CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 29-12-2014 12:00 PM | Show all posts
cik.nana replied at 26-12-2014 01:20 PM
Waktu masuk Maghrib, sekali lagi Mama ajak Alang solat sekali. Dia ikut. Tapi benda sama jugak jadi. ...

orang yang ada sesuatu dalam badan ni. walau pun dia ok tak kena rasuk.. dia memang akan jadi cepat marah. dia akan rasa rimas berat hati dan panas dengan orang2 yang kuat zikir.. kesian alang. mesti sebenarnya dalam hati dia rindu sangat dengan semua orang macam dulu2.. mesti ada masa dia menangis. tapi tak de siapa tahu... dan dia tak kan tunjuk pun.. melainkan dia akan bg th pada orang yang tak de kaitan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 12:51 PM | Show all posts
hest replied at 29-12-2014 12:00 PM
orang yang ada sesuatu dalam badan ni. walau pun dia ok tak kena rasuk.. dia memang akan jadi cepa ...

Pernah gak dengar org cakap camtu...

Satu lagi, ada org ckp sekali dah kena, badan dah ada laluan dan senang kena lagi...betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 01:03 PM | Show all posts
Meh kita throwback sekali lagi, jauh ke waktu zaman muda belia smartphone pun takdak. cik.nana baru form 2 masa ni. Amek kau, terus rasa tua bangka!

Kisah 17 - Camping Happening

Zaman sekolah menengah, aku join Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Masa tu PBSM ramai abiang-abiang kacak, tu yg gatai nak join. Satu hari tu, kami dimaklumkan yg PBSM, Pengakap dan Renjer Puteri anjurkan satu camping besar-besaran untuk ahli-ahli. Wah, kemain seronok lagi aku nak join. First time nak merasa bercamping bagai ni. Tapi lepas tu, aku dapat tau camping cuma akan diadakan dia perkarangan kawasan sekolah. Ceh, tak memberansangkan langsung! Kot kalau Sungai Congkak ke, Bukit Belacan ke, seronokla jugak. Ni camping kat sekolah je. Tapi oleh kerana aku dah terover excited sejak dari mula, aku join jugak dengan Angah.

Member aku, seorang ahli Puteri Islam, warning kat aku awal-awal supaya jaga diri walaupun kat dalam kawasan sekolah je. Aku tak ambil kisah sangat dengan pesanan kawan aku ni sebab bagi aku, aku tak kacau dia, dia jangan kacau aku la kan.Hari Jumaat tu, lepas solat Jumaat, semua peserta dah berkumpul kat bahagian belakang bengkel Kemahiran Hidup (KH). Situ ada kawasan lapang dan menghadap ke padang sekolah. Ahli PBSM diberi tapak perkhemahan kat belakang bengkel KH. Pengakap punya tapak perkhemahan kat gelanggang tenis dan tapak perkhemahan Renjer Puteri adalah di Astaka (sebelah menyebelah dengan tapak PBSM). Tengah dok set up khemah apa semua, hujan turun. Mujur tak berapa lebat, jadi kami terus je pasang khemah dengan riang gumbira.

Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan yg mana dalam 1 kumpulan ada 6 orang kalau tak silap aku. Lepas siap pasang khemah semua, bekalan makanan diberi. Ada sepapan telur, sardin, beras dan sebagainya. Ketua aku minta aku dan seorang ahli kumpulan lagi pergi basuh telur. Kat bengkel KH tu ada la sinki boleh basuh telur. On the way nak pi sinki tu, aku cakap aku nak pi toilet kejap. Aku suruh budak Nina ni pergi dulu. Aku keluar toilet, pergi kat sinki, tengok Nina takde. Aku pun pelik. Takkan kejap sangat basuh telur sepapan, kan?

Aku pun pergi balik kat camp site kumpulan aku. Ketua aku, Kak Iman tanyalah mana telur. Aku garu kepala.

Aku: Err... saya gi toilet kejap tadi. Saya balik tengok Nina dah takde. Kak Iman tak nampak ke dia?
Kak Iman: Tak nampak pulak. Cuba awak pergi tengok sekali lagi.

