CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2026 12:03 PM | Show all posts
LPPB bina 29,443 rumah kos rendah seluruh Sabah
Januari 25, 2026, Ahad - 11:58am



RASMI: Hajiji bersama Pengerusi LPPB, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan jemputan lain menyempurnakan acara memotong kek ulang tahun.

KOTA KINABALU: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berjaya membina sebanyak 29,443 unit Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di seluruh Sabah sepanjang hampir enam dekad penubuhannya.

Ia sekali gus membuktikan peranan strategik agensi itu dalam merealisasikan agenda perumahan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, selain pembinaan perumahan awam kos rendah, LPPB turut memainkan peranan penting dalam pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) serta projek-projek komersial yang membantu kerajaan negeri merapatkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar secara lebih tersusun dan menyeluruh.

Beliau memuji usaha berterusan LPPB yang konsisten melaksanakan  projek perumahan di seluruh Sabah, selaras dengan visi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan yang inklusif, seimbang dan berimpak tinggi kepada rakyat.

“Kerajaan negeri amat menghargai peranan dan sumbangan besar LPPB sebagai sebuah agensi utama kerajaan dalam sektor pembangunan perumahan dan bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-59 LPPB di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan kematangan LPPB yang kini melangkah ke usia 59 tahun, selain keupayaannya untuk terus kekal relevan, berdaya saing dan berkesan dalam mendepani cabaran pembangunan perumahan semasa.

“Yang paling penting, kita perlu memastikan LPPB bukan sahaja bertahan, malah terus berkembang dan menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Menurutnya, seiring matlamat Belanjawan Negeri Sabah 2026 yang memberi penekanan kepada pemacuan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah terus memberi perhatian serius terhadap penyediaan perumahan awam, termasuk perumahan kos rendah dan rumah mampu milik di seluruh negeri.

Hajiji berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui LPPB akan meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama, antaranya pembangunan Perumahan Awam Kos Rendah di Sukau, Melalap, Beluran dan Pitas.

Selain itu, katanya, pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang sedang dan akan dibangunkan melibatkan 2,358 unit di lokasi strategik seperti Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu turut menjadi keutamaan.

Selain sektor perumahan, Hajiji berkata, salah satu mandat penting LPPB ialah merancang dan membangunkan pekan-pekan baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuh pembangunan luar bandar.

Katanya, pada masa ini, LPPB diperuntukkan untuk membangunkan sembilan pekan baharu yang telah dikenal pasti, iaitu di Tongod, Paginatan, Merotai, Sungai Melayu Sebatik, Sukau, Melalap, Ulu Dusun, Beluran dan Penangah.

“Saya berharap pembangunan pekan-pekan baharu ini dapat dilaksanakan secara terancang, mampan dan inklusif, selaras dengan keperluan rakyat serta potensi ekonomi setempat,” katanya.

Hajiji juga dimaklumkan LPPB kini sedang melaksanakan satu projek usahasama dengan sebuah syarikat swasta yang melibatkan pemindahan penempatan setinggan ke tapak penempatan semula secara lebih tersusun.

Beliau percaya usaha itu mampu membantu kerajaan negeri menangani isu penempatan setinggan secara lebih berkesan, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat yang terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, termasuk melalui pelbagai program seperti Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) serta pembinaan perumahan kos rendah oleh LPPB.

Katanya, bagi tahun ini, kerajaan negeri akan menambah bilangan kuota Rumah Mesra SMJ daripada 40 unit kepada 50 unit bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, penambahan 10 unit Rumah Mesra SMJ itu dikhaskan kepada golongan berumur 40 tahun dan ke bawah, telah berumah tangga serta tidak memiliki rumah, sebagai usaha membantu generasi muda memiliki kediaman sendiri.

“Usaha ini penting bagi memenuhi keperluan rakyat termasuk di kawasan luar bandar serta meningkatkan taraf hidup penduduk Sabah.

"Setiap projek yang dibangunkan LPPB bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya membawa harapan, masa depan serta kesejahteraan rakyat.Di situlah nilai sebenar peranan LPPB, bukan sekadar membina bangunan, tetapi membina kehidupan dan komuniti,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2026 12:04 PM | Show all posts
Kerajaan perpaduan lonjak kemenangan besar BN PRK Kinabatangan
Januari 25, 2026, Ahad - 12:28pm



MENANG: Masiung (tengah) bersama Mohd Ismail dan Naim ketika kedua-dua calon diumum menang.

KINABATANGAN: Kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat negeri menjadi faktor utama kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, semalam.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, penyatuan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan UPKO menyumbang secara signifikan kepada peningkatan majoriti undi bagi kedua-dua calon BN.

Katanya, kerjasama itu jelas mencerminkan kematangan politik serta pendekatan menang-menang demi kestabilan politik di Sabah.

“Roda politik sentiasa berputar dan penyatuan gabungan ini membuktikan pendekatan menang-menang mampu membawa kestabilan serta sokongan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, semalam.

Masiung berkata, beliau berkampung selama empat hari di Kuamut dan turut membantu kempen di DUN Lamag bersama jentera gabungan parti kerajaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan dan jentera GRS yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen bagi memastikan kemenangan calon BN.

Masiung berkata kemenangan kali ini menunjukkan lonjakan sokongan yang ketara berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Umum Sabah ke-17 (PRU Sabah).

“Kempen PRK ini memperlihatkan kerjasama yang sangat akrab antara GRS, BN, PH dan UPKO hasil arahan serta kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Kami berharap parti-parti berpusat di Semenanjung menghormati kerjasama ini kerana kemampuan dan kekuatan gabungan di Sabah sudah terbukti sebelum ini,” katanya.

Keputusan PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan calon BN, Mohd Kurniawan Naim Mokhtar memperoleh 19,852 undi dengan majoriti besar 14,214.

DUN Lamag pula, calon BN Mohd Ismail Ayub mencatat kemenangan bergaya apabila memperoleh 7,269 undi dengan majoriti 5,681 dalam pertembungan satu lawan satu menentang calon Parti Warisan, Mazilawati Abdul Malek yang hanya meraih 1,588 undi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:05 PM | Show all posts
LKTNS agih RM4.62 juta lebihan pendapatan kepada 300 peneroka
Januari 25, 2026, Ahad - 12:42pm



SIMBOLIK: Abdul Ghani (kiri) menyampaikan secara simbolik lebihan pendapatan kepada wakil peneroka Wilayah Timur pada majlis berkenaan.

SANDAKAN: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyalurkan lebihan pendapatan berjumlah RM4.62 juta bagi tahun 2025 kepada seramai 300 peneroka di Wilayah Timur, hasil peningkatan prestasi pengurusan ladang dan produktiviti tanaman sawit.

