|
Pencarian Berakhir.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA. Segala pencarian saya mengenai MH370 sudahpun berakhir....
Tidak ada apa lagi yang ingin saya cari. Hidup perlu diteruskan. I will move on to the next chapter. Artikel penutup mengenai MH370 akan ditulis dalam beberapa hari lagi setelah mendapat green light. Banyak benda harus ditapis. Tak semua yang saya tahu boleh dibuka rahsianya kepada orang awam.
Bukan mahu menyembunyikan kebenaran. Tetapi, bukan kerja saya mendahului skrip dan melawan takdir. Biarlah ia berjalan dengan rasmi dan cantiknya seperti mana yang telah dirancangkan. Jika ada pun skripnya berubah, sy tak mahu perkara itu berlaku atas sebab pendedahan yang saya buat.
Jadi, nantikan artikel penutupnya tak lain tak bukan hanya di dramaraja.blogspot.com.
Antara yang dijangka akan dibahaskan adalah, sebab musabab perkara ini berlaku, mengapa ia gagal, apa yang terjadi dan apa punca skrip berubah. Mungkin juga sy akan membahaskan sedikit tentang nasib MAS sebagai satu-satunya hab penerbangan rakyat Malaysia dibawah kerajaan dan mengapa banyak tragedi membabitkan MAS pada tahun ini sementelah KLIA 2 akan dilancarkan tak lama lagi.
Kesemua hal ini amatlah berkait dengan orang-orang besar dalam dan luar negara. Sekiranya saya silap mencorak langkah, alamatnya bukan blog sy yg padam tp dgn sy sekali kena padam. Silap sy mengambil langkah gila utk mendedahkan tragedi MH370. Awal2 dlu saja2 je tulis pasal MH370, maklumlah sy mmg Freelance Internet Marketer. Tak sangka penulisan sy tiba-tiba meletup kerana sy lah org pertama yg menuliskannya dengan cara yg amat berbeza drpd mana-mana media dalam dunia ini. Lagipun salah satu cabang yg sy buat dlm kerja Freelance Internet Marketer ini adalah menyalurkan berita yg sahih dr tempat kejadian atas sesuatu perkara yg sy minat. Untuk pengetahuan, sepanjang lbh kurang 3 mnggu tragedi MH370 ini, sudah beberapa kali sy turun naik sidang media dan ke KLIA bagi mencari sendiri jawapan disamping turun naik menghadap org2 besar. Ini bukan kerja main-main.
Ini juga bukan kali pertama sy buka cerita yg org lain tak mahu/tak tahu buka. Dah banyak dah.... Siapa yg dah kenal sy lama atau dah follow penulisan sy dr awal 2009 lg, mmg komfem tahu berapa banyak dah cerita yg sy tulis. So yg baru follow atau baru kenal nama Brado Kapak ini jgnlah cepat sgt membuat tuduhan ya. Kes penipuan perang yg berlaku di Syria pun sy pernah buat pendedahan dlu, atas sebab2 tersebutlah ramai org tuduh sy Syiah sedangkan sy masih lg mengamalkan Fiqh Syafie dan mengaji Aqidah Sifat 13 Asyairah dengan sanad Pondok Pasir Tumboh daripada Ustaz Karim. Cuma sy mmg minat mencari ilmu-ilmu tua di Nusantara ini, sebab itu sy follow Itrah Ahli Bait walaupun ilmu mengenai Itrah yg sy ada hanya ciput je jika nak dibandingkan dgn luasnya kota ilmu milik Itrah tersebut.
Jika nak tahu dengan mendalam tentang Itrah, silalah ke pondok-pondok tua di Nusantara ini atau cari orang-orang tua dari mana-mana jalur perguruan tua di negara kita terutamanya dari jalur perguruan Wali 7 kerana pada merekalah adanya ilmu tua tersebut.
Ini bukan kisah taqiyyah atau kisah hendak menghasut pembaca sy menjadi syiah. Tidak ada langsung dalam mana-mana posting sy yg menyuruh org mengikut syiah imamiah waima isna asyairah. Sy hanya menyuruh org mencari Itrah Ahli Bait ini atau sekurang-kurangnya kenalilah akan Ahli Bait Baginda SAWAW kerana hanya dengan mengenal merekalah baru anda akan dapat intipati ilmu akhiruz zaman.
