CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 9-4-2007 01:36 AM | Show all posts

Reply #440 eddysheddy's post

maybe tu private event kott, sbb tu x ramai yg tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2007 02:02 AM | Show all posts
Originally posted by calmille at 9-4-2007 01:36 AM
maybe tu private event kott, sbb tu x ramai yg tau

mungkin jugak kann?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:07 AM | Show all posts
sapa2 yang dapat sila la upload. nak tgk gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 06:39 PM | Show all posts
Kata Teman: Cerita Siti, Datuk K bagaikan tiada henti

KALAU sudah berkahwin, cerita seterusnya yangorang hendak tahu adalah soal beranak. Jadi teman terima saja kalau adapembaca yang sudah mula bertanyakan kesahihan cerita sama ada DatukSiti Nurhaliza sudah hamil. Entah daripada mana mereka dengar ceritaini pun teman tak tahulah. Kadang kala teman naik hairan juga keranaada ketikanya cerita yang berkisar dalam dunia hiburan ini orang luarlebih cepat tahu berbanding wartawan sendiri.

Acap kali juga cerita yang mereka khabarkankepada teman ini bukan tak ada benarnya cuma barangkali kurang tepatsaja. Selalunya juga mereka memanggil teman atau anak buah temanmenyampaikan gosip yang mereka dengar. Tujuan mereka kongsi cerita punbukannya apa, cuma mahu tahu sama ada benar atau tidak cerita yangmereka dengar itu.

Kalau artis lain barangkali mereka pun takambil pusing tetapi cerita ini membabitkan seorang penyanyi highprofile. Bagaimana orang hendak tahu mengenai kisah cintanya dulu,kemudian diburu bagai nak rak untuk cerita perkahwinannya, begitulahjuga orang hendak tahu mengenai soal mengandung atau tidaknya dia. Adayang cebik bibir tetapi tetap pasang telinga. Ada juga yang mahubersorak gembira meraikan berita seperti ini. Itu perkara biasalahkerana masing-masing punya hak dan cita rasa.

Teman tanya jugaapa yang membuatkan mereka sangka Siti sudah berbadan dua. Kata mereka,penyanyi lagu Pastikan yang semakin meletup itu sudah mula menolaktawaran untuk membuat persembahan kerana kononnya sudah mula loya-loya.揕agipun Kak Cham takkan tak perasan, tubuh Siti pun sudah semakinmongel. Bulatnya juga semacam aje,
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:36 PM | Show all posts
Fazli takut...Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Tak sangka dapat dua

揝IAPALAH saya untuk berkongsi pentas bersama Siti,
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:39 PM | Show all posts
Impian Tracy jadi kenyataan
Oleh Norhadiani Baharom

NAMA Siti Nurhaliza Taruddin sudah lama bertakhta di hatinya.Namun sebagai peminat setia, Tracy Ong hanya sempat melihatperkembangan penyanyi pujaannya itu dari jauh.

Sesekali, pernah juga terfikir mahukan artis kesayangan ramai itumenggayakan koleksi barangan kemas yang diusahakan syarikatnya,Elegance Club. Bagaimanapun Tracy tidak mempunyai saluran tepat untukbertemu Siti.

Mungkin rezeki agaknya, di suatu majlis dia berjumpa dengan ZaitonMohamad Jiwa yang ketika itu belum sah menjadi kakak ipar Siti (kinibergelar Datin).

Dia kira perbualan mereka terhenti setakat itu saja namun tidakmenyangka beberapa minggu kemudian Siti dan bakal suaminya waktu itu,Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) berkunjung ke Elegance Club di pusatbeli-belah Bangsar.

Baginya, kalau tidak terpikat pada barangan kemasnya sekalipun,kehadiran Siti sudah cukup memadai kerana sekian lama berhajat untukmelihat Siti secara dekat.