Majlis simbolik penyerahan lebihan pendapatan itu disempurnakan oleh Pengerusi LKTNS, Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin bersama Pengurus Besar LKTNS, Datuk Syaheddrul R Joddari.

Penyerahan itu turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa di Pejabat Ladang Sungai Manila, di sini pada Sabtu.

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 184 peneroka di Sungai Manila menerima agihan sebanyak RM3.3 juta, diikuti 12 peneroka di Suan Lamba berjumlah RM180,000 manakala peneroka di Ulu Dusun menerima RM280,000.

Agihan akan dibuat secara berperingkat bermula akhir Januari hingga awal Februari 2026.

Syaheddrul berkata, peningkatan lebihan pendapatan itu adalah hasil usaha bersepadu melibatkan pengurusan ladang yang lebih tersusun, kawalan kos yang berkesan serta peningkatan ketara hasil ladang sawit.

“Purata pendapatan peneroka bagi tahun 2025 mencecah RM1,910 sebulan, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan oleh LKTNS,” katanya.

Menurutnya, pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) di kawasan Sandakan dan Sukau turut mencatat peningkatan hampir 18 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menyumbang secara langsung kepada peningkatan pendapatan peneroka.

Beliau berkata, pencapaian itu turut didorong oleh sokongan berterusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui peruntukan geran RM2.5 juta bagi pembelian baja serta RM2.36 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan jalan ladang.

“Penambahbaikan jalan ladang mempercepatkan penghantaran hasil ke kilang, manakala penggunaan baja berkualiti bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi peneroka, malah meningkatkan produktiviti pokok sawit secara berterusan,” katanya.

Katanya, agihan lebihan pendapatan itu membuktikan komitmen LKTNS dalam meningkatkan kesejahteraan peneroka serta memperkukuh produktiviti ladang, selaras dengan usaha memperkasa ekonomi komuniti luar bandar di Wilayah Timur Sabah.

“Saya berharap agihan ini dapat menjadi suntikan motivasi kepada peneroka untuk terus meningkatkan hasil serta memastikan kelestarian industri sawit di kawasan berkenaan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:06 PM | Show all posts
Tiga cedera pacuan empat roda terbabas jatuh gaung di Segama
Januari 25, 2026, Ahad - 1:12pm

LAHAD DATU: Tiga lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 kaki di Kilometer 13, Jalan SMK Segama, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.02 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari BBP Lahad Datu bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.

“Jentera tiba di lokasi pada jam 1.12 pagi dan mendapati sebuah pacuan empat roda dipercayai terbabas lalu jatuh ke dalam gaung sedalam lebih kurang 20 kaki.

“Terdapat tiga mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan sebelum dibawa naik ke jalan raya menggunakan tali dan pengusung.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.17 pagi,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:07 PM | Show all posts
Roger Yapp letak jawatan dalam MCA
Januari 25, 2026, Ahad - 7:01pm



ROGER

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda MCA Sabah, Roger Yapp, hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Pemuda MCA Sabah serta semua jawatan yang disandangnya dalam parti, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan, Roger berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan rapi dan bukan didorong oleh emosi, rasa takut atau kepentingan peribadi.

Menurutnya, peletakan jawatan itu tidak bermaksud menamatkan penglibatan dalam urusan awam, sebaliknya merupakan usaha untuk mengubah pendekatan kerja agar lebih dekat dengan masyarakat dan rakyat Sabah.

Beliau berkata, pendirian serta prinsip perjuangannya kekal tidak berubah dan beliau akan terus bersuara serta menyumbang tenaga demi kepentingan rakyat Sabah.

Roger turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen selama 14 hari, beliau telah bersama Mohd Kurniawan Naim turun padang ke beberapa kawasan pedalaman, termasuk menaiki perahu dan meredah kawasan berbukit bagi menziarahi penduduk kampung.

Roger juga mengimbas pesanan mendiang Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, yang sering menasihati golongan muda agar sentiasa bersyukur, merendah diri dan saling membantu antara satu sama lain.

Beliau berkata, Parlimen Kinabatangan merupakan kawasan yang luas dan mencabar, dan keberanian Mohd Kurniawan untuk bertanding di kawasan itu wajar dihargai.

Selain itu, Roger turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan pusat MCA, khususnya Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon, serta Datin Paduka Chew Mei Fun, atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepadanya selama ini.

Menurut rekod, Roger pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Mantan Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Mantan Ahli Parlimen Kinabatangan, mendiang Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan terlibat secara aktif dalam kerja-kerja penyelarasan politik serta khidmat masyarakat.

Beliau turut menyeru agar sokongan berterusan diberikan kepada generasi muda Sabah, sambil menyatakan harapan agar semua pihak dapat bergerak maju bersama demi masa depan negeri ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:08 PM | Show all posts
Sokongan padu rakyat penting demi merealisasi agenda pembangunan negeri
Januari 25, 2026, Ahad - 7:08pm



RASMI: Ceaser bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan acara perasmian festival itu.

KOTA KINABALU: Rakyat diminta terus memberi sokongan padu dan menjadi rakan kongsi untuk merealisasikan agenda pembangunan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, beliau mahu melakarkan laluan pembangunan untuk Sabah dan rakyat.

Justeru katanya, sokongan berterusan adalah penting demi kesinambungan pembangunan rakyat dan negeri ini,” katanya di majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa, di sini pada Ahad.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Beliau turut memuji Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) kerana berjaya menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2026 bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2026.

Beliau berkata, USCCAKK telah secara konsisten menganjurkan acara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya satu sambutan kebudayaan tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat Cina, malah oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sabah.

Katanya, USCCAKK juga berperanan sebagai platform untuk memupuk toleransi dan saling menerima dalam membina masa depan bersama.

“Sebab itu, sambutan perayaan dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Sabah daripada pelbagai agama, etnik dan budaya adalah identiti unik di negeri ini.

“Di Sabah sendiri, sambutan kebudayaan dan perayaan setiap kaum sudah menjadi upacara tahunan dan amalan.

"Ia adalah asas untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian sedia
ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini,” katanya.

Menurut Zodiak Cina, 2026 merupakan Tahun Kuda Api dan dikaitkan dengan perubahan, inovasi dan keberanian serta menawarkan peluang besar.

“Justeru, semangat dan tenaga dalam Tahun Kuda ini perlu kita ambil untuk bersama-sama dalam membawa lebih banyak pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan negeri ingin berkongsi visi harapan ini dan akan maju ke hadapan serta meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan rancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2026 12:09 PM | Show all posts
Modal insan teras kemajuan Sabah - Tun Musa
Januari 25, 2026, Ahad - 9:11pm



TIBA: Tun Musa, isteri dan delagasi disambut meriah oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir dan pelajar Sabah.

