CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
Post time 9-11-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 31-10-2019 02:39 PM
next story baru tulis intro, sekali mata pulak dah overheat...merah2. Doktor bagi arahan kuarantin,  ...

Cepat sembuh john. Lepas tu boleh cepat update story
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2019 11:19 AM | Show all posts
Zaman sekarang ni berbeza dengan zaman dahulu…dulu rumahnya jauh2, sekarang ni sebelah2 je dalam taman perumahan ataupun di flat, apartment atau kondo. Jadi zaman sekarang tak menjadi hairan kalau tiba2 terdengar suara bayi menangis malam2, sah2 anak jiran. Yang menjadi hairan kalau zaman sekarang ni tiba2 ada manusia melolong, “aaauuuuwwwwwooooo…”. Itulah yang terjadi pada insan durjana yang bernama Fendi.

Kisahnya bermula apabila aku menerima khabar yang agak kurang baik, iaitu Fendi pulang ke Malaysia. Walaupun dia dah tak ada benda yang bukan2 melekat dengan dia, tapi trauma dari kejadian2 dulu tu masih dirasai oleh kawan2 rapatnya. Antara yang menjadi mangsa panggilan dari Fendi masa tu, ialah aku.

Fendi: John, aku dah balik Malaysia. Apa program kita? Jomla lepak2.
Aku: Wah wah…dah lama duk obersea, balik sini tak reti bagi salam dah?
Fendi: Hehehe…assalamualaikum
Aku: Wa’alaikummusalam…kejadahnya kau ajak aku melepak? Baik la kau bawak anak bini kau jalan2 (cobaan pertama aku nak mengelak)
Fendi: Mak aku bawak diorang jalan2, nak melayan cucu katanya
Aku: …… (dalam hati: gagal pulak). Kenapa kau tak ikut?
Fendi: Alah…bukan tak biasa jalan2 dengan diorang. Dengan kawan2 je yang aku dah lama tak lepak, borak2.
Aku: ……kau tak call Ramli ke?
Fendi: Aku banyak kali try call tapi tak dapat, dia dah tukar nombor ke?
Aku: …… (dalam hati: jimbet punya Ramli). Dia ada hal kot? Aku pun sebenarnya ada hal jugak esok ni, Jawe ajak aku teman dia kat kampong, ada sedare dia dah nazak. (cobaan kedua)
Fendi: Hah…jadi lah tu. Kita jalan2 adventure macam dulu2.
Aku: ………

Disebabkan aku gagal menghalang budak bertuah ni dari ikut aku ke kampong si Jawe, maka bermulalah pengembaraan karut kami pada weekend terakhir cuti 3 hari tempoh hari. Di dalam kereta aku mendengar sajalah cerita2 karut dari Fendi.


Cerita Karut 1

Fendi: Kau tau tak pernah satu malam tu aku keluar nak beli kicap (kau ingat kau kat Malaysia ke?), sekali aku nampak ada banyak hantu2 mat saleh ni kat kawasan perumahan.
Aku: Aik? Kau boleh nampak hantu ke?
Fendi: Eh? Aku kan memang boleh nampak?
Aku: Kau tu tak tau nak beza hantu dengan orang.
Fendi: Eh? Apahal pulak…betul lah aku tengok tu hantu.
Aku: Hah…ape hantu tu buat? (malas nak layan)
Fendi: Diorang mintak gula2 dari rumah ke rumah. Eh…hantu makan gula2 ek?
Aku: Kemende lah cerita kau ni Fendi ooooiiii (dalam hati: apelah dosa aku?)


Cerita Karut 2

Fendi: Ok, cerita kali ni mesti seram punye
Aku: Haish…panjang betul perjalanan aku kali ni…hah? Ape ceritenye?
Fendi: Cerita suster ngesot
Aku: Woii…tak payah la nak cerita dari DVD yang kau tengok…jenuh lah aku nak mendengar.
Fendi: Kau ni asyik nak bangkang je? Apa kata kau je yang cerita?
Aku: Tiba2 aku yang drive ni pulak kena bercerite…jap aku fikir.

Memancing

Cerita ni aku dapat masa lepak2 di rumah Pak Mud dulu, masa tu arwahnya masih ada lagi lah. Pak Mud ni memang kaki pancing, kadang2 2, 3 hari tak balik rumah sebab pergi memancing dengan bot buatannya sendiri yang terletak di parit belakang rumahnya. Dari parit tersebut, dia menyusur sehingga bertemu dengan open water dan seterusnya ke sungai.