Aku pun terkocoh-kocohla pergi balik ke depan kat bengkel KH. Aku bertembung dengan Angah yg nak basuh telur jugak. Nina tu budak kelas Angah, jadi aku tanyala Angah dia ada nampak Nina tak. Angah kata dia tak nampak. Sudah! Aku minta tolong Angah tengokkan sama kot kalau dia ada jumpa Nina.

Angah: Oi, Along! Ni ada telur sepapan dalam sinki ni, group ko punya ke?
Aku: Mana?

Angah tunjuk kat aku sepapan telur dalam sinki yg atas penutup plastik tu tertulis 'Kumpulan 2'. Yelah tu, kumpulan aku punya telur. Tengah aku dok kebingungan kat sinki tu dengan Angah, Kak Iman muncul.

Aku: Kak, telurnya ada. Nina takde.
Kak Iman: Amboi, awalnya curi tulang?

Dah aku dengan Kak Iman pulak yg terpinga-pinga kat situ. Tapi takpelah, aku basuh je telur-telur tu seorang diri, bawak ke camp site. Sebab hari dah nak hampir gelap, kitorang kenalah mula masak. Kak Iman pergi jumpa urusetia, maklumkan urusetia tentang kehilangan Nina. Urusetia siap guna pembesar suara panggil nama Si Nina berulang-kali. Tapi sampai pukul 7 tu, Nina tak jugak muncul. Masa tu lah baru jadi macam kecoh sikit sebab belum apa-apa lagi dah ada student yg hilang. Dahlah kat dalam sekolah je. Akulah yg disoal berulang kali sebab aku orang last jumpa Nina.

Aku: Last saya jumpa dia masa kat sink bengkel KH tu, sebab saya pergi toilet kejap. Saya keluar toilet, pergi ke ke sink tengok dia dah takde. Tak lama mana pun saya masuk toilet. 5 minit je rasanya.

Cerita tu la aku dok ulang setiap kali ditanya. Aku pulak yg rasa serba salah sebab budak Nina tu hilang. Urusetia panggil Kak Iman dan aku, ajak cari Nina sekitar bengkel KH dan lepas tu sambung ke kawasan terdekat. Berhampiran bengkel KH tu, adala satu stor yg pihak sekolah simpan barang-barang sukan. Stor tu berkunci, siap berantai yg bermangga sebab selalu terjadi kehilangan barang-barang sukan macam bola, raket. Aku, Kak Iman dan salah sorang urusetia cari la kat area-area stor tu. Tengah kami dok mencari tu, tiba-tiba Kak Iman tarik tangan aku.

Kak Iman: Ssshhhh... dengar tak, Nana?

Aku pasang telinga. Kedengaran suara orang menangis, perlahan je di telinga aku. Erk! Aku, Kak Iman dan urusetia tu berpandangan sesama sendiri. Bunyinya macam datang dari dalam stor. Takkanla pulak... Stor tu berkunci kot. Urusetia tu, Kak Evelyn, dah bulat mata dia tengok kami. Makin lama, tangisan tu makin kuat.

Kak Evelyn: Nana, you pergi panggil AJK lain datang sini.

Berlarian aku pergi panggil urusetia lain yg sibuk mencari kat kantin sekolah. Masa aku datang balik kat stor tu, tangisan tu makin jelas.

Kak Iman: Saya rasa, tu suara Nina lah.
Kak Evelyn: Tapi stor tu sudah kunci la, Iman.
Aku: Panggil je la nama dia.

Salah seorang urusetia lelaki memanggil nama Nina.

Nina: Tolong saya... Saya takut...

Terdengar balasan Nina dari dalam diselang esak tangis. Apa lagi, terkejut beruk kitorang yg kat luar stor tu. Kak Iman masih ragu-ragu samada betul ke Nina dalam stor tu.

Kak Iman: Nina, awak dalam stor ke?
Nina: Ye, kak. Saya takut, kak. Tolong bukak pintu.