Apapun, sy amat bersyukur ke atas Hadrat Ilahi kerana dengan terjadinya kes MH370 ini, sudah teramat banyak perubahan yg berlaku terutama pada diri sy dan juga pada negara Malaysia ini amnya. Apa yang amat ketara adalah, inilah buat pertama kalinya tulisan seorang anak Melayu-Islam kelahiran Malaysia yg telah menjentik lebih 2 juta akal dan minda pembaca di seluruh dunia dan inilah buat pertama kalinya, penulisan anak kecil yang sblmnya langsung tidak dikenali di mana-mana telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan telah sampai hampir ke serata dunia dari Timur hingga ke Barat. Sy amat bersyukur atas semua yg terjadi ini kerana, dalam duka masih ada sukanya kerana ramai yg telah mula tergerak dan terbuka hati utk kembali mendalami ugama Islam disamping mengamalkan apa yg Rasulullah SAWAW pesan kepada kita di dalam Hadisnya.
Ramai juga yg sudah mula kembali membaca dan menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi disamping doa mengelak fitnah dajjal. Ramai juga yg sudah mula berjinak-jinak mendalami sukan yg dianjurkan oleh Baginda, seperti memanah, berkuda dan berenang. Ramai juga yg sudah mula berfikir di luar kotak walaupun ada yg tidak berjaya, namun mereka telah mencuba. Ramai juga yg sudah mula rajin membaca dan sudah pandai mencari sumber dan bahan artikel yg telus utk dibaca selain drpd mempercayai media semasa yg sentiasa ditapis mengikut acuan dan kehendak sang empunya skrip.
Inilah kejayaan terbesar saya sepanjang bergelar "Freelance Internet Marketer". Inilah juga kejayaan terbesar saya yang tidak disangka-sangka. Hanya dimulai dengan satu status nakal tentang MH370 pada 9 Mac 2014, secara tidak langsung ia telah membuka satu jalan yg amat luas bagi sy. Sepanjang tragedi ini juga, banyak ragam manusia telah sy pelajari. Banyak karenah org yg telah sy ketahui. Ramai juga cerdik pandai yg telah menjadi kenalan sy. Ruang lingkup sy juga semakin meluas disamping medium penyampaian yg sy ada semakin kukuh. Walaupun tidak dinafikan ramai yg kecewa dgn pendedahan yg sy buat kerana mereka gagal menyusun kesemua klu-klu yg sy berikan dan ramai yg marah-marah kerana sangkaan mereka yg meleset. Itu semua lumrah dalam apa jua perkara dalam dunia ini. Setiap yg terjadi harus ada vice versanya atau pro dan kontra. Jika tidak, sudah pasti sy akan sgt-sgt ujub dan bongkak... Wal Iyazu Billah !
Sy juga berterima kasih kepada semua pihak yg tidak putus-putus menanti artikel terbaru di wall dan di blog dramaraja sy. Sy juga berterima kasih kepada semua pembaca setia dan pengkomen tegar yg tidak pernah rasa penat untuk menulis komen tak kira di blog waima di fb sy. Sy juga amat berterima kasih kepada semua ejen-ejen mana-mana badan kerajaan, badan bukan kerajaan waima badan-badan intelijen mana-mana negara yg tidak putus-putus memerhati wall dan blog sy dari masa ke semasa. Terima kasih juga kepada mereka yg suka membuat 'diversion' di ruangan komen pada setiap artikel sy baik di blog atau di fb ini kerana tanpa anda, maka tiadalah suka duka dlm setiap posting yg sy buat. Terima kasih juga kepada semua yg tak putus-putus menanti artikel terbaru sy semata-mata mahu mengutuk atau mengkondem sy, kerana tanpa anda, sudah pasti sy menjadi sgt ujub dan riak. Alhamdulillah, banyak teguran membina yg sy dpt walaupun pedih dan pahit tetapi ia membuahkan hasil yg baik.
AKhir kata, sekiranya sy dipanjangkan usia, insyaALLAH sy akan terus membongkarkan lebih banyak kes-kes penipuan dan juga kes-kes terpencil yg tidak ramai org tahu mengenainya. InsyaALLAH, sy juga akan meneruskan pengkajian sy tentang akhiruz zaman dan membuat persediaan serta persiapan baik zahir ataupun batin seiiring dengan apa yg telah dipesan kepada kita oleh Baginda Rasulullah SAWAW.
Sekian sahaja dahulu catatan sy,
Wassalam.
