|
owh... klu gitu kena tgu monday la...
boringnyer..
mintak2 umah lain ada n3.. klu tak matu kutu la hari mgu nih... |
|
|
|
|
|
|
|
liya mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 441# Hasmuniah
has...........WR sunyi weekend.
jom pg rumah borak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 446# Hasmuniah
apa2 je lah
janji esok2 has dpt masuk rumah abe wahi |
|
|
|
|
|
|
|
liya esok tepek byk2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih Adakah Lagi Ruang Untukku?
Alia menjerit kegirangan saat terlihat Fareez membawakan gula-gula Ferro Roche pulang. Kecil lagi sudah pandai memilih coklat kegemarannya. Bukan semua coklat akan dimakannya. Puas atoknya memujuk sewaktu di Dubai. Setiap kali ke shopping mall, hanya Ferro Roche, Daim yang dicarinya. Setiap kali Fareez menelefon ayahnya di Dubai, setiap kali itulah yang diadu Alia.
‘Thankyou papa.’ Alia mencapai Ferro Roche dari tangan Fareez dan mencium pipi Fareez.
‘Alia, boleh tak coklat ni kita kongsi?, papa beli dua kan kat dalam plastik tu?’ Fareez memujuk Alia. Sengaja dibelikan Alia dua bekas Ferro Roche 23 pieces dalam satu tray. Dia ingin membawa Alia bertemu kekasih hatinya.
‘Ala.... ni kan coklat Alia... mana boleh bagi orang lain’ mulut yang kecil dan comel itu berkata-kata. Dengan rambut sedikit blond di tocang dua dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
‘Mmmm Alia nak tahu tak, kalau kita sayang kat seseorang tu, mesti kita bagi barang yang paling kita sayang, atau kita kongsi apa saja yang kita suka pada dia kan?’ Lembut suara Fareez, sambil melutut paras Alia.
‘Boleh Alia kongsi satu kotak dekat kawan papa? Demi papa? Boleh?’ kata Fareez sambil mengusap-usap belakang bahu Alia. Alia yang memakai gaun kuning berbunga kecil berlari masuk ke dalam rumah.
‘Atokkk... atokkk... papa kedekut.. dia bagi Alia tapi dia nak ambil balik...’ jerit Alia ke dalam rumah. Dia berlari menuju ke belakang rumah. Di belakang rumah kelihatan Dato’ Shukor sedang bersantai bersama Datin Masriah. Satu set kerusi kayu jati mengadap kolam buatan kecil sedang mengalirkan air, didalam kolam tersebut terdapat empat hingga lima ekor ikan kap jepun yang kelihata menari-nari mengejar diri masing-masing.
‘Ada apa lagi Alia...?’ Datin Masriah menegur Alia lalu memeluknya.
‘Ummi, saja je Izz nak tengok reaksi Alia.. Susah nampak nya kalau macam ni’
‘Tak perlu risau lah Izz, budak kecil, mula-mula je dia tak mau kongsi, nanti dah lama entah-entah tak boleh nak berengang langsung kot?’ Datin Masriah memujuk sambil menarik Alia masuk ke dalam bilik mainan yang bersebelahan dengan ruang makan.
‘Macam mana perkembangan Sally daddy? Sudah boleh bercakap kah dia?’ tanya Fareez pada Dato; Shukor. Sebagai seorang majikan, Dato’ Shukor merasa bertangggung jawab mengetahui perkembangan anak buahnya terutama sekali di bahagian pemasaran.
‘Daddy dah pergi ziarah dia petang semalam, dia pun dah beransur sembuh, Cuma dia tidak banyak bercakap. Doktor kata mungkin ada gegaran pada saraf otaknya walaupun tiada sebarang kecederaan pendarahan... waullahu’alam. Walaubagaimanapun, kita terpaksa carikan pengganti untuk kendalikan anak-anak buah dia yang di bahagian pemasaran. Mungkin dia akan ambil masa 2-3 bulan untuk sembuh seperti sediakala. Itu pun doktor kata dia perlukan pemeriksaan lanjut pada bahagian otaknya...’
‘Izz rasa bersalah pula, sebab Izz lah dia kena langgar...’ keluh Fareez sambil menggosokkan tangannya kepala, tanda kesal.
‘Tak perlulah kamu rasa bersalah Izz, semua kejadian ini adalah kehedak yang Maha Esa. Kalau Dia mengkehendakinya jadi, maka jadilah ia..’ pendek nasihat Dato’ tetapi memberi seribu makna buat Fareez.
Malam itu selesai makan malam, Fareez menemani Alia ke bilik tidurnya. Memang Fareez sengaja mengajar Alia tidur sendirian di bilik sendiri, walaupun Datin Masriah tidak bersetuju.
‘Masa Alia pergi ikut atok naik kapal terbang, Alia ingat papa tak?’ tanya Fareez sambil mengusap-usap rambut Alia. Sengaja mengajaknya berbual sambil menidurkannya. Terasa rindu yang membuak-buak tempohari terubat bilamana mendengar suara Alia yang keanak-anakkan. Comel.
