CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 15-6-2008 06:42 AM | Show all posts
Mengenai tidur, bangun dan terus solat ni...
seeloknya kita ambil wuduk dahulu...
sebab itu hari pertama di sana, lepas solat fardu...
pusing satu masjid dan kenali masjid....
ambil tahu tempat berwuduk kat mana...
ada 2 tempat wuduk... dia luar masjid... dan di tingkat teratas(atap) masjid...
pergi cari sendiri di mana...
tak pun bawa spray kecil utk berwuduk....
jangan amalkan berwuduk di tempat air zam2...
ramai yg ambil wuduk di sana... tapi seeloknya jgn ikut mereka...
kita jaga tata tertib kita...
ada jugak makcik2 yg selamba aje ambil wuduk ditempat air zam2...
selak tudung, selak kain... nampak aurat semua...
itu dalam Masjidilharam tu...
mengenai aurat ni...
kalau dah biasa mandi bogel tu...
di tanah suci mekah & madinah...
belajar2 pakai kain basahan... jaga perbuatan kita... biar semuanya elok2 belaka...

[ Last edited by  ustaz at 15-6-2008 07:00 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 06:45 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 14-6-2008 10:17 PM
Saya tak tahu saya ni apalah..
Rasanya Allayarham Bapa saya Jawa (Atuk Jawa /Opah Cina).Allayarhamah Emak rasanya Banjar.
(Tak tahulah Atuk nenek  orang apa coz emak yatim piatu dibela oleh All ...


ooo.. tak sangka ya kak azie... kita ni serupa.... atuk jawa opah cina...
patutlah sy tengok muka kita akan2 je... species sama rupanya...
tapi genetic cina saya kuat... anak2 saya semua rupa cina... tak ikut langsung rupa arab ummi mereka...
jadinya kalau anak2 jalan dgn ummi mereka sahaja... kekadang org dok pandang2...
kekadang ada yg tegur... husband you cina ya? atau awak kawin dgn cina ke?...
kekadang tu anak2 bersendirian.. dia sama dia cakap melayu... org dok pandang je...
sekali bila ummi & saya datang... saya terdengar diorang cakap... ooooo... patutlah...

[ Last edited by  ustaz at 15-6-2008 06:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #441 ustaz's post

memang nampak ada yang ambil wudhu kat tempat minum air zamzam...kena tegur kat pekerja yang isikan air tu pun mereka buat tak kisah....sbb tu air melimpah banyak kat luar bekas air zamzam...kesian kat pekerja di situ....tak henti-henti kerja mopnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 10:05 AM | Show all posts
Salam semua

Bercerita pasal jemaah Indonesia ni, Akak pernah bertanya pada seorang jemaah Indonesia kata akak kita sama Mazhab tapi kenapa cara kita amat berlainan. Jawapan dari jemaah tersebut,  kalau kita hendak menegur mereka kita kena ada dalil dalilnya sebab rakyat Indonesia berlainan ustaz ustaznya. Akak rasa maksudnya lain lain daerah dan kepulauan itu sebab lain lain cara mereka. Sebab tu kita tengok mereka boleh berpegangan tangan bukan muhrim terus solat. Ada sekali tu akak malu sangat ada seorang Jemaah Indonesia lelaki dalam kelompok jemaah perempuan. Dihalau oleh Petugas Masjid katanya Haji haram haram....tapi dia degil tak mahu pergi juga melekat kat isteri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #444 aily's post

Jemaah Indonesia pelik. ..mutawif Indonesia pun pelik...macam saya cerita sebelum ni...masa ziarah di Mekah dan Madinah, kami tak dibenar beli apa-apa pun...ikut bontot kami memanjang..kalau ada yang beli, siap tegur dengan ganas lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 01:25 PM | Show all posts
pengalaman saya sewaktu mengerjakan umrah..

saya join AS-SOLIHIN utk mengerjakan umrah..AS-SOLIHIN ni sekolah agama and at the same time agent bawa jemaah malaysia ke tanah suci..masa tu saya masih kat UK, jadi segala urusan mencari agent dan lain2 parents saya yang buat, niat di hati nak tolong sekolah agama ni..sementelah lagi saya dengar AS-SOLIHIN ni tempat kanak2 genius ADI PUTRA belajar situ (ni kata ketua rombongan kami, dia claim dia mengajar ADI PUTRA).