Aku pada awalnya tak tau pasal laluan parit belakang rumah Pak Mud tu, orang tua tu pula nyadin je ngajak aku ngikut dia. Rupa2nya 2 hari aku sangkut…ajer penat. Korang jangan tanyalah macam mana basic living kitorang masa tu, I’ve done things I’m not proud of

Suatu hari tu tengah aku lepak2 kat rumah Pak Mud sambil makan kacang soya goreng (sedap jugak arwah buat sendiri), dia berceritalah kat aku yang masa dia muda dulu, dia pernah mempaksa relakan 2 orang adiknya, Arshad dan Rahmat ikut dia pergi memancing. Adik dia 2 orang tu bukanlah kaki pancing seperti Pak Mud, tapi diorang memang ada bot sendiri yang biasa digunakan untuk mengangkut barang dan juga sebagai pengangkutan harian mereka.

Persiapan dibuat rapi oleh mereka bertiga, manakala umpan pula dicari berhampiran dengan reban ayam rumah Pak Mud. Kemudiannya mereka berangkat secara konvoi 2 sampan. Dulunya mereka hanya menggunakan enjin yang agak basic sahaja. Sewaktu aku dikidnap oleh Pak Mud ikut dia memancing dulu, dia dah guna enjin Subaru. Modified sendiri jadi enjin bot siap dengan propellernya.

Dari segi pemandangan perjalanan sampan tu agak cantik juga, pokok2 rimbun, kadang2 ular berbelang melintas dan tak kurang juga kadang2 orang tua mancung (buaya) gesel2 kat tepi bot. Setelah kurang lebih 3 jam perjalanan, mereka pun tiba ke laut tetapi tidaklah jauh dari muara sungai. Begitulah kebrutalan Pak Mud, aku pun pernah nyaris nak sampai ke pulau dibawanya.

“Mat, aku rasa kita pancing di sini saja…kalau dapat merase ikan laut pun sedap juge. Asyik2 ikan darat je”, kata Pak Mud kepada adiknya Rahmat sambil memperlahankan botnya dan kemudiannya menutup enjinnya. Manakala Arshad yang menyusur di belakang bot Pak Mud tadi memperlahankan botnya dan berhenti di sebelah bot Pak Mud.

“Bang Mud, betul ke kite nak mancing kat sini? Aku tengok lain macam je laut ni?”, Arshad memberitahu Pak Mud sambil matanya melilau melihat sekelilingnya.


“Lain macam kemendenya? Ada saje ler kamu ni…kabor je ler kamu nak pergi menyungkit. Lain macam konon”, Pak Mud memerli adiknya Arshad yang tak habis2 nak berdating sahaja dengan tunangnya di Slim River.


“Hishh…ade ke situ pulak Bang Mud ni……haish…lantoknye ler. Moh kite mula mancing”, jawap Arshad yang agak ralat kerana perasaannya itu telah disalah ertikan oleh abangnya. Pak Mud sewaktu zaman mudanya memang agak keras orangnya.

Rahmat pula jenis yang tidak banyak bercakap, dia hanya melayan saja karenah abangnya itu. Nak dilawan, nanti menggelegak pula darah yang tak berapa nak muda Pak Mud itu nanti. Hari pula sudah semakin redup kerana sudah menjelang petang.

Tidak sampai 5 minit Rahmat melemparkan jorannya, umpannya sudah mengena. Dia pun bersemangat coba menaikkan ikan yang sangkut pada umpannya. “Wah…ikan siakap ni. Rezeki kau ler, Mat…ni yang aku tak sabor2 ni”, ujar Pak Mud kepada adiknya dan Rahmat. Mereka hanya tersenyum mendengar kata2 abangnya itu.

Tidak lama kemudian Arshad pula mendapat ikan siakap. Selang beberapa ketika, umpan Pak Mud pun mengena juga, ikan kerapu dinaikkannya. Satu demi satu ikan dinaikkan mereka, sehinggalah mereka beberapa kali menaikkan ikan merah, baharulah timbul perasaan kurang senang pada diri Pak Mud. Dia termenung sebentar dan terfikir, terlalu mudah mereka menaikkan ikan2 high end ini sedangkan pancing dan umpan yang digunakan mereka biasa2 sahaja.