‘Ingat... kenapa papa tak nak ikut kiter? tapi tak best sebab tak de coklat yang sedap macam papa beli tadi..’ Comel gelagat kanak-kanak yang tidak ada dosa.
‘Papa kena buat kerja kat sini, nanti bila-bila ada masa papa pergi dengan Alia sorang ajer ye? Pastu papa carikan coklat yang sedap macam yang papa beli tadi. Tapi kan, kalau coklat tu kongsi dengan orang yang kita sayang, lagi sedap tau?’ pandai Fareez memutar-belitkan ayat supaya Alia menerima ayat kongsi.
‘Oooo ok.. kenapa kalau kita kongsi dia jadi sedap papa?’ Alia yang hampir terlelap matanya masih mampu bertanya.
‘Sebab kita sayang dia, kongsi tu maknanya sayang... macam papa kongsi dengan Alia coklat tadi kan, coklat tu jadi sedap...’ sayup-sayup suara Fareez dipendengaran Alia. Seminit kemudian kedengaran dengkuran kecil Alia.
‘Mmmm dah tidur pun.. harap-harap gelombang tadi sampai ke Alia.’ Fareez mempraktikan nasihat yang didengar dalam radio IKIM.fm tentang nasihat ibu pada anak-anak yang hampir-hampir terlena oleh Dr Fadhilah Kamsah. Nasihat ketika otak sedang hendak berehat, gelombang tersebut akan sampai ke otak luar sedar dan akan membawa kepada sifat anak tersebut.
Fareez mencium lembut ke dahi Alia, lalu bangun untuk menutup lampu Barbie diatas meja sisi katil. Bilik yang terhias indah berwarna merah jambu muda, dengan feature wall merah jambu kuat, semua atas permintaan Datin Masriah saat Fareez membawa pulang Alia ketika masih berumur 3 bulan. Mulanya memang Fareez yang tidur dibilik tersebut, tetapi setelah usia Alia 4 tahun setengah dan sudah tidah menyusu botol, Fareez mengajar Alia tidur sendirian di bilik. Itu pun setelah puas bertelagah dengan Datin Masriah.
‘Sudah tidur, sekarang masa untuk memujuk bakal mama nya..’ bisik hati kecil Fareez sambil menuruni anak tangga menuju ke ruangan santai dihadapan kolam renang. Kolam renang yang sunyi, dan bising bila waktu hujung minggus sahaja, waktu sepupu-sepupu Alia datang menemani atok dan nenek mereka.
Baru sahaja Fareez mendail nombor Intan, bibik Nunung menghampirinya.
‘Encik, jemput minum kopi ya.’ Bibik menghulurkan secawan kopi panas ke atas meja bulat kecil yang terletak disebelah kolam. Fareez mengangguk-angguk.
‘Ada apa-apa lagi encik?’
‘Sudah, terimakasih’ Fareez mengangkat tangan tanda tidak mahu diganggu.
Nada dering kedengaran disebelah sana. Masih tiada jawapan. ‘Takkan lah sudah tidur, baru jam 10’ bisik hati Fareez. Dia mencuba kali kedua. Tidak berapa lama kemudian kedengaran suara Intan.
‘Hello, Assalamualaikum’
‘Walaikumussalam, ingatkan you dah tidur’ jawab Fareez.
‘Belum, saja tunggu kata awak nak telefon, tapi tadi masuk bilik air sekejap, siap-sedia nak tidur dah..’
‘Kenapa tengahari tadi you macam diam sangat je? Ada apa-apa masalah ke? Kongsilah dengan I..’ pujuk Fareez.
‘Mmmm susah lah saya nak cakap...’ Intan mengeluh.
‘Boleh ke you cakap melalui telefon? Atau you nak cakap kat mana-mana kedai kopi.? I tak kisah..’
‘Tapi dah lewat lah Fareez, I tak suka keluar lewat, nanti esok dah nak bangun pagi pergi kerja.. takut terlewat pulak bangun’
‘Tak lah, you kan dekat aje dengan ofis. 5 minit je dah sampai.. I esok sepatutnya kena pergi Shah Alam ada meeting tapi petang lah. Boleh adjust kalo terlewat pagi pun..’ Fareez masih lagi dengan nada memujuk.
‘Mmm ok lah’
‘Ok, you tunggu situ, lagi 20 minit I sampai’ Fareez bangun dari kerusi rehat dan bergegas menuju ke biliknya.
‘Eh nak kemana tu Izz, malam-malam macam ni?’ tegur Datin Masriah yang kebetulan baru sahaja hendak duduk di hadapan kolam bersama Dato’ Shukor.
‘Ada misi la ummi, daddy. Got to go now’ Fareez tersengih.
‘Jangan lama-lama sangat tau!..’ laung Datin Masriah dari luar.
‘yelah ummi’ Fareez mendaki dua anak tangga sekali gus. Masuk kebilik lalu bertukar kain pelikatnya ke jeans biru yang tergantung di belakang pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
morning sume..
liya... thanks ada pun n3 |
|
|
|
|
|
|
|
Hatiku hatimu adakah bertemu?
