|
LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D
[Copy link]
|
|
tajuk benang ni macam orang tengah kepanasan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Kembali Kipas-susah-mati Liverpool :pompom:<<<< tk paham aku |
|
|
|
|
|
|
|
Hebak sungguh tajuk benang nie.....
Sokong...Sokong...Sokong...Sokong |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Kembali Kipas-susah-mati Liverpool :pompom:
mirage_46 Post at 26-10-2009 00:26
tajuk orang tengah kuciwa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
best2xxx...hidup torres........... |
|
|
|
|
|
|
|
445# cmf_conan
tu la sms2 yg aku terima mlm ni...
paling kurang pun bgtau xkan nk kalah smpai 5 kali...tu saje nk ingatkan LFC dh kalah 4 kali...aku dah tak peduli game lain season ni selain game yg satu ni je... |
|
|
|
|
|
|
|
ape kata tukar tajuk 2 KALI KALAH, 2 KALI VIDIC DPT KAD MERAH...mcm pantun 2 kerat je.... |
|
|
|
|
|
|
|
biar kan dulu tajuk benang nie mcm nie....
besok aku tukar laen.. |
|
|
|
|
|
|
|
biar kan dulu tajuk benang nie mcm nie....
besok aku tukar laen.. |
|
|
|
|
|
|
|
die kambek kambek..die tanak turun dah |
|
|
|
|
|
|
|
bagos the red...bahgia tgk red devil kena cmtu...hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Crisis? What crisis? |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah kuar dari sokong manyoor dah...
skrg aku sokong sampai lama2 sgt tim ni pasni...huhuhuh{:2_74:} |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan tipikal dr m.u fanz...`last season kami kalah 2 kali dgn liv tp jd jore gakkkk'...so pasneh bila lwn kt old trafford bg laa liv menang lg yea..wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Torres calar ego Man. United.
PEMAIN Liverpool, Glen Johnson (kanan) mengasak pemain Manchester United, Wayne Rooney pada aksi Liga Perdana England di Anfield, Liverpool, semalam. Liverpool menang 2-0. – REUTERS
--------------------------------------------------------------------------------
LONDON – Liverpool menceriakan kembali musimnya yang suram apabila membenam musuh tradisi dan penyandang juara, Manchester United 2-0 dalam aksi panas bola sepak Liga Perdana England (EPL) yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain semalam.
Bintang penyerang Liverpool, Fernando Torres membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-65, sebelum penggantinya, David Ngog menambah gol kedua ketika saingan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.
Selepas kalah dalam empat perlawanan berturut-turut, Liverpool berhak mengutip tiga mata penuh selepas mengawal permainan sejak awal saingan, malah beroleh banyak peluang.
Walaupun beraksi tanpa ketua pasukan dan perancang utama, Steven Gerrard, anak-anak buah Rafael Benitez menunjukkan keghairahan dan kesungguhan untuk mencari gol, sesuatu yang tidak kelihatan dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.
Percaturan Benitez menurunkan Torres yang belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan nyata berbaloi apabila penyerang Sepanyol itu menjadi inspirasi untuk mengelak pasukannya daripada mengalami kekalahan kelima.
Malah, Ngog yang dibawa masuk menggantikan Torres ketika saingan berbaki lima minit turut tidak menghampakan apabila mengesahkan kemenangan 2-0 pada saat genting.
Peluang terbaik United pula hadir pada minit ke-89 selepas sepakan Antonio Valencia terkena palang pintu gol, namun keseluruhannya, Liverpool mendominasi gerakan dan percubaan di Anfield.
Pasukan pelawat terpaksa menamatkan saingan dengan 10 pemain, seminit sebelum tamat permainan selepas tonggak pertahanannya, Nemanja Vidic dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua selepas menjatuhkan Dirk Kuyt.
Bagaimanapun Liverpool turut menerima nasib serupa pada masa kecederaan apabila pemain tengahnya pula, Javier Mascherano dibuang padang kerana mengkasari penjaga gol lawan, Edwin van de Sar.
Dengan kekalahan ini, Chelsea, yang membelasah Blackburn 5-0 kelmarin kekal menerajui liga dengan 24 mata, manakala United di tangga kedua dengan 22 mata.
Tottenham Hotspur dengan 19 mata di tangga ketiga, manakala Liverpool mengutip 18 mata.
Sementara itu dalam satu lagi saingan, pasukan tetangga Liverpool, Everton tumpas 3-2 kepada Bolton Wanderers.
Bolton membuka jaringan menerusi pemain antarabangsa Korea Selatan, Lee Chung-yong pada minit ke-16, sebelum penyerang Australia, Gary Cahill menambah gol kedua pada minit ke-27.
Everton mencemaskan tuan rumah dengan menyamakan kedudukan 2-2 menerusi jaringan Louis Saha di minit ke-32 dan Marouane Fellaini pada minit ke-55.
Bagaimanapun, ketika saingan berbaki empat minit untuk ditamatkan, Ivan Klasnic berjaya menyumbat gol kemenangan tuan rumah.
Satu gol daripada Torres semalam menyaksikan bintang The Reds itu mengungguli carta penjaring terbanyak EPL dengan sembilan gol di depan pemain Chelsea, Didier Drogba dan Darren Bent (Sunderland) dengan lapan gol. – Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
PENJAGA gol Liverpool, Pepe Reina melompat mendakap Ngog yang menjaringkan gol kedua Liverpool dalam saingan EPL bertemu United di Anfield, malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
YNWA....:pompom::pompom:
GO TOREH GO...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
|