|
J-Dorama Autumn 2009 Preview (Oct-Dec) - starts at page 98 (prev: Summer 2009)
[Copy link]
|
|
Reply #436 katt's post
hehe terima kasih..oh..first ep not that good eh? rasanya dier patutnya tayah buat first ep panjang2..barula org rasa terign sket nak tgk ape yg bakal terjadi :bgrin:
nway..rasanya korean media buat silap lagi lah..kebanyakan website yg tunjuk rating yg saya pergi semua kata 20% aje :hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #437 whitedove's post
akakaka..janganla emphasize kat perkataan abe tu kak..malu saya :malu:  
terima kasih..tapi ntah kenapa i have a bad hunch on rondo ni.too much hype tak bagus jugak sebenarnye :hmm::hmm: harap2 janganla flop n jalan cerita dier seinteresting macam yang kite tgk dalam preview neh :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #440 taiyo_sensei's post
mrs sakurai..terasa saya tau..saya ni ex-jun bait tau ekekeke.tapi sekarang dah bebas sepenuhnya dari pengaruh Jun :lol cuma minat tgk dier berlakon aja sekarang  |
|
|
|
|
|
|
|
cite gokusen nie dah ade jual tak?tertingal keretapi betullah. |
|
|
|
|
|
|
|
ayie,ada dah jual :bgrin: Gokusen 1 brand COCO.gokusen 2 tak sure plak ngehehe tapi 2-2 pun ada BM sub punye..kalau buleh download saya cadangkan download kat D-Addicts aje..versi fansub biasanya lebih masyuk :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
heheheehe
memula tgk junjun jerrr dlm konsert suppin arashi
terus tak minat!:kant:
dah tertarik kat sho dulu kot:cak:
nape ngan citer tokyo tower tu???
teruk ke
ingatkan citer2 jun yang paling tak best kimi wa petto
*tapi yang tak bestnyer citer2 jun ni mesti best2 cam gokusen, hyd, kindaichi....nyampah tol* |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
uso! ko pun tak suke kimi wa pet? ada gak geng hehehhe..saya siap jual cite tu sebab tak suke kekeke
kalau ko tak suke kimi wa pet lagi ler ko takkan suke tokyo tower..TT ni banyak beno adegan xxx :kant: saya tak faham apa yg pengarah dier nak sampaikan..cinta tak mengenal usia or tarikan seksual tak mengenal usia? :kant: saya tengok skali je cite tu pastu tak pernah tengok2 dah :kant:
ituler..junjun nih ada cite yg besh giler n ada cite yg tak besh giler hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Title: [color=blue][b]One Litre of Tears (Ichi Ritoru no Namida)[/b][/color]
Title: One Litre of Tears (Ichi Ritoru no Namida)
Japan's broadcast: October-December 2005 (Autumn)
No. of episodes: 11
Theme song: "Only Human" by K
Insert songs: "Konayuki" by Remioromen, "3 Gatsu 9 Ka" by Remioromen
Cast:
Erika Sawajiri as AYA IKEUCHI
Hiroko Yakushimaru as SHIOKA IKEUCHI
Ryo Nishikido (NEWS, Kanjani8) as HARUTO ASO
Riko Narumi as AKO IKEUCHI
Naohito Fujiki as DR. MIZUNO
Takanori Jinnai as MIZUO IKEUCHI
Synopsis:
Berdasarkan best-selling book daripada diari Aya Kitou yg meninggal dunia pada usia 25 tahun selepas 'berperang' dengan penyakit Spinocerebellar Degeneration selama 10 tahun, di mana sel2 saraf yg berfungsi ke atas pergerakan dan keseimbangan badan akan mengecut dan akhirnya hilang...
Aya Ikeuchi adalah seorang gadis berusia 15 tahun yg ceria dan pintar dan merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga Jepun yg tipikal. Ibunya Shioka adalah seorang pegawai kesihatan yg bertanggungjawab, dan ayahnya Mizuo adalah seorang yg periang dan memiliki sebuah kedai tofu. Ako pula adalah adik perempuan Aya berusia 13 tahun yg degil dan a total opposite of Aya, manakala Hiroki berusia 12 tahun dan aktif bersukan. Adik bongsu Aya pulak seorang yg comel bernama Rika dan berusia 5 tahun.
Pada hari Aya nak ambil exam kemasukan ke Sekolah Tinggi Higashikou yg terkenal dengan budak2 pandai, dia tertidur dalam bas dan terlepas perhentian yg sepatutnya dia turun. Aya berlari ke sekolah dan terjatuh. Pada masa nilah Aya bertemu dengan Haruto Aso yg juga sepatutnya ambil exam tu tapi bercadang nak skip exam. Aso bawak Aya naik basikal dia ke sekolah dalam hujan dan akhirnya, kedua2 Aya dan Aso ambil exam tu dan lulus sebagai pelajar baru nombor satu bagi perempuan dan lelaki. Walaupun Aso seorang yg bijak, tapi dalam mata Aya, Aso seorang yg pelik, suka mengasingkan diri dan tak pedulikan apa2 dalam dunia ni. Tapi secara perlahan2, Aya dan Aso mula jadi kawan...
