CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 25-5-2013 01:37 AM | Show all posts
“ Auntie, saya kena balik. Terimakasih sebab jemput saya makan di sini. Soto yang Auntie masak sedap sangat. ” Nurul berdiri di sebelah kerusi empuk di mana Datin Wan Hamidah sedang berehat. Di luar tingkap kelihatan pemandangan bukit yang dulunya hijau tapi kini di tumbuhi “ cendawan konkrit”.

“ Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sampai dinner. Bukan selalu Yuyu datang ke rumah Auntie”

“Tak mengapalah Auntie, lain kali saya datang lagi. Itupun kalau Auntie jemput saya lah. Tapi Mike dah tunggu di bawah, kesian pula kalau dia tunggu lama.”

“ Mike datang jemput Yuyu? Tak sangka pula Yuyu kenal Mike. Mike tu kawan baik dengan Redza, dah macam adik beradik. Nak pergi mana dengan Mike? ”  Aikkkk .... banyak soal pula. Macamlah aku ni Izreen, anak daranya yang perlu di pantau.

“ Kita nak ke butik Cosry untuk fitting baju. Elly dah lama tempahkan baju untuk saya pakai masa wedding reception nanti. Sekarang baru ada masa nak cuba. “

“ Yuyu duduklah sekejap, Auntie ada benda penting nak cakap.” Berderau darah Nurul bila Datin Wan Hamidah memandang tepat ke matanya. Nurul menahan nafas. Uh oh… dia dah tahu, dia nak suruh aku berpisah dengan Redza. Mati lah!

“Auntie sebenarnya nak minta tolong Yuyu.  Dah lama Auntie berniat nak ke Tanah Suci untuk buat umrah. Itulah satu satu hajat Auntie yang belum tercapai lagi. Umur Auntie dah lanjut dan penyakit Auntie tak ada ubatnya. Entah berapa lama lagi hayat Auntie. Auntie nak pergi selepas selesai majlis Redza.  Boleh tak kalau Yuyu temankan Auntie?”

What??? Betulkah apa yang aku dengar? Subhanallah! Inilah yang di katakan rezeki datang bergolek. Nasib baik aku tengah duduk, kalau tak tentu aku dah jatuh tergolek.

“ Auntie! Betulkah Auntie nak bawa saya?  Kenapa  Auntie tak bawa Alia atau Izreen?”

“ Alia kena jaga Maira dan Qal. Izreen pula ada kuliah, dia tak boleh ponteng. So, macam mana? Yuyu setuju? All expenses paid , of course.”

“ Kita pergi berdua saja? Uncle tak pergi kah, Auntie? Setahu saya, orang perempuan kena ada mahram.“

“ Redza dan Elly ikut sekali. Sebenarnya ini honeymoon untuk Redza dan Elly, jadi Auntie tak nak lah kacau privasi mereka. Biarlah  mereka duduk berduaan, Auntie dengan Yuyu tinggal sebilik” Penjelasan Datin Wan Hamidah membuat jiwanya merudum.

Bagaimana aku nak menunaikan umrah dan beribadat kalau fikiran aku terganggu dengan seribu satu lintasan. Sempurnakah ibadat aku kalau hati aku pedih melihat suami dan madu aku “ Berbulan madu” ? Ya Allah, ampunilah aku!  Iman aku belum cukup kuat untuk menjadi hamba Mu yang tawadhuk. Aku tak sepatutnya membiarkan perasaan aku  mengganggu niat untuk beribadat pada Mu tapi hakikatnya aku masih terlalu lemah. Sesungguhnya aku belum layak menjadi tetamu Allah! Airmatanya bergenang. Sedihnya bila rezeki terpaksa di tolak. Semoga ada lagi peluang aku untuk ke sana nanti.

Perubahan wajah Nurul yang ketara membuat Datin Wan Hamidah kaget. Tadi bukan main teruja lagi.

“ Kenapa Yuyu? Kalau Yuyu tak nak pergi, Auntie tak paksa. Nak pergi umrah niat kita kena ikhlas.”

