UsuFie posted on 19-3-2013 01:05 PM
...how sweet rahul....
terasa mcm comeynya mereka ni...
sweet? So usu team rahul lah ni? Atau nak biar Jiha dgn doktor zain?
----
Kantin hospital.
Suasana kantin tidaklah sesibuk siang tadi. Mungkin disebabkan sudah malam, maka kurang pengunjung. Aku dan Rahul mengambil tempat di tepi cermin. Rasa malu aku nak makan sebab Rahul telah membayarkan harga makanan aku. Dalam bergaduh, terima pula belanja darinya. Adehh...
Kaliini Rahul langsung tidak menyentuh soal Dona sebaliknya dia bertanyakan tentang latar belakang aku. Mahu tak mahu aku menjawab juga segala pertanyaannya... asal dari mana, berapa adik-beradik,sejak bila kenal Dona dan sebagainya.
“Hmm...orang Jawalah ni? Kabare?” Aku tergelak sebaik sahaja Rahul menuturkan perkataan Jawa. Mungkin juga berkat selepas solat, amarah aku pun sudah lenyap. Aku ketawa bukan apa... aku sendiri pun tak tahu berbahasa Jawa, ali-alih mamat chindian ni pula yang berlagak macam pandai.
“Waras!” Aku membalas juga dalam bahasa Jawa. Itu sajalah yang aku tahu pun.
“Dari mana awak belajar perkataan tu?” Aku menyoal penuh teruja. Aku tahu Rahul bukan tahu pun tapi aku kagumlah juga sebab dia tahu perkataan itu.
“From Mr Google. Seronok berkawan dengan komputer ni. Macam-macam perkara saya belajar.” Hampeh! Pulang paku buah keras ye? Daripada riak wajahku yang ceria, berubah serta-merta menjadi kelat. Kemudian lelaki itu tersengih-sengih. Seronoklah tu dapat mengenakan aku balik.
“Hai...gurau pun tak boleh? Ingatkan saya sorang saja yang cepat sentap. Rupanya awak pun sama.” Rahul terus menyindir aku.
“Nampaknya kita ni sehati sejiwa. I think, I'm gonna like you.” Tuturnya lagi sambil tersenyum mengejek. Tiga kali kelopak mataku berkejip.
**********
|