Mak Aya jadi risau tengok keadaan tubuh badan Aya yg tak menentu bila anak dia tu asyik terjatuh dan berdarah dengan banyak, jadi dia bawak Aya buat check up dengan Dr. Mizuno, dan akhirnya Aya didapati menghidap penyakit Spinocerebellar Degeneration, di mana fungsi tubuh badan terutamanya kaki, tangan dan kerongkong akan merosot sedikit demi sedikit...
SPOILERS ALERT!!! (highlight kalau nak baca)
paling tak tahan tengok keadaan Aya yg makin teruk hari demi hari, bermula dari saat dia dah tak mampu berjalan dengan baik dan akhirnya terpaksa berkerusi roda, dan suaranya yg mula tak keluar, dan kemudian tangannya yg dah tak mampu nak pegang barang dan menulis, dan akhirnya dia cuma boleh terbaring atas katil...yg paling kesian, bahagian otak yg mengawal kecerdikannya masih berfungsi dan Aya masih boleh berfikir macam orang biasa, tapi dia sendiri menyedari yg dia dah tak boleh bergerak macam orang biasa...kesian tengok Aya terpaksa melepaskan kebanyakan benda yg penting baginya, bermula dengan bola keranjang yg paling disukainya, dan kemudian kawan2 yg tersayang, dan akhirnya kekasih hati yg setia menemani...
bila terkenangkan yg Aya sebenar tak pernah mempunyai seorang 'Aso' dalam hidupnya, rasa makin sayu bila tengok gambar2 Aya sebenar di akhir setiap episod...memang citer ni boleh buat orang menangis di setiap episod especially bila tengok gambar2 tu dan hayati setiap patah perkataan yg dipetik dari diari Aya, tapi banyak jugak scenes dalam citer ni yg meruntun perasaan...kalau nak list satu2 memang banyak, tapi antara yg paling memorable adalah:
1. masa pertandingan bola keranjang dan persembahan koir, bila difikirkan itulah kali terakhir Aya boleh buat semua tu...
2. bila Kawamoto tak datang date diorang kat zoo dan hari pulak dah hujan, dan kemudian Aso datang payungkan Aya...Aya tulis dalam diari dia, 'aku cuma nak bercinta'....
3. masa Ako marahkan Hiroki yg rasa malu sebab ada kakak yg sakit macam Aya...Ako is my heroine masa ni!
4. bila rakan2 sekelas Aya dah terasa tekanan menjaga Aya yg berkerusi roda dan meluahkan perasaan masing2 dalam kelas, tapi diorang tak sedar Aya tengah dengar semua tu kat luar...
5. bila Aso berlari keluar kelas nak kejar Aya dan kawan2nya turut sama lari keluar, diorang nyanyi lagu koir diorang untuk Aya...akhirnya Aya tinggalkan sekolah tu pada usia 16 tahun...
6. bila Aya dah masuk wad pada usia 18 tahun, Aya terjatuh dari katil masa nak pergi toilet dan kebetulan masa tu Aso masuk dalam bilik wad...Aya dah tak sempat buang air kecil dan mula menangis, dia cakap kat Aso 'jangan datang! jangan datang!'...air muka masing2 masa tu memang sedih sangat...this is one of the most heartbreaking scene!
7. lepas Aya beritahu mak ayah dia yg dia dah bagi 'farewell love letter' pada Aso...mak Aya tanya kenapa Aya nak lepaskan benda yg paling penting, dan Aya tanya balik mak dia boleh ke dia kawin tapi mak dia tak dapat cakap apa2...Aya dah menangis gila2 masa tu dan mak ayah dia pun menangis sama...paling sedih tengok ayah Aya masa ni, dia betul2 rasa akan kehilangan anak dia...
8. bila Aso bacakan diari Aya kuat2 dan sambil baca sambil menangis...best betul lakonan Ryo masa ni!
itulah antaranya, tapi sebenarnya banyak lagi scenes yg menyentap hati, sedih dan best...dalam drama ni, Aya Ikeuchi meninggal pada usia 20 tahun walaupun Aya yg sebenar meninggal pada usia 25 tahun...
suka tersangat2 citer ni! ;) pada pendapat aku, inilah the best autumn drama of 2005...apa taknya, citer ni memang banyak kelebihan antaranya skrip yg kuat, acting keseluruhan yg berkesan, scenery yg cantik, dan OST yg best...ketiga2 lagu utama dalam citer ni sangat efektif dalam scene masing2, sampai bila dengar je lagu2 tu dah boleh mengalir air mata...pada akhir setiap episod pulak ditunjukkan gambar2 Aya yg sebenar dari dia kecik hinggalah masa dia menentang penyakit di samping quotes dari diari Aya, terasa sangat 'real'nya citer ni...
