CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 18-6-2012 06:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by ailoveusomuch at 18-6-2012 06:47

Cerita baru...masih fresh lagi...
  Kebetulan ai Kena shift mlm sebab member cuti...sedap je membuta kat kat lobby tiba2 kol 5 tadi,audio system pulak bunyi sendiri,da la bahasa cina mcm ucapan cina berkabung,siap Ada lagi bunyi piano dgn benda apa Nama ntah yg Sami ketok2 time sembahyang tu..
  Hairan gak sedangkan semalam lepas function kat Dewan tu ai yg tutup semua suis,pastu kunci ai yg pegang,mula2 suruh guard pi tengok apa benda yg kecoh2 tingkat 1,sekali dia bagitau ada orang kat dewan tengah cakap pakai mic...ai pun terus naik bawak lampu suluh,pas buka je pintu tengok lampu semua tutup,audio system tu main sendiri,nak cakap Dari cd x pulak sebab player cd x on masa tu,yg terpasang hanya amp dgn mic je,..
  Sori ayat berterabur,masih menggong lagi sampai sekarang,da lama x Kena benda macam ni fuhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 01:43 PM | Show all posts
Bc thread nie tringt ms honeymoon ngn hubby kat Kk 2 thn lepas. Cite nie xla seram sngt.Tp pleh sbb cite nie jd kat hotel. Haritu flight kitorng awl pg,smpaila kat KK tu dlm kol 11 lbh. Smpai jer cr teksi , n aku cakap kat driver tu untk g kat hotel yg slalu aku dok ms kat KK dulu.Sbb ini bkn kali pertama aku g KK n stay kat hotel tu.Dulu aku kerap ke KK atas urusan keke.   Lps check in aku bwk hubby g jln2 smapi la ke mlm.

Then mlm tu awal la kitong tdo sb penat kan.. tgh sedap tdo tu aku terbangun. Mmg jelas aku dgr bunyi gelang kaki.Tp aku diam kan jer.Aku nk pastikan dulu bunyi tu tu mmg betul ada ke sekadar khayalan aku. Lepas tu jer ,aku dh rs seram sket. Aku gerak hubby soh bangun.Aku cakap aku dgr bunyi gelang kaki. Ms hubby bangun tu bunyi tu hilang. Bleh hubby aku cakap aku ngingau! Then soh aku tdo balek.Tapi still aku bleh dgr bunyi tu. Last2 aku gerak hubby balek.Buka semua lampu kat bilik,sampai ke pagi..ahaha..esoknya tukar hotel lain..Alhamdulillah,semnggu  dok sana xder apa jd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 06:28 PM | Show all posts
Kisah ni berlaku sewaktu saya ikut kursus di salah sebuah hotel di kawasan Sembulan, KK..saya bajet nak balik rumah terus lepas habis kursus tu walaupun urusetia ada sediakan bilik. Habis kursus dekat jam 10 malam..telefon isteri mintak ambil..dia pulak kata tak sihat..tak boleh bawak kereta malam2..akhirnya terpaksa tidur kat bilik tu..dahlah saya tak bawak pakaian/peralatan mandi hatta berus gigi ubat gigi..takpelah..satu malam aje.

Bila saya masuk aje bilik tu serta-merta nampak karpet tu lembab semacam aje. Bau bilik..fuh! hapak ya amat. Teringat masa zaman dok asrama dulu rendam baju seminggu tak basuh..haa macam tulah bau dia. Nak komplen, room service kata  bilik lain dah takde. Semua penuh. Terpaksalah saya tidur kat situ. Malam tu, lebih kurang jam 3 pagi, saya terjaga dan nampak lembaga menyerupai lelaki vogel datang menghampiri katil saya..Wajah dia masam mencuka dan nampak marah sangat..seolah-olah saya ni mengganggu tempat tidur dia..Hanya Allah ajelah yg tau perasaan saya masa tu..Saya terus azan kuat-kuat sambil tutup mata. Bila bukak balik..lembaga tu dah takde. Malam tu saya tak tidur sampai pagi. Esoknya, saya mengadulah kat kaunter resepsi hotel tu..diorg mintak maaf sgt2 sebab terbagi bilik tu kat saya. Sebenarnya bilik tu memang ada 'masalah' kebocoran dan..dotdotdot. Saya tak faham. Tanya lagi akhirnya diorg pun cakap ada "kes" kat bilik tu dulu. Saya  nak tanya lagi tak sempat dah  sebab isteri dah sampai..gitulah pengalaman misteri saya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 05:36 PM | Show all posts
salam..
nak cerita jugak lah.. masa stay kat Ancasa hotel melaka. saya ngan akak saja bosan2 weekend shoot dari KL g melaka. takde arah tuju. kitorang sampai pun dah almost tengah malam, (Last minit punya decision). dapat bilik tingkat atas skali. kesahnya nak lepak subaidah dulu before tido. sebab lapar sangat.

