CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Restoran terapung di Langkawi tetap dikunjungi lps tular Ikan siakap RM1,196.80

   Close [Copy link]
Post time 6-11-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 6-11-2021 04:00 PM
Kes ni byk naik kt feed aku. Yg aku boleh simpulkan,kenyataan dari owner ni agak berbelit-belit bagi ...

Kedai kalau tiup angin monsun Langkawi roboh tu kata operasi sehari rm7k koooo. Akak owner tu macam Hasanah sangatlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 05:25 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 6-11-2021 03:08 PM
sedap ka mkn kat kedai ikan bakar wcy?

Xtau nk habaq. Xpenah singgah kedai2 mkn kt ctu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2021 05:27 PM | Show all posts
Siakap oh siakap
Manzaidi Mohd Amin -
6 November 2021


Memang jadi kegemaran pelanggan masuk restoran pilih siakap sebagai menu makan malam bersama kawan atau keluarga.

SETIAP kali aku terlintas nak makan di restoran, sama ada restoran atas darat, udara atau air, sama ada restoran bertaraf dua, tiga, empat atau lima bintang, benda pertama aku lakukan dulu ialah semak duit ada berapa ringgit.

Nak semak duit ni bukan setakat semak dalam poket baju, poket seluar dan dalam dompet saja, dalam akaun bank pun kena semak ada berapa ringgit baki.

Selain tu, jangan malu-malu tanya isteri, dia ada berapa ringgit dalam beg tangannya. Bukan apa, senang nak ‘berhutang’ dulu kalau-kalau harga makanan terlebih dari jangkaan. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Tak salah kan.

Bila rasa duit cukup, barulah ajak keluarga makan dan pilihlah apa saja menu yang rasa membuka selera asalkan harganya cukup dengan duit yang ada. Itu persediaan kita sebagai pelanggan.

Tetapi, bagaimana pula dengan restoran? Ini yang penting. Pemilik restoran mesti jujur, terutama ketika terima pesanan pelanggan. Jangan sekali-kali berniat ‘jahat’ ambil kesempatan kaut keuntungan melampau.

Aku beri contoh, sekiranya pelanggan pesan siakap untuk makan lima ahli keluarga dan pelanggan tahu siakap dipesan itu harganya RM10 bagi 100 gram bersamaan RM100 satu kilogram.

Maka, pelanggan pesan dua siakap yang masing-masing berat satu kilogram. Baginya, dua kilogram siakap baru RM200. Masih boleh tambah lauk lain lagi untuk lengkapkan makan malam keluarga.

Selepas buat pesanan, pelanggan anggarkan harga keseluruhan termasuk siakap dua kilogram sekitar RM350 hingga RM400. Kira mampulah dengan duit yang ada ketika itu.

Malangnya, jika pelanggan berdepan dengan pekerja restoran tidak jujur, maka musibahlah jawabnya. Siakap yang dipesan dua kilogram, yang dimasak siakap lima kilogram.

Di sini berlaku ketidakjujuran pekerja restoran. Mereka sepatutnya maklumkan dahulu kepada pelanggan, siakap satu kilogram atau dua kilogram tak ada dalam simpanan, yang ada pun paling ringan siakap lima kilogram.

Bila dah dimaklumkan awal, terpulang kepada pelanggan nak teruskan atau tidak. Kalau pelanggan rasa tak mampu bayar, mereka mungkin akan pilih ikan lain yang lebih murah seperti kerapu, senohong, kembong, jenahak atau sirip yu.

Aku fikir, apa yang berlaku di Langkawi dan Melaka dua tiga hari lepas, yang mana pelanggan merungut harga siakap terlalu mahal, mungkin disebabkan mereka sama sekali tak terduga berat ikan yang dipesan dengan berat ikan yang dimasak.

Maksud aku, mereka tahu siakap itu harganya RM60 sekilogram, tetapi mereka tak tahu atau tak diberitahu berat sebenar. Kalau diberitahu pun, mungkin sekadar anggaran saja.

Anggaran pula jauh lebih ringan dari berat sebenar. Itu yang mungkin berlaku, yang mendorong pelanggan pilih ikan itu sebagai menu makan malam mereka.

Bukan mereka tak rujuk harga pada menu, bukan juga mereka tak ada duit nak bayar ikan besar lagi mewah itu. Tetapi mereka rasa seperti diperdaya. Yang dipesan berat dua kilogram, yang sampai berat tujuh kilogram.

Mungkin apa yang aku agak ini jarang berlaku, tetapi kejadian ini sering berlaku pada aku setiap kali masuk restoran dan buat pesanan. Orang lain aku tak tahu apa yang dialami mereka.