ramai yg compare citer ni dengan Sekai no Chuushin de Ai wo Sakebu, a tragic love story production tahun 2004...kedua2nya pulak kebetulan berdasarkan best-selling books dan memaparkan heroine yg mati dalam usia yg muda...but that's where the similarities ended...One Litre of Tears adalah sebuah kisah benar, dan bukan juga sebuah kisah cinta yg ketara...because unlike Saku & Aki in Sekai no Chuushin who are deeply in love from the start, Aya & Aso are 'more than friends, but not yet lovers', yg bermula dari persahabatan sehingga membuahkan kasih sayang...as sad as it is, Aso IS a fictional character, tapi kehadiran dia dalam drama ni betul2 meninggalkan kesan...
scriptwriter(s) drama ni memang boleh dipuji sebab berjaya mengadaptasi sebuah best-selling book menjadi sebuah cerita yg begitu baik...lakonan keseluruhan dalam citer ni pun memang best especially Erika Sawajiri (who plays Aya) yg wajahnya agak mirip dengan Kyoko Fukada, tapi sebagai pendatang baru, lakonannya jauh lebih baik dari FukaKyo...selayaknya Erika menang Best Actress Autumn Awards kali ni...lakonan Hiroko Yakushimaru dan Takanori Jinnai juga sangat berkesan sebagai mak ayah Aya yg tersangat sayangkan Aya especially Hiroko...yg berlakon jadi adik2 Aya pun boleh tahan, especially Riko Narumi (who plays Ako), one of the true heroines in the drama...dan semestinya tak lupa lakonan Ryo Nishikido (who plays brooding bad boy Aso), yg senang sangat mengalirkan air mata, samalah macam Erika...inilah first time tengok Ryo berlakon, belum dapat tengok Ganbatte Ikimasshoi...tak sia2 ramai puji dia lepas Ganbatte Ikimasshoi hari tu, memang impressed dengan lakonan dia...rasanya Ryo bakal jadi saingan terdekat Jun Matsumoto untuk award Best Supporting Actor...
kesimpulannya, memang kite recommend citer ni 100%...ambillah pengajaran dari ketabahan Aya yg begitu muda tapi dah terpaksa hadapi penyakit yg menyeksakan macam tu, dan akhirnya menjadi sumber inspirasi ramai orang di sekelilingnya...bak kata emiko, kalau tengok drama ni memang rasa seolah2 kita pun ada sama kat situ...so apa lagi, grab it now dan selamat menonton! 
Note: boxset One Litre of Tears is already available at S&M in 2 versions, box panjang dan box pendek...
saat2 bahagia (and a bit bittersweet)...

"Dunia kita berdua dah jauh berbeza..."

"Awak dah banyak berusaha..."
 |
|
|
|
|
|
|
|
ooo ingat kan nak marah aku tadi.....
gerun gak pasal aku mmg tau white-sama minat jun.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm bape harga citer nih....
tgh menghitung duit nih
*cam mengitung hari lak*
bleh dikatakan autumn drama hari tuh banyak yang best2 kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
aler..kalau kat s&m tu paling2 mahal pun dalam rm20+ sumthing kan..
ituler..kopak duit (beli cd kekeke) haku sebab aki dora ni   |
|
|
|
|
|
|
|
dgn ini aku umumkan
dgn "sukacitanyer" aku telah pokai setelah pergi memborong nobuta wo produce ngan 1 litre of tears
hohohohohohohohhoho*gelak tak ikhlas* |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 22-1-2006 04:04 PM
dgn ini aku umumkan
dgn "sukacitanyer" aku telah pokai setelah pergi memborong nobuta wo produce ngan 1 litre of tears
hohohohohohohohhoho*gelak tak ikhlas*
wahh dh beli dh?
ok.. turn aku plak lepas ni...
huehuehuehue.. :cak::cak::cak:
slmt memokaikan duit masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 22-1-2006 04:04 PM
dgn ini aku umumkan
dgn "sukacitanyer" aku telah pokai setelah pergi memborong nobuta wo produce ngan 1 litre of tears
hohohohohohohohhoho*gelak tak ikhlas*
dah *pokai*? hehe, takpe,pokai pun berbaloi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 22-1-2006 04:04 PM
dgn ini aku umumkan
dgn "sukacitanyer" aku telah pokai setelah pergi memborong nobuta wo produce ngan 1 litre of tears
hohohohohohohohhoho*gelak tak ikhlas*
taiyo,berapa harga setiap satu?.he..he...kopaklah duit sy hujung bulan nie. |
|
|
|
|
|
|
|
to ayie77:dia:
satu RM 19.90
kira oklah....
tak sampai puluh2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|