Honda Cub
Honda Cub adalah model motosikal kapcai 4 lejang 49cc keluaran Honda Motor Co. Ltd. yang merupakan model motosikal yang paling banyak dikeluarkan di dunia. Ia mula dikeluarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Pengeluaran model Honda Cub menjadi peristiwa penting bagi sejarah automotif Jepun memandangkan ia menandakan bermulanya era penguasaan motosikal Jepun. Lebih daripada 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia[1] terutamanya di Asia dan Eropah sejak mula dikeluarkan dan model ini masih lagi dikeluarkan di Asia dan Afrika walaupun banyak model motosikal yang lebih besar dan berkuasa tinggi diperkenalkan.
Faktor kejayaan model Honda Cub
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1958, lebih 50 juta Honda Cub telah dijual di seluruh dunia, menjadikan model tersebut sebagai model motosikal paling berjaya dalam sejarah automotif. Di Malaysia sahaja lebih 2 juta Honda Cub telah terjual. Berikutan dengan kejayaan besar Honda Cub sebagai motosikal paling laris di dunia, Discovery Channel telah menobatkan Honda Cub sebagai Motosikal Terhebat (The Greatest Ever Motorcycle) melalui rancangan The Greatest Ever, mengalahkan model-model motosikal lain yang lebih besar dan lebih berkuasa[2] (sila tonton video: "Motosikal Terhebat").
Faktor kejayaan besar Honda Cub adalah:-
- Harganya yang sangat murah berbanding motosikal lain.
- Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal.
- Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L)
- Berupaya untuk membawa muatan berat. Di negara membangun terutamanya di Asia, ramai orang menggunakan Honda Cub untuk membawa hasil pertanian dan ternakan.
- Mudah untuk mencelah ketika kesesakan jalan raya yang teruk.
- Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.
- Penggunaan enjin 4 lejang membolehkan Honda Cub melepasi piawaian emisi yang ketat.
- Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lenjang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.
ni la moto yg beli dgn rege RM300.00, buruk yahamatkan? |