Seorang urusetia berlari mencari pak guard sekolah untuk meminta bantuan. Sementara itu, kami cuba menenangkan Nina yg terperangkap dalam bilik stor. Dalam kepala otak aku masih tertanya-tanya macam mana Nina boleh masuk dalam bilik stor yg berkunci tu. Japgi Nina keluar aku tanya, aku dok pikir macam tu. Mujurla pak guard ada kunci bilik stor tu. Masa pak guard tu sampai, dia marah-marah sebab suka hati je ceroboh stor tu. Kak Evelyn pun sound la pak guard tu.

Kak Evelyn: Macam mana dia mau masuk sendiri kalau pintu kunci? You see, pintu kunci pun dari luar. You cakapla, logik ke dia masuk kunci diri sendiri dalam?

Terdiam pak guard tu kena sound dengan Kak Evelyn. Buka je pintu stor tu, Nina meluru keluar. Aku tengok bilik stor tu bukan main gelap lagi dengan barang bersepah-sepah. Nina masih lagi menangis teresak-esak sambil memeluk Kak Iman.

Kak Iman: Nina, jangan nangis. Kan dah keluar ni.
Nina: Saya nak balik. Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini. Saya nak balik.

Dah Nina merengek-rengek nak balik. Urusetia suruh Kak Iman bawa Nina ke bilik operasi. Aku disuruh pulang semula ke camp site. Aku balik ke camp site, dah masuk waktu Maghrib. Ahli kumpulan lain dah siap masak untuk makan malam. Kami mandi-mandi, solat apa semua, baru Kak Iman balik camp site. Tapi Nina takde. Kak Iman balik, kutip barang-barang Nina dan sekali lagi Kak Iman ke bilik operasi. Waktu kami tengah makan, Kak Iman datang semula dan join kami makan. Maka sibuk-sibuklah kami semua bertanya apa jadi dengan Nina. Kak Iman cuma kata parents Nina dah datang jemput dia balik. Tu je. Aku tau ada cerita lain, tapi Kak Iman tak nak cerita. Mungkin dia tak nak kitorang takut.

Malam pertama, ada aktiviti suai kenal dan perbincangan program untuk hari-hari berikut. Hujan turun rintik-rintik sepanjang malam. Dalam pukul 11 tu nak masuk tidur, badan aku dah start panas macam nak demam. Haish. Baru kena hujan sikit dah nak demam. Tapi aku diamkan aje. Kebetulan Kak Iman tidur sebelah aku malam tu. Dalam nada berbisik, aku pun tanyalah Kak Iman, apa sebenarnya jadi dengan Nina. Dengan nada berbisik jugak, Kak Iman bagitau aku.

Masa nak basuh telur tu, Nina nampak seorang budak perempuan macam tengah cari barang berdekatan stor tu. Nina pun tegur la tanya budak tu cari apa. Budak tu cuma geleng-geleng kepala sambil tunjuk ke arah stor. Nina kata masa budak tu tunjuk arah stor, pintu stor tu terbukak. Entah macam mana, Nina macam terdorong nak masuk dalam bilik stor tu. Dia macam tak sedar pun sebenarnya dia masuk dalam bilik stor tu. Bila dah masuk dalam, baru dia macam tersedar. Dia cuba nak keluar, tapi pintu bilik stor tu dah berkunci. Dia cuba tarik-tarik, tak berjaya. Dia menjerit minta tolong pun, takde orang datang buka pintu. Logiknya, bengkel KH dengan stor tu takdela jauh mana pun, so kalau Nina menjerit mintak tolong, takkan aku dengan Angah tak dengar pulak, kan?

Kata Kak Iman lagi, masa terkurung dalam stor tu, Nina dengar macam suara orang ketawa ejek-ejek dia. Tu yg dia jadi lagi takut. Terus dia menangis. Aish, meremang bulu roma aku dengar cerita Kak Iman. Kak Iman ajak tidur sebab pukul 3 pagi dia kena bangun sebab dia ditugaskan meronda kawasan perkhemahan. Pukul 3 pagi tu, Kak Iman kejut aku. Katanya aku mengigau masa tidur. Masa tu jugak kantoi aku demam sebab Kak Iman pegang muka aku rasa panas. Aku disuruh ke bilik operasi.

