya dalam Remy...Kisah P Ramlee melalui watak Azizah, Sitiberkata, dia sudah menjalani latihan bersama Pengarah bersama teateritu, Zahim Albakri, khusus membimbingnya cara berlakon dengan betulterutama pengucapan dialog.

Siti mengakui bukan mudah berlakonteater kerana lontaran suara perlu lantang, tetapi Zahim sabar mengasahbakat Siti dengan memintanya melontarkan suaranya sehabis mungkin.

"Rasanyasudah cukup kuat, tetapi Zahim kata itu belum cukup. Berlakonmemerlukan saya berdialog dengan emosi bersama gerak badan. Saya jugaakan menyanyikan satu lagu dalam teater ini, tetapi judulnya masihdalam cadangan.

"Saya juga tertarik dengan skrip Remy...Kisah P Ramlee yang ditulis Adlin Aman Ramli yang juga pengarah teater ini.

Azizah digambarkan sebagai gadis yang menjadi sumber inspirasi P Ramlee dalam berkarya.

"Merekakenal sejak kecil di Pulau Pinang tetapi terpaksa berpisah apabila PRamlee mahu mengejar cita-cita menjadi pelakon terkenal di Singapura.Walaupun begitu, Azizah tetap dalam ingatan P Ramlee walaupun selepasberkahwin dengan Saloma," katanya.

Mengenai bayaran lumayan yangditawarkan Enfiniti Productions Sdn Bhd kepadanya, Siti menyatakanbukan harga atau wang ringgit yang dikejarnya apabila menerima tawaranitu, sebaliknya mahu mengutip pengalaman kerana pertama kali berlakonteater.

Penyanyi yang mula popular menerusi lagu JeratPercintaan ini menafikan dia melanggar janjinya kepada peminat yang diatidak berminat menceburi bidang lakonan.

Siti berkata, sebelumini dia bukan tidak mahu berlakon, tetapi mengatakan belum bersediamencuba bidang itu dan mahu menumpukan perhatian kepada nyanyian.

"Saya juga pernah mengatakan berminat dengan teater muzikal tetapi belum ada peluang yang dirasakan sesuai.

Ternyata,selepas menjayakan konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P Ramlee danSaloma di Istana Budaya, ada pula tawaran menjayakan teater muzikalmengenai P Ramlee.

"Suami juga merestui, malah ketika menghadiribengkel dianjurkan Datin Seri Tiara Jacquelina, suami turut hadir dandia seronok melihat pementasan yang dilakukan peserta bengkel," katanya.

DutaYayasan Jusco Malaysia ini juga berbangga kerana diundang kali keempatmenjayakan majlis makan malam Jusco bertujuan mengutip dana membinarumah kedua Rumah Tunas Harapan yang akan menempatkan anakanak yatim.

Majlismakan malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan Moe Alkaff danPhua Chu Kang. Mereka menghiburkan tetamu dengan telatah lucu merekamanakala Siti melalui lagu-lagu popular dendangannya.

Persembahan Siti yang bermula kira-kira jam 9.40 malam itu dimulakan dengan lagu rancak, Destinasi Cinta.

Siti mengejutkan penonton apabila muncul dari pintu Grand Ballroom, Hotel Sunway Resort.

"Hariini saya gembira kerana berpeluang menjayakan makan malam Jusco buatkali keempat. Untuk lagu seterusnya, saya ingin sampaikan lagu yangselalu saya nyanyikan setiap kali berjumpa anak yatim dalam majlisanjuran Yayasan Jusco Malaysia. Ia juga lagu tema Jusco, With All OurHeart," katanya.

Lagu lain yang turut menjadi pilihan Siti,rangkaian lagu popular kumpulan Indonesia, Samsons, Kenangan Terindahdan Bukan Diriku, rangkaian lagu lama, Tunggu Sekejap dan SejakkuBertemu Padamu serta Aku Cinta Padamu.

Sebagai menghargaikehadiran Pengarah Urusan AEON Co (M) Sdn Bhd, Nagahisa Oyama, Sitimenyampaikan lagu Jepun dan tidak lupa lagu Inggeris, I Will AlwaysLove You. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, DatukKamaruddin Siarap dan Pengerusi AEON, Datuk Abdullah Yusof.

Bagaimanapun,persembahan Siti malam itu kurang bertenaga berbanding persembahannyasebelum ini hingga ada yang membuat andaian kemungkinan Siti mengandung.

LaguI Will Always Love You yang pernah dinyanyikan Siti dalam satu konsertmini khusus untuk penggguna Olay tidak lama dulu, tidak benar-benarmenyerlahkan vokalnya sebagaimana ketika konsert itu. Begitu jugaketika menyampaikan rangkaian lagu Samsons.

Apapun, pada malamitu penganjur, AEON berjaya mengumpul RM750,000 hasil jualan 112 meja(35 meja emas dan 79 meja merah) masing-masing berharga RM10,000 danRM5,000. Sebanyak RM400,000 daripada kutipan itu akan digunakan untukmembina dan menguruskan Rumah Tunas Harapan.

