CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Pelajar Hilang Selepas Sertai Marathon UPDATE #KENYATAAN BAPA

[Copy link]
Post time 5-11-2014 04:46 PM | Show all posts
post dari facebook terengganu times -

5 November 2014, 1.30 a.m.

Assalamualaikum w.b.t. Sekadar perkongsian admin #amp... teringat lagi sewaktu mula-mula menerima berita kehilangan adik Rafiqin pada 1 November lalu, sedang admin terleka dengan kehangatan Piala Malaysia 2014, admin menerima pesanan ringkas mengenai kehilangan adik Rafiqin.

Oleh kerana admin juga berada di Hulu Terengganu, tergerak hati admin untuk ke sana turut serta mencari pada malam itu juga. Rakan admin menasihati supaya jangan kerana tiada apa yang boleh dibantu dengan keadaan hujan yang lebat pada ketika itu dan peralatan mencari kurang lengkap dalam suasana hutan yang gelap.

Admin mengalah,,tetapi tidak dapat tidur lena memikirkan adik Rafiqin bersendirian dalam kedinginan malam, hujan, agas dan nyamuk, tanpa sebarang bekalan makanan. Dalam kepayahan melelapkan mata, admin nekad untuk mengikuti SAR pada keesokan hari,...

Seawal pagi admin telah berkejar ke sana untuk melaporkan diri bersama tiga lagi kru (Mak Jah, Pena Biru dan Mie). Dari raut wajah keluarga adik Rafiqin jelas terpampang harapan yang menggunung kerana semakin ramai yang tampil serta prihatin untuk membantu keluarga ini menemukan semula insan yang dikasihi.

Admin di sini ingin berterima kasih kepada semua pihak keluarga adik Rafiqin yang melayan admin dan kru dengan baik seperti keluarga sepanjang berada di sana.

Setelah berkampung di sini untuk turut serta, admin cuba sedaya upaya untuk memberikan update dan info terkini kepada orang ramai dari apa yang dilaporkan di pusat kawalan radio. Lebih-lebih lagi kepada keluarga dan sanak saudara yang berada di kejauhan.

Hari ke-4 pencarian merupakan hari yang memilukan, admin cuba mengelakkan saudara mara mangsa yang jauh menerima berita yang tidak sahih. Spekulasi tidak benar yang ditimbulkan di media maya memeritkan lagi perasaan keluarga adik rafiqin yang juga berkampung di lokasi.

Admin memohon maaf jika sekiranya update yang admin sampaikan terdapatnya kekurangan.

Di kesempatan ini admin ingin mengucapkan Salam Takziah kepada Cikgu Azman, Teacher Rashidah, abang kepada adik Rafiqin, iaitu En. Ridhuan, Encik Zamri serta isteri, Puan Azlida, serta seluruh ahli keluarga adik Rafiqin... ketahuilah, Allah lebih sayangkannya, bertabahlah hati dengan ujian dari-Nya. Al Fatihah...
#AMP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 04:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:50 PM | Show all posts
edee_91 posted on 5-11-2014 04:19 PM
ya awloh sis.... semoga sis akhirnya mendapat hidayah sis... doa ikhlas dari saya sis.

keh keh keh

awloh lu sapa?
hidayah bt apa? anak sapa lu mau wa dapat ni?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:51 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 5-11-2014 04:13 PM
Saya lihat dalam news, orang yang Azan tu tidak pulak cakap nak
lawan hantu kopek.Dia kata sudah ...
katanya ada yg azan lepas tu terdengar suara minta tolong.. suara sapa plk tu kan..


ummah kata ada suara meminta tolong selepas terdengar suara azan. Nak kata hantu kopek lah tu tapi malu...


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:55 PM | Show all posts
truly posted on 5-11-2014 04:13 PM
Masa saya trekking a few weeks ago, guide tu kata kena hormat hutan jangan cakap bukan bukan nanti ...

azan je lah sis.... biar takut hantu setan semua..... tapi dalam hutan sahajalah katanya....

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2014 05:06 PM | Show all posts
Cerita Ustaz Yang Temui Jenazah Ahmad Rafikin Yang Hilang 3 Hari

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi. Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita. Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Berikut merupakan cerita kawan kepada ustaz yang menemui jenazah arwah Ahmad Rafikin.


Ni gambar aku amik masa ustaz ni azan. Lepas azan 3 kali angin kuat menyapa dan masa tu ustaz ni berkomunikasi dengan benda tu. Bawah jambatan tu la diorang ada terdengar seperti orang menangis minta tolong tapi cari punya cari tapi tak jumpa. Aku yang terlibat dalam operasi ni pun macam tak caya. Kata ustaz tadi takda mende pun (dia macam menyembunyikan sesuatu). Korek punya korek. Ustaz tu cerita ada 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan tua. Seorang budak remaja perempuan, cucu kepada si tua tadi berkenan dengan arwah. Macamana cucu tu leh berkenan dengan arwah Ustaz tak cerita sebab ustaz pun tak tahu. Dekat-dekat kawasan tu ada pintu gerbang alam kita dan alam dia. Kedudukan gerbang tu depan sedikit dari jambatan gantung yang kedua. Al Fatihah kepada adik Ahmad Rafikin. Semoga keluarga tabah.


