|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Rayyan cemburu buta.mudah percaya fitnah. apa punya laki ikut perasaan. Emosi laki kn stabil. i mean, laki kn tak beremosi macam girl sgt.
Aku suka Zack,Jie.
SHERA mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Oic.. lelaki kalau cemburu mmg kaw kaw.. rasional hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
sudahlah! bkn jntn mcm tu. fonen.haha |
|
|
|
|
|
|
|
pestime baca story kisah perempuan oleh penulis lelaki... chayok... menarik citer... apa pun lelaki pom ada perasaan juga...terus terang..lelaki kalu putus cinta lgi hebat penangannya drpd perempuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2015 11:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sellie003 replied at 19-1-2015 10:53 AM
pestime baca story kisah perempuan oleh penulis lelaki... chayok... menarik citer... apa pun lelaki ...
Awak betul... sy lelaki tp penah kena tamparan wanita.. down jugakla kena dump |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2015 11:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 19-1-2015 11:30 AM
laki kan kuat.......
Lelaki lagi manja dr perempuan.. even badan sado mcm remy ishak..haha |
|
|
|
|
|
|
|
kuat tak semestinya dalaman dik...kekadg lelaki kuat fizikal tp bila dlaman x kuat... cuba tengok sapa yg paling ramai hisap dadah, masuk pusat serenti?
|
|
|
|
|
|
|
|
lelaki ni sifat suka pendam...lebih2 lgi kalu dah kecewa...pendam ler sengsara sorg2... kalu perempuan nih jenis akan cari gak org tuk diluahkn...terutama yg rapat ngan dia... pernah lalui...tp nak lupakn payah...walaupun dah takde apa nak dikenang...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 19-1-2015 01:51 PM
Bab 34
Rayyan melihat laporan makmal yang telah siap dicetak. Ujian DNA ke atas sample rambut Hanim dan puntung rokok lelaki bertopi yang mereka temui sewaktu makan di restoran malam itu mendapat padanan yang sesuai. Sebaik mendapat tahu identiti kedua dua mereka, Rayyan mengupah penyiasat pula untuk mendapat data lebih terperinci. Kini semua laporan lengkap berada ditangannya. Tak sabar untuk berkongsi dengan Jie dan Zack.
Teringatkan Zack, hubungan mereka makin rapat sejak kejadian malam itu. Malah kerap juga Rayyan bertemu Zack dan bertukar pendapat. Walaupun topik utama mereka biasanya melibatkan Jie namun Rayyan merasa senang dengan Zack. Rayyan juga mula menerima hakikat persahabatan Jie dan Zack. Perasaan cemburu terhadap Zack sudah mampu dikawal.
Hubungan Rayyan dan Jie kini semakin teguh. Tiada lagi rahsia antara mereka. Jie akan sentiasa memberitahu Rayyan setiap pergerakannya untuk mengelakkan curiga. Rayyan rasa Jie lebih menghargai dirinya sebagai tunang berbanding dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu mesej masuk. Rayyan pantas membaca. Senyum melihat nama yang tertera.
I nak keluar pergi butik pengantin
I jumpa you dekat sana k
Love you Honey..
Love you too sayang ! Spontan bibir menyebut. Rayyan baru teringat temu janji mereka. Pantas briefcase dicapai. Dia terus keluar untuk bertemu Jie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Esmiria at 19-1-2015 06:58 AM
aku expect, ni mesti ending kawen.haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tgk ajelah endingnya nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
org tu kabo nk tukar tajuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-1-2015 12:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 19-1-2015 07:15 PM
org tu kabo nk tukar tajuk...
Tak dan jumpa tajuk sesuai g
|
|
|
|
|
|
|
|
Cer letak. Misteri cinta or Jie dan Rayyan or Jieyan..
umum sgt tu kottt. |
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah bgth...sapa yg dengki ngan diorg... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 4-2-2015 11:47 PM
Jie sampai awal di butik pengantin. Melihatkan Rayyan masih belum tiba, Jie mengambil keputusan untuk masuk ke restoran yang terletak bersebelahan. Cuaca agak panas. Jie bercadang untuk minum terlebih dahulu. Sempat mesej dihantar kepada tunangnya untuk memberitahu. Sedang Jie leka membelek telefon bimbitnya, satu suara menyapa. Jie mengangkat wajah untuk melihat gerangan pemilik suara.
