CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikyou

antara Haq dan Batil

   Close [Copy link]
Post time 5-1-2011 04:15 PM | Show all posts
Reply  idakamaruddin

hari lain2 tu selain hari kerja, ida buat apa?..
yenil95 Post at 5-1-2011 15:44


erk maksudnye ape? kurang paham...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 04:16 PM | Show all posts
betul, allah tu maha berkuasa. segalanya pasti berlaku kalau dengan izin dia..
~~nak lagi ...
kikyou Post at 5-1-2011 15:42



    cik puan TT, akak xpaham la, TT je ke bole nmpk bende2 ni...adik beradik lain? bunyi gaya cerita abah TT mcm harapkn TT..yg lain?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 04:20 PM | Show all posts
Reply 444# kikyou

baru dpt ilmu sikit dah nak riak ya bang mat yea.... sian kat ayah kik tu sanggup berkorban demi anak murid dia...alhamdulillah ayah dah kembali pulih cam biasa...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 04:22 PM | Show all posts
Reply 449# idakamaruddin

Saja nak menyakat..sbb bila hb dok rumah ida tak boleh tidor kan?... ha ha ha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:39 PM | Show all posts
cik puan TT, akak xpaham la, TT je ke bole nmpk bende2 ni...adik beradik lain? bunyi gaya  ...
idakamaruddin Post at 5-1-2011 12:46



    adik beradik yg lain pun sama. semua boleh. menantu2 punboleh. hehe, sebab kalau dah kawen ngan anak pak mid,  memang wajib amek ilmu ni. hehehe.
~~masa tu mungkin jugak abah call adik2yg lain kot, tataula..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 04:42 PM | Show all posts
Reply  kikyou

baru dpt ilmu sikit dah nak riak ya bang mat yea.... sian kat ayah kik tu sanggup  ...
pinktriangle Post at 5-1-2011 12:50



   sebab tu, abah lepas dari tu abah mcm keberatan amek anak murid. tapi bila yg betul2 berkehendak, abah terpaksalah.tu yg abah tetapkan syarat. sebelum jumpa abah, kena buat sunat taubat. kalau sunat taubat tak mampu nak buat, memang abah takkan bagi.
~~sebab nanti sudahnya bala tu berbalik pd abah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2011 04:54 PM | Show all posts
sebelum asar, kita layan cerita wali sikit. dah berapa hari otak tak rehat, asik cerita hantu je, kan? hehe. ni cerita kisah wali bernama bisyr bin haris.

~~"malam ni bisyr akan datang ke sini,"fikiran ini terbayang dalam hati saudara perempuan bisyr. maka ia segera menyapu dan mengelap lantai rumahnya, kemudian dengan penuh harapan mennti kedatangan saudaranya itu. tiba-tiba bisyr muncul seperti orang kebingungan.

~~"aku akan naik ke atas" bisyr berkata kepada saudara perempuannya dan bergegas menuju ke tangga. tetapi baru beberapa tangga yg dilangkahinya, dia berhenti lalu sepanjang malam itu ia tetap berdiri terpaku di tempat itu. setelah subuh, barulah ia turun dan pergi ke masjid untuk solat.

~~"mengapa sepanjang malam tadi engkau berdiri di atas tangga?" saudara perempuannya bertanya kepada bisyr ketka ia kembali dari masjid.

~~"suatu perkara yang teringat dalam fikiranku. di kota baghdad ini ramai yg bernama bisyr, ada yahudi, kristian dan ada yang majusi. aku sendiri bernama bisyr dan sebagai seorang muslim aku telah mencapai kebahagiaan. aku tertanya2 kepada diriku sendiri, apakah yg telah ku lakukan sehingga aku telah memperoleh kebahagiaan itu dan apakah yang telah mereka lakukan sehingga mereka tidak memperolehinya? kerana memikirkan hal itulah, aku berdiri dan terpaku seperti itu," jawab bisyr.