Ketika Ustaz Sedang Melaungkan Azan.


Penduduk dan para penyelamat membuat solat hajat dan doa di air terjun.


Gerbang Yang Dikatakan Pintu antara Alam Kita dan Alam Mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:09 PM | Show all posts
apsal timbul isu hanti kopex bagai nih..
ustaz tu just azan je, baru nmpak tangan...xde plak kata sorok hantu bagai...
mcm kes yg hanyut lemas awal tahun bi..siap siar dlm Buletin utama..sejurus pas azan,mayat timbul..
jgn menidakkan kuasa Allah...siap sindir2 sinis bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 05:17 PM | Show all posts
Changa posted on 5-11-2014 01:00 PM
nak azan masa ribut buat apa??
apa kesan nya?

Waktu-Waktu Disunatkan Azan

1. Diazankan di telinga manusia termasuk bayi yg baru lahir dan binatang yang jahat.

2. Diazankan di telinga orang yang dirasuk dan orang yang sangat marah.

3. Diazankan ketika kebakaran/ribut petir dll.

4. Diazankan ketika nak berperang dan di tempat tinggi.

5. Diazankan ketika nak bermusafir.

6. Diazankan bagi menolak kejahatan jin.




Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi ramai la ummah meleis muncul lalu mengaku sanak saudara sambil menambah cerita mistik...Biarkan arwah pergi dgn tenang.Sudah2 la menambah list jenis2 hantu yng terlibat....

percaya kepada kekuasaan elohim dlm menghidup dan mematikan hambanya...itu saja sis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:27 PM | Show all posts
kalau agamanya Islam pasti tau bahawasanya dlm dunia ni bukan kita saja makhluk Allah yg ada...

"Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya."
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:39 PM | Show all posts
kukulangau posted on 5-11-2014 04:23 PM
aku sebenarnya tengah meleleh airmata baca thread ni
tup tup terbaca komen kau
lahan*t sangat :h ...

sebok nak menggesel kat kaki bila plak nak jumpa....



Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 5-11-2014 05:22 PM
Lagi ramai la ummah meleis muncul lalu mengaku sanak saudara sambil menambah cerita mistik...Biarkan ...

Sis..kalau uoul beragama islam sepatutnya uoul tahu yg ada makhluk ghaib yg dicipta selain drp manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:41 PM | Show all posts
aku percaya je citer2 mitos hantu kopek n wat not...
mende2 tu mmg ujud....
cuma yg aku dgr..kalau kena sorok...
bila dia pulangkan smula, mangsa mcm kebingungan je...
xdelah sampai maut...

btw yg hilang panjat gunung dulu tu pe citer ek...
jumpe tak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated posted on 5-11-2014 04:51 PM
ummah kata ada suara meminta tolong selepas terdengar suara azan. Nak kata hantu kopek lah tu  ...

Sudah2 lah tu pondan oiii...
Kepercayaan dan pegangan kau mungkin tak sama dgn org lain..tapi tk perlulah tulis stetmen longkang kau kat sini...

Org lain sibuk sedekahkan alfatihah dan mengucapkan takziah..yg ko tak habis2 dgn stetmen pprt kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:47 PM | Show all posts
Alhamdullilah akhirnya jumpa jumpa arwah adik ni.

sudah2 lah mencerca itu ni... nyampah btl nak bc forum cari skrg ni..

MATI itu pasti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 05:49 PM | Show all posts
kau orang cakap pasal hantu kopek, tetiba aku teringat pulak dulu2 ada forummer nama dia @Hantukopek . kasihan, dah jadi troublemaker dah beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 05:55 PM | Show all posts
Sebab tulah kalau cerita2 mistik nih janganlah disensasikan masuk blog dan forum bagai takut jadi macam nihlah bagi yang percaya jadi taksub kepada yang tak percaya jadi fitnah pulak. Satu lagi takut orang yang percaya terlupa kebesaran Allah  taksub dgn kehebatan ustaz tuh pulak padahal dia pun mintak tolong dgn Allah jugak.

Kalau ada perkara miracle berlaku diam2 sudah atau cerita sesama yang dah saksikan sendiri.  Kalau cerita kat orang luar mampus diorang takkan percaya sebab diorang tak tengok sendiri nanti jadi bahan utk menghina pulak. Bak kata orang putih "seeing is believing".
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 06:06 PM | Show all posts
Fieza-mira posted on 5-11-2014 05:55 PM
Sebab tulah kalau cerita2 mistik nih janganlah disensasikan masuk blog dan forum bagai takut jadi ma ...

kau masuk kategori yang percaya ka atau yang tak percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 06:08 PM | Show all posts
edee_91 posted on 5-11-2014 06:06 PM
kau masuk kategori yang percaya ka atau yang tak percaya?

Sebab aku tak pernah mengalami jadi duduk tepi jerlah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:30 AM GMT+8 , Processed in 1.631530 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list