mula2 kami dijanjikan berlepas pada 24/05/08 dgn PIA (pakistan airlines)..schedule kami bermalam di KARACHI and the next day KARACHI-JEDDAH...kami pun ok la, tak banyak karenah..duit dah langsai sebulan sebelum jadual penerbangan..masa kami hadir kursus umrah tiba2 diberitahu tak ada flight (bukan flight cancelled)..mereka minta kami pilih nak tarikh 26/05 atau 22/05..mengenangkan adik saya yang nak join sama tu tak dapat cuti panjang (adik bekerja di KOTA BHARU) kami minta tarikh 22/05..jadual kedua kami berlepas dgn BIMAN (bangladesh airlines) and bermlm di DHAKA, then the next day DHAKA-JEDDAH..tak pe la, kami ok lagi..

since flight kami KL-DHAKA berlepas pukul 5 pagi (22/05) jadi 21/05 tu kami dah bersiap2 dgn segala barang2 keperluan..ptg 21/05 ayah saya simply telefon AS-SOLIHIN to confirm the morning flight..alangkah terkejutnya kami bila tiba2 pekerja situ cakap flight tak ada..kena tunda lagi 26/05..ptg tu juga saya bersama2 4 lagi ahli keluarga saya yang nak ikut serta ke tanah suci ni pergi ke pejabat AS-SOLIHIN yang terletak di bangunan BRUNSFIELD, SHAH ALAM utk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku..

tiba di sana yang bertanggungjawab menjawab soalan hilang entah di mana, depa tinggalkan 3 org pekerja mereka yang tak tahu apa2..dah tentu la kami melenting..bila kami minta balik duit kami, boleh pula mereka kata kami pergi serang..kami cuma minta semula HAK kami..tapi depa ni cukup pandai menggunakan kata2..konon nya ni dugaan Allah..sikit2 nak salahkan Allah..perancangan Allah tak pernah salah, mereka yang buat kerja tak betul ni salah tapi tak mahu mengaku..saya pelik bila mereka kata visa lepas tapi tak ada tiket..habis nak buat visa tu tentu kena ada confirm flight ticket..takkan pihak saudi senang2 nak lepaskan visa..

pagi 22/05 tu kami dapat panggilan dari AS-SOLIHIN  mengatakan flight kami confirm ptg nya dgn BIMAN..pukul 2.30 ptg kami dah sampai kat KLIA..tunggu punya tunggu datang lah ketua rombongan kami, AISHAH dgn agent AS-SOLIHIN PN NORIZAH..usahkan nak bercakap dgn kami, senyum pun tidak, jeling kami lagi ada..dgn muka masam mencuka sambil menjeling2 dia buat dek je..

berbalik pada flight kami as expected, BIMAN memang penuh (depa pakai slot in system, ala2 wait list)..kesudahan nya kami 15 org termasuk lah AISHAH naik LUFTHANSA ke BANGKOK pada pukul 9 mlm..sampai di SUVARNABHUMI AIRPORT kami terkontang kanting sejam kat airport tak tau sapa nak ambil kami, nak tidur kat mana, hotel di mana, macam mana dgn our journey next day..at last my dad guna his hp to call here and there (pihak AS-SOLIHIN  tak bagi telefon pada AISHAH)..lepas cari sana sini ada la org thai bawa kami 16 org ni ke satu hotel tak jauh dari airport..

the next morning kami dijanjikan penerbangan BANGKOK-DHAKA-JEDDAH..tapi as usual, janji tinggal janji..16 of us were stranded in bangkok for 6 DAYS! dah la stranded, 2 hari kami duduk kat hotel yang tak ada makanan halal..lepas mengamuk, mengugut baru la mereka alihkan kami ke city where the is one hotel Islam dgn halal food and everything..