揝aya anggap kehadiran mereka sebagai satu kejutan istimewa dan iamenjadi pengalaman paling manis sepanjang hidup,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2007 10:46 PM | Show all posts
Siti sudah berbadan dua?Oleh Farihad Shalla Mahmud

APABILA bercerita mengenai penyanyi kesayangan ramai, DatukSiti Nurhaliza Taruddin, perkara paling penting yang orang ingin tahuadalah benarkah isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid MohamadJiwa ini sudah berbadan dua.

Walaupun sudah beberapa kali Siti meyakinkan pihak media bahawadia masih belum menampakkan tanda bakal bergelar ibu, ada sumber-sumberdalam industri hiburan yang menyatakan harapan Siti dan suami untukmenimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan penghujung tahun ini.

Bukan sengaja mengada-adakan cerita tetapi kata satu sumber yangrapat dengan Hip menyatakan, Siti dikatakan sudah mula menolak untukmengadakan persembahan untuk beberapa bulan akan datang iaitu mulaipertengahan bulan ini, semata-mata mahu menjaga kandungannya yangsemakin membesar ketika itu.

Malah, ada juga sumber lain memberitahu Siti pernah dilihatmenjalani pemeriksaan awal khusus untuk wanita mengandung di sebuahpusat perubatan swasta terkemuka di Kuala Lumpur sambil ditemani suamiserta ibu tercinta, Siti Salmah Bachik.

Difahamkan, peristiwa mengunjungi perubatan swasta itu berlakubaru-baru ini iaitu sebelum Konsert 3 Diva berlangsung di ibu negara.Tidak cukup cerita itu, perubahan bentuk fizikal Siti yang begituketara sejak kebelakangan ini setiap kali muncul dalam mana-mana acaraseolah-olah membenarkan dakwaan penyanyi yang cukup popular dengan laguBiarlah Rahsia itu bakal bergelar ibu.

Persoalannya, benarkah semua dakwaan ini? Atau, ia sekadarspekulasi semata-mata. Jika benar kandungan Siti masih di peringkatawal, tentunya penyanyi popular itu mengambil langkah berjaga-jagadengan mengehadkan aktiviti nyanyian demi menjaga kandungan.

    Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sepanjang bulan ini saja, Siti terbabit dengan pelbagaipertunjukan termasuk persembahan sempena Minggu Setiausaha sertaKonsert Istana Cinta Datuk Siti Nurhaliza, iaitu persembahan nostalgiaP Ramlee dan Saloma di Istana Budaya.

Ketika diminta mengulas perkara ini, Khalid atau lebih mesradisapa Datuk K menafikan isteri kesayangannya itu sedang mengandung.

揃elum... belum lagi, Siti masih belum mengandung. Dia cuma taksihat badan saja hari tu. Batuk dan demam sikit, tapi sekarang sudahpulih. Buat apa saya nak rahsiakannya? Saya bukannya bermusuh denganpihak media. Jika betul Siti mengandung, saya akan maklumkan pada andasemua. Tunggulah,
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 01:22 AM | Show all posts

Siti Nurhaliza stopped in the tracks

April 9, 2007 at 12:41 pm

                                                                        By : Hamidah Atan

SEPANG: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin was mobbed by her fans at theF1 race yesterday. Her husband Datuk Khalid Muhamad Jiwa, popularlyknown as Datuk K, sportingly stood aside so fans could snap photographswith the country抯 top songstress.
The celebrity couple had to stop nearly a dozen times to greet thefans, including Sepang International Circuit (SIC) staff, as theywalked along the pit lane to the VIP stand.


The scorching heat, with track temperature at 57 degrees Celsius,did not dampen the enthusiasm of motor-racing buffs, mostly foreigners,who came in the thousands for the ninth Malaysian Grand Prix.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin was present whilePrime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi led the drivers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2007 02:00 AM | Show all posts

takder pic ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 11:46 PM | Show all posts
Aspirasi: `Inilah diva sebenar Malaysia yang saya maksudkan'Oleh Ramli MS

Dua diva itu ialah Datuk Sharifah Aini dan Datuk SitiNurhaliza. Memiliki ciri-ciri dan keunggulan tersendiri mereka benar-benar diva bukan berperangai diva

"ASSALAMUALAIKUM.Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, saya menerima banyak kirimane-mel yang menggesa saya melabel siapa gerangan diva di Malaysia pada kaca mata saya selepas saya pernah menulis artikel mengenai perangai diva artis.

