CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2012 11:03 AM | Show all posts
Reply 438# fatehana

Ayat bunuh syaitan tu memang takleh blah langsung...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 11:06 AM | Show all posts
Reply  fatehana

Ayat bunuh syaitan tu memang takleh blah langsung...
Nicki_Meow Post at 17-5-2012 11:03


tp nampak cam shomel sbb miang2 serta kegatalan di awal perkahwinan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 11:14 AM | Show all posts
Part 2 - Episode 55

Suasana romantik menghiasi taman di Cyberview Lodge Resort ini. Langit juga cerah, di temani dengan bulan dan bintang. Tapi, suasana tenang itu tidak mampu mendamaikan hatinya. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Dia tersenyum kepada tetamu yang hadir. Sesekali bersalaman dengan tetamu yang di kenali. Tapi senyuman di bibir tidak menggambarkan gambaran hatinya. Di perhatikan kedua mempelai yang sedang memotong kek. Matanya mengecil, hatinya membara.

Dia milik aku!

Perempuan perampas!

“Tunggu!” Dia mengerling ke kiri, mencari suara yang berbisik.

“Bila masanya tiba, kau hapuskan dia” Suara itu berbisik lagi.

Bibirnya mengukir senyuman.

**************************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 11:31 AM | Show all posts
“Amboi, boss, berseri” Kata Mira yang memang kuat mengusik. “Congrats boss, puan”

“Tak payah nak puan-puan lah Mira” Lea tersenyum. Satu-satunya pekerja Halim & Tours yang dikenalinya.

“Thanks Mira” Faiz menjawab.

“Congrats Encik Faiz, Puan Lea” Aznim memberi ucap selamat.

“Thanks Kak Nim. Sayang, this is Aznim and her husband, Badrul” Lea dan Aznim bersalaman.

“This is Nadia”

“Tahniah Encik Faiz” Nadia tersenyum.

“Tahniah Puan Adalea!!!” Dengan pantas, sebilah pisau tajam di ambil dari beg tangan lalu menikam perempuan perampas itu tanpa teragak-agak.  

Masa seolah-olah terhenti. Semua hadirin yang menyaksikan kejadian itu terpaku.

Lea merasakan kesakitan yang teramat menjalar ke seluruh badannya. Nafasnya mula tidak lancar.

Pisau di tarik menyebabkan darah mulai mengalir keluar.

“Padan muka kau! Perempuan Sial! Perampas. Kali ni kau mati… MATI! Nadia menjerit-jerit. Keadaannya seperti kurang siuman. Dia mencuba lagi untuk menikam Lea tapi dapat di halang oleh Badrul.

Keadaan sangat kecoh ketika ini. Ada yang menjerit, ada yang tergamam.

Pandangan Lea sudah berbalam-balam. Dia mula rebah namun tubuhnya sempat di sambar oleh Faiz.

‘‘Ya Allah... Sayang... Lea ! LEA !’’

‘’Panggil polis’’

‘’Get her to the hospital’’

Suasana hiruk pikuk tidak diendahkan Faiz.

‘‘Fa…iz…’’

‘‘Sayang.. Lea…LEA!” Lea kini sudah terbaring di pangkuan Faiz dengan berlumuran darah.

Mata Lea mulai tertutup…

‘‘LEA!”

*********************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:37 AM | Show all posts
Mati ke.......siannyer baru kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:39 AM | Show all posts
Lorr... Ingatkan Emalin yg mental.... Rupanya Nadia...... Tipah tertipu rupanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2012 11:58 AM | Show all posts
sian lea..baru nak bahagia...gilos nadia nie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 12:15 PM | Show all posts
kan ramalan ku benar belaka..nadia pnya keje..
sian lea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 01:05 PM | Show all posts
Ala kesiannya! Baru je dapat bunuh setan sikit





Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:27 PM | Show all posts
in a way, kesian juga kat nadia, mangsa sexual abuse. Traumatic experience during childhood led to psychological and mental disorder. ada research yang mengaitkan child abuse ngan schizophrenia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:44 PM | Show all posts
Ala kesiannya! Baru je dapat bunuh setan sikit
ladyFinger12 Post at 17-5-2012 13:05


haippppp jgn tiru ayat akak  




















Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:11 PM | Show all posts
Sian lea...mmg sah si nadia gila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 02:12 PM | Show all posts
Lorr... Ingatkan Emalin yg mental.... Rupanya Nadia...... Tipah tertipu rupanya....
auntieagony Post at 17-5-2012 11:39


Hehehehe....





Siapa yang tekaannya tepat? Mai sini, cheq nak kasi hadiah....



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:16 PM | Show all posts
Hehehehe....
Siapa yang tekaannya tepat? Mai sini, cheq nak kasi hadiah....
{: ...
Nicki_Meow Post at 17-5-2012 14:12


Haippp...... Gelakkan auntie ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 02:20 PM | Show all posts
in a way, kesian juga kat nadia, mangsa sexual abuse. Traumatic experience during childhood led to p ...
hijaupurnama Post at 17-5-2012 13:27


Yup...selalunya orang terus cop gila. Huhuhuhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 02:22 PM | Show all posts
Reply 449# ladyFinger12

Bunuh sikit dulu... lepas ni baru bunuh banyak2





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2012 02:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 18-5-2012 14:20

Faiz hanya tunduk memegang kepalanya. Dia ditemani ahli keluarganya dan juga ahli keluarga Lea. Hatinya tidak berhenti-henti berdoa agar isterinya selamat. Ketika Lea dibawa ke Hospital Putrajaya, dia sudah tidak sedarkan diri.

