CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 3-7-2011 02:37 AM | Show all posts
kering idea mlm ni...
hari senin la baru sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2011 02:38 AM | Show all posts
Reply 440# RosMa2011

maaf diberi..walau raya tak sampai lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:22 PM | Show all posts
kesian ecah, sebatang kara di dunia... 3 juta semua jadi milik ecah, boleh buka biz besar nih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:33 PM | Show all posts
ciannye ecah xmo la g bunuh org...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:16 AM | Show all posts
sape punya keje, alyah ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:17 AM | Show all posts
betul2 tak sangka watak abu dgn dol boleh mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 08:26 AM | Show all posts
ada je halangan...sure keje alyah ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:39 AM | Show all posts
apa ni fizi..pagi2 dh buat org sedih..

siannye abu dgn dol..uwaaaaaaaaaaaaaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by adalia at 4-7-2011 10:58

abu ngan dol dah xdak....
nk sambung nanges lg....
sll kalo ada depa mmg duk gelak2 ngan karakter depa yg bodo2 cerdik sikit tu...pastu suka sgt wat2 pandai ja ....

fizziiiiiiiiiiiiiiiiii
mana n3..kata nk letak hari ni.....


nak sambung nangessssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:04 AM | Show all posts
kesian ecah
dah takde tmpt bergantung
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:12 AM | Show all posts
sapalah yg kejam bunuh abu & dol tu....
sian kat ecah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:24 AM | Show all posts
alahai sian nyer ecah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:31 PM | Show all posts
samb lg fizz
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:13 PM | Show all posts
kesian kat echah... sapa la punya angkara!!
jangan echah buat benda yg bukan-bukan daah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 02:12 PM | Show all posts
next..........................
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 04:16 PM | Show all posts
mungkinkah tengku alyah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 04:28 PM | Show all posts
sian ECAH...
mesti dia benci kat FARIS...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:01 PM | Show all posts
Tatkala Faris tiba di perkarangan rumah batu tingkat satu dipinggir bandar Pasir Gudang itu, suasana rumah itu dipenuhi orang ramai. 3 buah kereta polis dan sebuah ambulan turut berada di kawasan rumah tersebut. Faris terpinga2 lalu terus menapak menghampiri rumah itu.


Faris mencelah disebalik orang ramai yang memenuhi kawasan rumah itu.


“Kesian ye….kesian sungguh..” beberapa suara kedengaran ditelinga Faris. Hatinya mula berdetak detak. Apa yang berlaku? Mana Aishah? Mata Faris melingas mencari kelibat Aishah. Namun, langkahnya terhenti sebaik sampai di depan rumah itu yang dipasang pagar kawalan keselamatan oleh pihak polis. Tali merah putih merentangi seluruh kawasan rumah tersebut.


Faris memandang 2 orang anggota polis yang sedang berkawal di depannya. Lantas polis tersebut dihampiri.


“Encik…kenapa ni encik,” soal Faris resah. Polis itu menoleh kearahnya.


“Ohh..ada kes rompakan dan pembunuhan di rumah ini,” balas polis muda itu. Wajah Faris merona pucat. Itukah sebabnya Dol tidak menjawab panggilannya sejak tadi??? Tatkala itu, sekujur tubuh berselimut kain putih dibawa keluar dari rumah. Suara orang ramai berdengung tak ubah macam bunyi lalat saja layaknya.


Hati Faris berdetak kuat lalu dia segera meluru masuk ke kawasan larangan.


“Heyy!! Encik tak boleh lepas kawasan ni!!” polis itu segera memaut lengannya.


“Tapi diorang kawan saya!” bentak Faris seraya menepis tangan polis itu. Dia tidak peduli kata2 polis itu lagi lalu meluru kearah mayat itu.


“Bagi laluan encik!” arah petugas khas bila Faris sudah memegang hujung pengusung. Wajah Faris pucat.