pada hari ke 5 my dad and other 2 men plus AISHAH pergi ke travel agent di bangkok and waited there until our flight confirmed pergi balik..kami berkeras selagi tak settle kami tak akan balik hotel, and if needed we will bring this issue to malaysian embassy in bangkok..on that evening my dad and others bawa balik confirm itinerary yang membawa jadual baru pada group kami, so we don't rely on stupid old schedule anymore..so the new route was BANGKOK-BAHRAIN (1 night in BAHRAIN), then BAHRAIN-JEDDAH..sama juga flight balik ikut route yang sama..so instead of going with the 'promising BIMAN' we went on with GULF AIR AND MAS..

to be continued...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2008 01:45 PM | Show all posts
sampai di JEDDAH dah ada mutawwif yang menanti..so far perjalanan kami dari JEDDAH-MADINAH ok and smooth..saya dok ingatkan saya dah tak de peluang nak sampai ke tanah suci..bagai bercinta kami 15 org nak beribadat di sana, tapi terhalang dek kerana agent kami sambil lewa buat kerja..walau bagaimana pun kami bersyukur Allah bagi kami kesempatan jadi tetamu DIA..syukur sangat!!

sampai di madinah dah pagi, hampir subuh..jadi bila sampai di hotel, kami terus punggah barang masuk bilik, the rest ke masjid NABAWI utk solat subuh..saya demam dlm perjalanan BAHRAIN-JEDDAH jadi saya missed waktu subuh di masjid NABAWI, cuma pagi tu lepas breakfast saya gagahkan juga diri ke RAUDHAH utk solat..sempat baca AL-QURAN sekejap tapi sebab masih demam badan pun tak sedap aje..jadi saya tak berlama2 dlm masjid NABAWI..

nak dijadikan cerita PN NORIZAH ni datang dan ada sekali dgn rombongan dia 57 org jemaah umrah..tapi macam biasa, dia buat dek kat kami 15 org ni..lagi diajarkan pulak pada AISHAH, ketua rombongan kami supaya jgn ajar kami apa2 tentang umrah..kalau terjumpa di cafeteria memang dia jeling sampai putih bijik mata dia kat kami..memang sombong dan angkuh betul perempuan tu..dah la org bayar khidmat dia, buat bodoh sombong dgn kami..tapi kami tak hairan sangat sebab niat kami nak tumpukan pada umrah..

semasa berada di MADINAH sempat lah kami beli sikit barang2 macam ubat2an dan keperluan lain..walaupun sibuk dgn construction tapi alhamdulillah, kami sihat dan mampu pergi balik ke masjid NABAWI utk solat..3 hari di MADINAH kami dgn bas berangkat menuju ke MEKAH..on the way kami bermiqat di BIR ALI dan terus dlm ihram..sampai di hotel kat MEKAH kami masukkan bag dlm bilik hotel and terus ikut mutawwif ke masjidil haram buat pertama kalinya..

pertama kali saya tengok KAABAH..menangis saya..sungguh saya menangis sebab terharu dan gembira bercampur betapa bersyukurnya saya dlm kepayahan kami Allah izinkan kami berada betul2 di depan KAABAH..terus saya tadah tangan berdoa..bila saya tengok kiri kanan saya rakan2 jemaah yang dlm group saya turut menangis..Allah saja yang tahu apa yang berlaku..

pertama kali mengerjakan umrah saya dan rakan2 jemaah lain ikut mutawwif..jadi segala doa2 semasa tawaf umrah, sa'ie, bertahallul mutawwif ajarkan..umrah pertama kami tengah mlm, jadi cuaca masa tu sejuk dan nyaman aje..sedang elok habis umrah, dah solat subuh..jadi hari kedua dah seterusnya sampai tawaf wida' kami lakukan sendiri aje tanpa mutawwif..kalau mutawwif ada pun sesekali aje utk kita bertanyakan apa2 yang perlu..nak bertanya pada ketua rombongan AISHAH dia sendiri pun hilang tanpa dikesan, mungkin dah dengar pesan PN NORIZAH jgn pedulikan kami..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 01:59 PM | Show all posts
cuaca kat MEKAH agak panas, suhu waktu siang aje mencecah 45 celcius, where else at night was about 38 celcius..disebabkan construction work, everyone has got to wear mask all the time, kadang2 sunglasses tu perlu sebab habuk boleh masuk mata, mengganggu penglihatan...oleh kerana hotel kami agak jauh (nearly 3km from hotel-masjidil haram) sometimes kami rehat di masjid aje..kalau nak makan kami singgah kat MAKKAH CENTRE near MAKKAH HILTON..