Ada juga restoran tidak nyatakan harga berat ikan, tetapi letak harga bagi tiga kategori saiz ikan, iaitu kecil, sederhana dan besar.

Bila aku pilih ikan sederhana dengan harga RM50 misalnya, pekerja restoran pula ambil ikan saiz besar berharga RM150 (juga misalan) tanpa pengetahuan pelanggan. Bila makan, memang kita tak tahu ikan itu bersaiz besar atau sederhana.

Masa bayar baru kita tahu ikan itu bersaiz besar dan ketika itu juga dimaklumkan pekerja restoran, ikan bersaiz sederhana yang aku pesan tidak ada dalam stok. Maknanya, pandai-pandai mereka pilih saiz tanpa rujuk atau maklum kepada pelanggan.

Masalah ini berlaku di mana-mana restoran dan kepada mana-mana pelanggan. Lain dipesan, lain yang sampai. Contohnya, bubur kacang satu mangkuk dalam menu RM5, masa bayar di kaunter harga RM10. Pun ada jenis ni.

Jenis ni selalunya berlaku di negeri yang jadi tumpuan pelancong, juga jarang-jarang berlaku di negeri atau Parlimen atau DUN yang ada pilihan raya.

Sebagai pengguna, kita kena bijak dan tahu taktik peniaga. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 6-11-2021 05:14 PM
Kedai kalau tiup angin monsun Langkawi roboh tu kata operasi sehari rm7k koooo. Akak owner tu maca ...

Akak owner tu pun senyap jelah. Ni latest naik kt feed aku akak owner tu kata pelanggan yg mula-mula complain tu nampak macam alim ulama katenye. Pdhal dari awal sampai la ni takdak sapa pun tau sapa pelanggan yang mula-mula viralkan tu kan? Rasenye pelanggan tu pun tak sebut nama restoran akak ni. Maksudnye akak tu mmg cam lah sapa yang dtg kedai dia tu. Meols rasa akak owner ni jenis taknak kalah pastu agaknya dia sakit ati kot sebab tau lepas ni orang dah pangkah restoran dia dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 05:59 PM | Show all posts
annehuda replied at 6-11-2021 04:00 PM
Kes ni byk naik kt feed aku. Yg aku boleh simpulkan,kenyataan dari owner ni agak berbelit-belit bagi ...

alasan itu ikan hiasan akan memberi erti harga ikan tinggi kerana ikan itu sepatutnya bukan untuk dijual. Makanya dia mengakui jika ikan itu bukan hiasan maka harga sepatutnya akan kurang daripada itu. sejauh mana harga kurang itu tak dapat dipastikan, klu cuma kurang seringgit ianya sudah boleh disebut kurang... .. cuma satu, kalau dia putuskan untuk jual ikan hiasan tu kenapa dia letak harga mahal, iaitu knp tak ikut rate harga biasa? .. ikan siakap datang dan pergi direstoran tersangatlah biasa.. maka apabila dia kenakan rate sehingga orang komplen maka maksudnya rate itu tinggi kerana ada nilai sentimental yang sangat tinggi..

....tetapi benarkah ianya ikan hiasan yang mahal? ...kalau katanya ikan itu dah 11 tahun ada disitu, memanglah layak dia bagi harga.... tetapi bila kedai itu baru berumur 8 tahun maka kesahihan ikan itu adalah hiasan adalah diragui.... iaitu boleh sahaja dia kata mana-mana ikan yang tinggal seekor itu ikan hiasan kepada bakal pelanggannya. ... ikan hiasan dah boleh jadi modal untuk menambah harga yang sangat menguntungkan dan dapat dilakukan pada bila2 masa sahaja...


pada aku tak sesuailah ikan yg biasa dimakan dijadikan hiasan direstoran, menambah keraguan kalau diletak pula ditempat yang sama dengan ikan-ikan lain yang boleh dijual... senang dijadikan modal untuk scam orang

cuma satulah... pelanggan sepatutnya congak harga, kalau tak congak maka jadik mcm nilah. benda ni tak akan jadi kalau dia congak sekejap.. kecuali orang itu terlalu bengap. Datang restoran makanan laut kena congak.. kalau tak mampu sempat blah.. tak boleh salahkan orang kalau dah bagi tau harga


Akhirnya ini win-win situation... boleh pun bayar bill lebih seribu tukan dan dah kenyang pun ikan tu, kira win lah tu... manakala tuan kedai pun dah dapat markerting percuma... tahniah semua




Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot je lahh..mmg mahal gilerrr...mahal jgn pergi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 6-11-2021 06:27 PM
Siakap oh siakap
Manzaidi Mohd Amin -
6 November 2021