“Saya kawan dia! Saya kawan dia!” Faris mula hilang kawalan. Polis muda tadi memaut bahunya lalu menariknya kebelakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:02 PM | Show all posts
“Saya kawan dia!!! Aishah!!!” Faris menjerit cuba melepaskan dirinya dari genggaman polis. Namun, tatakala itu, sekujur tubuh berselimut putih pula dibawa keluar dari rumah. Kali ini Faris terasa hendak meraung.


“Please, “ Faris terus memandang 2 mayat yang sudah dibawa naik ke van ambulans. Namun matanya langsung kaku tatkala terlihat Aishah yang waktu itu tiba2 keluar dari rumah itu bersama seorang anggota polis.  Aishah yang baru saja keluar, terus terpandangkan Faris yang berdiri dihadapannya. Mata keduanya saling berpandangan. Masing2  kaku.


Bibir Faris terus kelu. Pelbagai rasa bercampur aduk  melihat satu sama lain. Lantas, Faris terus menghampiri Aishah. Aishah hanya memandang  Faris yang kian hampir padanya. Wajah keduanya sugul memandang antara satu sama lain.


Faris kini sudah berdiri betul2 dihadapan Aishah. Aishah mendongak, membalas renungan Faris. Kolam matanya masih bertakung. Pandangan matanya, tidak bercahaya seperti dahulu. Kali ini redup mata itu sungguh kelam. Hati Faris terus sebak.


Lalu tubuh Aishah terus diraih ke dalam pelukannya. Tanpa sedar, ada airmata yang turut mengalir dari kelopak mata lelakinya. Tubuh Aishah dipeluk kuat, bagai melepaskan rindu yang bercampur aduk dengan pelbagai rasa.


Aishah diam. Tidak memberi sebarang reaksi. Dia masih merenung 2 mayat yang sudah mula dibawa oleh ambulan meski tubuhnya dipeluk kemas oleh Faris . Van ambulan mula bergerak perlahan2 meninggalkan perkarangan rumah itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:03 PM | Show all posts
Faris membukakan pintu bilik hotelnya. Tubuh Aishah yang kaku sejak pulang dari balai polis tadi masih tidak memberi reaksi bila ditarik ke hulu ke hilir. Usai menyiapkan urusan di balai polis dan hospital, hampir jam 2 pagi barulah mereka berpeluang untuk pulang. Tubuh Aishah didudukkan di sofa yang terdapat di hujung sudut. Faris merenung Aishah yang diam membisu sejak tadi.


Pakaiannya berbaur hanyir darah. Fesyen Aishah masih sama. Jeans biru dan kemeja longgar manakala dibahagian dalam pula bert-shirt mengikut potongan badannya.


“Mandi dulu. Lepas tu salin baju…” pujuk Faris lalu bangun membuka almari pakaian. Sehelai tuala mandi berwarna putih diambil lalu diletakkan diriba Aishah. Aishah hanya memandangnya tanpa rasa. Luluh hati Faris melihat raut wajah duka Aishah.


Melihat Aishah yang masih tidak bergerak meskipun tuala telah diletakkan dipehanya, Faris menarik nafas berat. Faris duduk disofa bersebelahan Aishah. Tangan Aishah diraih lalu digenggam erat. Tangan itu sejuk, seakan tiada suhu.


“Aishah….Jangan macam ni…” tangan Aishah diusap2 perlahan. Aishah diam membungkam. Perlakuan Faris sedikit tidak terkesan dihatinya. Dipandangnya Faris disebelahnya. Perasaannya tiba2 menjadi benci melihat Faris dihadapannya.


Lelaki itu masih mengusap2 tangannya, dan masih memujuknya. Ditelinga Aishah, dia tidak mendengar sepatah kata ayat2 Faris. Yang terbayang dimatanya hanyalah wajah Abu dan Dol. Abang Abu….Abang Dol….buat pertama kalinya…Aishah terasa rindu yang teramat sangat kepada keduanya. Matanya mula berkaca.


Aku rindu!!! Aku rindu abang Abu!!! Aku rindu  abang Doll!!!! Tapi mereka dah matii!!!! Aishah terasa tekaknya kering dan perit. Airmatanya tiba2 tumpah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090791 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list