mak ayah saya pun dah agak berumur, jadi kesihatan diaorg pun tak berapa baik during our stay kat sana..saya dan keluarga sempat buat umrah 2 kali, the rest banyakkan tawaf sunat..walaupun begitu, alhamdulillah..dapat juga saya dan keluarga peluang bersolat dlm HIJIR ISMAIL..dekat dgn pancur emas, dapatlah merasa kami pegang KAABAH tu sendiri, berpeluang bersolat near MULTAZAM, dapat minum air zam zam sepuas2nya..

one of the days during our stay in MEKAH, hujan renyai2..masa tu time solat asar ke maghrib..saya pun ingat2 lupa..kami adik beradik berdiri tak jauh dari pancur emas, tengok air hujan mencurah2 turun dari pancur emas tu..saya dan adik2 ambil peluang berdoa..sejuk betul masa tu..masa tu semua org tak boleh masuk dlm hijir ismail..dah kena kepung dek pengawal2 bertugas..jadi berdoa dari luar aje pun ok..

saya suka betul solat dlm masjidil haram..duduk lama2 dlm tu pun tak pe..macam2 saya buat sampai tak sedar waktu berlalu..selain solat hajat, solat dhuha..saya perbanyakkan membaca AL-QURAN..dapat lah juga hilangkan kerinduan pada anak2 dan suami yang jauh di mata tika itu..saya bersyukur sebab mak ayah saya ikut jadi banyak saya belajar dari mereka..alhamdulillah, walaupun dlm kepayahan tu sampai balik kami semua sihat2 belaka..cuma letih perjalanan aje..tu biasa la kan..

[ Last edited by  nashra at 15-6-2008 06:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #446 nashra's post

Alhamdulillah syukur Nashra dapat juga buat umrah walau dalam kepayahan.

Memang betul, kalau ada masalah timbul sesetengah agent ni dorang pandai kata dugaan allah tapi sebenarnya dorang yang tak buat kerja dengan betul. Agent ni nak lepas tangan je. Masa akak buat umrah baru ni ada satu rombongan dari johor naik Air India dorang stranded kat airport sehari semalam. Sorang jemaah tu (dah berapa kali pergi Makkah) kata agent tak buat kerja lah tu sebab tu stranded patut agent dah tahu kalau lebih 4 jam transit kena disediakan hotel. Serik kata mereka naik Air India. Jemaah yang pertama kali pergi pula kata dugaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 02:33 PM | Show all posts
bab makan semua ok, alhamdulillah..apa ada kami makan aje..saya pun tak suka nak complain bab makan..apa aje rezeki yang terhidang saya jamah aje..tak banyak sikit pun ok..kalau terasa nak kan kelainan saya beli aje kat luar..makan kat bilik..

shopping pun ala kadar aje..saya belikan buah tangan sikit utk mertua di kampung tolong jagakan anak2 saya, utk suami dan anak2..utk lain2 saya sedekah buah kurma badam, kacang, kismis and air zamzam..utk diri sendiri saya cuma beli abuya sehelai..tumpuan saya lebih pada ibadat sebenarnya..sebab tu lah saya kurang shopping agaknya..nak beli barang pun last minute dari org lain..

kami buat tawaf wida' lepas subuh..pagi tu selepas tawaf wida' angin sepoi2 sekitar masjidil haram..best lah! sampai sekarang terasa kerinduan nak bertemu KAABAH dan nak mengabdikan diri lagi di sana..saya harap tiap2 tahun saya boleh pergi..Insya-Allah..hanya org yang dah sampai aje faham perasaan saya ni..

dari MEKAH ke JEDDAH airport kami singgah di masjid terapung..masa tu air surut jadi nampak lah tiang2 masjid..cuma tak sempat nak bersolat dlm nya sebab time belum solat masjid tersebut ditutup..bergambar kat luar aje pun ok..angin hari tu kuat, serta dgn ribut pasir...risau juga kalau2 terpaksa delay the flight..mujur lah perjalanan balik kami tiada bertangguh (itinerary dah dlm tangan kami, tak perlu risau nak bising2 kat agent)..air zam zam kami 15 org jemaah umrah ni pun semua dapat, elok dan tak ada yang pecah..alhamdulillah..syukur!