Otaknya ligat mencari alasan yang munasabah. “Tak… bukan macam itu. Auntie , saya sedih sebab tak dapat pergi. Bukan senang nak dapat peluang macam ini. Tapi saya baru lagi kerja dengan Datin Anisa, memang tak patut kalau saya ambil cuti panjang. Lagipun saya tak ada mahram. Minta maaf banyak banyak Auntie.” Padahal mahram aku ada bersama nanti, tapi apakan daya, dia hak Elly. Tak terdaya aku menanggung dosa menipu sepanjang masa di sana. Apa gunanya aku ke Tanah Suci kalau lebih banyak kutip dosa dari pahala? Bak kata orang, bukan dapat umrah mabrur tapi umrah Marlboro.

Wajah Datin Wan Hamidah muram. Nurul lah satu satu harapannya. Walaupun Elly ada bersama, tapi bukan dia tak tahu perangai menantunya yang terlebih manja dan sentiasa ingin di tatang. Jangan harap Elly nak bantu aku yang tua,  diri sendiri pun perlu bantuan. Sudah tentu Elly akan mengerah Redza untuk melayan setiap kerenah nya. Kasihan anak aku, jadi balaci. Aku pula tentu akan di biarkan terkxtxng kxtxng seorang diri.

“Auntie faham. Tak apalah, Auntie cuba cari orang lain untuk temankan Auntie.” Wanita itu cuba sembunyikan kekecewaan dengan senyuman segaris.

“ Saya minta diri dulu. Jaga kesihatan Auntie. Assalamualaikum” Nurul bersalaman dengan Datin Wan Hamidah dan segera meninggalkan bilik sebelum airmatanya tumpah. Begitu banyak pengorbanan yang aku harus lakukan demi Elly, desis hatinya. Sampai bila aku mampu bertahan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2013 09:38 AM | Show all posts
terima kasih sbb ade sambungan
kesian ecah.... agak2 bila ek rahsia nak bocor?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 10:05 AM | Show all posts
errr... sejak bila kaka juna jd abg arjun?


anyway, thanks for the n3...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 02:50 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-5-2013 10:05 AM
errr... sejak bila kaka juna jd abg arjun?

hendak ke si elly tu nak buat umrah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 10:18 PM | Show all posts
Thanks  bunch kak juna!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:36 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-5-2013 10:05 AM
errr... sejak bila kaka juna jd abg arjun?



haa..tulah..ingat arjun rampal tadi..





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2013 11:36 AM | Show all posts


kaka juna..bestla ada sambungan...



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:43 AM | Show all posts
ini namanye mendera perasaan... huhuhuhuhuhuhu best nye cite nie... saya suka sgt!!!!! sometimes kena "puasa" dua minggu baru jenguk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2013 01:12 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 25-5-2013 12:52 AM
juana .... lama tak nampak

ada bang arjun..jadi Silent Reader.
Last Saturday ada Arjun Rampal..hehehhe

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 01:13 PM | Show all posts
Nak lagi, nak lagi..:-)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 01:51 PM | Show all posts
Terima kasih sbb ada n3 baru.... cepat2 habiskan sebelum ramadhan ek
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 09:56 AM | Show all posts
kaka junaaaaaaaaaaa.


bila mahu sambunggggggggggg


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:12 PM | Show all posts
tenkiu semua
sori sbb buat uols tunggu lama.... kaka cuba habiskan secepat mungkin

.....................................................................................................................................................................

Bab 35

Aireen berbaring di katil sambil memerhati teman serumah “chipsmore ”nya menyusun baju dalam beg.  Nurul yang “ kejap ada, kejap tiada” melipat pakaian dengan begitu teliti agar  tidak keromot. Di rumah baru nanti seterika pun tak ada, musibah besar kalau kena pergi kerja pakai baju berkedut. Langsung tak menepati piawaan Datin Anisa.

“ Perabut di rumah sewa kau lengkap tak? Kau nak  ke Ikea beli apa apa yang patut? Aku boleh bawa.” pelawa Aireen.