KAHERAH: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menegaskan pembangunan fizikal sahaja tanpa pencerahan akal budi akan menjadikan sesebuah negeri rapuh dan kosong nilai kemanusiaan.

Beliau berkata, pembangunan modal insan melalui pendidikan mesti menjadi pelaburan terbesar kerajaan Sabah bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan bertamadun.

“Sabah tidak mahu hanya gah dengan bangunan dan projek besar, tetapi rakyatnya kosong jiwa dan moralnya. Pendidikan mesti menjadi teras utama untuk memajukan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah di Mesir dan Timur Tengah, di sini, Ahad.

Musa berkata, pelajar Sabah di Timur Tengah bukan sahaja menuntut ilmu akademik dan profesional, malah turut mempelajari erti kehidupan, ketabahan serta nilai ketamadunan yang wajar dibawa pulang ke tanah air.

“Saya mahu anak-anak Sabah menjadi jambatan intelektual yang mampu menterjemah ilmu untuk kesejahteraan rakyat, selain mengekalkan kesederhanaan (wasatiyyah) dalam kehidupan.

“Jangan biarkan pemikiran sempit atau ekstremisme merosakkan perpaduan negeri Sabah yang unik dengan kepelbagaian kaum dan agama,” katanya.



SALAM: Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar ketika menyambut Tun Musa berserta rombongan.

Beliau turut menasihatkan pelajar supaya memelihara integriti ilmu dan tidak hanya mengejar segulung ijazah, sebaliknya menuntut ilmu dengan keikhlasan demi keberkatan dan manfaat masyarakat.

“Walau fasih berbahasa Arab atau Inggeris, jati diri sebagai anak Sabah mesti kekal utuh, dengan sikap merendah diri, menghormati orang tua dan setia kepada agama serta tanah air,” katanya.

Menurutnya, lawatan ke Mesir kali ini merupakan pertemuan ketiganya bersama pelajar Sabah di rantau berkenaan selepas memainkan peranan penting dalam pembelian Wisma Yayasan Sabah Kaherah pada 1997 dan asrama Yayasan Sabah di Iskandariah pada 2010.

“Apabila ilmu sudah penuh di dada, pulanglah ke pangkuan Negeri di Bawah Bayu untuk menabur bakti. Sabah merindui sumbangan anak-anak semua,” katanya.



SUMBANGAN: Tun Musa bergambar bersama pelajar Sabah selepas menyampaikan sumbangan.

Terdahulu, Tun Musa tiba dengan selamat di Kaherah pada Sabtu bagi lawatan rasmi selama empat hari ke Mesir bersama isteri, Toh Puan Faridah Haji Tussin dan delegasi.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian serta pegawai Kedutaan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Lawatan rasmi itu diadakan bersempena Program Mahabbah bersama pelajar Sabah di Mesir, selain perasmian Dewan Al-Imam Al-Tayeb di International Al-Azhar Al-Sharif Academy, sekali gus memperkukuh hubungan dan kerjasama pendidikan antara Sabah dan institusi di Mesir.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:10 PM | Show all posts
PGA rampas 288 karton rokok seludup di Kunak
Januari 26, 2026, Isnin - 10:05am

KUNAK: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai apabila merampas 288 karton rokok pelbagai jenama dalam serbuan di Kampung Pangkalan Nelayan, di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, sepasukan anggota Platun Tiger, Batalion 22 PGA Kunak menjalankan Operasi Rondaan Jarak Jauh (RJJ) di sebuah rumah tidak bernombor di perkampungan atas air berkenaan.

Menurut kenyataan Facebook rasmi Batalion 22 PGA Kunak, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan di kawasan terbabit.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemukan 288 karton rokok disyaki tidak bercukai yang disembunyikan di ruang dalam bilik pakaian.

“Seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan di lokasi bersama barang rampasan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM105,360,” katanya.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

“Kejayaan operasi membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, khususnya di kawasan pesisir pantai.

“Rondaan dan risikan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan serta mengekang sebarang aktiviti penyeludupan di kawasan tanggungjawab,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2026 12:13 PM | Show all posts
WARISAN hormati keputusan PRK Kinabatangan, Lamag
Januari 26, 2026, Isnin - 10:18am



LORETTO

KOTA KINABALU: Parti Warisan (WARISAN) menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto Padua Jr berkata, PRK berbeza dengan Pilihan Raya Umum dan banyak faktor mempengaruhi cara rakyat mengundi.

"Kami mengambil keputusan ini sebagai sebahagian daripada perjalanan demokrasi yang lebih panjang dan sebagai peluang untuk merenung, belajar serta terus berhubung dengan rakyat.

"Apa yang penting bagi kami ialah perkembangan sokongan berterusan terhadap WARISAN dan peningkatan kefahaman tentang perjuangan kami sebagai sebuah parti berasaskan tempatan yang komited kepada perpaduan melangkaui kaum dan agama," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai parti tempatan, WARISAN kekal memberi tumpuan kepada penglibatan akar umbi yang berterusan, mengekalkan kehadiran konsisten waktu bukan pilihan raya dan berusaha menangani masalah harian rakyat.

Menurutnya, kemajuan politik dibina dari semasa ke semasa dan WARISAN kekal komited untuk menjadi alternatif tempatan yang berwibawa bagi Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:15 PM | Show all posts
Jalan masuk MRSM Tun Mustapha Tawau rosak teruk, mohon pembaikan segera
Januari 26, 2026, Isnin - 10:43am



ROSAK: Sepanjang jalan masuk ke MRSM Tun Mustapha Tawau yang sudah rosak teruk.

TAWAU: Keadaan jalan masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mustapha di sini yang semakin rosak teruk menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar serta warga sekolah, sekali gus memerlukan tindakan segera pihak berwajib.

Yang Dipertua Muafakat MRSM Tun Mustapha Tawau, Patang Saharing berkata, jalan utama ke institusi berkenaan mengalami kerosakan serius termasuk berlubang, mendap dan tidak diturap dengan baik.

Katanya, keadaan menjadi lebih membimbangkan ketika hujan apabila permukaan jalan licin dan dipenuhi air bertakung, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan, terutama pada waktu malam.

“Jalan ini digunakan setiap hari oleh pelajar, guru, kakitangan serta ibu bapa. Risiko kemalangan semakin tinggi, khususnya ketika cuaca buruk.

“Justeru, saya memohon supaya kerajaan terutamanya Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui memberikan perhatian dan tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Patang berkata, pihaknya turut menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan kakitangan berkaitan kerosakan kenderaan akibat keadaan jalan yang tidak sempurna.