-bradokapak-
p/s: bila baca teori2 bradokapak ni sesuatu betul..mcm byk jer info2 belakang tabir dia tahu..tertanya2 jgk siapa sebenarnya beliau ni yer??selain dia bgtau teori2 dia tu, dia tak lupa meingatkan akan fitnah akhir zaman ni dan kembali kpd Islam..dan kalo dilihat balik, mmg byk ulama2/tok guru kebelakangan ni mengingatkan dan menekankan balik kepentingan mengamalkan surah Alkahfi ni, mmg rasanya dah tak lama niii
|
|
|
|
|
|
|
|
btw terjumpa video ni..ada sapa2 yg bole simple explanation psl video ni?? kaitan freemason? me blur2 sikit psl secret code dgn number2 ni sumer
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 tu kalo cari pesawat waktu mlm dgn night vision, spot light, etc. tu buang masa
tp kita lupa ada ramai set2 yg cari benda halus malam2 ni lg pendek akal depa...
|
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur posted on 29-3-2014 07:57 AM
Lautan.
Sekarang bulan Mac. Sebentar lagi akan tiba perubahan monsun. Jadi, banyak lautan di se ...
bole bg akk fb/ blog abgkapak ni tak? |
|
|
|
|
|
|
|
surfinv posted on 29-3-2014 12:25 AM
ikut kata ustaz haron din-kembali kepada islam.
bila diuji macam ni>
benar sekali kata bro surfinv.
segala2 teori yang di luar sana, baca boleh tapi janganlah kita percaya selain dari Allah yang Esa kerana Allah sahaja yang memegang jawapan yang pasti.
hikmah di sebalik kejadian ini amat besar sebenarnya. saya kira seandainya kejadian ini berlaku di negara lain, pasti masih ramai rakyat malaysia termasuk saya yang masih leka dengan kehidupan di dunia.
saya doakan semoga semua penumpang dan kru mh370 dilimpahi rahmat dan kasih Allah, sesungguhnya mereka insan-insan terpilih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 spekulasi hingga ke teori konspirasi, dadah , US, Iran etc... saya cuma nak ingatkan, sppekulasi boleh menjadi fitnah... hati2... |
|
|
|
|
|
|
|
che_yatt posted on 29-3-2014 10:06 AM
bole bg akk fb/ blog abgkapak ni tak?
ni fb dia bradokapak
blog dia Dramaraja
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ…. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (USTAZ MIMPI PUNCA MH370 TERHEMPAS DI LAUTAN?)
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar…
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
- USTAZ DARUL MANZIL (Petikan dari Kualalumpurpost.net)
- See more at: http://malaysiaterkinionline.blo ... thash.w3kEp4a6.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi klu ikut laporan..flight tu u turn lbh kurang lps perjlnan kan...ni mcm u turn 2 hari lps tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba terpk... kalau betul kene sabotaj, diaorg xnak tebusan, maknanya diaorg nk rampas brg dlm pesawat tu. mesti ada sesuatu yg bernilai. kalau milik china, die xyah susah2 nk rampas, tunggu je landing kt beijing n terus amik.
maybe yg 4 tan manggis tu sebenarnya bukan manggis tp declare as manggis..
terpk mana plk die dpt stok manggis kt msia ni 4tan plk tu. mana ada musim manggis pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
hazryka posted on 30-3-2014 01:08 AM
tetiba terpk... kalau betul kene sabotaj, diaorg xnak tebusan, maknanya diaorg nk rampas brg dlm pes ...
aah...kapal terbang nie memg sah dihijack..cume sape yg hijack tue jadi persoalan...nape nak hijack mh 370??nape hijack kapal terbng yng ke china???nape x pilih nak hijack kapal terbang yang dalam negara je???atau kapal tebng ke negara laen mcm ke singapura., brunei ker.us ker??pelik kann...ada something....yang tukang hijack nie memg kaji pasal malaysia...tau keadaan politik x stabil...memg diorng nie betui2 stdy la pasal negara kite nie..
Last edited by nurulasmaa on 30-3-2014 01:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
apa agaknya yang c ilah tu nampak ye
kalaulah dia boleh share dgn kita semua
x payahlah kita pening2 kepala kan..
sesetengah orang diberi kelebihan oleh Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
joey_mcintrye posted on 26-3-2014 11:47 PM
Biar saya tuduh... Kak Timah tak mengiyakan pun xpe...
Dia guna nama Changa ... dia ni memang.. ...
jangan lupa, katanya lebih baik sembah berhala dari percaya mimpi
|
|
|
|
|
|
|
|
Percayakan mimpi x bole menjadikan manusia cerdik... |
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi pun dah bermcm2 versi ni, scan pulak lain lg ceritanya... Betulla, klu terlebih melayan segala mcm speku ni bole jd obses... Mcmn pun still x bole buang mh370 sepenuhnya dr minda ni
Tetap yakin ke semua org Malaysia - kapten, co pilot, crew, penumpang x terlibat apa2 klu betul ader hijack...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tertarik dengan teori bradokapak berkenaan KHAZANAH NEGARA yang dikatakan jadi rebutan banyak negara itu...