“ Ada sofa set, meja makan 4 seater, dapur lengkap dengan peti ais dan cooker. Katil ada satu saja tapi adik aku boleh tidur kat sofa. Hari ini aku tak larat nak pergi shopping. Bila dah settle down nanti baru aku nak ke Ikea, beli semua sekali harung. Tapi aku tak naklah beli banyak sangat barang sebab aku sewa rumah itu untuk setahun saja, nanti bila kena pindah teruk aku nak mengangkut barang. Kalau kau tak nak apa apa benda dalam rumah ini, boleh jual kat aku. Harga lelong. “ Nurul buat muka kesian.

“ Kalau kau nak cerek letrik dan toaster, aku bagi free.  Aku ada spare. Yang lain tu sorry lah, ya”

“  Thanks, kau lah kawan aku yang terbaiiiikkk! Janji ada cerek untuk buat kopi aku dah bersyukur.” Memang pun Aireen lah sahabat aku yang paling karib sekarang sejak si Elly… hmm… malaslah nak cakap.

“Senang pula kau dapat rumah sewa. Sewa pun okay. Selalunya di Wangsa Permai susah nak cari rumah kosong. Kalau ada pun sewa mahal nak mampus”

“ Rezeki aku kot. Tuan punya rumah itu kawan Mike, dia kena pindah ke JB selama setahun. Syaratnya aku kena jaga rumah elok elok dan jaga pokok bunga dia.” Sewa sebanyak RM800 memang murah untuk rumah tiga bilik yang masih baru. Rumah pun tak jauh dari butik Imaan Coutoure. Masih kena naik LRT tapi cuma dua hentian dan mengambil masa 10 minit saja. Tak adalah kaki aku lenguh berdiri dan hidung kena asak dengan bau badan beranika aroma.  Alhamdulillah!

“ Mike tu banyak tolong kau, kan? Aku rasa dia mesti suka kat kau tapi  Redza dah sambar kau cepat cepat. Sometimes aku rasa hidup kau mesti lagi happy kalau dengan Mike. Bukan niat aku nak provok tapi aku kesian tengok kau. Macam macam kau kena hadapi sejak berkahwin dengan Redza.” Aireen menopang dagu atas tilam. Reaksi Nurul seperti biasa, cuma senyum nipis.

“ Dah jodoh aku dengan Redza. Aku pun tahu yang hidup aku tentu kurang complicated kalau aku pilih lelaki lain, tapi tak ada lelaki lain yang melamar aku. Mike memang baik tapi waktu aku mula berkenalan dengan dia, dia baru nak peluk Islam. Aku rasa Mike tak terfkir pun untuk berkahwin pada masa itu. Banyak lagi  keputusan penting yang dia kena buat. Ibubapa dia tak restu dia jadi Muslim pada mulanya.”

“ Mike is really cute. Kau tahu lah taste aku lelaki yang Chinese look. Kalau aku tak ada pakwe, teringin juga aku nak mengorat dia. Aku tak pernah ada boyfriend mualaf. Ha ..ha!” Aireen ketawa gedik.

“ Laaa, kenapa tak cakap dengan aku? Boleh aku tolong kenen kenen. He is a very nice guy. Untung siapa dapat dia. “
Semakin lama mengenali Mike, Nurul dapat rasakan yang Mike serasi dengan dirinya. Haipp! Bukan aku berniat nak membandingkan mereka tapi hakikatnya, Mike lebih memahami dan membuat aku tenang.  Tentunya Redza lebih berkarisma dan romantic dan membuat aku sentiasa berdebar bila bersamanya. Tapi bila dah berkahwin berpuluh tahun, pentingkah nak rasa berdebar debar? Nanti konfius pula dengan symptom sakit jantung.