“Bukan sahaja kenderaan persendirian, malah bas sekolah dan kenderaan perkhidmatan juga terjejas,” katanya.

Beliau berkata, MRSM merupakan institusi pendidikan berprestij di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan keadaan jalan raya yang teruk boleh menjejaskan imej institusi berkenaan.

“Keadaan jalan yang rosak ini memberi gambaran kurang baik kepada pelawat dan pihak luar yang berkunjung ke MRSM,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerja pembaikan atau penurapan semula jalan berkenaan dapat dilaksanakan dengan segera demi keselamatan dan keselesaan semua pihak.

“Kami amat berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan bantuan sewajarnya dapat disalurkan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:15 PM | Show all posts
Lelaki dicekup miliki syabu di Semporna
Januari 26, 2026, Isnin - 11:54am

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.54 gram di Kampung Sungai Gajah, di sini, semalam.

Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kira-kira jam 11.30 pagi menerusi Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Polis Tan Hiap Wah berkata, pihaknya menerima kegiatan pengedaran dadah di kampung berkenaan, sebelum operasi dilaksanakan.

Katanya, suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pasukan bertugas.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu peket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.54 gram yang berada dalam simpanan suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tan berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan di lokasi kejadian dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pengambilan, pemilikan atau pengedaran dadah.

“IPD Semporna akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta melindungi generasi masa hadapan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:20 PM | Show all posts
Israk Mikraj tegaskan kepentingan solat dalam kehidupan umat Islam
Januari 21, 2026, Rabu - 1:00pm



Eswandy (tiga kanan) menyanpaikan cenderahati kepada penceramah jemputan. Turut kelihatan para Ahli JKP Tertinggi Masjid Nurul Ashikin Dan Pegawai Masjid

KUCHING: Penegasan dalam kepentingan menunaikan solat merupakan antara pengajaran besar dalam peristiwa Israk Mikraj yang mampu mengubah cara umat Islam dalam melihat kehidupan seharian.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Nurul Ashikin, Kampung Lidah Tanah Mohamad Eswandy Mohd Hinri Abdullah ketika ditemui pada program ceramah perdana sempena memperingati peristiwa Israk Mikraj yang dianjurkan oleh masjid tersebut, baru-baru ini.

“Antara pengajaran besar dalam peristiwa Israk Mikraj adalah penegasan dan kepentingan menunaikan solat selain kewajiban mempercayai perkara ghaib dan mangangkat darjat Rasulullah melalui peristiwa tersebut.

“Solat bukan sahaja sekadar ibadah rutin tetapi ia merupakan hubungan secara langsung antara umat manusia dan PenciptaNya yang turut membuktikan kasih sayang Allah SWT kepada kita umat manusia,” ujar Eswandy ketika memberi kesimpulan mengenai initipati ceramah.

Ceramah perdana tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan dan dihadiri oleh para qariah dari Kampung Lidah Tanah dan kampung-kampung sekelling termasok Kampung Bunga Rampai, Kampung Batu Kitang Jaya, Kampung Bukit Pancur, Kampung Keranji dan Kampung Batu Kitang.

Eswandy secara rasmi dipilih sebagai pengerusi Masjid Nurul Ashikin yang baharu bagi sesi tahun 2026 - 2029 bermula 1 Januari 2026 selepas mesyuarat khas pemilihan JKP masjid yang diadakan sebelum ini.

JKP Tertinggi Masjid Nurul Ashikin turut dianggotai oleh Timbalan Pengerusi Suhai Hassan, Setiausaha Rahmat Mahidi dan Bendahari Kamal Johari manakala pegawai masjid terdiri daripada Ustaz Musa Hasly Ahmad Rashid (Imam 1) dan Hadli Sam (Imam 2).

“Selain JKP Tertinggi kami juga dianggotai oleh sembilan orang ahli lain termasuk pegawai aset dan jawatan baharu yang diperkenalkan iaitu pegawai penerangan bagi membantu melancarkan urusan pentadbiran masjid kami.

“Kami juga bercadang untuk menubuhkan unit jawatankuasa pembangunan masjid, pengurusan jenazah serta wanita dan komuniti dalam usaha membantu keperluan para qariah serta penduduk kampung sekeliling secara amnya,” tambah beliau.

Menurut Eswandy agenda utama beliau sebagai pengerusi adalah untuk membaik pulih kerosakan yang terdapat pada masjid dan bercadang untuk menambah baik kemudahan masjid yang sedia ada bagi keselesaan para pengunjung ke masjid.

“Antara agenda utama JKP masjid kami adalah mencadangkan pelan membaik pulih kerosakan pada masjid seperti kebocoran pada kubah masjid serta menaik taraf kemudahan masjid bagi kemudahan dan keselesaan para qariah.

“Saya telah bertemu dan berbincang bersama pegawai bertanggungjawab daripada pihak JAIS termasuk wakil rakyat di kawasan kami mengenai pelan membaik pulih dan menaik taraf masjid kami dan setakat ini kami mendapat maklum balas yang positif dan saya berharap pelan tersebut akan dapat dilaksakana dalam masa terdekat,” tambahnya.

Selain mengadakan ceramah perdana sempena hari-hari kebesaran di dalam kalendar Islam, Masjid Nurul Ashikin turut mengadakan ceramah Maghrib mingguan seperti Kelas Tasawuf dan Kelas Akhlak yang disampaikan oleh penceramah jemputan termasuk kelas Tajwid pada setiap hari Isnin.

“Selain menyambut hari-hari kebesaran di dalam kalendar Islam, kami juga akan meneruskan program ceramah Maghrib yang diadakan pada setiap Isnin dan Sabtu pada setiap minggu termasuk kelas membaca Al-Quran dan kami amat menggalakkan dan mengalukan kehadiran para jemaah dari kampung lain yang berdekatan dengan masjid kami.

“Masjid Nurul Ashikin juga amat mengalukan bantuan dan sumbangan daripada individu dan organisasi untuk pembangunan masjd serta menampung kos operasi harian masjid kami termasuk program Infaq pada setiap hari Jumaat di mana kami menggalakkan para jemaah yang datang untuk solat berjemaah untuk sama-sama bersedekah membawa minuman atau makanan untuk dikongsi bersama para jemaah lain pada hari yang mulia tersebut,” ujar beliau.

Untuk pertanyaan mengenai program-program anjuran Masjid Nurul Ashikin, Kampung Lidah Tanah atau ingin menyampaikan sumbangan kepada masjid boleh menghubungi Setiausaha JKP masjid di talian 013 - 9711984 atau boleh terus menyumbang ke akaun Masjid Nurul Ashikin (No. Akaun Bank Rakyat : 1102 0835 89).