Masa aku sampai bilik operasi, adala dalam 5 orang dalam tu. 2 orang urusetia, sorang budak Pengakap, sorang budak Renjer dan sorang lagi budak PBSM. Yang budak Renjer ni aku kenal sebagai Maira, adik kepada budak kelas aku. Aku heran jugak tengok dia ada kat situ. Demam jugak ke? Aku masuk tu, sorang urusetia yg aku tak berapa berkenan tegur aku. Aku anti sikitla kat dia ni sebab dia suka usik aku. Ntah apa penyakit ntah. Aku bagi nama Kamarul je lah.

Kamarul: Aik, Cik Nana, apasal ni?
Aku: Demam. Ketua saya suruh datang sini.
Kamarul. Demam? Alalalalalalaaa shiannyeeeee. Meh Abg Kamarul bagi ubat meh.

Tengok, aku demam pun nak kacau lagi. Aku buat bodo je kat dia, aku pi duduk sebelah Maira sambil tunggu urusetia sorang lagi attend kat budak Pengakap tu. Bila aku duduk sebelah Maira, dia paling muka pandang aku. Tersenyum lebar. Terkejut aku dibuatnya tengok dia tersenyum bukan main lebar lagi. Macam menakutkan pun ada. Duk tak duduk dia senyum gitu. Aku rasa tak berapa sedap hati tengok senyuman Maira tu, aku pun pindahla selang satu kerusi dari Maira. Maira dok tengok aku lagi, senyum sampai nampak gigi. Aku rasa seram jugakla masa tu. Terus aku paling muka ke lain. Bila aku paling muka ke lain, terdengar bunyi kerusi ditolak macam ada orang bangun.

Kamarul: Maira, duduk!

Tegas sahaja suara Kamarul (tak kuasa aku nak panggil 'Abg Kamarul'!). Aku pusing semula, tengok Maira. Dia rupanya yg bangun. Bila dia tengok aku dok tengok dia, dia senyum lagi sambil pandang muka aku. Eh, macam makin menakutkan pulak senyuman budak ni. Tiba-tiba dia angkat dua-dua belah tangan dia ke arah aku, macam nak pegang aku.

Kamarul: Maira! Saya kata duduk!

Automatik, Maira duduk semula. Tapi tetap pandang aku dan senyum. Aku dah pelik dah. Apahal pulak dengan Maira ni? Sakit ke?
======================


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 01:12 PM | Show all posts
hest replied at 29-12-2014 12:00 PM
orang yang ada sesuatu dalam badan ni. walau pun dia ok tak kena rasuk.. dia memang akan jadi cepa ...

Entahlah @hest. Bila nak bawa berubat, dia tak nak. Kadang-kadang tak cakap pun nak gi berubat, cakap nak ajak keluar je, tapi dia macam tahu-tahu je. Dia akan keluar dulu sebelum sempat nak ajak dia keluar. So sekarang Alang macam tak bercakap dengan orang la, dia macam kata semua orang buat salah kat dia.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi2 cite maira,knp ngn dia..x sabsr pl nk tau cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:30 PM | Show all posts
cik.nana replied at 29-12-2014 01:12 PM
Entahlah @hest. Bila nak bawa berubat, dia tak nak. Kadang-kadang tak cakap pun nak gi berubat, ca ...