Maksudsaya diva di Malaysia yang benar-benar diva - bukan berperangai macam diva! Saya memilih mereka berdua kerana saya pernah bekerja dengan mereka. Hampir keseluruhan zaman, saya pernah bekerja dengan kebanyakan artis yang masih bertahan sehingga hari ini.

Secara peribadi, penyanyi yang menjadi pilihan saya sebagai divaialah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Kedua-duanya adalah diva pilihan saya di Malaysia. Kenapa?

Baiklah biar saya bercakap mengenai Datuk Sharifah Aini dulu. Padaera 1970-an dulu, ketika itu lagu Terbang Helang nyanyian Datuk Sharifah Aini, saya menjadi pemuzik undangan dalam rakaman album DatukSharifah. Dari zaman itu, Datuk Sharifah sudah popular dengan lagu lagunya yang terlalu banyak untuk saya sebutkan di sini.

Datuk Sharifah sudah memiliki lebih 90 album sehingga ke hari ini.Bagi saya, pencapaian beliau sungguh menakjubkan! Beliau masih kekal sehingga ke hari ini, masih lagi menyanyi. Dengarkan saja sebutannya terutama huruf Q. Tidak saya pernah temui lagi sebutan sebaik itu daripada penyanyi lain.

Kemerduan suara Datuk Sharifah tiada tandingan, ditambah dengan lagu hit yang begitu banyak. Dia juga boleh berlakon dan menyanyi. Satu yang istimewa yang ada pada Datuk Sharifah, anda tidak akan nampak beliau di merata tempat awam, melainkan di tempat eksklusif dan tertutup.

Beliau amat memelihara reputasinya sebagai seorang penyanyi yangs usah kita hendak jumpa di tempat awam. Datuk Sharifah juga tidak akan menerima undangan nyanyian di pentas terbuka dan jarang sekali kita dapat menonton beliau muncul di kaca TV. Mungkin itu satu prinsip beliau sebagai seorang diva yang tahu mengekalkan taraf eksklusifnya dimata peminat.

Datuk Sharifah juga ada kelasnya yang tersendiri. Hampir empat dekad beliau menyanyi dan menjaga reputasinya walaupun ada kisah yang tercalar, kisah itu jangan kita ambil kira. Saya lebih suka melihat kearah kerjaya. Itulah dia Datuk Sharifah Aini yang saya kenali, seorang truly diva!

Baiklah, seorang lagi diva yang pernah saya bekerja dengannya selama tiga tahun ialah Datuk Siti Nurhaliza. Secara peribadi, beliau sungguh berbakat besar. Selama saya bekerja dengan ramai penyanyi barudi Malaysia, Datuk Siti mempunyai bakat luar biasa. Ia satu anugerah Tuhan yang sewajarnya beliau hargai.

Beliau seorang penyanyi yang cekal. Walaupun kadang kadang saya kedengaran sedikit getaran suara gementarnya di pentas, tetapi semangatnya itu sungguh besar apabila berdepan dengan sebarang keadaan.Semangatnya lebih besar dari rasa gementarnya itu.

Mungkin ada orang mempertikaikan kenapa saya memilih Datuk Siti sebagai diva pelapis berbanding dengan penyanyi lain yang lebih dulu menyanyi daripadanya.

Saya tidak memperkecilkan bakat penyanyi lain tetapi anda harus akui, Datuk Siti seorang yang berbakat besar. Mungkin ada sesetengah penyanyi sudah menyanyi sebelum kemunculan Datuk Siti. Tapi, dilihat daripada pencapaiannya yang begitu meledak, ia adalah hasil kerjasama dengan orang yang terbaik. Mungkin itu tuahnya.