pesan saya, waktu badan kuat, masih muda ni pergi lah buat umrah/haji..nampak aje mudah tapi sebenarnya kita perlu betul2 fit dan kuat..jgn tunggu tua baru nak pasang niat..pasanglah niat waktu muda2 ni..Insya-Allah ada kesempatan kita sampai di sana..saya kesian tengok makcik2/pakcik2 tua dlm kerusi roda..muka pun penat aje..kesian sangat...apatah lagi kalau terkena hotel jauh2 macam kami ni lagi la..

saya suka sangat tengok muda mudi arab2 ni..rajin betul mereka datang solat, bawa anak2 kecil lagi..ada waktu terluang baca AL-QURAN..anak menangis merengek pun sabar aje mereka, tetap dgn AL-QURAN..org2 dlm masjid pun tak marah kalau anak2 kecil buat bising..yang saya biasa dengar, jemaah kita sendiri complain budak2 kecil melalak dlm masjid, Masya-Allah!

pekerja2 masjid pun rajin bekerja..cukup waktu mesti cuci sana sini..dlm pada sibuk dgn construction, dlm masjid tetap bersih..saya time nak bersantai baca Quran suka duduk tingkat atas, tempat air-con..tenang sikit nak concentrate..kiranya suasana di sana tu masih saya rindui dan memang tunggu peluang aje nak ke sana lagi..tapi maaf lah, saya dah tak percaya dgn agent ni..betul2 merana saya terkena dgn agent tak bertanggungjawab..

saya ada terdengar yang kita boleh masuk MEKAH sendiri dgn tourist visa..betul ke? kalau boleh saya memang nak buat macam tu..takut dah saya nak invest beribu2 tapi nanti kena aniaya..saya bayar utk mereka bawa saya dan keluarga ke tanah suci aje, kami nak buat kerja baik2 pun mereka buat sambil lewa..lagi nak jeling2 dan masam muka macam kami yang salah..punya la teruk, saya dan keluarga satu bag pun tak dapat, tag nama jauh sekali..memang org ingat kami ni datang sendiri aje..kalau tau la agent banyak hal macam ni lebih elok pergi sendiri2..tak de la nak mengharap pada org..kita bayar dah tentu dok harap org buat kerja, bila depa tak buat kita yang sakit hati..

elakkan lah dari masuk agent macam ni..saya cerita pengalaman saya bukan nak aibkan mana2 pihak, tapi saya nak semua org tahu dan jgn terkena macam kami 15 org ni..kalau terkena kat pakcik makcik dari pedalaman tak tahu apa2, lagi kesian..duit hasil titik peluh mereka kena main macam ni lagi sedih..org bukan nak pergi melancong, tapi nak buat amal ibadat..kita dari malaysia dah buat solat taubat, solat musafir..belum tiba lagi kat JEDDAH dah semua org sakit hati, geram, marah dgn apa yang berlaku..tak best lah macam tu kan..

bila dah balik baru lah saya dapat tahu org SHAH ALAM sendiri pun tak mahu pergi dgn AS-SOLIHIN ni..mereka kata banyak sungguh masalah..nasib saya la terkena dgn agent tak bertanggungjawab..esok lusa, saya ni perlu jumpa gak mereka kat office, mereka hutang saya dgn keluarga lagi rm1k..kalau mereka refuse to pay jawab lah dgn Allah..janji nak bayar duit tu sebelum kami berlepas ke BANGKOK lagi..

terifkir juga saya ni kadang, macam mana la mereka2 ni tidur mlm2 ye..org dok terkata2 mereka sedap2 aje..lepas tu hasil yang mereka dapat tu hasil dari org dok mengata2 dek tak puas hati..macam mana la mereka ye..nak kata mereka ni jahil, dah berpangkat hajjah pun kat pangkal nama, pakaian pula sungguh sopan, bertutup litup dgn purdah segala, ada yang hafizah lagi..memang sungguh tak sangka saya mereka boleh buat kerja macam ni..minta maaf pun tidak dgn kami..tak pe la..kat dunia ni buat lah apa2 nak buat..akhirat nanti nak lari ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 15-6-2008 06:22
Alhamdulillah syukur Nashra dapat juga buat umrah walau dalam kepayahan.