memang betul pun. hest cakap tadi semua atas pengalaman hest sendiri. orang tengok hest memang normal macam biasa. hest pun tak kena gangguan teruk2 pun. tak la hestiria, pengsan ke, nampak yang bukan2. tapi kita pun tak tahu kan kerasnya benda tu yang sebenarnya. yang pasti dia buat hest, dan jadikan hest hamba Allah yang sangat tak baik... kita tak nak buat benda bukan2 tapi kita sendiri tak boleh kawal diri. perhati2kan alang tu.. dari jauh tengok2 sape kawan nya, kalau boleh cuba la baik dengan kawan baik dia juga tapi secara senyap2 .. minta kawan dia repot apa2 kalau alang ada luah sesuatu. hest ni alhamdulillah, selain kuat kan diri nak berubat, ada ramai kawan2 yang sangat prihatin. hest tak duk dengan family, jadi diorang tak tahu sangat perangai hest, tapi hest balik kampung hest memang baran, dengan mak selalunya, sampai dia kecik hati. dengan ayah pun.. rindu sangat kat mak dgn ayah.. tapi kalau balik kampung hest jadi ego sangat macam tak heran kat dorang.. bila OTW balik kl mesti menangis.. sebab hakikat hati rindu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2014 01:32 PM | Show all posts
hatikudus replied at 29-12-2014 12:51 PM
Pernah gak dengar org cakap camtu...

Satu lagi, ada org ckp sekali dah kena, badan dah ada lalu ...

ha'ah memang jadi macam tu.. yang kata ada laluan tu, hest tak pasti. tapi ramai orang yang ada pengalaman dan perawat pun cakap benda yang sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 01:37 PM | Show all posts
hest replied at 29-12-2014 01:30 PM
memang betul pun. hest cakap tadi semua atas pengalaman hest sendiri. orang tengok hest memang nor ...

Alang baik dengan cousin seorang ni. Kadang-kadang kantoi la cousin kitorang ni tetiba macam pandang serong kat kitorang semacam. Rupa-rupanya, Alang selalu cerita Mama tak paham dia lah, adik-beradik dengki kat dia lah... pendek katanya cerita yg buruk-buruk aje la. Dulu masa kami masih bercakap, Alang selalu komplen pasal Mama, pasal adik-beradik lain. Sebab cik.nana tak duduk sekali, cik.nana tak tau la sangat apa cerita. Lama-lama terbongkar, dekat cik.nana dia komplen pasal orang lain. Dekat adik-beradik lain, dia komplen pasal cik.nana. Jadi macam batu api pulak. Sebab rasa sakit hati, cik.nana dah malas nak layan dia. Bila cik.nana tanya adik-adik lain betul ke Alang kata gitu gini, Alang melenting kata cik.nana khianat dia. Aih, pening kepala.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:26 PM | Show all posts
hest replied at 29-12-2014 01:30 PM
memang betul pun. hest cakap tadi semua atas pengalaman hest sendiri. orang tengok hest memang nor ...

apa maksud hest?
mmg benda tu ajak hest buat jahat ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 03:39 PM | Show all posts
====================
Tengok perangai Maira macam otak tak center tu, aku bangun, pindah duduk jauh sikit. Selang 4 buah kerusi dari dia. Sambil tu mata aku menjeling sikit la tengok dia. Takut satgi dia bangun terkam aku ke, tak sempat pulak aku nak lari. Urusetia yg sorang lagi tu datang check suhu badan aku. Agak tinggi, katanya. Dia bagi aku panadol 2 bijik dan suruh aku baring di satu sudut bilik yg dah disediakan dengan sleeping bag. Dengan Kamarul dalam bilik tu, dengan Maira yg macam tak betul tu, takkanla pulak aku nak tidur kan. Aku cakap takpelah, aku nak duduk je dulu. Urusetia tu bagi aku satu mug teh panas. Aku duduk-duduklah dalam bilik operasi tu, minum teh panas sambil kadang-kadang tengok Maira.

Ada sekali tu, Maira tiba-tiba bangun berdiri tegak sambil tengok ke luar tingkap. Belakang bilik operasi ni ada blok kelas. Blok last sekali. Blok tu suram sebab yg dipasang cuma lampu kaki lima tingkat bawah sekali. Tingkat atas semua gelap. Si Maira ni pulak pi tuding jari dia kat tingkat 2 sambil gelak-gelak.

Maira: Eee.... tu tu tu.
Kamarul: Apa tu?
Maira: Ada kakak.

Aku ni punyalah inesen, ingatkan dia cakap kakak dia (yg kawan aku tu). Aku pun tengokla sekali arah dia dok tunjuk tu. Aku tak nampak apa pun.

Kamarul: Kakak mana?
Maira: Itu kakak macam ni...