Seharusnya, pencapaian Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti dijadikan contoh kepada artis baru yang lain, tapi janganlah cuba meniru. Apa yang mereka sudah buat sebelum ini, cuba atasi cara tersendiri. Artis baru harus bekerja lebih keras untuk melebihi pencapaian yang pernah dimiliki Datuk Sharifah mahupun Datuk Siti.

Inilah dua diva yang ada di Malaysia - layak digelar diva dari segi kerjaya. Baiklah setakat ini saja dulu untuk minggu ini, sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam."

source: bintang popular
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 03:49 AM | Show all posts
Siti - Fazli jelmaan Saloma & P.Ramlee?


Konsert Nostalgia Istana Cinta Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma Bersama Datuk Siti Nurhaliza ... Projek terbaru Datuk Siti Nurhaliza
(Koleksi Datuk Siti Nurhaliza)

Impiannya untuk mengadakan sebuah konsert penghargaan untuk Allahyarham Sudirman telah pun terlaksana beberapa tahun lalu.

Masih mengekalkan lokasi yang sama pada tahun ini iaitu di Istana Budaya, Siti kali ini kembali pula dengan konsert tribute untuk seniman dan seniwati tanahair, Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.Konsert Nostalgia Istana Cinta Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma Bersama Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan secara kerjasama antara Siti Nurhaliza Productions dan Istana Budaya ini merupakan konsert yang julung-julung kali diadakan bagi mengenang jasa dua lagenda seni itu.

"Pada awalnya Siti cadangkan pada IB untuk buat konsert khas untuk Saloma, kerana sehingga hari ini belum ada orang buat lagi tribute untuk dia. Tetapi, IB cadangkan pada saya agar buat sekali tribute untuk P.Ramlee.

"Siti tiada masalah dengan cadangan tersebut kerana lagipun kebanyakan lagu Saloma adalah ciptaan P.Ramlee sendiri.
"Siti sendiri pun sering menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee di kebanyakan show. Bagi Siti, semua lagu P.Ramlee memang menghiburkan dan ada mesej tertentu," ujar diva tersebut pada sidang media konsert tersebut di Istana Budaya, semalam.

Menurut Siti, kerana itulah dia langsung tidak merasa tertekan untuk membuat persiapan sempena konsert tersebut walaupun persediaannya hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi sebelum konsert itu dijalankan selama dua malam berturut-turut iaitu pada 20 dan 21 April depan.


"Apapun, Siti akan cuba bawa lagu-lagu tersebut dengan cara Siti sendiri tapi masih mengekalkan keindahan muzik P.Ramlee"
(Koleksi Datuk Siti Nurhaliza)

"Siti sudah biasa sangat bawa lagu Allahyarham. Sebut saja lagu apa, Siti rasa Siti boleh nyanyikan. Mungkin Siti perlu buat homework sikit jika ada perubahan dari segi penyusunan muzik.

"Apapun, Siti akan cuba bawa lagu-lagu tersebut dengan cara Siti sendiri tapi masih mengekalkan keindahan muzik P.Ramlee. Siti akan pastikan keaslian muzik Allahyarham masih ada, cuma kita akan 'perindahkan' sedikit saja," katanya.

Pada konsert tersebut, Siti dijangka akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk secara duet dan medley, di mana pemilihan lagu dibuat bersama oleh Siti, pihak IB dan pengarah persembahan konsert tersebut, Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

Antara lagu-lagu yang akan dinyanyikan pada konsert itu adalah Engkau Laksana Bulan, Malamku Bermimpi, Dimanakan Ku Cari Ganti, Merak Kayangan, Dalam Air Ku Terbayang Wajah dan Berkorban Apa Saja.

"Kali ini Siti akan cuba bawa banyak lagu-lagu mereka yang orang jarang dengar sebelum ini. Jika kita perhatikan sebenarnya banyak hasil karya P.Ramlee yang ada diantaranya kita sendiri tidak pernah dengar.

"Sebab itu Siti akan cuba ketengahkan lagu-lagu ini yang Siti rasakan mampu menghiburkan penonton pada dua malam tersebut," katanya lagi.