~~p/s: hanya kerana iman yg tebal, maka bisyr memperoleh kebahagiaan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 05:03 PM | Show all posts
cepat la sambung cerrita...cer cerita..cer certa!
idakamaruddin Post at 29-12-2010 12:57



    hahahahaha...baru aku paham apa yang tulis cer cerita ..cer cerita.......ayat cam hantu kak limah balik rumah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 05:04 PM | Show all posts
sebelum asar, kita layan cerita wali sikit. dah berapa hari otak tak rehat, asik cerita hantu je, ka ...
kikyou Post at 5-1-2011 16:54


suka baca buku2 pasal wali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 06:24 PM | Show all posts
sebelum asar, kita layan cerita wali sikit. dah berapa hari otak tak rehat, asik cerita hantu je, ka ...
kikyou Post at 5-1-2011 16:54



    salah x kalau kita berfikir kenapa tidak semua mendapat hidayah Allah memeluk agama Islam? huhuhu, hanya terpikir saja
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 07:50 PM | Show all posts
as'kum...thx kak kik'u
best cite neh..
arap sudi bkongsi lagik ya..
hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 08:03 PM | Show all posts
wah kebelakangan ni macam da kuar topik je, kan. ni bod seram, tapi cerita hal lain. hehehe

~~sementara nak tunggu suami sudah solat, saya nak cerita mengenai kejadian di waktu form 5. tak menakutkan pun sebenarnya.

~~cerita ni bermula semasa sekolah saya buat aktiviti kem ibadah.. aktiviti ni gabungan pelajar tingkatan 5 dan tingkata 3. sebab dua tingakatan ni je yang nak amik pekse penting. hehehe.

~~bermula ari sabtu, kami mcm biasa lapor diri kat cikgu yg bertugas. nak sahkan kehadiran. kemudian buat aktiviti mcm permainan, berkawad dan sebagainya. (tak ingat sebenarnya aktiviti apa)

~~malam tu, sepatutnya ibu bapa pelajar datang, untuk aktiviti mcm motivasi. yg nangis2 tu. saya tak suka aktiviti cenggini sebenarnya. sebab mak ayah tak datang. hahaha. sebelum aktiviti nangis2, peluk2 parents, ada sedikit lakonan dari pelajar form 5 mengenai cara kehidupan di dalam kubur, memang mamat ni siap berpakaian macam pocong la. hahaha.(tapi nak naik pentas jatuh tangga)

~~dah siap semua lakonan tu, mulalah cikgu kaunselor amek alih. masa tu seperti dia yg berkuasala atas mikrofon tu. dan bermulalah sesi nangis2. saya ni entah kenapa hati tak terkesan langsung ngan kata2 cikgu tu. (hati tak terima hidayah kekdahnya, hehehe)

~~masa dorang duk sedap lalok nangis, mata saya meliar ke bangunan sekolah. keadaan kat bangunan tu gelap gelita. kemudian saya dapat tangkap satu bayang hitam besar kat koridor skolah. saya ingat cikgu duk situ. saya biarkan jelah. kemudian mata saya meliar lagi kat pagar tangga. (skolah skang kawasan tangga di pagar, kan?) kat situ saya dapat rasa banyak makhluk halus bergayut. hehehe. (masa ni saya cuma dapat rasa je. saya tak dapat lihat secara terus lagi)

~~tiba2 dengar budak menjerit. "hah, dah kena dah budak ni," spontan ayat tu kuar dari mulut. ustaz kat situ tergopoh gapah g ubatkan. dia kata dia nampak makhluk tu (yg kat tangga, sebb dia tuding kat arah tangga) melambai2 kat dia. banyak bergayut kat situ. hhehehe. saya dah senyum dah.

~~pastu budak tu dah elok, majlis bersurai. kami masuk kelas nak tidur. tetiba la plak si cikgu kaunselor ni bukak mikrofon (tgh2 mlm) nyanyi lagu mcm nak buai anak tidur.. budak2 ni gelakla sebab kelakar. dah,,,sorang plak kena histeria. hahaha, (sakan benda tu kacau)

~~malam tu baca yaasiinla plak. mata ngantuk ni. tgh duk baca yasin, kawan saya ni berkelubung kepala dia dengan selimut. tiba2 dia menjerit. dia kata benda tu ada kat sebelah dia. suara dia dah start tukar lain. (padahal perasaan dia je, suara kawan dia tu agaknya. dah agak nya menjerit sangat, tu yg suara bertukar), bila saya datang jenguk muka dia, elok je. tak ada apa2 pun. kang saya ngamuk histeria lak. hahahaha