Memang betul, kalau ada masalah timbul sesetengah agent ni dorang pandai kata dugaan allah tapi sebenarnya dorang yang ...


dlm kepayahan Allah bagi kami jalan penyelesaian..

nasib baik lah ayah dan beberapa lagi pergi tunggu kat travel agent office di bangkok..kalau tidak kami tetap dijanjikan dgn janji2 palsu..kalau kami tak berkeras mengugut nak report pada kedutaan malaysia di bangkok memang rasanya kami ni pergi balik dok bangkok aje la..

ikut kata travel agent di bangkok tu agent yang bermasalah aje hantar jemaah malaysia ke bangkok..terbongkar rahsia bila agent tu cakap duit tak masuk..pasal tu kami berhari2 kat bangkok..agent kat bangkok ingat kami masih ada hutang..lucu pula sedangkan kami ni sebulan sebelum travel dah habis bayar..ada tu pulak siap kena tambah lagi..kami bayar ikut kadar yang ditetapkan lah..

bila kami kat bangkok nama AS-SOLIHIN ni dah tak ada..yang timbul nama DE MAWARDAH..rupa2nya AS-SOLIHIN tukang cari org nak ke MEKAH, DE MAWARDAH ni plak uruskan tiket..saya pun tak faham dlm sibuk dok berurusan dgn AS-SOLIHIN tiba2 keluar nama DE MAWARDAH..sebelum ni tak de pun wujud nama tu..

walaupun begitu, kami 15 org ni tak de masalah sepanjang di tanah suci..syukur sangat2..Allah ringankan dugaan buat kami di sana..sikit2 tu saya tak kisah..bab kena langkah kepala time solat, kena rempuh, kena tolak dgn org arab ni saya tak kisah..bagi saya biasa la mana2 pun gitu..nak2nya tempat tanah suci di mana org ramai..cuma bab agent ni la saya betul2 makan hati..ada jemaah dlm kump saya ni dia lagi la org susah, tiada pendapatan tetap..sedih aje dia..tapi dlm sedih dia gembirakan hati sendiri..tu lah, mak angkat kami akhirnya..kami 15 org yang sangkut ni rapat macam satu keluarga..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 02:45 PM | Show all posts

Reply #448 nashra's post

nashra...terima kasih bercerita pasal ni...at least jadi ingatan kepada sesiapa nak buat Umrah nanti..kalau nak pegi lain kali, dapatkan travel agent yang ada kredibiliti...kesian kat mak-bapak dan nashra yang melalui pengalaman macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 06:09 PM | Show all posts
mane posting saya?...hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 06:37 PM | Show all posts

Reply #424 ustaz's post

terima kasih di atas panduan dan tunjuk ajar yang diberi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 15-6-2008 06:45
nashra...terima kasih bercerita pasal ni...at least jadi ingatan kepada sesiapa nak buat Umrah nanti..kalau nak pegi lain kali, dapatkan travel agent yang ada kredibiliti...kesian kat mak-bapak d ...


saya cerita pengalaman saya sebab saya tak mahu apa yang jadi kat saya nanti jadi pada bakal jemaah lain..ntah apa2 lagi di tipu org lain demi nak kaut untung..

cuma saya sedih tengok bangsa kita sendiri, Islam pula tu, bertudung litup siap ber purdah, ada background hafizah lagi, claim ajar ADI PUTRA budak genius tu..buat kat org lain macam ni..org bukan nak pergi melancong, tapi nak pergi tempat baik2..berani sungguh mereka tu..

bayaran pun bukan murah, dan lagi, setiap jemaah bayaran semua lain2..padahal destinasi transit sama..

mak saya pula ada penyakit lelah, dia tak boleh nak dengar berita tak elok ni terus menjadi2 semputnya..mujur lah mak bawa bekalan ubat tu lebih..

semasa kami di bangkok ada jemaah yang dah berumur demam2 sampai dehydrated..disebabkan kekurangan bekalan ubat terpaksa lah berhabis ke klinik..tau2 aje la klinik negara luar ni mahal sangat..tambah2 bangkok bukan destinasi kami..memang kami tak bersedia nak 'lepak' lama2 kat bangkok tu..