Belum habis Pak Mud memikirkan apa yang sedang dialami oleh mereka, tiba2 Arshad memanggilnya, “Bang Mud..! Kenapa tiba2 berkabus ni?”. Pak Mud yang terkejut itu bingkas bangun dan melihat sekeliling bot mereka.

“Tidak masuk akal berkabus di waktu petang begini…bukannya kami memancing di Cameron Highland”, bisik hati Pak Mud. Lantas dia pun memberikan arahan kepada kedua2 adiknya, “Shad, Mat…moh kite beransur. Ade benda yang tak kena ni”.

Melihatkan muka Pak Mud yang semakin pucat, Arshad dan Rahmat pun segera menghidupkan enjin bot di kedua2 sampan itu dan memusingkan bot mereka menuju ke muara sungai. Tiba2 kedengaran suara menegur mereka, “takkan nak balik dah..?”. Suara tersebut membuatkan bulu mereka berdiri tegak. Siapa pula lagi yang bersama dengan mereka?

Pak Mud perlahan2 menoleh ke arah suara tersebut, sekujur tubuh sedang berdiri di atas permukaan air. Wajahnya berbulu2 dan mulutnya pula menyeringai sambil memerhatikan mereka bertiga. Pak Mud jatuh terduduk dan berundur ke bahagian hadapan bot sambil mulutnya beristighfar.

Manakala mulut Rahmat pula berkumat kamit membacakan sesuatu, sehinggalah mereka keluar dari kawasan berkabus tersebut dan kemudiannya dia melafazkan, alhamdulillah sambil mengukirkan senyuman ke arah Pak Mud. Ketika itu Pak Mud tidak menyangka adiknya itu mampu melepaskan mereka dari situasi tersebut. Benarlah seperti yang dikatakan orang2 dahulu, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.



Bersambung…



Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 03:39 PM | Show all posts
Best...! ... memang dinantikan cerita dari TT ..  Tq Tq Tq !
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-11-2019 11:19 AM
Zaman sekarang ni berbeza dengan zaman dahulu…dulu rumahnya jauh2, sekarang ni sebelah2 je dalam ta ...

Makhluk penunggu sungai ke apa tu?

Waiting for sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:57 AM | Show all posts
doubleA replied at 19-11-2019 10:19 AM
Makhluk penunggu sungai ke apa tu?

Waiting for sambungan....

itu jin yg sama makan ikan si Badang itu hari..










aku teka jek..jgn ler maroh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 19-11-2019 10:57 AM
itu jin yg sama makan ikan si Badang itu hari..



Tak marah aih

Senda gurau sementara tunggu john update sambungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2019 10:34 AM | Show all posts
part cerita karut 1 fendi tu mesti masa haloween...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:51 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-11-2019 11:19 AM
Zaman sekarang ni berbeza dengan zaman dahulu…dulu rumahnya jauh2, sekarang ni sebelah2 je dalam ta ...

jadi rahmat ni ada ilmu jugak la ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 05:43 PM | Show all posts
Story mory tt tak pernah mengecewakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 09:51 AM | Show all posts
Fendi kembali yeah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2019 01:45 PM | Show all posts
Fendi: Tu je cerita kau?
Aku: Lah…kau nak kemende lagi?
Fendi: Kirenye Pak Mud takdelah hebat mana masa muda
Aku: ……(dalam hati: berdendam lagi mamat ni...)

Perjalanan kami menjadi lebih panjang lagi bila melalui jalan dari Paroi ke Kuala Pilah yang agak jem. Apatah lagi aku berdua je dengan si Fendi, cerita karutnya bak infiniti. Tak boleh nak abis rasanya.


Cerita Karut 3

Fendi: John, kau nak kawen lagi tak?
Aku: Haishhh…kemenda punya soalan kau tanya aku ni? Aku memang la suka tengok cerita madu 3 dan seangkatan dengannya, tapi kalau jadi kat aku…rasanya tu tak kelakar.
Fendi: Bukannya ape…masa aku tengah naik bas nak pergi kerja, aku ternampak awek melayu. Fuhhhh…aku dah la lama tak tengok orang melayu masa tu, melainkan dalam cermin je. Pakai singlet, tak pakai bra.
Aku: Errr…where’s this going? You better make your point already.
Fendi: Eh? Speaking pulak? Dia senyum kat aku masa tu...fullamak…cair gua bro…tapi aku perasan kat leher dia halkum punya lah besar.
Aku: Ooo…berloceng lah tu. Memang banyak pun macam tu kat sana.
Fendi: Hah? Loceng kat mana?
Aku: Nanti kalau kau terjumpa lagi, cakap la kau nak tengok loceng dia. Nanti kau paham la.