“ Itulah kau. Gelojoh, terburu buru buat keputusan. Kalau bukan Mike pun,  ramai jer pilihan kau. Capt Hairul, Aliff Zamar, semua tu nak a serious relationship dengan kau. Kalau kau bagi lampu hijau saja, terus mereka  hantar orang merisik”

Nurul ketawa sambil menutup beg Samsonite Cosmolite hitam. Semua pakaiannya muat dalam satu beg besar. Beg Longchamp pula di isikan dengan toiletries, pewangi dan alat mekap. Selesai! Dia melabuh duduk di katil dan mengambil jajan kacang botak dari mangkuk atas meja sisi. Dua butir masuk ke mulut sekaligus.

“ Adehh… itu semua cerita lama lah. Mereka bukan jodoh aku. Sama juga dengan Mike, kami dah rapat dan dia anggap aku macam adik. Baik atau buruk, aku terima Redza seadanya. Aku pun dah malas nak fikir pasal cinta tiga segi kami. Apa nak jadi, jadilah.” Kali terakhir dia bertemu Redza sewaktu makan tengahari di rumah keluarganya. Sejak itu Redza susah di hubungi. Kata Mike Redza sibuk menghabiskan projek yang deadlinenya dekat. Lepas kahwin dia nak cuti panjang untuk pergi honeymoon pula.

“ Kadang kadang aku rasa kau tak cintakan Redza. Aku tengok kau macam tak ada perasaan saja. Aku tahu Redza kahwin sebab keluarga, tapi…” Nurul menjungkit bahu sambil mengunyah kacang. Dua tiga hari kebelakangan ini, perasaannya tenang seolah olah perkahwinan Redza dengan Elly tidak memberi kesan. Ini hikmah yang Allah beri agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:17 PM | Show all posts

“ Entahlah. Kau pun tahu, aku kahwin dengan dia bukan sebab cinta. Sebenarnya aku tak banyak habiskan masa dengan Redza. Lepas kawin, kami duduk serumah dua hari, lepas itu aku ke London. Bila aku mula sembuh dari amnesia, dia bukan orang pertama yang aku ingat. Masa jumpa dia di London, seriously  aku tak kenal dia. Padahal aku boleh ingat Tok Nah, Zahid, Elly dan engkau. Bila Redza tunjuk gambar perkahwinan kami, barulah memori aku mula pulih sedikit demi sedikit. Sejak itu aku mula sayang pada Redza. Kemudian kami berpisah lagi bila aku pulang ke sini. Jumpa pun sekali sekala saja. Sebab itu aku tak rasa rindu sangat bila dia tak ada. Kalau di campur, tolak, darab, bahagi, cuma seminggu kami hidup sebagai suami isteri”

“ Well, kalau aku jadi kau, aku minta cerai. Tentu ramai yang nak kahwin dengan kau. Baru kena pakai tujuh kali. Ha ..ha .. aku boleh  iklankan!”

PAPPP!! Nurul menampar lengan sahabatnya. Mulut Aireen memang nak kena sental dengan Jif. Macam mana lah makcik ni boleh terfikir nak mengorat Mike. Pengsan mamat tu nanti!

“ Monyet kau! Tak senonoh lah! Jomlah, aku dah siap. Kita pergi ambil adik aku kat Terminal Putra, kesian pula dia kena tunggu lama.”

“ Jangan lupa, kau kena belanja aku dinner.”

Aireen bangun dan membetulkan spaghetti strap yang melurut dari bahu. Beg Longchamp Nurul di jinjit. Nurul menarik beg Samsonite keluar dari bilik. Sedih rasa nak tinggalkan rumah Aireen buat kali kedua. Sekurangnya di sini aku ada teman berbual bila Aireen tidak terbang dan kekasihnya tak bertandang. Tapi takkan nak ajak Zahid tumpang tinggal di sini. Berdarah hidung adik aku tengok pakaian Aireen yang tak cukup kain.

“ Yes, mem! Cakap saja mana kau nak makan. Kau dah banyak tolong aku, Allah saja dapat balas budi kau. ”

“ Alaaa… jangan nak sentimental dengan aku. Bukannya kau nak pindah ke US. Bila kau senang, datanglah lepak di sini. Bulan depan aku nak kurangkan flight, cukup dengan satu long haul dan tiga short haul sebulan.” Aireen menyarungkan sweater dan mengambil beg tangan Bottega Vennetta.