“Masjid Nurul Ashikin juga akan mengadakan program Infaq Tajaan sempena bulan Ramadan yang akan datang dan orang ramai dijemput untuk turut serta untuk menyumbang melalui slot-slot tajaan untuk waktu berbuka puasa, moreh dan bersahur bermula dari RM50.00 sehingga RM100.00 untuk setiap slot yang disumbang,” tambah Eswandy.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:23 PM | Show all posts
116 ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah di Saratok sepanjang 2025: KPD
Januari 21, 2026, Rabu - 2:06pm



Mathew (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawainya pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Saratok, hari ini.

SARATOK: Seramai 116 suspek ditangkap atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah di daerah Saratok sepanjang tahun 2025, dengan lebih 50 peratus daripada jumlah itu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie berkata, penyalahgunaan dadah kekal sebagai ancaman utama yang merosakkan individu, institusi keluarga serta kesejahteraan masyarakat dan perlu ditangani secara tegas tanpa sebarang kompromi.

Menurutnya, kejayaan tangkapan tersebut merupakan hasil komitmen tinggi serta usaha berterusan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Saratok yang melaksanakan operasi secara bersepadu dan berfokus.

“Pendekatan menyeluruh terus digerakkan melalui penguatkuasaan, risikan berkesan serta kerjasama erat dengan agensi berkaitan bagi membanteras gejala dadah di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Mathew berkata, kadar jenayah di daerah Saratok turut mencatatkan penurunan sebanyak 17 kes atau 24 peratus sepanjang tahun 2025 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan pelaksanaan operasi pencegahan dan penguatkuasaan secara berterusan yang dilaksanakan oleh IPD Saratok.

“Penurunan ini menunjukkan setiap pegawai dan anggota telah memberikan komitmen penuh, kerjasama yang erat serta kesungguhan tinggi dalam menangani isu jenayah demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Tambah beliau, keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan pasukan, dan usaha memerangi jenayah akan terus dilaksanakan secara bersepadu serta berkesan.

Mathew turut menyeru semua warga PDRM IPD Saratok agar lebih cakna terhadap perkembangan politik dan ekonomi setempat kerana faktor tersebut mempunyai kaitan rapat dengan kestabilan serta kesejahteraan masyarakat.

Beliau berkata, kefahaman terhadap persekitaran semasa penting bagi memastikan tindakan kepolisan yang diambil sentiasa relevan dan berlandaskan keperluan komuniti setempat.

Selain itu, beliau menegaskan mutu disiplin perlu sentiasa dipertingkat dalam kalangan semua warga PDRM IPD Saratok.

“Disiplin, integriti dan profesionalisme merupakan asas utama kepada kepercayaan masyarakat terhadap PDRM dan perkara ini mesti dipelihara pada setiap masa,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:24 PM | Show all posts
Kitar semula berstruktur melalui KitarNow
Januari 21, 2026, Rabu - 2:25pm

Komuniti digalak amal kitar semula lebih tersusun, boleh dijejaki, berasaskan data



Pemerkasaan Alam Sekitar Belia 2026 sambil disaksikan Dr Keeren (kiri) di Dewan Sri Kenyalang UPMS.
Wan Ibrahim (empat kiri) dan Dr Shahrul (dua kiri) melancarkan Program Ke Arah Sifar Sisa di Bintulu: Pemerkasaan Alam Sekitar Belia 2026 sambil disaksikan Dr Keeren (kiri) di Dewan Sri Kenyalang UPMS.
"Ia melalui dua jenis akaun utama iaitu Akaun 'Seller' dan Akaun 'Buyer' bagi memudahkan penyelarasan kutipan serta menghasilkan rekod digital yang boleh digunakan untuk pelaporan dan perancangan."

Dr Keeren Sundara Rajoo

Pengasas/Ketua Projek KitarNow

Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

BINTULU: Komuniti digalakkan untuk melakukan amalan kitar semula lebih tersusun, boleh dijejaki dan berasaskan data dalam usaha menyokong pengurusan sisa mampan di sini dan negeri ini melalui aplikasi KitarNow.

Pengasas merangkap Ketua Projek KitarNow Dr Keeren Sundara Rajoo berkata, aplikasi tersebut dibangunkan untuk menyelaras aktiviti kitar semula yang selama ini berlaku secara tidak berstruktur dan sukar direkod.

Beliau yang juga Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo, Institut Ekosains Borneo (IEB) Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menjelaskan, platform tersebut menghubungkan penjana sisa boleh kitar semula dan pengitar semula secara terus.

"Ia melalui dua jenis akaun utama iaitu Akaun 'Seller' dan Akaun 'Buyer' bagi memudahkan penyelarasan kutipan serta menghasilkan rekod digital yang boleh digunakan untuk pelaporan dan perancangan," ujarnya di sini, semalam.



Wan Ibrahim (dua kanan) dan Dr Shahrul (kiri) melancarkan KitarNow sambil disaksikan Dr Keeren (kanan) di Dewan Sri Kenyalang UPMS.

Pelancaran KitarNow sempena Program Ke Arah Sifar Sisa di Bintulu: Pemerkasaan Alam Sekitar Belia 2026 anjuran UPMS dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang UPMS kelmarin.

Katanya, program itu memfokuskan pemerkasaan belia dan komuniti dalam amalan pengasingan sisa, kitar semula serta pengkomposan sisa makanan.

Sementara itu, Pengarah UPMS Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen UPMS yang tidak hanya berperanan dalam bidang akademik semata-mata sebaliknya menterjemahkan ilmu pengetahuan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.

"Program ini menunjukkan universiti mampu menjadi pemangkin perubahan melalui inovasi yang boleh digunakan oleh komuniti," ujarnya.

Beliau berkata, usaha itu penting kerana kelestarian bukan hanya satu konsep tetapi memerlukan sistem, sokongan dan penglibatan semua pihak untuk memastikan perubahan berterusan.

Dalam pada itu Setiausaha BDA Wan Ibrahim Wan Ali berkata, penglibatan BDA dalam inisiatif tersebut selari dengan aspirasi menjadikan Bintulu sebuah bandar yang inklusif, berdaya huni dan mampan serta hab perindustrian rendah karbon.

“Budaya masyarakat yang menghargai sumber dan mengurangkan sisa perlu dibina melalui pendekatan yang konsisten dan sistematik," katanya.

Justeru katanya, BDA menyokong pelaksanaan program itu melalui peruntukan geran kepada UPMS kerana ia membantu memperkukuh ekosistem pengurusan sisa di peringkat komuniti, membuka ruang pendidikan dan kerjasama jangka panjang.