Rumah pertama,Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati di Bukit Beruntung, Rawang dibinatahun lalu dan kini menempatkan lapan anak yatim di bawah jagaan ibubapa angkat.


sumber: harian metro
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 07:11 AM | Show all posts
Datuk K suka Siti bertudung

Sejuk hati Joyah bila dengar penyanyi popular Datuk Siti Nurhalizabakal bertudung tak lama lagi. Kata Siti, dia akan memakai tudungsebaik bergelar hajah tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, Sitidan suami akan mengerjakan ibadah haji penghujung tahun ini.
Hasrat untuk menunaikan ibadah haji sudah sekian lama terpendam,cuma pada tahun ini saja ia bakal menjadi kenyataan. Kata orang, serusudah sampai.
Hasrat Siti untuk mengenakan tudung itu disambut dengan begitu baikoleh suaminya. Tak lama dulu Siti pernah membisikkan ke telinga kawanJoyah bahawa Datuk K memang suka kalau isterinya itu bertudung.
Malah Datuk K memberi restu kalau Siti mahu memakai tudung sebaik saja menjadi isterinya  tahun lalu.
揇atuk memang suka sangat kalau Siti bertudung. Tetapi masa itu Sititerikat dengan banyak benda lagi, tak bolehlah. Pada Siti, biarlah niatbertudung tu datang dari hati Siti sendiri, barulah lebih afdal,攌atanya kepada teman Joyah.
Semoga apa yang dicitakan Siti dan suami menjadi kenyataan. Memangtak ada yang pelik, tak ada yang ganjilnya cerita Siti Nurhalizabertudung ini.
Malah Joyah percaya kecantikan dan keanggunan Siti juga tidak akanterjejas gara-gara tudung. Malah Joyah percaya saham Siti juga akansemakin menjulang dan disayangi peminat dengan imej sedemikian.

sumber: utusan malaysia online
                                       
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 07:12 AM | Show all posts
Siti sedia jadi ibu

Rap
BEGITU pantas masa berlalu, diam tak diam sudahsetahun Datuk Siti Nurhaliza, 28, melayari bahtera rumah tangga bersamasuami, Datuk Khalid Mohd Jiwa, 48, atau Datuk K.
Tidak pernah mungkir janji
BEGITU pantas masa berlalu, diam tak diam sudah setahun Datuk SitiNurhaliza, 28, melayari bahtera rumah tangga bersama suami, DatukKhalid Mohd Jiwa, 48, atau Datuk K.
Terasa seperti baru semalam Siti melangsungkan pernikahan di MasjidWilayah Persekutuan yang turut disaksikan seluruh rakyat Malaysiamenerusi siaran langsung pada 21 Ogos, tahun lalu diikuti persandingangilang-gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos.
Jika majlis perkahwinan itu Siti dan Datuk K melantik perancangperkahwinan bagi memastikan majlis berjalan lancar, tentunya majlisulang tahun pertama perkahwinan mereka, turut diraikan bersama keluargarakan dan peminat dalam majlis istimewa.
揂lhamdulillah, perkahwinan saya berjalan dengan baik walaupun baru setahun jagung.
Tapi saya sedar masih jauh perjalanan yang harus ditempuh.
Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilindungi dan diberkati.
揝ebagai tanda kesyukuran, saya ingin meraikan ulang tahun pertama perkahwinan ini dengan majlis doa selamat.
Ada juga hasrat buat majlis khas tapi masih difikirkan lagi.
揑nsya-Allah, kalau jadi nanti saya tidak akan lupakan pihak mediauntuk sama-sama meraikan hari itu,
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 05:53 AM | Show all posts
Barangan mewah untuk kepuasan diri - Siti Nurhaliza

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL


SITI Nurhaliza bersama dompet jenis M. Vernis Viennois.

APABILA sebut sahaja barangan mewah, pasti ramai yang mengetahui iamerupakan produk yang mampu dimiliki oleh mereka yang berada sahaja.
Bagaimanapun, perkembangan bidang seni tanah air telah membolehkangolongan artis juga memiliki barangan mewah kerana pendapatan merekayang semakin lumayan.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin misalnyamerupakan antara mereka yang meminati barangan berjenama mewah danantara jenama pilihannya ialah Louis Vuitton (LV).
Siti dan LV dilihat seperti tidak dapat dipisahkan. Mengapadikatakan demikian? Jenama mewah itu sering kali dikaitkan dengan SitiNurhaliza kerana beliau merupakan antara selebriti tempatan yang kerapmenggunakan barangan daripada jenama berkenaan.
Dengan statusnya kini dan menjadi anak seni selama hampir 11 tahun,tidak mustahil dia mampu untuk memiliki barangan berjenama mewah. Hatisering juga tertanya, berapa jumlah yang Siti habiskan untuk membelisebuah beg? Berapa koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakahbarangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?
Dalam satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh Key Message PublicRelations Sdn. Bhd., yang mewakili pihak Olay di butik LV yang terletakdi Starhill Gallery, Kuala Lumpur, segala persoalan yang bermain difikiran akhirnya terlerai apabila Siti membuka rahsia tentang cintanyaterhadap barangan LV.
Kata Siti, orang pertama yang memperkenalkan jenama LV kepadanya adalah penyanyi bersuara lantang iaitu Ziana Zain.
揝aya masih ingat lagi kata-kata Kak Ziana yang mengatakan kitasebagai artis, bekerja keras untuk menghiburkan peminat. Jadi, apasalahnya, korbankan sikit wang ringgit untuk memiliki baranganberjenama mewah ini. Bukan untuk siapa pun tetapi untuk kepuasan dirisendiri,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.110737 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list