~~mlm tu memang tak tidolah, cuma segelintir pelajar je yg kena ambik tugas berkawal. pagi tu, pukul 3 pagi, kena kejutkan kawan2 nak buat qiamullail kononnya. lagi sekali salah sorang kawan saya kena. mata dia merah je. tengok kat luar tingkap. saya tegur la "hah, elok sangatla pagi2 buta duk merenung kat luar tingkap. masuk dalam surau," terus dia langkah kaki masuk surau. (surau tu sebelah kelas tempat dia tidur)

~~alhamdulillah, lepas tu tak ada apa dah. sebab hari menginjak ke pagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 08:06 PM | Show all posts
suka baca buku2 pasal wali ke?
pakda_bekam Post at 5-1-2011 13:34



   hehe, dulu masa kecik2 suka kumpul buku berkisar cerita2 wali. sampai hadiah ari jadi pon, abah hadiahkan buku wali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 08:07 PM | Show all posts
salah x kalau kita berfikir kenapa tidak semua mendapat hidayah Allah memeluk agama Islam? ...
darthery Post at 5-1-2011 14:54



   macammana? tak faham soalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 08:09 PM | Show all posts
as'kum...thx kak kik'u
best cite neh..
arap sudi bkongsi lagik ya..
hehe
goyang2 Post at 5-1-2011 16:20



   waalaikumsalam. hehehe, baru tambah citer baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 08:24 PM | Show all posts
ni pulak nak cerita di awal waktu saya mengandung, tapi saya tak tahu saya mengandung. nama saya naik untuk kursus BTN kat sungai congkak. kalau tak silap masa tu lagi 2,3 hari nak deepavali.

~~kursus tu memang banyak aktiviti lasak. (selepas PLKN, saya gemar aktiviti lasak), smua aktiviti saya nak buat. panjat bukit, masuk hutan, redah paya, memang menyeronokkan. masa tu saya perasan, "auntie" saya tak datang2. tapi sebabkan minat, saya lupakan hal kemungkinan saya mengandung.

~~elok je habis aktiviti tu, keluar darah (bukan auntie). pucat jugak muka saya. tapi sebab tak sakit, saya biarkan je. esoknya hari deepavali, kursus rehat sehari. suami saya datang jemput saya malam tu. masa on the way balik ke port klang, (masa tu merajuk ngan suami, sebab apa ntah tak ingat) saya layan perasaan. entah cemana, kat wiper kereta suami, saya nampak percikan api. terperanjat saya. saya tanya suami, dia kata tak nampak. mungkin perasaan saya agknya.

~~dah sampai rumah sekita pukul 10 malam. saya dah siap mandi, terus masuk bilik tidur. penat sangat. malam esoknya, saya jd gelisah. tak leh duduk rumah. tak tahu kenapa. pukul 12 tgh malam, saya merayu (sambil nangis2) kat suami nak g Tanjung. kat situ kan mcm pantai. tapi tanjung la.suami tak bagi, dia kata dah 12 tgh mlm. org pon tido dah. tapi saya menangis sungguh2 nak g jugak. suami pon beralah. pergilah kami ke tanjung tgh2 mlm. (saya tak tahu kenapa, saya rasa kat situ mendamaikan)

~~sewaktu kereta suami baru keluar dari pagar kuarters, saya nampak ada makhluk jatuh dari bumbung kereta suami. pontianak ke langsuir yg duk terbang2 tu. saya diamkan je. (sebenarnya waktu tu badan saya lemah, benda tu dah rasuk saya. cuma saya tak histeria je, hehhe). kalau saya cakap kat suami saya nampak benda tu, mesti dia batalkan niat nak g tanjung.