masa baru masuk bilik dah bau tak menyenangkan and lantai pun lembab2. tapi ingat macam housekeeping bagi tumpah air ke ape. lepas letak2 beg suma, tengok katil pun macam tak berapa kemas. macam cadar tak betul2 tegang. ok mungkin housekeeping duduk atas katil jap kot penat mengemas. pastu nak singgah toilet jap, masuk toilet tengok kat sink penuh rambut. macam rambut orang sikat2 pastu gugur kat dalam sink. dah pelik tapi rilek. dok +ve lagi la. lepastu keluar gi melepak subaidah.

balik dari subaidah around 2am camtu masing2 dah nak tido. tapi tak mengantuk, so main la laptop sorang2 (akak dah selamat membongkang). makin lama dengar bunyi dengkur makin kuat. (bajet ingat akak la dengkur), tapi bunyi cam lelaki. pastu hati dah tak sedap..paksa gak la tido. tengah sedap2 tido, tiba2 bunyi orang lari2 atas bilik and bunyi benda jatuh bergolek kuat gila. sampai kami terkejut. masa tu dah memang tak boleh positif dah sebab bilik kami tingkat paling atas. so pasangla tv kuat2 pastu sambung tido. esok terus chow kensel untuk tambah lagi semalam stay kat situ.

sekian. (tak la seram sangat..tak reti nak story.hehe) =b

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 01:26 AM | Show all posts
hi kengkwn..
sy pon ada beberapa cerita yg nk diceritakan lps khatam benang ni hehe..seronok/seram  ...
obachan Post at 25-4-2012 13:24



   gila skeriiii baca cite awk tgh2 mlm cmni. boley tidur semula plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 01:37 AM | Show all posts
Saya ada 2 kesah nak di ceritakan berkenaan pengalaman seram di hotel ketika kejadian berlaku di kl  ...
shahhana Post at 10-4-2012 01:47



   susah nk phm la cite ko ni.ayat xda noktah n xda perenggan. mengah aku dok baca pastu lost, nak kena cari blk kat mana yg aku lost td
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2012 01:55 PM | Show all posts
wahh seramnye baca.. heheh.. pernah stay kt first world hotel.. nasib baik xda pape
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 07:43 PM | Show all posts
Siapa Pena stay puteri resort Ayer Keroh..Kenapa rasa McM tak berseri hotel ni? Perabut plak kusam..pintu bilik Susah nak bukak..n seram tu rasa la juga..tgk swimming pool besar Dan Cantik..Pernah dengar hotel ni Pernah ditinggalkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 10:42 AM | Show all posts
Puteri Resort tu pernah duduk dulu masa grad tahun 2004... mmg mcm gitulah bilik nye... haha...
duduk ngan family...ramai2 sebilik, ada dua katil kot... takde rasa seram ke ape pun.....
tapi, baru2 ni gamble pegi Melaka, time cuti plak tu... nk try laa kot ada lagi bilik kat puteri resort tu, penuhh...full house... ramai je org dok situ.... takde pape kot....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 11:48 AM | Show all posts
obachan posted on 25-4-2012 01:24 PM
hi kengkwn..
sy pon ada beberapa cerita yg nk diceritakan lps khatam benang ni hehe..seronok/seram  ...