Setuju...betul sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 5-11-2021 01:51 AM
air tembikai 1 jug pun dah rm35..klau hidang dlm tempayan logik la juga

Kalau free flow takpe jugak...Mohon customer boikot kedai makan nih..kayangan sgt konon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Landmark helang tu dah tukar jadi  ikan siakap kup kap dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 5-11-2021 07:26 AM
Kembong goreng pun sedap

Debut pasal ikan kembung ni..Tiba tiba teringat pasal laksa ikan sekoq..kat Langkawi jugak...takdela sedap mana sgt..ikan kembung sekoq Tu pun ala2 yg dah hancur pun..aduyai...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai baru operasi 8 tahun,umur siakap glamour 11 tahun.mungkin 3 tahun sebelum siakap tu dibela dlm akuarium dirumah,jaga macam jaga kelisa.mungkin itu pasal rega mahal
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 07:15 PM | Show all posts
stingerfoam replied at 6-11-2021 02:46 PM
Hari iteww yg tanya 50-60k utk jelajah europe cukup tak, bukan ko kewww?

Langkawi belum jejak?

iyerrr .. iols lah tu ..
masih la dok menoreh lagi ni
dah lah musim hujan pulak sekarang
lagipun .. itu. tinjau tinjau jerrr
tingin nak berjalan negara orang ....

tapi itu lahh
belum meLangkawi batas lagi ....
nak jugak pergi ... tapi malas nak naik flight dan malas naik Feri ..

entah lah ... serba malas ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 07:17 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 6-11-2021 07:26 PM
naina replied at 6-11-2021 05:12 PM
Saya masa kecik2 adala mak bawa ke Langkawi. Tapi saya tak ingat langsung memori dilangkawi sebab  ...

same here ...
nak beli apa?
coklat? corelle ?
corelle berkotak kotak ada kat rumah ni hah
anak beli sebelum balik
periuk belanga?
yg ada sebiji dua ni pun jarang naik atas dapur hahaha
cokolat? tak makan .. anak2 tak makan .. suami tak makan ...

tapi .. nak lah merasa sekali ..

villa yg nora nadi danish duduk tu berapa hengget semalam ekk?
(verangan itu percuma hahaaa)

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 6-11-2021 07:17 PM
same here ...
nak beli apa?
coklat? corelle ?

RM70k a nite fourseasons 5 bedrooms suites langkawi......RIXALMAN stayed for 5 nites...mon right through friday...kalau tak silap.....

your entire allocation of 50-60k utk your angan berangan europe trip...gets you  a nite at fourseasons ...

ko ingat besar sangat ko punya 50-60k? to round europe?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 6-11-2021 05:59 PM
alasan itu ikan hiasan akan memberi erti harga ikan tinggi kerana ikan itu sepatutnya bukan untuk  ...

Cust2 lain yg viral kena scam pun makan siakap biasan 11thn la kan
Menu pun mmg tunjuk rm16/100gm
Makanya memang menu  tu utk ikan hiasan 11thn la kan
Cumanya, owner nak dpt margin tinggi jual la yg besar2 sampa 5@6kg wpun makan utk 7 8 org jer....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 6-11-2021 01:44 PM
Kat sepang restoran separuh terapung lagi bagus rasanya, kita pilih ikan, dorang timbang depan mata, ...

Kat mana tu u? Share2 la location
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 6-11-2021 07:17 PM
same here ...
nak beli apa?
coklat? corelle ?

3k 1mlm teruskan berangan teda sepa marah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 08:36 PM | Show all posts
haruslah replied at 6-11-2021 07:50 PM
Kat mana tu u? Share2 la location

sri bagan kalau tak silap. tapi jangan gi weekend, semak dengan orang.
boleh pilih memacam seafood, dorang timbang dan amik order depan bahan mentah tu jugak.
siap bagi tips berbaloi ke tak kekalau seafood tu mahal sebab bukan musim

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 08:43 PM | Show all posts
makadek replied at 6-11-2021 08:05 PM
3k 1mlm teruskan berangan teda sepa marah

oooo rm3k/n
kussss semangat
atau kalau kita sayang nak bayar mahal2 macam tu sebenarnya kita tak mampu?
max per night yg saya sanggup bayar rm500-700 jer

agak2 ada ke hotel tepi laut harga macam tukat Langkawi tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2021 08:43 PM | Show all posts
stingercast replied at 6-11-2021 07:31 PM
RM70k a nite fourseasons 5 bedrooms suites langkawi......RIXALMAN stayed for 5 nites...mon right t ...

gilaa ke apa
iols tak hader duit manyak tuu

verangan jer laaaa mampu ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079310 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list