Fazli Zainal diamanahkan menjadi Tan Sri P Ramlee pada konsert tersebut
(Foto fail The Star)

Konsert yang bakal berlangsung selama sejam setengah itu akan dibahagi kepada beberapa segmen, termasuklah segmen lakonan oleh artis undangan Isketambola.

Persembahan pada malam itu akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan selain Isketambola, turut dijemput membuat persembahan pada malam itu ialah Musly dan penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Fazli Zainal.

Fazli akan turut bergandingan dengan Siti untuk beberapa buah lagu menerusi segmen duet.Ditanya mengenai pemilihan artis jemputan, Siti berkata, pemilihan tersebut dibuat atas perbincangan semua pihak.

"Siti memang ingin cari muka-muka baru yang boleh diketengahkan lagi dalam industri ini, sebagai contoh, Fazli. Ini adalah satu platform yang baik untuk mereka ini tunjukkan bakat masing-masing agar boleh pergi lebih jauh dalam bidang ini," ujarnya.

Kata Siti lagi, dia meletakkan harapan yang tinggi pada konsert ini agar berjaya mengembalikan nostalgia dua lagenda seni tanahair itu.

"Ini bukan konsert Siti semata-mata, tetapi apa yang Siti harapkan ialah agar masyarakat dapat mengenang kembali dan hargai jasa P.Ramlee dan Saloma di persada seni ini. Siti akan cuba jadikan konsert ini satu konsert yang menghiburkan.

"Insyaallah, jika sambutannya menggalakkan, Siti tidak teragak-agak untuk sambung lagi konsert ini mungkin kepada tiga malam, bergantung kepada pihak IB," kata Siti.

Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM150, RM200 dan RM250 untuk konsert tersebut boleh didapati dengan menghubungi 03-40265558 atau dengan melayari laman web www.istanabudaya.gov.my

source: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 05:30 AM | Show all posts
Siti kongsi rasa dengan ibu

憭Iya, Siti memang mengandung.拻 Kita memang masih lagi menanti kata-kata itu terlafaz dari bibirnya.



Bila lagi masanya untuk menunggu pengumuman penting penyanyikesayangan ramai ini? Kena tunggu lagilah nampaknya, sebab langsung takada ura-ura apa pun.


Ada yang kata Siti nampak agak berisi, tapi kata Siti, itu tandakebahagiaan dengan suami. Tak semestinya mengandung macam yang orangjangka.


Setakat ini kata Siti, belum rezeki lagi. Tetapi dia tidak menafikanpergi ke klinik pakar untuk rawatan biasa. Belum jadi ibu, tetapisebenarnya Siti sudah bersedia untuk berkongsi rasa dengan kaum ibu dimajlis khas sempena menyambut kehadiran Hari Ibu tidak lama lagi.


Menariknya acara itu dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 01:46 AM | Show all posts
Soseh-Soseh: Siti, M Nasir jayakan Hari Ibu

JIKA sepanjang April penganjur berlumba-lumbamendapatkan penyanyi popular untuk menjayakan Minggu Setiausaha, bulandepan tidak kurang hebatnya untuk persembahan Hari Ibu yang diraikanpada minggu kedua setiap bulan Mei.

Apa yang SS dengar setakat ini ialah Mawi akanmenghiburkan kaum ibu di Hotel Palace Of Golden Horses, Jamal Abdillahpula disambar Hotel Quality City centre dan Restoran Seri Melayumemilih gandingan penyanyi Nash dan Aziz Sattar.

Tapipenganjur yang satu ini, Mahir Entertainment & Production (MEP)nampaknya sungguh berani apabila mempertaruhkan tiga nama hebat dalamindustri untuk menjayakan persembahan di Dewan Perdana Felda, JalanMaktab Off Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 20 Mei nanti.

Tiganama gah yang SS maksudkan itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, M Nasir danAdibah Noor. Tidak cukup dengan itu, persembahan mereka selama tiga jamitu nanti diiringi pemuzik diketuai Aubrey Suwito.