Aku pun berhenti sebentar di tepi jalan dan bertukar tempat dengan Fendi. Tak boleh nak teruskan drive rasanya, mabuk pun ada. Kereta slow sangat2 ditambah pulak dengan cerita karut si Fendi. Sebaik saja aku bagi GPS dekat Fendi, aku pun buat2 tidur. Sambil itu aku teringat kembali kenangan bersama Pak Mud sewaktu aku melepak di rumahnya.


Pak Mud dan Aku

Setelah hampir sejam kami berborak sambil makan kacang soya goreng, Pak Mud mengajak aku ke dapur untuk teman dia masak. Ketika itu isterinya tidak ada di rumah kerana ke rumah anak mereka di Kuala Lumpur.

Aku pun mengikut saja di belakang Pak Mud sambil berkata, “haih…boleh ke Pak Mud masak ni? Karang keracunan makanan ler ni".

“Kamu jangan tengok aku sebelah mata je tau…kacang soya yang kamu tak berenti makan dari tadi tu pun aku yang masak. Lagipun kat atas bot dulu kan aku jugak yang masak?”, jawap Pak Mud bersahaja sambil mengambil kuali yang tergantung pada dinding.

Pak Mud menyambung kata2nya lagi, “pada kau lah…ape yang menjadikan makanan tu sedap?”.

Aku terdiam sebentar untuk berfikir dan kemudiannya menjawap, “rencah lah kot? Barang basah yang segar, gula & garam secukup rasa…sedikit air tangan ibu…hahaha”.

Pak Mud hanya tersenyum mendengar jawapanku itu, lalu dia pun berkata, “hari ni aku nak masak mee goreng…bahan2nye ialah sepaket mee kuning dan minyak masak”

“Eh? Tu je ke Pak Mud? Mana rencah2, sayur apa semua?”, aku bertanya kehairanan. Tetapi Pak Mud hanya senyum sahaja kepadaku sebelum dia memanaskan minyak dalam kuali dan mencampakkan sebungkus mee kuning tadi.

Kelentung! Kelentang! “Siap!”, kata Pak Mud sambil menghidangkannya di atas pinggan di hadapanku. Aku pun tercengang…”menghanjo aku ke orang tua ni?”, bisik hatiku. Aku melihat pinggan mee goreng kosong tu dan kemudiannya melihat kembali muka Pak Mud yang tersengih2 ibarat kerang busuk.

“Coba je lah kau makan…jangan takut lah…baca bismillah dulu”, pujuk Pak Mud. Dengan muka yang redho, aku pun baca bismillah dan makan sesuap mee goreng kosong itu. Suapan pertama, aku macam terkejut. Aku jangkakan rasa mee kuning dan minyak saja, tapi sangkaanku meleset sama sekali.

Mee goreng tu sedap sangat2, secukup rasa dengan masin, manis dan pedasnya. Kemudian ada rasa macam stok udang, kadang2 rasa macam stok daging. Aku bertambah2 kehairainan…apa yang aku makan ni? Hairan bin ajaib.

Setelah puas melihat aku tercengang2 baharulah Pak Mud menerangkan padaku, “sebenarnya, rasa tu Dia lah yang bagi…sedap atau tidak tu terpulanglah pada Dia. Kita ni cuma mencarakan atau melakonkan aje”.

Ketika itu aku masih lagi tercengang2 dan berkata di dalam hati, “apa yang dah jadi ni? Dah nak macam cerita Matrix pun ade...Morpheus ke Pak Mud ni? Kaler kulit dah dekat2 dah”.

“Hai…blur lagi? Hehehe. Macam tadi kau kata air tangan ibu, secara tak langsung kau cakap masakan ibu tu paling sedap bagi anak dia. Siapa lagi yang bagi rasa macam tu? Dia lah yang bagi…sedap pada kau, tak mestinya sedap bagi orang lain”, terang Pak Mud lagi sambil tergelak2.