“Encik Faiz Izzudin”

Faiz mengangkat muka. Dr. Zaharah yang merawat Lea berada di depannya. Faiz bingkas bangun.

“How is she?” Faiz bertanya lemah.

“Lukanya agak dalam. Isteri Encik Faiz kehilangan banyak darah.” Jawab Dr. Zaharah.

Faiz memejamkan mata lalu tunduk.

“Puan Adalea belum sedarkan diri lagi”

“Will she...survive?”

“Kita sama-sama berdoa Encik Faiz. Mudah-mudahan” Dr. Zaharah tidak mampu memberi jawapan pasti. Kecederaan yang dia alami oleh Lea memang serius.

Faiz mengangkat muka. Kata-kata Dr. Zaharah seperti kaca untuk di telan.

“Boleh saya tengok dia?” Tanya Faiz.

“Boleh, tapi jangan ramai-ramai” Dr. Zaharah memberi kebenaran, setelah berfikir agak lama.

Faiz mengangguk.“Thanks Doktor”


************************************************************************************

Pintu wad dibuka perlahan. Faiz memandang Lea yang tidak sedarkan diri.

Tangan Lea diraih lalu di kucup lembut.

“Lea, bangunlah. Faiz ni” Faiz berbisik perlahan. Sebak hatinya melihat keadaan Lea namun ditahan air matanya dari tumpah. Perasaan sedih dan bersalah bercampur baur menjadi satu. Bersalah kerana tidak mampu melindungi Lea sedangkan baru seminggu mereka bernikah. Tangan Lea dipegang, sekejap pun tidak dilepaskan. Lama Faiz berkeadaan begitu.

“Faiz…” Terdengar satu suara lembut memanggil. Faiz menoleh. Puan Arifah senyum walaupun hambar. Faiz hanya mendiamkan diri.

“Faiz pergilah dulu. Rehat, mandi, bersihkan diri. Biar ibu tunggu Lea kat sini” Lembut Puan Arifah memujuk. Sesekali mengelap air matanya.

Faiz hanya menggeleng. Dia tidak mahu langsung berganjak dari isterinya, takut sekiranya terjadi apa-apa.

“Faiz…pergilah dulu. Kami semua ada jaga Lea. Jangan risau” Farina pula memujuk.

Faiz akhirnya mengalah. Akal warasnya memaksa dia pergi dahulu. Baru dia sedar, pakaiannya masih berlumuran darah. Faiz bangun. Dahi Lea dicium, agak lama.

“I love you so much, sayang. Please wake, up” Faiz berbisik. Dia terasa bahunya di tepuk perlahan lalu dia menoleh. Walaupun payah, Farina masih cuba memberikan senyuman

“Baliklah dulu. Kalau ada apa-apa, Angah call”

Farina memberikan kunci keretanya pada Faiz. “Drive safely”


***********************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 02:30 PM | Show all posts
Reply  ladyFinger12

Bunuh sikit dulu... lepas ni baru bunuh banyak2
Nicki_Meow Post at 17-5-2012 14:22


hamboi3 nicki dgn lady nie sama jer yea, sorang dgn fareez sorang lg dgn faiz













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 02:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:52

“Ibu…” Faiz mengejutkan Puan Arifah yang tertidur di kerusi.

“Bila sampai?”

“Baru je” Jawab Faiz. Dia menoleh ke arah Lea, masih seperti tadi. Hatinya kembali sayu.

“Ibu baliklah dulu, rehat. Biar Faiz jaga Lea” Faiz berkata. Puan Arifah mengangguk.

Faiz memandang Lea lagi. Berdoa supaya isterinya cepat sedar. Dia duduk disebelah katil lalu memegang tangan Lea. Diusap perlahan dengan harapan Lea tahu kehadirannya di situ.

“Sayang, I love you so much”

“I know, you are strong Lea. Please… hang in there”

“Jangan pergi dulu…”

Kali ini, tiada lagi bunyi gitar, tiada lagi lagu. Suaranya sayu mengalunkan ayat suci dari Surah Yassin.

********************************************************************

Aku sedar aku aku banyak berdosa Ya Allah. Aku sedar aku sering lalai, Ya Allah. Tapi aku bermohon, Kau selamatkanlah isteriku. Janganlah dia diambil dariku setelah Engkau satukan kami. Janganlah Kau duga aku dengan dugaan seperti ini. Janganlah Kau duga aku dengan sesuatu yang tak mampu aku terima. Panjangkanlah umur isteriku Ya Allah. Lindungilah isteriku Ya Allah…

Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah...

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 03:17 PM | Show all posts
sedihnya.....................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.081177 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list