Setahu SSsetiap tahun MEP memang tampil dengan pemilihan penyanyi terkenal danpopular seperti Siti, Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, KhatijahIbrahim dan Fauziah Latiff.

Siti juga pernah digandingkandengan Jamal beberapa tahun lalu tetapi inilah kali pertamamenggandingkan tiga artis hebat ini. Bagaimanapun SS difahamkan, hanyaSiti dan M Nasir yang akan menyanyi manakala Adibah tampil sebagaipengacara.

Walaupun Adibah merupakan penyanyi hebat dan menangpada Anugerah Juara Lagu ke-21 tahun lalu, nampaknya penyanyi TerlaluIstimewa ini tidak keberatan diundang sebagai pengacara. Sebelum iniAdibah juga sudi menjadi pengacara untuk Minggu Setiausaha yangdijayakan bersama Camelia.

Tapi SS difahamkan, peminat Adibahberpeluang mendengar alunan merdu suara Adibah apabila turutmenyanyikan dua lagu termasuklah lagu popularnya, Terlalu Istimewa.

SS difahamkan, gandingan Siti dan M Nasir dipilih untuk memberikankepuasan kepada mereka yang ingin meraikan insan istimewa dan berbaloidengan bayaran ditetapkan. Ia juga satu projek amal apabila mendapatkerjasama daripada Yayasan Nurjiwa bagi membantu mereka yang memerlukanpertolongan.

sumber: harian metro
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 12:49 PM | Show all posts
Siti rujuk suami jika ada tawaran

DATUK Siti Nurhaliza mengaku, jadual kerjanya kini harus susun sebaik mungkin supaya ia tidak bercanggah dengan tanggungjawab sebagai isteri. Justeru, dia tidak menerima segala tawaran yang sampai ke tangannya, sebaliknya wanita terkenal ini merujuk dulu kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa, suami tercinta.
Kata penyanyi terkemuka ini, biarpun dirinya mencari rezeki sebagai anak seni, namun dia juga mahu mengimbangi tugas sebagai isteri kepada ahli perniagaan berkenaan.

Walaupun perencanaan jadualnya sudah agak berbeza jika dibandingkan dengan waktu anak dara, Siti menegaskan, perjalanan kerja seninya berterusan seperti biasa.

揓ika dulu, jadual Siti sudah dapat diketahui sehingga akhir tahun, sekarang ini, Siti hanya mengetahuinya bagi tempoh sebulan dari sekarang. Umpamanya, jadual untuk Mei sudah Siti maklum pada April. Siti tidak boleh terima tawaran kerja jauh lebih awal sebab Siti mahu merujuk jadual suami,
Reply

Use magic Report

hati^berbisik This user has been deleted
Post time 7-5-2007 09:11 AM | Show all posts
M. Nasir, Siti Nurhaliza rai Hari Ibu

Oleh Nor Fadzilah Baharudin


(Dari kiri) Normahiran, Adibah Noor, Siti Nurhaliza, M. Nasir dan Ahmad Zaki Abdullah selepas sidang akhbar Ibu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M. Nasir, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seperti kelazimannya, setiap tahun sambutan hari ibu diraikan dengan penuh kemeriahan. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi Mahir Entertainment & Production membawakan sambutan hari ibu yang digelar Ibu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M. Nasir pada 20 Mei ini pukul 2.30 petang di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Menggabungkan dua penyanyi hebat tanah air, pastinya penonton dijanjikan sebuah persembahan yang mantap dan menghiburkan daripada Siti Nurhaliza dan M. Nasir.

Namun persoalan yang timbul kini kedua-dua artis tersebut baru sahaja tampil mengadakan persembahan meraikan Minggu Setiausaha pada bulan lalu. Lantas apakah corak persembahan yang ingin disampaikan kali ini agar khalayak yang hadir dapat menyaksikan sebuah persembahan yang lain daripada sebelumnya.