Maira luruskan tangan ke depan, dan goyang-goyangkan badan dia dari kiri ke kanan sambil mengilai. Mengilai! Terlompat aku dari kerusi yg aku duduk.

Kamarul: Sudah! Duduk!

Sekali lagi, secara automatik, Maira duduk. Matanya terus pandang ke arah tingkat dua blok tu. Kusss semangat. Aku dah teragak-agak nak duduk semula kat kerusi tadi. Urusetia yg sorang lagi tu macam tak heran je dengan apa jadi. Yang budak Pengakap dengan budak PBSM sorang lagi tu pulak dah selamat berdengkur kat sleeping bag yg disediakan. Aku jugak yg dok berjaga lagi. Aku pergilah duduk kat urusetia yg sorang lagi tu. Dia tengah kemas-kemas first aid kit. Untuk esok, katanya.

Kamarul: Nana tak nak tidur ke?
Aku: Takpelah. Dah pukul berapa ni?
Kamarul: Nak dekat pukul 5 dah. Nana takut Maira cekik Nana ke kalau tidur?

Aku jegil mata pada Kamarul. Dia ketawa. Maira pun sama ikut ketawa. Eh eh, aku sekeh jugak orang berdua ni kang!

Maira: Kita tak cekik. Kita nak kawan jeeeeee... Hihihi.

Entah kenapa, aku rasa semacam je bila Maira cakap macam tu. Tak lama lepas tu, tiba-tiba sekumpulan urusetia masuk ke bilik operasi. Muka mereka cemas.

Kak Evelyn: Kamarul, come! Ada student hilang lagi.
Kamarul: Hah, lagi? Budak mana pulak?
Kak Evelyn: Pengakap. Tengah meronda, then partner dia kata suddenly hilang.

Kamarul dah siap-siap ambil torchlight dia, pakai jaket apa semua. Aku pulak panik. Kang Kamarul keluar, siapa pulak nak jaga Maira ni? Kalau dia terkam aku, macam mana? Urusetia yg sorang lagi tu macam tak boleh pakai je aku tengok.

Aku: Saya nak ikut, boleh?

Entah macam mana, boleh terkeluar soalan tu dari mulut aku. Mula-mula, urusetia semua tak bagi aku ikut sebab aku tak sihat. Walaupun aku cakap aku dah ok, diorang tetap tak bagi. Last-last Kamarul cakap takpe, aku boleh ikut dia. Lega aku. Biarlah kena ikut Kamarul pun, janji tak kena hadap Maira. Aku pun ikutlah urusetia ke camp site Pengakap. Budak-budak Pengakap semua dah dalam keadaan sedia. Ikut kata budak yg meronda sekali dengan yg hilang tu, last sekali mereka bersama kat gelanggang bola keranjang. Adeh. Area gelanggang bola keranjang tu kat belakang blok yg last, gelap dan banyak pokok-pokok besar. Tapi oleh kerana ramai-ramai mencari, aku taklah rasa takut sangat. Aku nampak Kak Iman pun ada sekali, aku pun nak pergila kat Kak Iman. Tapi Kamarul tahan aku.

Kamarul: Nak gi mana?
Aku: Tu nak gi kat Kak Iman.
Kamarul: Tak payah. Ikut saya je.
Aku: Ala...
Kamarul: Ke nak balik bilik operasi?

Ok, fine. Main ugut. Dia tau aku takut nak duduk bilik operasi dengan Maira. Tak puas hati macam mana pun, aku terpaksa ikut Kamarul. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yg ada lebih kurang 8 - 10 orang dalam 1 kumpulan. Mana-mana kumpulan yg jumpa budak hilang tu dikehendaki meniup wisel sebanyak empat kali panjang-panjang. Kumpulan aku kena cari kat sekitar bola keranjang. Kami pun bergeraklah ke gelanggang bola keranjang. Cuaca makin sejuk walaupun hujan dah berhenti. Dari kejauhan, terdengar sayup-sayup lolongan anjing. Fuh, dah macam dalam filem seram dah ni!