"You?!" Pandangnya dipaling ke arah bertentangan. Menyampah.
"Kenapa ? Tak suka tengok muka I ke?" Lelaki itu tersenyum. Lesung pipitnya jelas kelihatan. Tanpa dipelawa Ku Iz mengambil tempat duduk disebelah Jie.
|
|
|
|
|
|
|
|
punyalah aku tunggu. Ni je? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2015 12:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-2-2015 01:12 PM
Jie hanya berdiam diri. Itu lebih baik. Sejak mengetahui Ku Iz adalah punca Zack meninggalkannya dan menjaja cerita buruk tentang dirinya kepada Rayyan persepsi Jie terhadap lelaki itu berubah. Tak pasti jika ada permusuhan antara mereka sehingga Ku Iz sanggup bertindak begitu.
" I dengar you nak kahwin dengan Rayyan. Betul ke?" Wajah cantik Jie ditenung inginkan kepastian.
"You boleh tanya cousin you sendiri kot." Jie malas layan. Mata melilau mencari bayang Rayyan. Berharap tunangnya muncul secepat mungkin.
"I'm asking you now Najiha ! " Nada suara mula meninggi. " Susah ke nak jawab yes or no?" Hati mula panas dengan gadis dihadapannya.
Jie tersentak. Rasa terkejut dengan nada suara Ku Iz yang mula meninggi.
" Yes. We are getting married. So what's the problem here Ku Iz?" Jie menjawab endah tak endah. Hati berdoa Rayyan segera sampai. Seram menatap pandangan mata Ku Iz yang tajam menusuk.
" No ! I takkan benarkan you kahwin dengan Rayyan. Over my dead body!" Ku Iz menumbuk meja.
Sekali lagi Jie tersentak. Ku Iz dah gila agaknya. Tadi lelaki itu menengkingnya. Sekarang Ku Iz menumbuk meja. Macam ada yang tak kena.
" I tak perlukan consent you untuk kahwin dengan sesiapa saja yang I nak Ku Iz. You tak ada hak nak halang I." Jie rasa Ku Iz agak keterlaluan mempersoalkan tindakannya untuk berkahwin dengan Rayyan.
" I ada hak sebab you isteri I ! I tak pernah ceraikan you !" Ku Iz mula emosi.
"What?!" Jie mula rasa dia pula yang bakal menjadi gila." Bila masa I pernah jadi isteri you? "
"You hilang ingatan Najiha ! I am your husband !" Pantas tangan gadis itu ditarik. " I boleh tunjuk bukti yang kita dah berkahwin dekat US sebelum Zack muncul dalam hidup you."
Jie segera merentap tangannya dari genggaman Ku Iz. " Stop your stupid imagination ! You jangan nak reka cerita. I kenal you pun sebagai kawan Zack. Sejak bila you upgrade diri you jadi suami I ni?" Jie rasa semua ini tak masuk akal.
"You accident dan hilang ingatan. Sebab itu you tak ingat I. But trust me I tak tipu you." Ku Iz mula berlembut. "You ikut I then I akan ceritakan semua. Please Jiha !" Sinar matanya mengharap.
Jie serba salah. Takut ini satu perangkap. Tak mungkin lelaki dihadapan ini adalah suaminya. Jari jemari mendail nombor telefon Rayyan. Talian bersambung.
Ku Iz mula hilang sabar. "You memang tak percaya I , kan ?" Telefon bimbit ditangan Jie dirampas dan dicampak. " I boleh beli baru untuk you. I nak you ikut I sekarang." Jie dapat rasa benda tajam diacu ke tubuhnya .
"Sorry Jiha, you yang paksa I buat macam ini." Pisau ditangan Ku Iz bila bila masa saja boleh menikam tubuh Jie jika gadis itu bertindak melawan.
"Ok. I ikut you." Jie bangun. Beg tangannya dicapai.Ku Iz mengisyaratkan untuk Jie menaiki keretanya. Jie terpaksa menurut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|