|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 04:49 AM
Kat Amariya takde peluru dik. Semua old skool...
lorh..klo gangster.masok dunia amariya camno? kena peluru kannnn? |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 12:47 PM
Yelah...tima kaseh atas sokongan, gitewww.
(iya, tau. Tak patut biarkan cerita tergantung dan t ...
errkkkkk jgn marah ho...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 12:51 PM
Arania merenung jauh ke depan dengan kepalanya ditegakkan. Nafasnya ditarik dan dilepaskan secara te ...
dah mcm citer kungfu michelle yeoh plak
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 30-10-2014 12:52 PM
errkkkkk jgn marah ho...
Eh, tak lah. Nak marah apahal lak?
Semangat tengah kembang kuncup ni.
Tapi, bak kata @wipers81 - Sehari Sepotong Ayat. Lama-lama siaplah.
Hari ni dah berpotong-potong ayat. Lama-lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nanti, habislah juga cerita ni. Ye tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 30-10-2014 12:51 PM
lorh..klo gangster.masok dunia amariya camno? kena peluru kannnn?
Kalau camtu, tak payahlah bagi gangster masuk ke Amariya
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 05:13 AM
Kalau camtu, tak payahlah bagi gangster masuk ke Amariya
Nak jugak. nak jugak..hihi... Biar Syakila mati. Belagak sangat memanah yer |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa tidak mahu mengeluarkan pedangmu?” Syakilla bertanya.
“Pedang ini hanya digunakan pada musuh.” Balas Arania. Syakilla tertawa lalu melunturkan siap-siaganya. Jari-jemari digerakkan menghilangkan rasa sengal akibat berbalas serangan tadi.
“Aku sudah lama tidak melihat kau bermain pedang, Arania. Kehebatan kau menggunakan pedang, tak dapat disangkal lagi.” Ujar Syakilla kemudiannya. Arania hanya senyum meleret, tidak membalas.
“Aku berkata benar, bukan bergurau…”
“Kau pun apa kurangnya, Syakilla? Tak usahlah memuji aku terlalu tinggi. Kau juga sama hebatnya.” Balas Arania.
Perlahan-lahan, Arania melabuh duduk di atas rumput. Syakilla menuruti kemudiannya lalu mereka duduk bersebelahan sambil memandang ke langit. Hari sudah beransur petang. Matahari jingga sudah semakin condong ke barat. Bayu pula bertiup lembut, membuat rambut keduanya terbuai-buai.
“Cantik bukan?” Arania menyoal Syakilla.
“Matahari?”
“Iya…”
Syakilla tersenyum, lalu menjeling ke arah Arania. “Bulan dan bintang, tidak cantik?”
“Juga cantik.” Jawab Arania. Syakilla tergeleng sendiri.
“Syakilla…”
“Hhmmm...”
“Kau rasa, adakah dia juga melihat matahari yang sama seperti kita?”
Kening Syakilla berkerut kali ini. “Siapa yang kau maksudkan?”
Arania menjawab dengan senyum meleret. Wajahnya kemerah-merahan. Entah mengapa, dia terasa malu-malu pula.
“Mungkin sama. Mungkin juga tidak…” Syakilla berkata walaupun masih kurang pasti siapa yang Arania maksudkan.
Mereka berjeda. Arania lebih banyak termenung menyebabkan Syakilla tidak dapat menahan diri untuk bertanya lagi.
“Apa sebenarnya yang kau fikirkan, Arania?”
“Ah, Syakilla. Sukar sekali untuk aku menerangkan padamu…”
“Cubalah terangkan…”
“Hhhmmm...aku pun tak tahu, di mana hendak aku mula bercerita.”
“Arania…Arania. Tidak pernah aku melihat kau begini. Macam pungguk…”
“Macam pungguk…” Arania mengulang kata-kata Arania lalu tertawa. “Iya, mungkin juga ada benarnya…”
"Usah berteka-teki, Arania. Katakan saja, apa yang bermain di benakmu."
“Syakilla, pernahkah kau merindui seseorang?” Arania menembak soalan.
“Pernah.” Syakilla mengangguk.
“Siapa?”
“Ibu bapaku.” Jujur Syakilla menjawab.
“Maksud aku, orang yang tiada pertalian denganmu.”