Aku pun berfikir kembali...dahulunya aku memang pernah terkena dengan sorang member tu, katanya bihun mak dia masak tu paling sedap di dunia. Bila aku try makan masa pergi beraya dulu…memang out habis. Bihun pun tak rendam dulu…tapi anak2 dia makan kemain lagi.

“Amacam? Paham? Sama jugak la dengan pompuan…siapa pulak kata yang cantik…yg montok tu lagi sedap? Yang bagi rasa sedap tu bukannya rupa dia...”, Pak Mud menyambung ceritanya lagi.

“Errr…Pak Mud. Saya ni belum kawen lagi. Bukannya paham pun kalau Pak Mud terangkan part ni”, aku coba mengubah topik perbualan kami.

“Alaaahhhh…lambat laun nanti kamu kawen jugak…tapi sekurang2nya kamu adalah rujukan, ape yang kamu kena cari. Kalau pilih guna nafsu je, memang tak lama lah jawapnya. Nafsu ni takkan pernah cukup. Gunung pun boleh rata dibuatnya…hahaha”, sambung penerangan Pak Mud.

Aku pun bertanya lagi pada Pak Mud, “tapi tu kan jodoh?”.

“Iye…betui tu jodoh…tapi kadang2 mungkin bukan jodoh jadi pasangan kita, tapi secara tak sedar kita paksakan jugak. Nak yang tu jugak, maka carca marba lah hidup kita. Kadang2 manusia tu yang menciptakan nerakanya sendiri. Kita nak bahagia atau nak merana, itu terpulang pada pilihan kita sendiri”, jawap Pak Mud dengan panjang lebar.

“Oh ye, Pak Mud…dulu Pak Mud belajar dengan siape ye?”, sekali lagi aku bertanya pada Pak Mud sambil menghabiskan mee goreng kosongnya tadi.

“Hehehe…aku belajar dengan adik aku sendiri, Rahmat”, jawap Pak Mud ringkas.

“Eh? Adik Pak Mud?”, aku mengulang kembali kenyataan itu seakan tak percaya.

“Alaaahhh…ape kau nak herankan? Ilmu Allah tu luas dan terpulang pada Dia lah siape pun yang Dia nak bagi ilmu tu. Kita tak boleh ego…kalau orang yang lebih muda dari kita tu lebih berilmu, apasalahnya kita merendah diri belajar? Sampai bila kite ni nak berada di dalam kerugian? Bukankah tahu itu lebih elok dari tak tahu? Dan kenal itu lebih baik dari sekadar tahu”, jawap Pak Mud sambil membancuh kopi che’nah.

Sedang aku asyik dengan flashbackku, aku dikejutkan oleh Fendi, “John, kita dah sampai”. Aku pun perlahan2 membuka mataku, kami telah sampai di masjid kampong yang dikatakan oleh Jawe. Lantas aku pun membuat panggilan telefon.

Aku: Assalamualaikum, Jawe…aku dah sampai kat masjid yang kau bagi location tu.
Jawe: Wa’alaikummusalam…ada simpang kecik kat kanan masjid tu, kau kena jalan kaki. Kereta tak muat nak masuk.
Aku: Kereta tinggal sini je?
Jawe: Ha’ah…kereta aku pun kat situ jugak.


Bersambung…


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2019 02:03 PM | Show all posts
Ilmu Salah Bahagian 1

Kami pun meninggalkan kereta di dalam perkarangan masjid dan berjalan menyusuri simpang yang dikatakan oleh Jawe tadi. Si Fendi berjalan ‘skipping’ sambil menyanyi lagu suri ram. Tak tau lah aku apa masalah budak sekor ni…mental gamaknye…ataupun tanda2 awal nak kerasukan.

Tak lama kemudian kami pun tiba di rumah yang dikatakan oleh Jawa tadi. Rumahnya agak usang, dinding papannya telah mulai reput dan rompang di sana sini. Fendi pun memberi salam sambil memijak tangga papan rumah tersebut, PRAP!! Anak tangga yang dipijaknya itu tiba2 patah.

“Hishhh…kau ni Fendi, ngape kasor benor. Habih tangga rumah orang dibuatnya”, aku menegur Fendi. Lalu aku pula memijak tangga papan tersebut dengan melangkau anak tangga  yang dipatahkan oleh Fendi tadi. PRAP!! Papan tersebut pun tiba2 patah juga…Fendi terus mengusha mukaku seperti orang yang nak makan pelempang.