~~sejak hari tu, saya mesti nak g tanjung. almost hari2 setiap malam. kemudian balik kampung, dah sampai tu lah baru saya tahu yg saya dah kena pukau dengan hantu laut. dia nak saya. abah saya la yg berubatnya. hehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 08:48 PM | Show all posts
Reply 430# kikyou

HEHEHEE .. malam nanti baca lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:31 PM | Show all posts
~~tujuan dia datang, sebab dia pon tahu yg kitorang nak buang makhluk tu. tengah2 borak, dia kata "tok ayah, nak buang sekarang ke?" abah angguk. kemudian kami bertiga tutup mata duduk dalam keadaan muraqabah. waktu tu saiz kitorang tak macam saiz realiti. kecik. tapi dalam alam tu kitorang bersaiz besar. macam gergasi.

~~tiba2 ada 3 ekor makhluk datang. "tok ayah, nak buang yg mana ni?" pak cik hassan tu tanya. abah kata buang yang paling besar tu. (2 ekor lagi kecik). yg besar tu yg rajin ganggu anak saya.. kemudian pak cik hassan tarik nafi isbat, sambil tu tangan dia raup genggam kepala makhluk tu.


kalau sesiapa yg pernah baca buku Tok Awang Ngah, sure pernah terjumpa cara memusnahkan jin dgn cara ini
roh kita ni kalau nak ikutkan tak terbatas kalau nak jadik besar mcm mana sekali pun. btl tak kikyou?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 09:50 PM | Show all posts
hurm tgh borak2 ngan kakak saya, tiba2 terasa nak cerita fasal jin islam yg menghuni rumah saya ni.

~~otak dah ting tong nak susun ayat ni. hahaha.  ceritanya macam ni, dulu, rumah saya dihuni oleh tiga golongan. saya dan suami (golongan manusia), golongan jin kafir, dan golongan jin islam. itu dulu, skang ni tinggal dua golongan sahaja iaitu jin islam.

~~sewaktu saya mula2 balik semula ke rumah ni(selepas habis pantang) anak saya kena sergah ngan dorang. menggigil2 badan anak saya. pastu anak saya asik pandang atas je. saya cakap,"korang ni, janganla duk sergah2 anak aku. kesian dia. lagi satu, jangan duk kat bahagian kepala anak aku," pastu, automatik saya tengok lirikan mata anak saya turun ke bahagian kiri. dia duk belah kiri.

~~ada sekali tu, dia main2 ngan anak saya, waktu tu saya tgh lipat kain. anak saya main atas katil. saya cakap "kalau nak main, main elok2. kalau anak aku nangis, tahulah nasih ko," kemudian anak saya start merengek, pastu saya nampak kelibat anak jin tu tangkap anak cicak. dia bagi anak saya main. memang stop merengekla anak saya tu. tapi saya la yang menjerit sebab anak saya dah nak makan anak cicak tu. haish, geli betullah.

~~ada satu malam tu (bukan satu mlm, setiap malam) bila saya tutup lampu nak tidur, (anak kat tengah antara saya dan suami) ketika mata pejam tak pejam, saya nampak kelibat budak kecik sebesar anak saya berdiri kat tepi katil. macam nak terjun. berderau darah saya. "abang, anak kat tepi tu!" suami saya dah terkejut. bila saya betul2 sedar, tengok anak saya sedap tido kat sebelah saya.

~~kadang2 saya nampak anak jin tu main2 kat kawasan buaian anak saya, bila saya tgk betul2, hilang gitu je. dah tak gelabah dahla, sebab dah kena banyak kali. anak jin tu saja nak main2.

~~skang ni sejak anak saya pndai berjalan, saya tutup pintu bilik kalau tido. sebab anak jin tu rajin ajak anak saya main tgh2 malam, duk mencangkung kat pintu bilik tido. haish, macam2la.

~~tapi anak jin tu tak masuk dah dalam bilik. dah kena amaran siap2. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 10:55 PM | Show all posts
kalau sesiapa yg pernah baca buku Tok Awang Ngah, sure pernah terjumpa cara memusnahkan jin dgn  ...
immortallez Post at 5-1-2011 18:01



   oo tok awang ngah. ada koleksi buku dia,. tapi abah punya gak. tak pernah baca pun. sebab tulisan dia mcm ber'column" tu tak minat. hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.088314 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list