Kata penyanyi jelita Datuk Siti Nurhaliza, 揟entu saja persembahan meraikan Minggu Setiausaha tidak sama dengan persembahan meraikan Hari Ibu. Pada persembahan Hari Ibu itu nanti saya akan selitkan lagu-lagu untuk ibu dan lagu-lagu evergreen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 05:08 PM | Show all posts
Cinta P Ramlee di RTM1 esok Oleh Rozdan Mazalan ([email protected])

SEPERTI sedia maklum pemergian seniman danseniwati agung negara Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma meninggalkanbanyak lagu merdu yang tidak jemu didengar walaupun berulang kalidimainkan serta didendangkan penyanyi lain.



Bagi peminat seni hiburan tanah air yangtidak berkesempatan menyaksikan konsert Istana Cinta Nostalgia P Ramleedan Saloma yang diadakan di Istana Budaya oleh Datuk Siti Nurhalizabaru-baru ini, peluang keemasan ini akan direalisasikan RTM1 yang akanmenayangkan semula konsert itu pada Ahad ini jam 3.00 petang.

Konsertyang diadakan sebagai penghargaan khas kepada P Ramlee, dan Saloma inimenampilkan Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanah air yang jugapelapis generasi industri muzik era 90-an dan alaf baru sebagai artisutama yang mengalunkan lebih daripada 20 lagu termasuk lagu secara duetdan medley.

Lagu yang menjadi pilihan untuk dialunkan di dalamkonsert itu adalah bersesuaian dengan tema segmen yang diketengahkan.Sementara persembahan artis pada konsert ini diiringi Orkestra SimfoniKebangsaan (OSK) di bawah pimpinan Eddie Marzuki. Turut diundangmenyumbangkan suara mereka mendendangkan lagu nostalgia P Ramlee danSaloma ialah Musly Ramly, Fazli Zainal dan Kumpulan Isketambola.

Antaralagu yang didendangkan dalam konsert ini ialah Cik Keboom, Kwek Mambo,Manusia, Tiru Macam Saya, Malam Pesta Muda-Mudi, Merak Kayangan, EngkauLaksana Bulan, Dengar Ini Cerita, Malamku Bermimpi, Saat Yang Bahagia,Dalam Air Ku Terbayang Wajah, Berkorban Apa Saja, Di Mana Kan Ku CariGanti dan banyak lagi lagu merdu yang lain.

Kemerduan suara PRamlee dan Saloma mendendangkan lagu mereka seolah-olah masih terngiangdi telinga kita. Justeru, dengan adanya konsert ini, kerinduan kitaterhadap suara dan lagu dendangan mereka pasti terubat dan generasimuda yang tidak pernah mengenali seniman dan seniwati legenda ini pastiakan lebih mengetahui sejarah seni mereka.

Justeru, pastikananda menonton Konsert Istana Cinta Nostalgia P Ramlee dan Saloma Ahadini bersama artis undangan yang lain melontarkan suara merekamendendangkan lagu yang pernah nostalgia ini menerusi RTM1.

sumber: berita harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2007 08:04 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza - Pertama kali rai ibu mertuaOleh Nor Fadzilah Baharudin

Siti turun ke bawah pentas dan mengucup tangan ibu mertuanya.

Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, tahun ini penyanyi jelitaDatuk Siti Nurhaliza menyambut Hari Ibu bersama dengan dua wanita yangcukup dikasihinya, ibu kandungnya Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanyaSiti Zainab Hanaffi.
Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan Sitibegitu bahagia menyambut Hari Ibu bersama-sama kedua-dua wanitatersebut dengan disaksikan hampir 1000 penonton yang hadir pada acaraIbu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M.Nasir.
Sepotong ucapan Siti kepada ibu mertuanya pada majlis itu, 揟erimakasih kerana melayan Siti dengan baik serta dapat menerima Sitiseadanya. Insya-Allah Siti akan menjadi isteri yang baik serta menjadiibu yang baik untuk anak-anak Siti.擺/size]
Begitu mendalam kata-kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.
Untuk ibu kandungnya, Siti mempersembahkan lagu kegemaran ibunya, Bunga Melor.
Kata Siti, 揝iti pernah menyanyikan lagu ini dengan ibu Siti. Ingatnak nyanyi bersama lagi kali ini tapi ibu Siti ini pemalu. Sifat ibuSiti yang membuatkan Siti sayang padanya ialah dia sporting, penyabar,lemah lembut. Malah untuk pengetahuan semua, suara ibu Sitidiperturunkan kepada Siti. Suara ibu Siti lebih sedap daripada Siti.Siti tak habis menuntutnya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 08:17 AM | Show all posts
utusan malaysia 11 Jun 2007

Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinan
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

Siti bersama suami pada majlis ulang tahun ke-33 Lord抯 Tailor, di Ritz Carlton, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------



Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

揝yukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 05:10 PM | Show all posts

Siti raih 3 anugerah APM 2007


SINGAPURAenyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melakarsejarah apabila menang besar dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2007, diStadium Tertutup Singapura, di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Siti mengungguli tiga anugerah, iaitu Artis WanitaTerbaik, Lagu Terbaik menerusi lagu berjudul Biarlah Rahsia dan ArtisWanita Paling Popular.
Siti mempertahankan gelaran Artis Wanita Paling Popular untuk tahunketujuh berturut-turut apabila menewaskan saingannya termasuk artispopular Indonesia, Krisdayanti, Acha Septriasa, Rossa, Melly Goeslawdan Audy.
Kategori itu juga disertai oleh artis tempatan iaitu Misha Omar, Ning Baizura, Ella, Jaclyn Victor dan Adibah Noor.
Turut mengiringi kecemerlangan Siti pada malam APM 2007 ini ialahpenyanyi dan komposer, M Nasir yang memenangi trofi Artis LelakiTerbaik dan penyanyi Noryn Aziz sebagai Artis Wanita Baru Terbaik.
Turut mengharumkan nama negara ialah Mawi yang memenangi duakategori iaitu Artis Lelaki Popular dan Lagu Popular menerusi lagu Kian.
Kumpulan Sofaz juga membuat kejutan apabila muncul sebagai KumpulanPaling Popular, sekali gus menewaskan nama besar lain seperti Dewa 19,Search dan Peterpan.
APM 2007 yang diadakan sejak 2000, adalah acara terbesar industrimuzik Melayu serantau yang bertujuan memberi penghargaan kepadapenggiat seni Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Ia juga melambangkan penyatuan penggiat seni tiga negara dalam menyumbang ke arah pembangunan muzik Melayu.
APM 2007 turut memberi pengiktirafan kepada Krisdayanti dariIndonesia sebagai penerima Anugerah Khas manakala penyanyi ZainalAbidin, menerima Anugerah Cinta Planet Muzik.
sumber: berita harian
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 05:12 PM | Show all posts
                                Siti Penyanyi Paling Popular                                                                         Oleh Rudy Imran Shamsudin


KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza membuktikan popularitinya masihberada di puncak apabila meraih anugerah utama pada majlis yangmengiktiraf penggiat muzik di rantau Nusantara yang berlangsung diSingapura malam tadi.
Di malam gemilang itu, Siti mengekalkan pencapaiannya apabilamemenangi anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular yang undiannyaditerima daripada peminat di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Lebih manis apabila dia berjaya merampas kembali Anugerah Penyanyi Wanita Terbaik daripada pemenang tahun lalu, Kris Dayanti.
Dalam ucapannya, Siti yang ditemani suami Datuk Khalid Mohd Jiwa,berkata kemenangan itu amat bermakna kerana menerusi album terbarunyamenampilkan lagu popular, Biarlah Rahsia pelbagai kejayaan diraih samaada di Malaysia mahupun negara luar.
揔ejayaan saya raih malam ini adalah berkat sokongan peminat. Terimakasih saya ucapkan kepada mereka kerana terus menyokong begitu jugadengan syarikat rakaman sendiri Siti Nurhaliza Production dan tidakketinggalan suami tersayang,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049121 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list