“ Ya kah? Nak spend more time dengan pakcik tu? “ Nurul menjungkit kening. Boyfriend terkini Aireen bekerja di Vietnam dan cuma balik ke Malaysia setiap dua minggu. Susahlah kalau jadual tak selari.

“ Yup. Aku pun bukan muda remaja lagi. Its time to slow down. Harap harap Jemae is the one.”

" Ameeennn"

Pintu kondo di kunci dan mereka berdua menuju tempat parkir.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:21 PM | Show all posts
Punat alat kawalan jauh di tekan dan pintu pagar terbuka. Aireen memandu keretanya ke bawah porch dan sekaligus lampu sensor menyala. Nurul memerhati persekitaran rumah yang akan jadi tempat dia berteduh untuk setahun yang akan datang. Kawasan perumahan itu  sunyi memandangkan sudah pukul 11 malam. Nak berkenalan dengan jiran tetangga kena tunggu besok. Beg pakaian dan beberapa beg plastik di usung masuk. Selepas makan malam di Cosy House, mereka singgah di Aussino untuk membeli bantal dan cadar.  Zahid terus membanting diri di sofa, kepenatan dan kekenyangan.

Nurul memasang cadar dan sarung bantal sebelum memakai pakaian tidur. Bantal di letak di sebelah Zahid yang sudah jauh belayar ke alam mimpi. Dia ke dapur untuk menyimpan beberapa keperluan yang mereka beli di Cold Storage tadi. Tidaklah mereka berdua kelaparan besok pagi. Roti High 5, jem strawberi, Maggi Kari dalam cawan , Nescafe 3 dalam 1 di simpan dalam kabinet. Air mineral dan Tropicana Twister di letak dalam peti ais. Nurul sempat membeli tiga biji mug, pinggan plastik dan cecair pencuci. Besok lepas kerja aku kena keluar membeli belah. Kalau Tok Nah tengok apa yang ada dalam dapur, tentu dia melenting. Macam pelarian dari Myanmar.

“ Hmm… aku berkenan dengan rumah ini. Selesa dan senang nak kemas. Tak panas sebab siling tinggi” komen Aireen selepas membuat pemeriksaan macam ejen DBKL. Seluruh rumah tiga bilik itu di terokai, dari ruang tamu hingga ke  bilik air.

“ Betul. Tak payah nak pasang aircond selalu. Bilik tidur pun luas. “ Nurul mengangkat beg ke bilik tidur utama. Malas nak punggah baju malam ini. Besok sajalah dia mengemas. Lagipun rumah ini masih bersih dan tidak berhabuk kerana tuanpunya rumah, Syakir dan Erisya baru pindah tiga hari lepas.

“ Bila kau nak buat housewarming? Ajaklah kawan kawan lama di MAS.  Dia orang rindu kat engkau.”

“ Haiyaa… sabar dulu. Pinggan dan gelas pun tak ada lagi. Apa kata aku buat kenduri doa selamat bila Tok Nah datang? Dia boleh tolong masak. “ Tok Nah bercadang nak datang minggu depan. Aku kena minta izin Redza juga walaupun dia tak tinggal di sini.

“ Okay, good idea. Jangan lupa jemput Mike ya. Yuyu, aku balik dulu. Kalau kau nak  apa apa, call aku. ” Nurul memeluk Aireen di pintu. Sungguh aku banyak terhutang budi pada makcik ni. Sebaik saja kereta Aireen melepasi pintu pagar, Nurul menekan remote. Namun sebelum pintu pagar terkatup rapat, dia ternampak kelibat seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berjaket membolosi masuk. Nurul menjerit ketakutan dan terus menyelak pintu dari dalam. Paluan jantungnya tidak teratur dan tubuhnya menggigil ketakutan. Pintu di ketuk dari luar. Astaghfirullah! Baru malam pertama di sini dah kena serang? Musibah melanda lagi!