Apa agaknya khazanah itu? Tak tercapai akal... Katanya Indonesia dulu pernah KEHILANGAN khazanah itu (salah satu daripadanya, since Malaysia juga mempunyainya) kepada US, yang kemudiannya menyebabkan Indonesia kembali miskin dan ekonominya melarat...
Apa agaknya ya.... Anyone? Thought? |
|
|
|
|
|
|
|
nurulasmaa posted on 30-3-2014 01:51 AM
aah...kapal terbang nie memg sah dihijack..cume sape yg hijack tue jadi persoalan...nape nak hijac ...
Saper yg hijack tu yg menakutkn, lebih2 skrg dah kuar cerita ade pesawat sebijik mcm mh370 kat tel aviv sejak hjg tahun lalu....Dr 3 pihak dispeku - US, Russia , China skrg dah tmbh Israel ... News Israel or Jews pula asyik mention psl blood moon ntah ape yg bkl berlaku bulan April ni, dorang ramal krisis ekonomi terburuk dunia atau Muslim terroris nak serang Israel ... Risaula...
|
|
|
|
|
|
|
|
olivegal posted on 30-3-2014 11:28 AM
Mimpi pun dah bermcm2 versi ni, scan pulak lain lg ceritanya... Betulla, klu terlebih melayan segal ...
sy rs salah seorg penumpang tu komplot ngn hijackers iaitu sape yg offkn transponder tu...sbb yg tu cuma blh buat manual je...
tgk spec boeing 777 ada ciri fly by wire. nk g mana nk naik tinggi mana semua blh ctrl guna system kat base station. ni xtau sape n kat mane blh ctrl.. kire pilot xyah wat apa2.. die overwrite semua yg di ctrl oleh pilot
ciri ni utk elak 9/11 dihijack tp skg org blh salah guna plk. mana2 kuasa besar nk hapuskan pesawat mana2 diaorg blh remote ctrl je...
takut pas ni makin bykla pesawat crash or hilang.... di control oleh org gile kuasa... yg disalahkn pilot jgk... padahal bukan pilot sorg je leh ctrl...
kite kene siasat ni ada possibility x telah dictrl oleh fly by wire n sape yg blh ctrl tu semua kene siasat
|
|
|
|
|
|
|
|
olivegal posted on 30-3-2014 01:01 PM
Saper yg hijack tu yg menakutkn, lebih2 skrg dah kuar cerita ade pesawat sebijik mcm mh370 kat tel ...
ermm..aku bukan nak menuduh...kite kembali kepada sape yang buat mh 370 nie...bukan ker us??jeng jeng di situ dah nampak permainan mereka....us n israel memg geng baek n x leh masuk nga rusiiaa...china sah2 dah menyokong rusia...kalau dunia berperng sekalipun china n rusia x akan leh masuk nga us ..sah2 x sehaluan...n skang kuasa yang makin naek ialah china...us boleh ker nak tgk kejatuhan kuasa mereka sendiri..dia kan berlagak polis dunia...us geng dia kan yahudi...memag sah2 x suke islam...x akan nak biarkan islam naek punyer...komunis pun dia x nak bagi berkuasa....so perkara pertama nak mengekalkan kuasa mereka...perkara pertama dia kene buat adalah jgn biarkan china n islam berbaek...nanti bila china x suke orang islam..untung la dia sebb ape jadi islam sendiri n ideologi komunis pun sendiri..senang lagi la dia nak menyekat pengaruh china/rusia n orang islam....nak jatuhkan musuh kene cerdik.pelbagai taktik kene gunakan...setiap kelemahan musuh kene amek kesempatan...kuasa2 besar nie cerdik semuanye...us cerdik...n aku pun x rase china sebodoh tu x leh hidu sesuatu di sebalik mh 370..kalu kerajaan china nie bodoh aku x rase china leh jadii antara kuasa kuat dunia sekarang...
Last edited by nurulasmaa on 30-3-2014 03:40 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
matdue77 posted on 30-3-2014 12:46 PM
Tertarik dengan teori bradokapak berkenaan KHAZANAH NEGARA yang dikatakan jadi rebutan banyak negara ...
Adakah khazanah itu e_ _ _s yg byk?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|