Sampai kat gelanggang bola keranjang, kami pun menyuluh sana dan sini sambil memanggil nama budak yg hilang tu. "Wan! Wan!" bersahut-sahutan kami memanggil. Sampailah kat satu pokok yg betul-besar kat gelanggang tu, Kamarul tak bagi kami datang dekat. Kamarul halau kami pergi agak jauh. Dia dan seorang ahli Pengakap senior berdiri dekat pokok tu. Lampu suluh mereka dipadamkan. Aku tak berapa jelas keadaan masa tu sebab gelap. Tapi lepas beberapa minit, terdengar suara Kamarul melaungkan azan. Serentak tu, terdengar macam bunyi ada benda terjatuh dari atas pokok. Gedebuk! Dan kemudian kedengaran wisel ditiup sebanyak empat kali, panjang-panjang dari arah Kamarul dan Pengakap senior tu. Dah jumpa Wan!

Aku dan ahli kumpulan lain terus berlari mendekati Kamarul. Wan terbaring di atas tanah yg basah, tak sedarkan diri.

Pengakap senior: Stretcher! Amek stretcher!
Kamarul: Jangan gerakkan dia. Kaki dia patah.

Orang yg lain pun sampai ke tempat kami. Sebahagian besar dari kami disuruh pulang ke camp site masing-masing. Menonong je aku ikut Kak Iman balik ke camp site. Tak nak aku ke bilik operasi semula. Bila aku sampai camp site, ramai yg dah bangun. Masing-masing tertanya-tanya apa yg terjadi. Tak lama lepas tu, kedengaran siren ambulans masuk kawasan sekolah. Keadaan jadi gempar seketika. Tengah dok kecoh-kecoh tu, tiba-tiba je ada jeritan datang dari dalam bilik operasi. Aku, Kak Iman, Angah dan beberapa orang lagi berlari ke bilik operasi.

Maira dok cekik urusetia yg sorang tu! Apa lagi, kelam kabut kami cuba tarik Maira, melepaskan cengkaman tangan dia di leher urusetia tu. Kalut! Dalam kekalutan tu, Kamarul sampai dengan sekumpulan urusetia lain.

Kamarul: Maira!!

Sekali Kamarul bertempik, Maira melepaskan cengkaman tangannya. Dia tersengih-sengih pandang Kamarul. Lepas tu tetiba je Si Maira ni nampak aku, dia dah angkat kedua-dua tangan dia macam awal-awal tadi. Kali ni baru aku paham. Yang dia angkat tangan mula-mula tadi sebelum kitorang keluar cari budak hilang tu, dia dah memang nak cekik aku dah. Mak aih. Aku pun apa lagi, terus berundur ke belakang.

Kamarul: Hoi, berhenti!

Bertempik Kamarul sekali lagi. Maira terus berhenti. Dia pandang muka Kamarul, semacam marah. Kemudian, terdengar laungan azan Subuh dari masjid berdekatan sekolah. Maira jatuh pengsan macam tu je. Terus disambut Kak Iman. Aku pulak macam terpegun, berdiri kaku je kat situ. Sampailah ada urusetia datang dan pimpin aku duduk kat kerusi. Suhu badan aku terus naik panas mendadak. Kepala rasa berpinar-pinar.

Sudahnya, perkhemahan yg sepatutnya dijalankan 3 hari 2 malam dibatalkan. Selesai sarapan, ibu bapa dipanggil untuk menjemput student pulang. Aku pulak yg demam 3 hari 2 malam. Penangan camping pertama kali. Dua minggu jugakla kecoh cerita camping ni kat sekolah masa tu. Fofuler kejapla aku dua minggu tu sebab aku antara saksi sohih yg berada di tempat kejadian. Si Maira pulak, lepas pada tu, kalau jumpa aku tertunduk-tunduk kepala sebab malu. Berapa kali cakap sorry, sorry. Padahal kakak dia cakap kat aku, dia bukannya ingat pun apa jadi malam tu. Dengar cerita orang je. Dan akibat daripada insiden camping tu, pihak sekolah tak benarkan langsung sebarang aktiviti camping dijalankan dalam kawasan sekolah. Sampai aku habis sekolah, tak pernah dah ada camping dalam kawasan sekolah.