“ TOLOOONNNNG!!!” jeritnya sekuat hati. Zahid terpisat pisat bangun dari sofa dalam keadaan separa sedar.

“ Ecah,  its me. Buka lah pintu” Nurul hampir terjelopok ke lantai bila mendengar suara Redza. Dengan tangan menggeletar pintu di buka. Muka Nurul yang pucat lesi membuat Redza terus memeluknya.

“ Tak reti nak bagi salam ke? Nasib baik kita tak panggil polis.” Suara Nurul masih terketar ketar.

“ I’m sorry. Abang bukan nak takutkan Ecah” Pipi isterinya di usap.

“ Oh… Abang ke? Kakak ni cepat panic lah. Yed tidur dulu .. Good Night” Zahid merebahkan diri semula di sofa. Tak sampai beberapa saat bunyi dengkuran mula kedengaran. Nurul mengebam bibir. Ada adik lelaki pun tak guna! Kalau betul penjahat yang datang tadi besar kemungkinan kami dah lumat di cincang.

“ Sorry again, sayang. Abang tak sabar nak jumpa Ecah. Tak sangka pula yang Ecah dah tak kenal abang.” Redza sengih sambil menanggalkan topi keledar dan membetulkan rambutnya.

“Yang pakai topi keledar dengan jaket macam Mat Rempit ni kenapa?” Nurul menampar lembut lengan suaminya. Nurul akui, Redza nampak sangat macho dan sexy. Kulitnya agak gelap.

“ Sabarlah, nanti abang cerita. Boleh tak abang duduk dulu ? Penatlah naik motorbike. Dah lama abang tak buat kerja macam ni” Zip jaket kulit rona cokelat gelap di buka dan di sangkut di belakang kerusi. T shirt hitam dan jeans biru yang lusuh tersarung di badan sasa. Redza meregang tubuh.

“ Abang nak minum? Rumah ni  cuma ada mineral water, jus oren dan Nescafe 3 in 1. Maggi pun ada , kalau nak. ” Nurul duduk bersila di lantai berhadapan Redza.

“ Nak Maggi. Lama tak makan Maggi”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:27 PM | Show all posts
Nurul tersenyum. Jarang sekali Redza makan Maggi, ini mesti lapar bebenor. Nurul ke dapur untuk menjerang air. Nasib baik Aireen sedekahkan cerek letrik. Tak lama kemudian pinggan plastic yang berasap dan segelas jus  di letak di depan Redza yang sudah bersedia di meja makan.

“ Sorry. Pertama kali abang makan di rumah baru Ecah, dapat Maggi saja. Nanti kalau abang ada masa, datanglah. Ecah masak sedap sedap untuk abang” Lain macam bentuk ayat aku, macam girlfriend atau perempuan simpanan, bukan seorang isteri. Choyyy! Dia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Redza.

“ Kenapa Ecah tak nak tinggal di Sapphire Hills? Rumah ini cantik tapi kecil. Kat Sapphire Hills ada 24 hour security, dekat pula dengan Makcik Ila. “

“ Rumah Sapphire Hills besar sangat. Penat nak mengemas rumah. Kalau dari sini lagi senang  dengan Yed nak pergi kerja. Lagi satu, I kerja sebagai boutique assistant, tentu orang pelik macam mana I mampu tinggal di kawasan elit. Kalau boleh, Ecah nak elak dari jadi buah mulut orang. Area ini pun selamat , kata Mike.”

“Kalau you rasa selesa di sini, tak apalah. I only want you to be comfortable” Akur Redza.  

“ Abang belum dinner lagi kah? Dah dekat pukul 12”

“ Abang makan awal tadi, sebelum Maghrib. Itupun makan Mc Chicken kat ofis. Banyak benda nak di settle hari ini.”

“ Ya lah, orang nak kahwin.”  Tangan Nurul terus di genggam.

“ For the 100th time, I’m sorry. Tapi jangan risau, Ecah seorang saja isteri abang yang sah dunia akhirat. You are the only one that I love, my sunshine, my starlight, my…..” Mata mereka bertembung dan Nurul mencebik.