Dengan kelam kabut, Jawe keluar dari rumah tersebut sambil berkata, “woi! Korang nak robohkan rumah ni ke ape?”. Ni pun sorang lagi macam meminta2 nak makan pelempang. Aku pun mencabar Jawe dengan berkata, “kau turun la tengok macam mana.

Sebaik saja dia meletakkan sebelah kaki kanannya, 3 anak tangga yang berbaki itu patah berturut2. Lantas membuatkan Jawe tiba ke tanah lebih awal dari jangkaannya. Dia pun tersengih2 macam kerang busuk dan berkata, “kita guna tangga buloh kat pokok nun je lah”.

Itulah idea bernas dari insan bernama Jawe, tangga buluh tu digunakan untuk memetik buah kelapa. Jadi korang bayangkanlah tingginya tangga tersebut.  Aku pun hairan, kat kampong aku takde orang ngait kelapa guna tangga, kalau guna galah tu biasalah.

“Gini punya tangga bukan nak naik rumah, bumbung rumah boleh lah”, aku menyuarakan pandangan di hadapan tangga buloh tersebut ditemani Jawe dan Fendi.

“Hah…aku ada idea lagi baik dari si Jawe ni”, Fendi mendapat akal bagaimana nak menyelesaikan masalah kami untuk naik ke rumah.

“Macam mana?”, tanya Fendi ringkas. Fendi memberi isyarat tangan ‘meh ikut gua’ lalu berjalan ke arah tangga yang patah tadi.

Dia menyambungkan jari kedua2 belah tangannya lalu berkata, “korang pijak tapak tangan aku ni, nanti aku liftkan kaki korang panjat lantai tu…pastu korang tarikla aku naik atas pulak”.

“Hah…ni lah idea yang bernas…bukan macam kau, John. Tau nak bangkang je”, Jawe meninggikan suaranya sambil membuat isyarat ‘piiiirrraaahhh’.

Dengan konfidennya berdua beruk itu membuat aksi sarkis di hadapan tangga yang patah itu, tetapi tangan Fendi tak cukup kuat untuk liftkan Jawe. Jadinya kaki yang diletakkan di atas tapak tangan Fendi tadi kembali menjejak ke tanah.

“Fanta merah kau la!! (mencarut yang telah ditapis) Bagi idea tapi tangan lembik”, Jawe meninggikan suara marahkan Fendi.

“Kau pun salah gak Jawe…ikutkan je idea si Fendi ni. Ni aku nak tanye, orang2 kampong dah datang ke?”, aku coba menenangkan keadaan dengan mengalihkan perhatiannya.

“Belum lagi lah…dia meninggal lepas asar tadi…aku sorang2 je jaga jenazah”, terang Jawe kepadaku. Kepalanya agak kusut.

“Ooo…aku tau kau serabut, tapi kau tak boleh la expect tok imam dan orang2 kampong nanti naik dengan cara sarkis si Fendi ni”, terang aku kepada Jawe.

Jawe berfikir sejenak…kemudiannya berkata, “betul jugak kata kau tu…apelah aku nak orang2 tua buat aksi sarkis malam2 ni. Hadoooiiii…kau ni lah Fendi”.

“Rileks dulu Jawe…kita selesaikan dulu masalah arwah ni. Rumah ni ada pintu belakang tak?”, sekali lagi aku bertanyakan kepada Jawe.

“Ha’ah…ada pintu dapur. Dari dapur ade tangga naik ke atas”, jawap Jawe kembali.

“Hah…elok benor lah tu. Moh ler kite ke pintu belakang”, kataku sambil membuat isyarat ‘let’s go’. Sampai saja di hadapan pintu dapur, Fendi pun bertanya, “pintu ni kunci dari dalam ke tak?”.

“Rasanya tak kot? Tadi aku tutup macam tu je masa menyapu”, jawap Jawe sambil memulas tombol pintu tersebut. Sebaik saja pintu dibuka, kelihatan ada seorang lelaki tua berbadan kurus melidi sedang menyangkung di atas meja makan dengan kedua2 belah tangannya menyuapkan nasi dari dalam periuk ke mulutnya.