apa2 pun, saya cuma serik dgn agent aje, tapi saya tak serik nak ke tanah suci..malah saya sentiasa berdoa agar saya dapat pergi lagi..

pesan saya, berhati2 lah dgn travel agent ni..kalau boleh, pergi lah dgn MAS..mahal tapi tak apa, hati puas tak sakit jiwa dok layan karenah agent yang ntah apa2..dah la buat jemaah sampai gini, dah tu sombong tak pula nak minta maaf atas apa yang berlaku..seolah2 macam kami pula yang tak bayar duit..bila kami tengok jemaah lain bersama agent mereka yang bekerjasama, sama2 dlm satu team saya sedih sangat..macam lah kami ni tak bayar..bukan kami minta ditatang pun, cukup lah sediakan keperluan seperti yang dijanjikan..

kalau ada sesiapa kat sini yang pernah travel masuk MEKAH guna tourist visa boleh tak cerita macam mana procedure? saya kalau boleh lepas ni nak pergi sendiri aje..paling2 saya bawa sekali mak ayah saya..mereka pun dah tahu sedikit sebanyak kat MEKAH tu macam mana..lagi pun sepanjang saya buat umrah bebaru ni mak ayah saya yang bagi tunjuk ajar, bukan ketua rombongan kami mahu pun agent tak bertanggungjawab tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #455 nashra's post

cadangan nashra bagus sekali tapi tak pasti boleh buat ke tak.
Pengalaman saya menggunakan travel agent yang ok membuatkan saya tak pening kepala...tumpu kepada ibadat shj...benda-benda lain semua agent uruskan
Sebenarnya banyak travel agent berkredibiliti di negara kita....baca thread dalam forum ini dan nashra akan dapat maklumat yang saya dimaksudkan.
Tapi secara jujurnya kita semua takut kalau dapat travel agent yang bermasalah...maklum-lah bukan selalu kita dapat pegi ke sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by IDB at 16-6-2008 00:36
cadangan nashra bagus sekali tapi tak pasti boleh buat ke tak.
Pengalaman saya menggunakan travel agent yang ok membuatkan saya tak pening kepala...tumpu kepada ibadat shj...benda-benda lain sem ...


saya ada bertanya dgn wakil di MEKAH..

katanya tiada masalah..

contoh kalau kita guna tourist visa, jgn pakai ihram during on plane, kiranya jgn pasang niat..

sebab bila di JEDDAH airport, akan jadi masalah..

saya cuma bertanya disini kalau2 ada yang pernah guna tourist visa..ada juga yang pernah masuk guna business visa..pergi sana kerja and at the same time do umrah..

tapi tu la, mungkin susah sikit sebab semua benda kita buat sendiri kan..duit pun kena ada extra..

tapi pengalaman pertama saya cukup2 saya serik dgn agent ni..

seminggu pun tak hilang lagi letih perjalanan bertukar2 naik plane..

next plan Insya-Allah saya cadang nak bawa anak2, jadi saya kena plan betul2..

dah terkena macam ni susah saya nak percaya kat mana2 travel agent lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 11:03 AM | Show all posts
Pertama kali saya ke tanah suci adalah dengan De Mawardah...
Alhamdulillah, kami tiada masalah langsung...
semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Sekiranya anda ingin menunaikan ibadah umrah, seeloknya ikut travel agent yang sudah established...
atau pergi atas rekomen org lain... rekomen dari saudara mara, jiran2 atau sahabat2 terdekat....
jangan pergi kerana ianya pakej murah...
utk beribadah, jangan kisahkan sangat jika kena belanja lebih...
kerana perbelanjaan utk beribadah ni adalah seperti kita berbelanja utk peperangan atau fisabilillah...
besar  ganjarannya...
oleh yang demikian, janganlah berkira sangat...
kalau kita sanggup berbelanja besar utk melancong ke luar negara...
kenapa pula kita harus berkira utk beribadah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 11:13 AM | Show all posts
Assalammualaikum...ustaz

Nak lepak umah ustaz la kejap..umah sebelah cam tak der org jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 11:33 AM | Show all posts
ya boleh... silakan...
nak minum apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.080602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list