Terdahulu, pembangunan aplikasi KitarNow dibiayai melalui sumbangan belanjawan tambahan kerajaan Jepun menerusi Asia Pacific Telecommunity (APT) dengan sokongan BDA.

Ia memperkukuh keyakinan antarabangsa terhadap keupayaan UPMS memacu penyelesaian pengurusan sisa berasaskan teknologi dan data di peringkat tempatan.

Sehingga kini, pelaksanaan awal KitarNow turut disokong oleh lebih 15 organisasi di Bintulu merangkumi sektor perhotelan, industri dan agensi komuniti, antaranya Hotel Fairfield by Marriott Bintulu Paragon, Hotel Parkcity Everly Bintulu, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd, Jabatan Penjara Malaysia Pusat Koreksional Bintulu serta Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bintulu/Tatau.

Sebanyak 12 sekolah turut terlibat dalam inisiatif itu dengan setiap sekolah menerima sebuah tablet Samsung bagi memastikan akses khusus kepada aplikasi KitarNow dan memudahkan integrasi rekod kitar semula.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:25 PM | Show all posts
STU berharap keputusan pengukuran pembelajaran Tahun 4 tidak dibanding-bandingkan
Januari 21, 2026, Rabu - 2:40pm



KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap keputusan pengukuran pembelajaran Tahun 4 antara sekolah atau pelajar tidak dibanding-bandingkan.

Presidennya Kullin Djayang (gambar) berkata STU menerima perubahan dalam landskap pendidikan negara secara terbuka.

"Sebagai kesatuan guru yang majoriti menyokong peperikaan kembali diperkenalkan maka pengenalan ujian pada Tahun 4 bagi empat subjek utama itu amat dialu-alukan.

"Namun begitu kita berharap keputusannya janganlah kita banding-bandingkan antara sekolah atau pelajar sehingga perkara ini menjurus kepada sistem yang berorientasikan peperiksaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan memperkenalkan pengukuran pembelajaran Tahun 4 bermula tahun ini seperti termaktub di bawah Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

STU katanya memohon kerajaan menyelesaikan terlebih dahulu isu kekurangan guru di Sarawak yang masih berlaku khasnya di pedalaman sebelum dasar pendidikan Malaysia menekankan pembelajaran pelbagai bahasa lain seperti bahasa Cina dan Tamil diperkenalkan.

"Kita berpendapat mata pelajaran ini boleh ditawarkan jika terdapat permintaan murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru tersedia," ujarnya.

Kullin berkata dasar pendidikan nasional jelas meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan medium pengajaran utama di sekolah, termasuk memberi penekanan terhadap kefasihan murid bukan penutur jati.

STU katanya, secara umum menyokong usaha memperkukuh standard pendidikan termasuk dalam peperiksaan yang diperkenalkan.

"Dalam pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu, kajian menunjukkan guru di sekolah jenis kebangsaan (contoh SJKC) menghadapi tekanan dalam menyeimbangkan pengajaran bahasa kebangsaan tanpa menjejaskan pembelajaran murid bukan penutur jati.

"Ini memerlukan sokongan khusus dan kita berharap ia diambil berat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

STU melihat usaha memantapkan bahasa Melayu sebagai langkah positif, tetapi menegaskan  keberkesanan mesti disokong melalui latihan guru, sumber pengajaran berkesan dan pendekatan sensitif terhadap murid bukan penutur jati supaya mereka tidak tertinggal," tegasnya.

Dalam perkembangan sama STU menekankan beberapa keutamaan mendesak antaranya ialah, memperbaiki infrastruktur sekolah luar bandar dan pedalaman yang berstatus sekolah usang, akses elektrik, air bersih, ruang bilik darjah serta capaian Internet stabil adalah asas penting untuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Ini katanya penting bagi memastikan peruntukan RM100 juta berbaloi.

"Sebagai kesatuan guru kita amat tekankan tentang kebajikan guru seperti kemudahan fizikal kuarters, elaun khas para guru dan bantuan data Internet untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Ini penting agar para guru terus kekal proaktif dan bermotivasi," tambahnya.

Berhubung proses pengambilan guru baharu dan latihan gur, Kullin berkata KGS berpendapat ia harus menekankan guru yang berkemahiran tinggi.

Ini penting bagi memastikan guru baharu melalui proses tapisan bagi menghasilkan guru yang berkualiti supaya mutu pengajaran dapat dipertingkatkan, katanya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:26 PM | Show all posts
Pang hadiri taklimat pengurusan projek khas
Januari 21, 2026, Rabu - 2:43pm



Pang (tiga kiri) bersama rakan-rakan wakil rakyat semasa sesi taklimat tersebut semalam.

BINTULU: Taklimat Pengurusan Projek Khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Kerajaan Sarawak Tahun 2026 telah dihadiri ADUN Tanjong Batu Johnny Pang di sebuah hotel di sini, semalam.

Taklimat tersebut juga dihadiri ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, ADUN Katibas Lidam Assan, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang.

Pang berkata, taklimat seperti itu membolehkan wakil rakyat lebih memahami hala tuju dasar dan mengukuhkan penyelarasan.

"Kita dapat berkongsi pengalaman supaya setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan berkesan dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyertai ramai rakan wakil rakyat lain untuk sesi taklimat itu dan dapat bertukar idea bermakna melaluinya.

Pang menyeru agar semua pihak berganding bahu untuk memacu pembangunan yang bermakna untuk Sarawak dan memberikan yang terbaik untuk rakyat negeri ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2026 12:27 PM | Show all posts
AirBorneo terus pertingkat sistem operasi: Lee
Januari 21, 2026, Rabu - 2:47pm



Lee ditemani yang lain ketika meninjau kaunter daftar masuk AirBorneo hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo akan terus mempertingkat fungsi sistem operasinya termasuk memperkenalkan kemudahan daftar masuk dalam talian untuk penerbangan menggunakan pesawat ATR.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pada masa ini proses daftar masuk AirBorneo masih dijalankan secara manual, namun usaha menaik taraf sistem sedia ada sedang giat dilaksanakan supaya perkhidmatan daftar masuk dalam talian dapat ditawarkan kepada penumpang.

“Bagaimanapun, kemudahan ini tidak boleh dilaksanakan bagi laluan luar bandar yang menggunakan pesawat Twin Otter.

“Ini kerana lapangan terbang yang terlibat adalah kecil dan hanya menampung jumlah penumpang yang sangat terhad, sekitar sembilan orang sahaja.