perrghh..aku respek suspek giler la ngan korang yg pernah "kene" nie..siap boleh bertenang lagi..
sampai muka sejengkal ngan "dia"siap renyeh nampak gigi tajam lagi..leh pulak bangun buka lampu n sambung tido..
klu aku ler..confirm terkencing atas katil..dan menjerit histeria segala...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 12:05 PM | Show all posts
kakilicious posted on 6-6-2012 11:42 AM
Gambar2 ni iols dapat kat fb, mereka2 pergi ke amber court tu..
Tak sangka dapat gambar ni..

beraninya ko snap gambo2 nih. aku yg tengok pon seram....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:45 PM | Show all posts
shahhana posted on 10-4-2012 01:47 AM
Saya ada 2 kesah nak di ceritakan berkenaan pengalaman seram di hotel ketika kejadian berlaku di kl  ...

hehehe..panjang sgt x pe..tapi x da perenggan tu yg bikin 2-3 kali lost..akhirnya cancel x bleh nak teruskan..fenin...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:53 PM | Show all posts
JulietTheOrange posted on 6-9-2011 09:32 AM
bukit gambang resort.. sepanjang mlm takleh tido.. pastu dr kul 10mlm smpi la ke pagi dok bunyik per ...

walahwei~ btol ar. aku ade g last year gak, ofis buat team building. mmg bising bunyik org alih perabot. aku dok apartment 2 bilik, satu blik share 2 org. tp dsbbkan siang dr lps subuh mmg penuh xtvt + main air smpi lebam2 lengan sangkut kat pelampung ,

mlm tu tak pdulik dah nak alih perabot ke, bende tu nak bgado laki bini baling2 pinggan ke, trbongkang aku tido. dpt pulak sbilik dgn akak senior yg baya mak2, nak borak [read as : merapu] x brape in, tido je la. rupenye dah nak balik baru akak tu mengadu, katil tu luas sangat, dia nak tido rapat2 dgn aku, segan, sbb tgk aku tbongkang x sedar diri haha!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:19 PM | Show all posts
eizarz posted on 16-2-2012 02:19 PM
resort tok senik langkawi angker ke x?

resort dlm hutan. kalo bawak anak kecik x sesuai.
selalu duduk situ dulu. x penah kena kacau tp agak serem ler.
sekali je jadik kes tp bukanlah gangguan apa pun.

masa tu 2005 honeymoon kecik kat langkawi. chk-in tok senik. malam tu husband mcm resah sikit.
dah tgh malam pun dia x tido. duduk kat veranda isap rokok. lamaler jugak. suruh masok tido dia suruh tido dulu.
so tido jelah biorkan dia layan perasaan kat veranda tu. x tau pukul berapa dia tido.
chk-out esoknya dia x cakap apa2. sampai dah balik KL br dia bgtau senornya malam kat tok senik tu dia dengor bunyi keliling chalet kami tu. dia cakap tu bunyi tengkorak pusing. tu yg dia tunggu luor nak tgk. bulih?
berani sgtlah laki aku ni.

tp kat langkawi tu mana2 hotel even Datai tu pun ada. Guest omputih situ pun penah bgtau diaorg nampak ghost hehe.. Driver2 Datai yg biasa naik turun pun biasa jumpa jugak tgh jalan. Ni my husband yg cakap sbb dia 9 thn koje kat Datai tu. eh selain dr entiti ulor, biawak pun banyak kat situ hehehe...

pelangi my friend yg penah keja situ dulu terserempak dgn hantu takdak kepala. demam terus.



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:19 PM | Show all posts
ini latest cerita dari laki aku
hotel di putrajaya

mase tu malam ar, tengah malam..ta pasti pukul berapa
tengah nak siap-siapkan barang ni, nak amek tray yang biase orang buat katering tu..tibe-tibe aje ray tu terbang beb
TERBANG!!
terbang plak ke dinding, depan mata beliau..
sebelom ni diorang kata selalu juga kene kacau tapi takde la teruk sangat macam ni
tray tu terbang bertalu-talu ke dinding
mamat ni takut n terus kuar..takut beb sorang-sorang dok dalam bilek tu..