Tamat.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:49 PM | Show all posts
cik.nana replied at 29-12-2014 03:39 PM
====================
Tengok perangai Maira macam otak tak center tu, aku bangun, pindah duduk jauh  ...

Peh, kamarul ni kira terer jugak laa ek..
Apa citer budak yang hilang tue? Dia tak citer ape2 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:50 PM | Show all posts
apsal maira tu takut dgn kamarul ekk cik.nana? kamarul tu byk ilmu di dada ye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:02 PM | Show all posts
cik.nana replied at 29-12-2014 03:39 PM
====================
Tengok perangai Maira macam otak tak center tu, aku bangun, pindah duduk jauh  ...

Keras jugak kawasan dlm sekolah cik.nana tu ye? serammm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:55 PM | Show all posts
thoyol replied at 29-12-2014 03:49 PM
Peh, kamarul ni kira terer jugak laa ek..
Apa citer budak yang hilang tue? Dia tak citer ape2 ker ...

Budak Wan tu form 3 ke form 4 tak ingat, so tak berapa kenal sangat. Sebab tak kenal sangat, seganla nak tanya direct apa jadi kat dia. Tapi dengar-dengar cerita, dia disorokkan atas pokok besar tu. Tapi tak sure sejauh mana kebenaran cerita tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:57 PM | Show all posts
EmbunSiang replied at 29-12-2014 03:50 PM
apsal maira tu takut dgn kamarul ekk cik.nana? kamarul tu byk ilmu di dada ye..

Wallahualam Kamarul tu berilmu ke apa ke. Tapi dia student kesayangan ustaz/ustazah dan memang sangat pandai baca Al-Quran. Syahdu je kalau dengar dia baca.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:00 PM | Show all posts
hatikudus replied at 29-12-2014 04:02 PM
Keras jugak kawasan dlm sekolah cik.nana tu ye? serammm

Macam kebanyakan sekolah bukan memang keras ke? Sekolah cik.nana tu ada satu blok, tak ingat tingkat berapa, tandas tutup terus. Kawan cik.nana pernah kena dalam tandas tu, dia tengok kat cermin ada badan takde kepala. Bila pusing takde. Pengsan terus member.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 05:19 PM | Show all posts
duniaku85 replied at 29-12-2014 03:26 PM
apa maksud hest?
mmg benda tu ajak hest buat jahat ke?

actually lebih pada, iman kita juga. penah dengar sllu org kata dengar bisikan? bisikan tu semua dari hati kita sendiri. benda tu tak suruh buat. dia hanya mencadangkan.. kita je kuat atau tak nak lawan. contoh.. malas solat
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 05:25 PM | Show all posts
hest replied at 29-12-2014 05:19 PM
actually lebih pada, iman kita juga. penah dengar sllu org kata dengar bisikan? bisikan tu semua d ...

oooo
igtkan dia ajak kita jd jahat
mcm org2 jahat ajak kita bergaul dgn diorg

tp kan..hest pnh tak jd,
mcm kita pikir bukan2..siap terdetik benda2 bukan
padahal hati kita tak de la kutuk org pun
tetiba rasa hati sgt jahat je
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 05:29 PM | Show all posts
duniaku85 replied at 29-12-2014 05:25 PM
oooo
igtkan dia ajak kita jd jahat
mcm org2 jahat ajak kita bergaul dgn diorg

macam2.. rasa macam orang tak suka kita.. rasa nasib kita malang sentiasa.. rasa semua orang tak paham kita.. dia ajak kita bunuh diri.. macam2 lagi la.. solat tu ..susah nak bangun.. buat jahat.. menghasut orang.. hati cepat panas
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 08:50 PM | Show all posts
hest replied at 29-12-2014 05:29 PM
macam2.. rasa macam orang tak suka kita.. rasa nasib kita malang sentiasa.. rasa semua orang tak p ...

ooo mcm tu ke
hmm risau gak la klau dh sampai nk bunuh diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.191161 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list