“ Euwww ! Cheesy! Tak payahlah nak ayat orang. Kita tak termakan lah dengan ayat ayat player.“ Lengan Redza di tampar lembut. Biarlah pertemuan ini santai dan manis. Aku tak nak membebankan emosi  Redza.

“ Ecah… Ecah… macam mana lah abang nak duduk berasingan? You are so cute.“ Hidung Nurul di tarik. Pinggan yang kosong di tolak ke tepi dan jus di teguk.

“ Hari tu masa Abang balik cepat dari rumah Abang, apa jadi sebenarnya?” Sudah berhari dia menunggu penjelasan Redza namun Redza tidak menghubunginya. Entah kenapa, hatinya di landa perasaan ingin tahu yang membuak buak.

Redza senyum ketat. “ Allah Maha Kaya. Orang yang buat jahat akan terima balasannya, sama ada cepat atau lambat. Tak payah lah Abang cerita panjang, bukan ada kena mengena dengan Ecah pun. Don’t worry about it.”

Nurul tidak mendesak, tak perlu ambil tahu hal yang tak berkaitan dengan aku. Topik di tukar.“ Kenapa abang pakai macam rempit ni? Tiba tiba saja menyelinap masuk rumah orang. Dah buang tabiat kah?”

“ Saja suka suka. Lama tak naik Ducati. Jaket kulit abang yang di beli di Italy dulu pun dah rindu kat abang”

“ Atau abang menyamar sebab takut ada spy Tan Sri Effendy ikut abang?”

“ Eh, mana ada? Kalau ada orang nampak abang datang sini pun apa mereka boleh buat? Dah terlambat. Tan Sri Effendy tengah sibuk kat rumah, tengok orang pasang pelamin.  Abang saja malas nak bawa kereta sebab traffic jam.”

“ Just be careful. Elly sangat emo sekarang. Masa kita pergi butik Cosry hari tu, dia bengang sebab abang tak dapat datang. Puas Puan Sri pujuk, barulah dia nak cuba baju pengantin dia. Pereka fesyen di butik pun tak kuasa nak layan tapi  baju tempahan Elly berharga berpuluh ribu dan untung mereka cukup untuk tutup kedai sebulan dua. Nan tak nak, terpaksa sabar sajalah. Tak tahu lah kenapa Elly jadi macam itu. Mungkin hormone tak stabil sebab pregnant kot.” Cepatlah kau bersalin Elly woi! Kesian kat Redza, lagi kesian diri aku.

“ Mungkin hormone, atau sebab dia ada jin dalam badan.” Nurul membeliakkan mata bila mendengar ayat Redza.

“ Hissyyy! Itu bakal isteri abang dan kawan baik Ecah tau! Tak baik lah cakap macam tu“

“ Kalau dah jumpa bomoh untuk dapatkan ubat pengasih dan  penyeri, what do you expect? Tentu Nenek Kebayan itu guna khidmat jin. Jin Islam pun tetap jin juga.  Setiap malam Abang buat solat hajat, lindungi lah abang dan Ecah dari segala anasir jahat, tak kisah lah yang berkaki dua, bertoncit atau bertanduk.”

Tawa Nurul meletus. Redza masih mampu membuat aku ketawa dalam waktu begini. Semoga perkahwinan kami sentiasa mendapat pandangan rahmat Mu, Ya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2013 11:29 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 25-5-2013 09:38 AM
terima kasih sbb ade sambungan
kesian ecah.... agak2 bila ek rahsia nak bocor?

rahsia tak bocor kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:30 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-5-2013 10:05 AM
errr... sejak bila kaka juna jd abg arjun?

uniseks

welkam welkam

bila novel Ya Maulana nak terbit?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:31 PM | Show all posts
sapp73 posted on 25-5-2013 02:50 PM
hendak ke si elly tu nak buat umrah..

heheheh.... wait and see
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2013 11:31 PM | Show all posts
blythes posted on 25-5-2013 10:18 PM
Thanks  bunch kak juna!

welkam blythes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.270812 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list