“Sebaliknya, bagi penerbangan menggunakan pesawat ATR, sistem akan dinaik taraf bagi membolehkan penumpang membuat daftar masuk secara dalam talian,” ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin dan Pengurus Kanan Lapangan Terbang Malaysia Airports Sdn Bhd (LTAK) Jun Iskandar Murshidi.



Lee bersama Megat dan Jun (tengah) melihat paparan skrin laluan dan ketibaan penerbangan semasa lawatannya di LTAK hari ini. - Gambar Roystein Emmor

Mengulas lanjut Lee berkata, lawatan itu bertujuan menilai sendiri kelancaran sistem yang sedang digunakan termasuk proses daftar masuk, pengendalian bagasi serta ketibaan penerbangan AirBorneo.

“Setakat ini maklum balas yang kita terima adalah positif dengan operasi di kaunter daftar masuk berjalan lancar, meskipun sistem masih dilaksanakan secara manual,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu AirBorneo kini telah mengambil alih keseluruhan 21 sistem utama dan 11 subsistem, menjadikan keseluruhannya sebanyak 35 sistem yang sedang beroperasi.

Dalam perkembangan berkaitan, Lee memaklumkan AirBorneo merancang untuk menambah baik sistem bagi membolehkan warga emas menikmati diskaun tambang 50 peratus di bawah skim Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) Sarawak secara dalam talian.

“Pada masa ini, warga emas perlu membuat semakan secara manual atau menghubungi pusat panggilan untuk mendapatkan diskaun tersebut.

“Dengan penambahbaikan ini, kemudahan itu akan boleh diakses secara dalam talian pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Megat Ardian mendedahkan bahawa purata jumlah penumpang harian AirBorneo ialah sekitar 2,000 orang.

“Bagi tempoh kira-kira dua minggu selepas memulakan operasi, jumlah keseluruhan penumpang dianggarkan antara 20,000 hingga 25,000 orang,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:28 PM | Show all posts
MOTS akan kemuka cadangan penambahbaikan menjadikan LTAK lebih lancar dan bersepadu
Januari 21, 2026, Rabu - 3:03pm



Lee ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja di LTAK hari ini. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) akan mengemukakan semua cadangan penambahbaikan bagi menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebagai sebuah lapangan terbang yang lebih lancar dan bersepadu, selaras dengan peningkatan jumlah penumpang yang kini melebihi kapasiti asal.

Menteri MOTS Dato Sri Lee Kim Shin berkata, LTAK merekodkan 5.7 juta penumpang tahun lalu, sedangkan kapasiti penuh lapangan terbang itu hanya sekitar lima juta penumpang, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk penambahbaikan kemudahan sedia ada.

Menurut Lee, sejak dua hingga tiga tahun lalu, beliau telah mempengerusikan beberapa mesyuarat bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di sini, bagi meneliti keperluan penambahbaikan berdasarkan maklum balas dan aduan orang awam.

"Aduan utama yang paling sering dibangkitkan sememangnya berkaitan dengan kemudahan tandas dan saya berasa gembira kerana MAHB telah mengambil langkah untuk menaik taraf dan mengubah suai kemudahan di lapangan terbang, termasuk tandas yang telah anda lihat sebentar tadi," ujarnya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja di LTAK di sini, hari ini.

Melalui peruntukan bajet tahun lalu, Lee memberitahu sebanyak 13 projek naik taraf tandas telah dilaksanakan kerja-kerja naik taraf, dengan 11 daripadanya telah siap manakala dua lagi masih dalam proses pelaksanaan.

Pada tahun ini pula katanya, MAHB akan meneruskan usaha tersebut dengan 10 lagi projek naik taraf kemudahan tandas yang ada di lapangan terbang.

“Selain itu, satu lagi aduan diterima membabitkan papan tanda atau penunjuk arah yang sebelum ini sukar dilihat dari jarak jauh, khususnya di kawasan imigresen.

“Bagaimanapun, papan tanda tersebut kini telah ditukar kepada reka bentuk baharu menggunakan warna biru dan putih yang lebih jelas dan mudah dilihat. Saya rasa penambahbaikan papan tanda ini telah banyak membantu,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa paparan ketibaan dan pelepasan penerbangan juga telah dinaik taraf dengan penggunaan papan elektronik yang lebih baik.

“Pada masa sama, aduan berkaitan suhu panas di kawasan menunggu sebelum menaiki pesawat turut ditangani menerusi pemasangan cermin gelap (tinted) sehingga 75 peratus pada dinding kaca lapangan terbang.

“Ini telah siap dilaksanakan kira-kira dua minggu lalu dan telah menunjukkan peningkatan dari segi keselesaan,” katanya.

Dalam pada itu, Lee berkata, kemudahan menunggu khas bagi pengguna perkhidmatan e-hailing seperti Grab turut disediakan bagi meningkatkan keselesaan penumpang.

Selain itu katanya, MAHB turut merancang menyediakan sudut kanak-kanak di Aras 3 LTAK.

Bagaimanapun kata Lee, bagi cadangan penambahbaikan melibatkan penggunaan teknologi pengecaman wajah pasport di kaunter imigresen, ia akan dikemukakan oleh kementeriannya.

Lee berkata, kesemua langkah itu bertujuan menjadikan LTAK sebagai sebuah lapangan terbang yang lebih ‘seamless’ walaupun ia merupakan lapangan terbang sedia ada dengan ruang yang terhad.

Sehubungan itu, Lee memberitahu, kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan MAHB bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan seterusnya supaya pelawat dan penumpang yang tiba di Kuching dapat menikmati persekitaran serta penyampaian perkhidmatan yang lebih baik.

“Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, termasuk yang melibatkan pihak berkuasa lain seperti imigresen. Namun, kementerian akan mengemukakan semua cadangan ini bagi memastikan LTAK dapat beroperasi dengan lebih lancar,” katanya.

Beliau menegaskan hasrat kementerian adalah untuk memastikan kemudahan di LTAK setara dengan apa yang dinikmati penumpang di KLIA, selaras pertumbuhan berterusan jumlah penumpang di lapangan terbang itu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:30 PM | Show all posts
JLM perkukuh kerjasama strategik dengan industri
Januari 21, 2026, Rabu - 3:36pm

Standard kompetensi terus dipelihara supaya pelaut Malaysia kekal diiktiraf di peringkat nasional, antarabangsa



Dickson menyempurnakan Majlis Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd sambil diperhatikan James (empat kiri) serta yang lain hari ini.

"Jabatan Laut Malaysia amat menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi latihan moden seperti simulator bagi memastikan pelaut negara bukan sahaja memenuhi keperluan pensijilan, malah benar-benar kompeten, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran sebenar di laut."