Aku hanya terkejut melihat orang tua itu, tetapi Jawe pula mukanya terus pucat. Di dalam detik2 yang cemas itu, Fendi bersuara, “woiii…makan tak ajak”. Mendengarkan teguran Fendi itu, perlahan2 dia menolehkan kepalanya melihat ke arah kami. Mukanya bengis melihat kami bertiga dan kelihatan jelas urat2 merah pada biji matanya.

Jawe menarik kembali pintu dapur tersebut dan menutupnya dengan kuat. Sekali lagi Fendi bertanya soalan yang tak kena pada tempatnya, “Jawe, kenapa kau pucat macam mayat? Jangkit dengan tempat kerja kau ek?”.

“Hishhh…kawan kau ni, John…kalau lutut aku tak menggeletar sekarang ni, aku dah terajang dah mamat ni”, kata Jawe kepadaku sambil tangan memegang kedua2 belah lututnya.

“Ni kawan kau jugak…siapa orang tua tadi?”, aku bertanya untuk kepastian.

“Aku pun tak tau ape yang aku tengok tadi. Tapi macam Jali, sedara aku yang meninggal tu”, jawap Jawe sambil menarik dan menghembus nafasnya sedalamnya untuk menenangkan dirinya kembali.

“Kau pasti ke dia dah meninggal? Elok je aku tengok dia makan nasi tadi”, Fendi menyampuk dengan soalannya.

Jawe merenung tajam ke muka Fendi, kecik besar je budak tu dilihatnya. Tak tahu ke Jawe ni dah memang biasa berurusan dengan mayat. Takkanlah tak reti dibezakan yang hidup dan yang mati.

“Kau tak call waris2 dia ke, Jawe? Takkan kita2 je?”, aku cuba menukar topik.

“Waris dia taknak ade kena mengena lagi dengan arwah, aku ni pun pergi sebab mak aku yang suruh tengokkan. Arwah ni dulu…ade mengamalkan ilmu yang salah la jugak”, terang Jawe kepadaku.

Mendengarkan jawapan Jawe itu, aku pun berkata di dalam hati, “oh s**t…here we go again”.

“Korang teman aku jap…aku nak tengok jenazah Jali tu ada lagi ke kat ruang tamu”, Jawe mengajak kami dalam keadaan mukanya yang masih lagi pucat.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2019 04:32 PM | Show all posts
Mak aiii bestnya citer ni, sabo2 tunggu sambungannya. TT punya tulisan mmg ada umphhh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 19-11-2019 10:19 AM
Makhluk penunggu sungai ke apa tu?

Waiting for sambungan....

entah lah...tak tanya pulak dulu. tapi biasenye kalau tanya Pak Mud atau Pak Tahir, diorg mesti jwp, biase lah...bkn kite je tggal kt bumi ni. dlm laut pn ade pnduduk, kt awan2 pun ade...gunung & hutan tu biaselah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 12:09 PM | Show all posts
adoyai fendi, makan tak ajak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 03:24 PM | Show all posts
jgn lama sgt nk sambung john... ketagih da ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 25-11-2019 03:24 PM
jgn lama sgt nk sambung john... ketagih da ni

tadi kat hospital ade org batuk kemain lg kt sblh...demam lah pulak
hjg thn ni nk abiskan mc ke ape ntah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 25-11-2019 05:13 PM
tadi kat hospital ade org batuk kemain lg kt sblh...demam lah pulak
hjg thn ni nk abisk ...

Hang terjangkit sampai demam ke john. Gws. Pastu sambung story mory
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 25-11-2019 08:25 PM
Hang terjangkit sampai demam ke john. Gws. Pastu sambung story mory

ha'ah...xtau mana kepala punca ni, sakit mata dulu jangkit dengan anak yang bongsu. Bini pun baru baik demam 2 hr lepas, siap balas balik, "ape? demam? keciannyeeeee".

tp td mamat sblh msa dftar & nk amik ubat mata tu pn mggigil2 mcm ni jgk. korg kompom ke nk aku smbung cpt2? crite ni last tau...fendi pun dh lama balik perth
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 10:57 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 25-11-2019 09:08 PM
ha'ah...xtau mana kepala punca ni, sakit mata dulu jangkit dengan anak yang bongsu. Bini pun baru  ...

Fendi buat hal lagi Selamba je tegur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list