n mase kat parking plak...ade ruang paling hujung untuk turun ke basement taw..
mase tu ade staff ni balik lewat, nampak ade bende putih berdiri tinggi kat tebing..
kat tebing ko...mane tak takut..
aku ikut laki aku buat keje kalo malam-malam, memang aku akan ikut aje dia ..melainkan kat belah luar tu, kalau tengah malam ramai juga guest jalan-jalan kat luar tu
hari-hari sebenornye aku dengor cite hantu ni dari tempat keje laki aku
nnt kalau aku ingat, aku akan cerita lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 12:12 AM | Show all posts
Hotel kat bangi auntie tido baru ni

6 malam tido, malam terakhir dia saja kacau....nak soh extend letttewww

Tapi dia takde la kacau teruk2...dia dok pindah2 malam2 dari kol 12am ke pukul berapa tah...

Bila psg yassin,baru lenyap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2012 01:42 AM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 18-6-2012 06:41 AM
Post Last Edit by ailoveusomuch at 18-6-2012 06:47

Cerita baru...masih fresh lagi...

mcm bunyi majlis funeral org cina je tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 02:27 AM | Show all posts
ok..dah khatammm.  ok.. saya share pengalaman saya masa bertugas di labuan, untuk projek naik taraf tiara. sepatutnya untuk pantau kerja2 pengubahsuaian yg ikut peringkat saya kena tgal di sana 1 minggu rakan setugas saya tgal berdekatan so dia tak tgal stu...nak kata tepat tu menakutkan tak jugak..sebab terang benderang..!. tapi saya bertahan  3 hari je..  saya kena ubah susun atur perabot dlm bilik2 yg ada. 2 hari di ubah 2 hari juga perabot balik ke tempat asal perabot baru tercampak keluar.. haru.. ! hari ke 3 saya bangun nak solat subuh..tempat saya tidur bukan lagi di bilik tapi depan pintu lobby!! saya faham 'mende' tu tak suka saya..tubuh badan dah menggeletar ni.. nak roger pak guard walkie kat bilik.. pintu lobby yg tak berkunci saya tolak dan terus berjalan hala ke entrance sehabis daya yang ada..pakcik guard tgh tido.. saya tak boleh bersuara nak paggil die pun.. saya duduk kat bangku luar tu..bila pakcik guard bangun dia mcm tau pulak apa yg jadi..die bg saya air dan renjis ke muka... bila dah ada semangat sikit saya cerita kat die.. pakcik guard temankan saya ambil brg dari bilik dan saya terus balik keibu pejabat di KK. Demam tak ingat sampai ambil cuti balik kl, sbb bila tido rasa cam masih ada di bilik tu pastu terjaga depan pintu lobby..padahal di rumah.. arwah mak dan nenek bwk gi pulih semangat. dah ok saya ditukarkan ke projek lain..phewww!! so kalau nak tgal kat situ..fikir2kan..sbb tempat tu mmg sunyi sepi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 07:48 AM | Show all posts
razureza posted on 23-4-2012 05:04 PM
Lepas kejadian dorang nak siap2 untuk tido. Masa tu jam around 3++am gitu..tetibe kat luar balcony a ...

kawan u pegi tahun lepas..maknanya dia bukan tinggal kat hotel yg abandoned tu la kan..pasal u kata hotel abandoned tu beroperasi sekitar 90'an..skrg dah x de lagi la kan..?so apa nama hotel yg kawan u stay tu...seram sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 12:20 PM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 5-10-2012 04:19 PM
resort dlm hutan. kalo bawak anak kecik x sesuai.
selalu duduk situ dulu. x penah kena kacau tp  ...

Pelangi Beach Resort tu yang ada chalet kat dalam hutan tu kan? kalo nak turn ke lobby untuk brekfes bagai kita kena call untuk org ambik kan? ..aku pernah dok situ...memang nampak seram la ...ye la dalam hutan! Chalet tu kat luar nampak biasa..tapi kat dalam cantik la...selesa...masa semua keluarga p makan kat restoren ikan bakar, aku dgn adik aku je kat chalet malam tu (bilik aku & hubby dgn parents aku interconected) dinner malam tu kami order room service je..banyak gila kami order!! Hahaha....Nasib baik tak de benda yang ganggu dah la kami adik beradik ni kalo jumpa gelak tak inga dunia! Sorry, tak de cite seram...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.206952 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list