Syakilla tersenyum. Sudah mula dapat meneka, mengapa Arania bersikap begini sejak akhir-akhir ini. |
|
|
|
|
|
|
|
errr..boleh tak arania atau syakilla plak sesat kat dunia Qi.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 30-10-2014 04:29 PM
errr..boleh tak arania atau syakilla plak sesat kat dunia Qi..
Kat Amariya takdok internet. Laptop lagilah takdok. Camno nak masuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 04:31 PM
Kat Amariya takdok internet. Laptop lagilah takdok. Camno nak masuk?
ikut Qi balek laa... pegang tak lepas2..
|
|
|
|
|
|
|
|
“Siapa yang kau rindukan?”
Sekali lagi, soalan dari Syakilla hanya dijawab dengan senyum meleret. Entah, Arania pun tidak tahu apa yang terjadi padanya ketika ini. Perasaan yang dia rasa, cukup sukar sekali untuk dilisankan dengan llidah, dihuraikan dengan kata.
“Zuhril?” Teka Syakilla walaupun dia sendiri tidak yakin dengan jawapan itu. Tak mungkin Arania sudah jatuh hati dengan pemuda angkuh sebegitu.
“Ah, tidaklah.” Pantas Arania menyangkal. Syakilla tertawa.
“Dia sering datang tiba-tiba, dan hilang juga secara tiba-tiba.” Usai berkata, Arania menggigit bibir. Kening Syakilla terangkat.
Pemuda dari Keramat…
Secara tiba-tiba, Syakilla dilanda perasaan tidak menentu. Seharusnya, perkara ini dapat dijangka lebih awal lagi bukan? Menghakimi dari cara Arania memandang dan berbual dengan pemuda itu, dia patut tahu, Arania bagaikan tertarik.
Tapi…
Syakilla menghembus nafas kasar. “Apa benar, kau sudah jatuh cinta dengan pemuda dari Keramat itu?” Syakilla menyoal, mahukan kepastian.
“Jatuh cinta?” Wajah Arania semakin kemerahan. “Aku….tidak…” Arania melepaskan keluhan. “Entahlah. Aku suka berbual dengan dia. Sikapnya adakala lucu, adakala dungu tapi aku cukup senang sekali.”
Syakilla tidak menyahut.
“Syakilla, adakah ini yang dinamakan jatuh cinta?” Soal Arania.
“Maaf tuan puteri. Soalan itu, tak mampu aku jawab.” Syakilla memberi jawapan. Arania tersenyum nipis.
“Aku ingin bertemu dengannya sekali lagi. Tapi, aku tak tahu bagaimana mahu mencarinya. Aku harap, pada majlis keramaian hari lahirku nanti, dia akan muncul…” Arania bersuara penuh harap, lantas memandang ke hadapan semula.
“Syakilla, gerak hatimu cukup tajam. Beritahu aku, adakah dia akan muncul pada hari itu nanti?”
Syakilla kekal mendiamkan diri.
“Syakilla…”
“Iya, dia akan muncul.” Syakilla menjawab, sekadar mahu mengambil hati Arania.
“Kau tidak berbohong, bukan?”
“Dia pasti muncul, Arania.”
Arania tersenyum lebih manis kali ini. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Syakilla. Syakilla turut mengukir senyum di bibir, walaupun hatinya berkecamuk. Pengakuan Arania walaupun secara berkias, telah membuatkan dia terasa sayu secara tiba-tiba. Entah mengapa, kekosongan yang dirasa dalam hidupnya selama ini semakin mendalam.
Namun, jika itu yang terbaik buat Sang Puteri, nyawa pun sanggup dia korbankan.
Satu keluhan di lepas perlahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Syakilla pun ada hati kat Qi...
Punca perang antara Amariya sebab
Syakilla mahu merebut takhta selepas kecewa dengan Qi |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 05:12 PM
Kalau camtu, Qi kena cipta alat merentas dimensi.
lepas tu balik pakai pintu suka hati
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 30-10-2014 09:31 PM
apakah arania dan syakilla akan bermadu
syakilla mcm tak suka je arania suka sapa2 kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-10-2014 09:10 AM
“Siapa yang kau rindukan?”
Sekali lagi, soalan dari Syakilla hanya dijawab dengan senyum meler ...
gatal dua org ni. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 30-10-2014 05:15 PM
lepas tu balik pakai pintu suka hati
Bukak-bukak pintu.... nampak Bumblebee main tembak-tembak dengan puak Decepticon...
Rupanya dah tercampak pulak kat planet Cybertron....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|