Datuk Dickson Dollah

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia

Oleh Florence Nervyn

SIBU: Jabatan Laut Malaysia akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik dengan institusi latihan serta pihak industri bagi memastikan program latihan yang dilaksanakan kekal relevan.

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Datuk Dickson Dollah berkata, standard kompetensi akan terus dipelihara supaya pelaut Malaysia kekal diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menurutnya, dalam landskap industri perkapalan yang semakin kompleks serta berisiko tinggi, aspek keselamatan pelayaran, kecekapan operasi dan pematuhan kepada perundangan antarabangsa amat bergantung kepada kualiti latihan yang diterima oleh para pelaut.

Justeru katanya, penubuhan institut latihan yang dilengkapi kemudahan moden serta tenaga pengajar berpengalaman bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan.

"Jabatan Laut Malaysia amat menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi latihan moden seperti simulator bagi memastikan pelaut negara bukan sahaja memenuhi keperluan pensijilan, malah benar-benar kompeten, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran sebenar di laut," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran pusat simulasi, hari ini.

Turut diadakan Majlis Tamat Kursus Pegawai Jurutera bagi Pengawasan Kejuruteraan 750 kW atau lebih bagi pelayaran pesisiran, pegawai bagi pengawasan pelayaran 500 GT atau lebih bagi pelayaran pesisiran serta nakhoda dan ketua mualim bagi kapal 3,000 GT atau lebih bagi pelayaran pesisiran.

Dickson berkata, pencapaian tersebut mencerminkan tahap disiplin, komitmen dan kesungguhan yang tinggi sepanjang tempoh latihan.

"Namun saya ingin menegaskan bahawa kelayakan yang diperoleh hadir bersama amanah dan tanggungjawab yang besar.

"Sebagai pegawai dan nakhoda, saudara dan saudari bertanggungjawab bukan sahaja terhadap operasi kapal, malah keselamatan nyawa, perlindungan alam sekitar marin, pematuhan undang-undang serta reputasi industri perkapalan negara," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Urusan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd James Ho berkata, pelancaran pusat latihan simulasi merupakan pelaburan strategik dalam teknologi latihan moden yang membolehkan pembelajaran berasaskan senario bagi memperkukuhkan kemahiran membuat keputusan, kerja berpasukan, kesedaran keselamatan serta kesiapsiagaan operasi.

“Sehingga kini, sebanyak 23 kursus telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia meliputi Kursus Modular STCW dan Kursus Persediaan, sekali gus membuktikan komitmen TCCS Marine terhadap pematuhan peraturan, kualiti latihan dan penambahbaikan berterusan," ujarnya.

Mengulas perancangan masa depan beliau berkata, TCCS Marine merancang untuk memperluaskan lagi keupayaan latihan dengan memperkenalkan Kursus Persediaan Bagi Program Gabungan Ketua Jurutera dan Jurutera Kedua Melebihi 3,000 kW Bagi Pelayaran Pesisiran Pantai.

"Selain itu, latihan berfokuskan simulasi akan diperkukuh melalui penggunaan sepenuhnya Simulator Anjungan dan Simulator Enjin, termasuk Kursus Modular Pengurusan Sumber Enjin, Latihan Simulator Enjin serta Kursus Simulator ARPA," jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2026 12:31 PM | Show all posts
Dasar baharu awal persekolahan dibimbangi jejas kanak-kanak
Januari 21, 2026, Rabu - 4:17pm



MIRI: Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menurunkan umur kemasukan ke Darjah 1 kepada enam tahun dibimbangi memberi kesan besar kepada kebajikan dan perkembangan kanak-kanak di Sarawak sekiranya dilaksanakan tanpa persediaan rapi, khususnya melibatkan silibus, infrastruktur sekolah dan kesediaan guru.

Aktivis masyarakat Matasan Rohani (gambar) menegaskan, dasar berkenaan tidak wajar dilaksanakan secara tergesa-gesa kerana banyak sekolah di negeri ini masih berdepan masalah kesesakan, kemudahan terhad dan nisbah guru-murid yang tinggi.

Menurutnya, isu utama bukan sekadar menurunkan umur kemasukan, sebaliknya silibus sedia ada yang terlalu padat dan beraras tinggi untuk kanak-kanak berusia enam tahun.

“Jika umur diturunkan tetapi kandungan pembelajaran tidak dirombak, kanak-kanak akan dipaksa mengejar pencapaian akademik sebelum mereka matang dari segi emosi dan mental.

"Ini seolah-olah merompak zaman kanak-kanak mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan pembelajaran formal yang panjang dan berstruktur tidak selari dengan fitrah kanak-kanak enam tahun yang lebih sesuai dengan kaedah pembelajaran berasaskan permainan.

Matasan turut menarik perhatian kepada realiti di lapangan, khususnya di Miri, apabila banyak sekolah di kawasan perumahan padat dan pinggir bandar sudah beroperasi dalam keadaan sesak dan terpaksa menjalankan sesi berganda.

“Apabila kemasukan murid enam tahun diwajibkan, jumlah pelajar akan melonjak secara mendadak.

"Persoalannya, adakah bilik darjah, tandas dan kemudahan sedia ada mampu menampung pertambahan ini?” soalnya.

Selain itu, beliau mempersoalkan tahap kesiapsiagaan guru Darjah 1 yang perlu mengendalikan murid lebih muda dengan keperluan pedagogi berbeza, sekali gus berisiko meningkatkan tekanan kerja dalam kalangan pendidik.

Dari sudut ekonomi kata beliau, persekolahan awal akan meningkatkan kos sara ibu bapa, khususnya golongan B40 dan M40 di Sarawak yang sudah berdepan beban perbelanjaan tinggi.

Sehubungan itu, Matasan menggesa kerajaan negeri mengambil peranan lebih proaktif sebagai langkah perlindungan bagi memastikan kepentingan anak Sarawak terus terpelihara.

Antara langkah dicadangkan termasuk mendesak penangguhan pelaksanaan dasar berkenaan di Sarawak sehingga sekolah mencapai tahap kondusif, mempercepat pembinaan fasiliti tambahan menggunakan dana negeri serta melantik pembantu pengurusan murid bagi meringankan beban guru Darjah 1.

Beliau turut mencadangkan peranan institusi pendidikan milik Sarawak seperti SeDidik diperkasakan bagi menyediakan program peralihan bagi membantu kanak-kanak menyesuaikan diri sebelum memasuki sistem pendidikan arus perdana.

“Sarawak menyokong pembaharuan pendidikan, namun pelaksanaannya mesti mengambil kira realiti tempatan.

“Dasar secara ‘pukul rata’ dari pusat tidak boleh mengatasi kesejahteraan anak-anak kita,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.238741 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list