Tepat jam 10:30 iphoneku berbunyi. Fareez sudah tiba di lobi flatku. Aku bergegas mengunci pintu rumah dan menekan lif keluar. Sesampai di lobi ku lihat BMW nya sudah sedia terparkir di hadapan tangga. Aku menjenguk ke dalam kereta, memang sah Fareez di dalam. Mungkin sedang enak mendengar radio. Aku mengetuk cermin kereta.
‘Assalamualaikum’
Fareez memaling padaku sambil tersenyum. Dengan segera di menekat butang unlock. Aku membuka pintu dan memasuki kendeeraannya yang berbau AmiPur SeaBreeze. Kali ini memang sudah tidak lagi bau perfume yang seringkali dipakai di pejabat.
Fareez memandu menuju ke Seri Kembangan. Dia memarkir di hadapan restoran PapaRich yang terletak dihujung bangunan 4 tingkat. Sungguhpun malam semakin larut, tetapi pelanggan di cafe tersebut semakin ramai. Ada juga beberapa wanita arab menuju ke condo yang berhampiran, mungkin tinggal di situ.
‘Macam mana? Boleh cerita?..’ ujar Fareez selepas memesan kopi dan roti bakar untuk kami berdua.
‘Mm macam mana nak mula dari awal ye? Saya sebenarnya tak tahu nak luahkan pada siapa lagi masalah saya ni.....’ aku cuba mencari permulaan.
‘Tak apa, you boleh mula dari mana-mana pun.. I sedia mendengar’ Fareez tersenyum lagi.
‘Minggu lepas, semasa saya dikampung, ada rombongan merisik datang’ satu-satu keluar dari mulutku.
‘Habis, you terima ke?’ aku lihat wajah Fareez berubah. Air mukanya nampak kecewa, tetapi dia cuba mengawal nada suaranya.
‘Belum lagi. Semalam saya terima email dari orang yang tak dikenali. Dia kat bakal tunagan saya sudah mempunyai kekasih hati di sana. Dia dekat Australia, sambung belajar lagi’
‘Ohh.. macam tu. Jadi sekarang hati you di mana? Masih menaruh harapan dengan bakal tunangan you atau sudah kecewa?’ soal Fareez tidak lagi tersenyum. Mujur kopi panas dan roti bakar sampai, lalu dia mengalihkan pandangannya pada kopi panas tersebut.
‘Saya ingat nak putuskan, tapi mama minta saya siasat dulu siapa yang hantarkan email. Mana tahu, ada yang sengaja menangguk di air keruh’
‘Mmmm.. macam mana ye? Cuba you call tanya kebenaran yang sebenar?’
‘Memang lah, tapi saya tak ada keberanian lah nak call...’
‘Call la sekarang. Mana tau dia belum tidur lagi, sana dengan sini Cuma awal sejam saja.. ni baru jam 11. Kat sana mungkin baru jam 12, boleh lagi ni’
Aku terdiam berfikir-fikir. ‘Esok pagi-pagi saja lah, saya takut dia tidur, nanti entah apa yang dibualkan. Perkara ni serius.’
Fareez menghirup kopi yang hampir sejuk. Mataku makin segar setelah ikut sama meneguk kopi panas yang terhidang. Aromanya yang sungguh enak memang memukau pelanggan. Terasa lega sedikit kepalaku setelah meluahkan persoalan dalam benak fikiranku. Esok pagi-pagi aku nekad akan menghubungi Luqman untuk merungkaikan persoalan. Fareez menghantarku pulang setengah jam kemudian.
‘Oklah, I risau bawa anak dara orang pulang lewat malam, nanti apa jiran-jiran you kata pulak.’ Ujar Fareez semasa menurukan aku ke lobi. Dia turut menemani aku hingga ke pintu rumah. Aku diam tanpa membantah.
‘Sampai sini saja, esok saya akan telefon dan beritahu apa keputusannya’ aku membuka mangga pintu.
‘Terimakasih kerana sudi mendengar hal saya. Maaf sekali lagi kalau saya mengganggu masa awak bersama keluarga...Assalamualaikum’
‘Waalaikumussalam’ aku menutup daun pintu tanpa menunggu Fareez beredar. Aku perlu menguatkan hati. Teringat pesanan ustaz semasa belajar dahulu, jika berdua, sudah tentu ada yang ketiga, dan yang ketiga itu adalah syaitan. Jadi elakkan dari berdua. InsyaAllah aku akan selalu ingat pesanan ustaz tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
wah ada lagi..
thanks liya |
|
|
|
|
|
|
|
Hatiku hatimu adakah bertemu?
Tepat jam 10:30 iphoneku berbunyi. Fareez sudah tiba di lobi flat ...
liya71a Post at 12-7-2010 08:24
liya time kasih utk n3 tp tak kenyang lagi lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
sian FAREEZ...
mesti dia kecewa... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi sume... nak lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi dan assalamualaikum
Anda entry rupanya paginya |
|
|
|
|
|
|
|
pagi semua;;time kasih liya ada sarapann pagi2 nie, klu blh nak lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|